Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bayaran Komisen Program Affiliate

Makluman kepada semua agen (affiliates) program Affiliate Pakej Kit Blogger dan PasaranLumayan.com. Bayaran komisen untuk bulan April-Mei telah pun dilakukan.

Untuk kali ini, semuanya mendapat satu jualan sahaja. Cuma, ada seorang agen yang gunakan empat username dan kesemuanya akaun ini mendapat satu jualan. Jadi, jumlah komisen untuk beliau adalah RM100.

Ingin saya nyatakan, setiap orang boleh menggunakan satu akaun affiliate sahaja. Selepas ini, jika ada agen yang menggunakan banyak id, komisen yang diperolehi tidak akan dikira tanpa sebarang makluman dan pertimbangan. Kiranya ini adalah peraturan terbaru.

Satu lagi peringatan ialah, JANGAN gunakan cara atau teknik yang salah (illegal) seperti spam (email spam, forum spam, Yahoogroups spam…). Saya tidak teragak-agak untuk delete akaun affiliate yang menggunakan apa-apa cara yang salah dan tidak beretika.

Saya sekarang sedang melakukan sedikit siasatan kepada beberapa id affiliate kerana kemungkinan besar mereka telah melakukan teknik spam. Saya harap, janganlah amalkan spam. Yang kena kesan negatif saya juga nanti. Sebab tu saya amat tegas dan tak akan bertimbang rasa dalam soal ini.

Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menjana komisen pada kali ini. Teruskan usaha anda.

Program Affiliate Kit Blogger

program affiliate kit blogger

Cuma, kepada dikmal dan shah, sila update no. akaun bank anda di bahagian akaun affiliate agar saya dapat membuat bayaran komisen affiliate dengan segera. Berikut adalah link ke akaun affiliate Kit Blogger:

http://bloggingsteps.com/kit/agen

Program Affiliate PasaranLumayan.com

pasaranlumayan

Manakala untuk program affiliate PasaranLumayan.com pula, hanya tiga orang yang berjaya mendapat komisen yang mana masing-masing membuat satu jualan (RM25.00). Anda boleh akses ke akaun affiliate anda melalui link berikut:

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Tambahan:

1. Pembelian melalui link affiliate sendiri tidak dibenarkan sama-sekali. Komisen yang dijana melalui pembelian link affiliate sendiri tidak akan dikira.

2. Affiliate yang ingkar dengan beberapa syarat yang ditetapkan, komisen akan dibatalkan tanpa sebarang notis. Jadi, lakukanlah dengan penuh beretika.

Terima kasih dan harap maklum.

Facebook comments:

12 Responses to “Bayaran Komisen Program Affiliate”

  1. zool says:

    Masih belum berjaya lagi..
    Tidak mengapa.. Insyaallah sekarang ni sedang menyusun strategi dan pelan tindakan yang lebih berjaya untuk menjana pendapatan dari online..

  2. IM Dreamer says:

    syukur, alhamdulillah… memang jelas, tidak rugi memasarkan produk-produk Zul ini! lebih bangga lagi, adalah untuk mempertunjuk (lebih tepat lagi, perkongsian bukti) kepada rakan-rakan lain, bahawa, buat duit online bukanlah omongan kosong!!! :)

    • IM Dreamer says:

      oh ya… Zul, saya telahpun menyertai peluang affiliate untuk kedua-dua affiliate tersebut. berikut merupakan antara butiran penyertaan saya:

      affiliate BloggingSteps.com = ebookpenting
      affiliate pasaranLumayan.com = ebook

      jadi, sekiranya terdapat pertindihan penyertaan saya pada mana-mana id yang lain (samada saya sedari ataupun tidak) di atas nama saya, diharap Zul dan pihak SmartUsaha.com dapat memansuhkan kesemuanya. kerana saya mahu mempertumpu hanya kepada link affiliate di atas tersebut.

      dan… diharap pihak SmartUsaha.com juga dapat menjaga keprivasian kesemua peserta affiliate ini, antaranya, nama pemilik, nombor telefon dan segala yang berkait. mungkin, makluman saya ini tampaknya sedikit ‘tidak membangun’, tetapi untuk kebaikan semua… saya yakin, SmartUsaha.com adalah di antara ratusan IM negara yang amat disegani, dihormati dan dipercayai! tiada takwil untuk kesemua ini… :)

  3. Cikgu Azleen says:

    Terima kasih.. Walaupun sekadar meletakkan link di blog saya, dapat juga duit kan..

    Affliate untuk pasaran lumayan dan pakaej kit blogger ni sama ke berlainan ya? Sebab rasanya saya ada dua akaun berbeza untuk dua jenis affliate ni..

  4. abdfatah says:

    haiyaaaa…. bulan punya setengah komisen affiliate daaaa…. tak dapat lagi nampaknya… hahaahha… takper laa lain kali laa pulak…

    takder rezeki lagi…

    asal tengah bulan komisen apiliat… kebanyakkannya bayar 15 ngan 16 laaa… tengah bulan tu… dapat jugak laa bagi mereka yang dapat… tahniah banyak2 laaa…

    aiseh bila nak dapat lagi haaa….?

  5. maria says:

    camner sbnr nya nak promote ni. x faham langsung. da baca da contoh2 n artikel2 yg ade tp still gak blur. sape2 leh tlg explain ngn detail psl program affiliate ni

  6. nizamadib says:

    Camne nak terlibat dlm program ni…Tak pandai…

  7. zua says:

    Dulu saya pening kepala macam mane nak buat blog..Pening punya pening jumpa dengan ebook “panduan asas wordpress”.Segala-gala masalah saya sebelum ni hampir selesai.

    Cuma ada sedikit masalah nak setting blog.Pening juga dibuatnya nak cari penyelesaian.Mujur bimbingan susulan yang diberikan oleh smartzul membantu menyelesaikan masalah saya 100%.

    Sekarang saya mampu tersenyum dengan blog http://www.caracariwang.com hasil bimbingan dari smartzul.Terima Kasih smartzul.

    • smartzul says:

      Tahniah Zua! Teruskan usaha ya. Bantuan saya sikit saja. Tapi usaha dan kesabaran saudara itu yang membuatkan saudara berjaya.

      Teruskan usaha. Perjalanan masih panjang. Saya pun masih terus belajar juga.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)