Belajar Bertanya Soalan Yang Betul

Jika kita mahu berjaya dengan mudah dan tanpa menyusahkan orang lain, belajarlah untuk bertanya dengan cara yang betul. Artikel kali ini amat pendek, namun saya mahu berikan satu panduan yang amat penting.

Perhatikan soalan-soalan berikut:

“Saya tak tahu nak buat ebiz. Boleh tolong?”

“Saya tak ada modal nak buat ebiz, macam mana yer?”

“Saya tak pandai komputer. So, macam mana nak berniaga di internet?”

Itu hanya sebahagian kecil contoh soalan yang biasa dikeluarkan oleh segolongan mereka yang tertentu. Mereka bertanya dan mahukan jawapan, tapi hakikatnya, soalan mereka itulah jawapan dan hasilnya.

“Saya tak tahu nak buat ebiz. Boleh tolong?”

>> Jika tidak tahu, maka jawapannya ialah belajar. Jika persoalan tidak tahu ini terus menerus difikirkan, maka sampai bila-bilalah anda tidak akan tahu mengenai sesuatu.

Contoh soalan yang betul: “Saya sudah merujuk kepada beberapa buah buku mengenai perniagaan internet ini dan saya amat berminat dengan menjual produk informasi. Boleh Encik Zul berikan saya panduan yang asas mengenai cabang perniagaan ini?”

Pelajaran: Usaha dahulu sebelum bertanya. Jika tiada usaha, nampak benar anda hanya mahu mudah dan menyusahkan orang lain demi kepentingan anda semata-mata. Orang lain bukan kuli kita untuk menjawab soalan-soalan kita yang tidak betul persoalannya.

“Saya tak ada modal nak buat ebiz”

>> Ya, anda memang tiada modal sebab anda sering memikirkan tak ada modal. Malah, mentaliti susah dan sukar telah menguasai anda. Hakikatnya anda sudah tahu anda mesti mencari dan mendapatkan modal jika tiada modal, tapi anda masih mengeluh dan mempersoalkan tiada modal.

Contoh soalan yang betul: “Saya akan buat perniagaan internet nanti yang akan menjual produk berbentuk kraftangan. Namun, saya perlukan sedikit modal sekurang-kurangnya RM500 untuk melaksanakan projek ini. Bagaimana saya boleh dapatkan modal sebanyak ini? Ada sebarang cadangan atau idea?”

Pelajaran: Ketahui apa yang akan anda lakukan dan perlukan secara jelas. Kemudian baru bertanya pendapat orang lain. Tanpa persoalan yang jelas, orang lain akan turut sama buntu untuk membantu anda.

“Saya tak pandai komputer. So, macam mana nak berniaga di internet?”

>> Tak pandai lawannya tahu (pandai). Untuk tahu sesuatu, maka tiada cara lain lagi selain BELAJAR.

Contoh soalan yang betul: “Kat mana ya ada sediakan kursus asas kemahiran penggunaan komputer dan internet? Saya mahu belajar komputer sebab nak buat ebiz nanti. Sekarang ni nak guna ‘mouse’ pun masih terkial-kial”.

Pelajaran: Anda perlu tahu apa tindakan yang sewajarnya. Hakikatnya anda sudah tahu yang anda perlu belajar sesuatu untuk mengetahuinya, tapi akibat mindset yang keliru, buntu dan asyik berfikir susah dan susah, maka soalan yang tak patut ditanya akan dituturkan oleh lidah anda.

Kesimpulan

Belajarlah untuk bertanya soalan yang betul. Elakkan bertanya soalan-soalan kurang betul jika anda mahu soalan anda itu dijawab oleh orang lain dengan sebaik-baiknya. Analisis diri anda sekarang, adakah anda selalu bertanya soalan yang tepat dengan cara yang betul?

ps. Mungkin ada yang akan merespon artikel ini: “Tak semua orang tahu berfikir macam tu Zul”. Jawapan saya: “Cuba baca tajuk artikel ini betul-betul. Saya seru untuk mereka belajar bertanya dengan cara yang betul dan mengajak untuk kita sama-sama belajar dan mempraktikkannya”.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Betul Zul, kalau hanya sekadar bertanyakan soalan tanpa sebarang kesedaran dan usaha amat sukar untuk berjaya. Sebaik-baiknya berusaha dan belajar sebelum mengeluarkan sebarang soalan agar soalan yang dikeluarkan itu adalah bernas bukan soalan bodoh!

  2. Hehe. Perkara biasa tu. Memang ramai orang suka tanye. sampai kekadang. Aku kene tanye balik. Ko nak tanya apa sebenarnya nih..

    Hehe..

    • betul tu titan…
      mereka tanya soalan yang mereka tak tahu apa mereka sendiri tanya…hehe
      kalau nak tanya tu, biarlah detail…jangan tanya soalan yang terlalu umum…nak jawab pun susah…

      han

      • Tu masalahnya. Kekadang. Tanye UMUM sangat. aku plak yg penin kepala nk jawab. Tak jawab kata kita sombong plak..

        Buat yg selalu YM aku. Kalau aku tak jawab tu. Maksudnya aku takde depan PC aa. Sori aa..

    • Selalu sangat dah tu. Tapi nk buat macam mana. Klu dah pelanggan. Aku jawab jela. Takde masalah sangat. Cuma pening lalat sket je..

  3. Bertanya dan dapatkan jawapan. dahulukan bertanya pada diri sendiri sebelum bertanya kepada orang lain. Cnth: Mcmana nak mula buat bisnes internet? tanya pada diri sendiri dulu…macam mana yer? tentulah belajar.

    Anda tnya 1 soalan kepada orang, anda akn dpt 1 jwapan, anda tnya 1soalan kepada diri sndiri kemudian cari jawapan, anda akan dapat 1001 jawapan berserta jalan penyelesaian dengan kemahiran anda sendiri.

    Kemudian anda boleh bertanya kembali soalan yg sama dengan kredeblti yg lebih mantap! Bertanya untuk kepastian, bukan untuk mengelakkan diri anda daripada BELAJAR sendiri!

  4. Ramai orang tidak dapat apa yang mereka inginkan kerana mereka tidak tahu secara spesifik tentang apakah sebenernya yang mereka mahukan.

    The Law of Attraction is always working.

  5. Dulu selalu gak dalam kepala nih nak tanya macam-macam kat orang lastly I decide to do research and study by self . Tahulah kan nanti tanya bukan leh spontan jawab nak tunggu tu dah amik masa, kang kena yang bukan kepakaran kena yang tak tau susah arr.

    Jadi sekarang bila ada orang tanya itu ini saya jawab “anda mesti sanggup untuk mengeluarkan wang untuk membeli rujukan tertentu” kalau sanggup kita go on bantu setakat yang boleh . Kita nak bantu tapi sesetengah soklan tu cam tak nak bantu diri sendiri .

    Cara cepat beli rujukan atau study sendiri 😀

  6. Ada gak orang style dia “kena suap sampai kenyang” dulu ada saya buat satu thread kat wc , hangin kan orang camni . Kenapa? nak senang tak nak cari sendiri , nak mudah tak yah susah-susah.

    Sy say bye bye jerk orang camni .

    Jawapan saya mudah, pergi beli rujukan X .

  7. ramai orang nak mudah zul…
    mereka nak mudah tapi menyusah kan org lain…
    kalau nak tanya tu cuba lah cari dulu penyelesaian tu…jangan terus tanya…kalau tak jumpa baru lah tanya…

    han

  8. ada 3 perkara yang dibawa sampai mati.pertama doa anak yg soleh.kedua sedekah jariah dan ketiga ilmu yg bermananfaat. sepatutnya kt lebih gembira kalo org bertanya pd kt sebab kt akan memberi ilmu kepadanya. biarlah agak menyusahkan sedikit tetapi itu sebenarnya saham untuk akhirat kelak.

  9. Lama betul tak singgah blog Zul..
    Menarik juga apa yang diutarakan di sini..
    Bagaimana nak melakukan pertanyaan..
    Memang kadang2 ramai yang bertanya tanpa cuba mencarinya sebelum tu…
    tu yang kadang2 ada give up nak jawab.. kan,,…

  10. Kita kena bertanya benda yang tepat, kena pada masanya dan di tempat yang betul. In short : “Ask the right question, at the right time and at the right place”

  11. Ehemm…orang kata kalo malu bertanya sesat jalan.Tapi kalo asyik bertanya nampak sangatlah ada yang ‘kureng’.Kalo banyak belajar dan mendengar tapi tak amalkan tak guna gak…

  12. dulu saya suka gak bertanya, pastu boring, akhirnya saya belasah je, buat je , learn thru’ error & try & error , lama lama jadi terror ……….. kot.