Bayar dan Berjaya

Seorang usahawan yang benar-benar mengaku dirinya usahawan yang hebat, tidak boleh terkeluar dua perkataan ini pada tutur kata mereka:

  • Mahal
  • Percuma

Maksudnya di sini, andaikata kita melihat sesuatu harga produk yang mahal pada mata kita, kita ada dua pilihan sama ada untuk abaikan saja (tidak membeli) tanpa berkata apa-apa, ataupun mengeluh, merungut dan tidak berpuas hati dengan mengatakannya ia terlalu mahal.

Kedua, sebagai seorang usahawan yang benar-benar berjati diri, elakkan diri mahu mendapatkan sesuatu secara mudah dan percuma sahaja, melainkan sesuai pada masanya. Biar saya nyatakan, jika kita terlalu memanjakan diri dengan barang percuma, kita tidak akan ke mana-mana.

Tidak kisah sama ada kita orang baru ataupun orang lama (otai), dua perkara di atas adalah pantang utama apabila kita mahu meraih kejayaan demi kejayaan.

Adalah pelik apabila kita meletak sasaran yang besar, namun kita amat berkira-kira mengeluarkan wang. Hasil yang besar biasanya memerlukan pengorbanan dan modal yang besar juga.

Sesekali elakkan kita mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Malah jangan jadikan agama sebagai alat untuk kepentingan diri. Contohnya, “Berilah percuma, dapat pahala”, atau “Rendahkanlah harga, lebih berkat”.

Adakah jika meletak harga, kita tidak dapat pahala? Adakah dengan harga tinggi, kita lebih dekat dengan neraka? Tidak ada dalil sahih yang melarang kita meletak harga yang tinggi.

Jika kita tidak mampu, usaha sampai dapat. Jika kita tidak mahu, tidak perlu mengkritik ataupun memulakan cerita-cerita yang tidak enak seperti memburuk-burukkan usaha baik orang lain.

“Usahawan yang hebat adalah mereka yang apabila mahukan sesuatu, mereka akan usahakan sampai dapat, tanpa berharap dan meraih simpati.”

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Bayar dan Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *