Cara Belajar Copywriting dengan Lebih Berkesan

1. Tidak cukup hanya belajar dan faham. Teori dan realiti tidak sama.

2. Tidak cukup hanya sekadar membaca banyak buku copywriting dan menulis ayat-ayat yang dikatakan terbaik di kalangan terbaik.

3. Jangan tanya sesiapa “Dah ok ke ayat jualan aku ni? Dah boleh convert ke?” Tiada sesiapa mampu menjawab soalan ini walaupun para pakar.

4. Menggunakan ayat jualan / iklan hanya satu pusingan sahaja adalah bukan cara tepat untuk mempelajari dan mengetahui kekuatannya. Untuk mendapatkan satu ayat jualan yang berkuasa tinggi, ia memerlukan satu tempoh dan kesabaran.

warna perniagaan

5. Cara belajar yang terbaik adalah kita belajar apa saja teori dan kemudian tulis ayat jualan. Kemudian uji ia secara “live”. Jika FB Ads, buat FB Ads untuk satu tempoh tertentu dan lihat sejauh mana keberkesanannya. Kalau website jualan, biar prospek yang masuk sekurang-kurangnya 1000 orang. Lihat hasilnya. Jika hasilnya tidak bagus, ubah apa yang perlu.

6. Lakukan proses uji dan ubah sehingga hasil yang memuaskan diperolehi. Sampai satu peringkat, barulah mungkin wujudnya istilah “duduk diam dapat duit”. Website jualan akan lakukan kerja yang terbaik untuk kita dalam menghasilkan jualan.

7. Tetapi usaha sebegini sudah pasti hanya berpihak kepada mereka yang mampu bersabar sahaja.

8. Jangan bergantung kepada copywriting semata-mata kerana jualan yang terhasil bergantung kepada banyak faktor (pemboleh ubah). Jadi perlu pastikan ujian terhadap ayat jualan yang dihasilkan itu dilaksanakan dengan “waktu” dan perancangan yang terbaik.

9. Trik-trik psikologi dan sebagainya adalah sebagai “booster” untuk menggandakan jualan, tetapi dalam menghasilkan satu “mesin jualan online”, ia adalah satu proses berpanjangan.

10. Apabila kita telah melalui proses di atas terutama uji dan ubah sehingga mendapat hasil yang optimum, itulah cara kita belajar untuk lebih mahir dan bukan sekadar tahu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Cara Belajar Copywriting dengan Lebih Berkesan

  1. Saya setuju dengan tuan Zul. Saya juga membaca buku tentang copywriting dan aplikasikannya.

    Tetapi tak semestinya ia akan convert kepada jualan.

    Dari pemerhatian saya, kuasa kepercayaan ialah yang paling perlu dikuasai.

    Apabila pelanggan percayakan kita, tak perlu ayat copywriting sangat pun, kita mampu menjual.

    Apa pandangan tuan?

  2. Tuan, sy dh cuba mengunakan copywriting di fbads…mempunyai banyak engagement and click tetapi beluma da yg komen. Adakah itu menunjukkan copywriting sy lemah. Harap tuan dapat membantu. Please respon

    1. Sukar untuk saya berikan komen melainkan saya lihat ads tersebut. Cuma cadangan saya, ubah copywriting kepada bentuk kongsi tips dan di akhir tips tu, letak iklan / offer. Post tips tersebut diiklankan guna FB Ads. InsyaAllah jika tips bagus dan Call To Action pun ok, ramai akan komen dan hubungi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *