Cara Cepat Belajar Buat Website Perniagaan

Adakah anda ingin membina website sendiri? Sudah pasti mahu kerana anda akan memulakan perniagaan melalui Internet ataupun mungkin sudah melakukannya.

Usahawan memerlukan sebuah laman web yang boleh dijadikan sebagai satu medium promosi produk ataupun perniagaan. Mana-mana perniagaan ataupun usahawan yang tidak memiliki laman web akan dianggap sebagai ketinggalan kerana rata-rata pelanggan pada zaman sekarang lebih suka mencari maklumat melalui Internet sebelum membuat pembelian.

Soalnya, bagaimana cara untuk belajar membina sebuah website? Biasanya kita dicadangkan dengan belajar sendiri seperti melalui buku, ebook ataupun video. Hakikatnya, tidak semua orang mampu belajar sendiri, tambahan pula apabila tidak faham perkara berkaitan, ebook ataupun video tidak dapat memberi jawapan. Anda sendiri mengakui hakikat ini.

Cara Mudah, Cepat dan Berkesan

Selain daripada merujuk panduan seperti buku dan ebook, kita juga boleh belajar secara terus daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Inilah sebenarnya jalan terpantas dan paling mudah untuk kita belajar membina website perniagaan yang profesional.

Apabila kita belajar secara terus (berdepan), kita boleh bertanya dan mendapat jawapan pada masa itu juga. Kita akan ikut apa yang mereka sampaikan, kemudian bertanya dan berbincang, sehinggalah sebuah website siap sebelum kita pulang ke rumah!

Berikut adalah beberapa kelebihan lain apabila belajar secara terus berdepan:

  • Setiap orang akan diberi perhatian yang berbeza oleh pengajar (trainer) mengikut tahap kefahaman dan penguasaan masing-masing.
  • Pengajar akan nampak sepenuhnya perkara yang dihadapi oleh peserta. Berbeza jika peserta buat sendiri dari rumah, pengajar agak sukar untuk membantu.
  • Keinginan dan motivasi untuk menyiapkan website pertama adalah lebih tinggi kerana pengajar ada di sisi, berbanding belajar sendiri di rumah.
  • Modul bercetak diberikan. Panduan bercetak amat membantu berbanding panduan dalam bentuk ebook dan video.
  • Belajar di tempat yang selesa (pusat latihan berkomputer lengkap dengan Internet). Jika di rumah, suasana mungkin bising dan sedikit terganggu oleh ahli keluarga atau jiran-jiran sebelah.

Di mana tempat belajar membina website?

Terdapat banyak pilihan seperti menyertai bengkel, seminar dan juga personal coaching. Setiapnya mempunyai cara, kaedah dan tahap bayaran tersendiri.

Sebagai contoh, pihak AlFatih Studio ada melaksanakan program Kursus Membina Website Profesional. Pengisian kursus ini adalah lebih kepada praktikal (hands on), di mana peserta akan belajar membina website sampai siap.

Belajar daripada orang yang berpengalaman adalah penting, agar pelaburan yang dikeluarkan untuk membayar yuran kursus adalah benar-benar berbaloi, selain kita akan mula tahu membina website secara sendiri.

Seperti yang dicontohkan sebelum ini, Kursus Membina Website oleh pihak AlFatih Studio dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan laman web profesional, sama ada untuk perniagaan dan organisasi.

Jenis-Jenis Website

Terdapat tiga jenis website iaitu minisite, portal (CMS) dan shopping cart. Jika anda dapat belajar kesemuanya, ia adalah satu kelebihan kerana boleh dikatakan, ketiga-tiga jenis website itu berguna untuk pemasaran perniagaan.

Seperti contoh terdahulu, dalam kursus yang dikendalikan oleh pihak AlFatih Studio, peserta akan dibimbing membina sebuah website portal dan juga shopping cart. Kegunaan portal adalah amat sesuai digunakan sebagai website utama perniagaan, manakala produk-produk pula boleh diniagakan melalui laman shopping cart.

Kelebihan Pandai Membina Website

Selain membina website untuk kegunaan sendiri, kita juga boleh menjana pendapatan dengan menyediakan servis membina website untuk usahawan, perniagaan dan organisasi kecil dan besar di luar sana. Potensi perkhidmatan sebegini masih lagi terbuka luas.

Bayangkan, jika kita caj sebanyak RM800 untuk sebuah website, berapakah jumlah pendapatan jika lima buah website berjaya dihasilkan? Ya, RM4000 sudah berada dalam tangan kita. Ia satu jumlah yang cukup besar.

Tidak ada modal besar diperlukan untuk melakukannya, melainkan kita tahu membina sebuah website yang lengkap. Dan untuk tahu membina website, sudah pasti cara yang tercepat dan berkesan adalah terus belajar daripada orang yang berpengalaman. Selain dapat belajar ilmu website, kita juga dapat bertanya pengalaman bisnes mereka yang amat bernilai tinggi.

Jelas lagi nyata, belajar daripada orang yang berpengalaman luas adalah satu pilihan yang terbaik, serta satu pelaburan yang amat berbaloi, berbanding dengan belajar secara sendiri.

Rujukan: Kursus Membina Website Profesional – AlFatih Studio

Kod kupon diskaun RM80: Masukkan kod “PEMBACA SMARTZUL” dalam borang pendaftaran mereka untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM80. Bayaran yang perlu dilakukan = Yuran asal tolak RM80.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Cara Cepat Belajar Buat Website Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *