Jadi Macam Dia, Teladani Dia!

Saya tak mahu tulis banyak pada hari ini. Dah ada tiga post saya buat hari ni termasuk yang ni.

Sekadar renungan untuk kita, jangan lagi merendah diri sehingga takut untuk mencuba sesuatu yang kita takuti.

Ya, ini mengenai Bahasa Inggeris (BI). Baca boleh, dengar faham, tulis Oklah lagi. Tapi bila bab ‘speaking’, malu dan perasaan tak yakin akan mencengkam diri.

Saya mengaku, English saya terutama bab menulis dan bercakap berada di level yang rendah, tapi semasa di WIMS Mei lepas, saya cuba buang sifat merendah diri. Kalaulah terjumpa dengan Raymond, mesti Raymond akan melihat saya terbelit-belit lidah untuk ber-speaking. πŸ˜€

Namun, saya cuba juga berborak dalam BI dengan sesiapa sahaja yang ada di sana walau terbelit-belit lidah. Dalam hati, “aku tak akan pergi jauh jika tak mencuba”. Dan lagi-lagilah semasa bercakap di hadapan dengan kira-kira 50 orang ahli Warrior Forums dari seluruh dunia semasa pra-perjumpaan WIMS tempoh hari. “Fuuh, aku dah kalahkan perasaan malu aku!”.

Oklah, pasal BI rasanya dah basi. Bukan takat graduan pengajian tinggi hadapi masalah ini, malah rakyat Malaysia umumnya…

Jika anda tidak yakin untuk bercakap dalam BI, anda mungkin boleh jadikan seorang ini sebagai ‘motivasi’ untuk anda. Namanya PV Reymond, dari Italy. Kalau di Youtube.com, memang banyak juga video yang dia submit…

Anda tonton sahajalah video berikut dan anda akan faham maksud yang mahu saya sampaikan.

Lihat dia. Walau terbelit-belit lidah, walau ada yang berikan komen negatif cara pertuturannya, namun dia tetap terus-menerus submit video ke YouTube tanpa ada sedikit perasaan malu pun. Tetap ‘cool’!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Jadi Macam Dia, Teladani Dia!

  1. slmt ptg zul,
    saya kurang dalam BI ni. bila kena present kat kolej memang rasa malulah…
    tp terpaksa kena buat untuk dapat markah…hehe…

    masa present, mula2 tu ok lagi…lama2 jadi semakin berdebar sebab tengok orang macam lain macam je…

    tp selesai juga presentation tu…hahaha…berjaya juga dapat 70%….hehe

    han

  2. pada pendapat saya, kita takde cara lain selain berlatih bercakap dan apply dalam kehidupan seharian, mungkin fluent giler tapi at least lebih baik dari tak buat apa..tul tak ? saya dulu pun sangkut speaking bau budu aje, tapi saya kena train giler2 kat celcom sebab jadi customer service, terpaksa jugaklah….tak fluent pun tapi nak cakap tu, tak le ketar…

  3. Bagus tu Zul… teringat saya masa kerja ngan swasta yg penuh ngan suasana speaking dulu. masa tu kira ok lah jugak walaupun tak bagus sangat BI saya. La ni, suasana sangat berbeza. Susah nak jumpa orang utk berspeaking dalam sehari. Semakin lemah lak rasanya BI saya sekarang.
    Tapi betul gak tu Zul, lebih baik mencuba daripada tak cuba kan…

  4. Hi SmartZul,

    Pertuturan BI aku pun sederhana je.

    Dengan izin tuhan, berkat serta usaha Zul ini, saya yakin perkataan “mustahil” itu memang tidak langsung wujud.

  5. he he… ada projek tambahan sket kat luar… tambah biz offline. Dah terbiasa ngan biz offline. Nak kena buat jugak πŸ™‚ . Malu lak raasanya ngan Zul. Saya tgh susun jadual saya ni. Kena atur program betol2 sket… πŸ™‚ .

  6. rasanya patut la sediakan script dulu sebelum wat video..takla terkaku..hehe..letak kat depan siap2..pastu baca je cam org baca berita..hehe πŸ˜†

  7. Hikhikhik… Sebenarnya percakapan sesuatu bahasa ni memerlukan persekitaran yang menggunakan bahasa tersebut. Teringat dulu Ustazah Bahasa Arab saya pernah cakap,’ Awak semua ini, kalau saya campakkan ke Negara Arab tiga bulan confirm awak semua boleh fasih cakap Arab’. Hihihihi..

    1. bahasa apapun anda boleh kuasai sebagaimana anda menguasai satu2 loghat daerah masing-masing. cuba anda hayati betul2 lenggok bahasa orang kedah, kelantan, negeri sembilan dan anda berada dalam persekitarannya setiap hari, dengar dan perhati kemudian bercakap…. lama-lama cara anda cakap sebijik aje… balik tempat asal dah tentu ramai yang tak faham apa hang cakap nih?

      begitulah bahasa inggeris untuk mereka yang beminat dalam perniagaan internet…

  8. memang betul amer…
    kalau kita duk dlm golongan yang pelik, kita turut menjadi pelik…
    tapi kalau nak mahir BI, kita kena lah amalkan perbualan dalam BI, menulis dlm BI…baru boleh mahir…

    kadang2 kita malu utk bercakap dlm BI sebab takut kwn2 kita perli…
    tulah mslh nya… kawan2 yang begitu sebenarnya kita kena jauhi…
    sb nanti berjangkit…

    han

  9. teringat citer billy lim dengan bahasa thainya… keesokannya dia boleh bercakap dalam bahasa thai dengan lancarnya… macam mana dia buat? kena dapatkan buku dare to fail ler…

    sayapun payah sangat nak minat bahasa inggeris nih. cakap pun jenis english broken… english sepatah-patah… terkerat2… bukan ikut gramer.. ikut hentam sajalah…

    kalo tak hentam sajalah macam mana kita nak tahu boleh atau tidak? kenapa mesti mulakannya biarpun kita takder persediaan yang cukup dalam berbahasa… tidak ada salahnya mencuba untuk bercakap dalam bahasa apa sekalipun untuk kita belajar dan memajukan penguasaan satu2 bahasa…

    sekian terima kasih… πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *