Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

BATAL!! Tak Jadi!!

Huhu.. Zul ni, memang main-main lah… Oh tidak, maafkan saya. ;)

Kepada yang memberikan komen berkaitan dengan proses pengalihan wordpress ke root directory, saya mohon maaf. Sebab, selepas sahaja saya menaip entry ini, saya baru sahaja memasukkan semula semua fail wordpress ke dalam folder / direktori sebelum ini iaitu http://blog.smartusaha.com. Mengapa? Saya ada sebab tersendiri dan memikirkan balik tindakan saya mengalihkan secara total blog saya ini kepada direktori baru dan meningatkan bahawa, dengan cara itu sahaja untuk menjadikan main domain saya sebagai blog.

Selain itu, dengan pengalihan semula ini, BUKAN bermakna saya atau anda perlu menaipkan subdomain http://blog.smartusaha.com untuk ke blog saya, tidak perlu, sebab anda hanya perlu taip smartusaha.com sahaja. Itu tujuan pengalihannya iaitu saya ingin jadikan blog saya sebagai portal. Sebab itu saya tidak mahu menggunakan subdomain.

Setelah saya membaca balik panduan-panduan sebelum ini, barulah saya tahu, terdapat cara yang begitu simple dan tidak memerlukan 5 minit pun. Bagaimana? Di sini terjawab segalanya. Kalau anda baca sekali, anda susah nak faham, sila baca dan faham betul-betul.

http://codex.wordpress.org/Giving_WordPress_Its_Own_Directory

Apabila anda menaip smartusaha.com, domain utama ini akan mengarah ke subdomain blog kita, yang mana, ia akan membuka blog di subdomain tersebut. Bukan redirection, tetapi lebih kurang, namun tak sama. Kalau guna redirection, ia tetap menunjukkan URL subdomain kita yang ‘hodoh tu, tapi cara yang baru saya gunakan tu, tetap akan menunjukkan URL domain.com kita. ;)

Satu lagi, jika anda ingin login, anda boleh klik menu login di sidebar atau taip http://subdomain.domain.com/wp-login.php. Anda juga perlu tahu bahawa, jika backlink sebelum ini seperti ini, http://subdomain.domain.com/category/tajuksatu, dan jika pembaca merujuk dengan http://domain.com/category/tajuksatu, maka ia TETAP menghala ke destinasi yang sama. ;) huhu, anda jangan fikir susah-susah sangat, sebab ia sangat teknikal bukan? hehe.. Saya orang teknikal ni pun kekadang boleh pening. Cuma fikirkan buat ini jadi ini, cukuplah. Tapi saya faham how it works.

Satu lagi catatan untuk admin (pemilik blog), jika ingin komen secara terus tanpa perlu taip nama, emel pada bahagian kotak komen tu, anda perlu masuk ke blog anda melalui http://subdomain.domain.com untuk memberi komen atau untuk mengsetkan anda yang sedang browse blog adalah admin, dengan syarat sebelum itu anda telah login. Faham yer? Sorrylah kalau pening. It’s very technical right?

Saya terpaksa meletak balik blog saya ke dalam subdomain sebelum ini kerana memikirkan bukan hanya dari segi SE, malah link-link topik tertentu yang telah saya atau orang lain letakkan di banyak laman web atau blog. Kalau dari segi SE, saya rela untuk menukar secara total sebab saya yakin blog saya boleh naik top ten juga (lagaknya, hehe), tetapi apabila memikirkan link URL (backlink sebelum ini) ke topik tertentu, saya berfikir bahawa ia akan menyusahkan orang untuk merujuk.

Tapi anda semua perlu tahu, tujuan utama pengalihan adalah bukan untuk eksperimen SE atau apa-apa, tetapi untuk perubahan smartusaha.com itu sendiri. Ingin menggunakan domain.com sebagai URL blog. :)

Maaf dipinta dan wassalam. ;)

PS. Jika anda mempunyai cara tersendiri, kongsikanlah bersama. Saya yakin, ada cara lain lagi bagi pengalihan total seperti yang alang kongsikan tu.

PPS. Moral of story, TRIAL & ERROR. Tapi hati-hati.

Facebook comments:

5 Responses to “BATAL!! Tak Jadi!!”

  1. FATAH says:

    hehe… itu lah yang berlaku sebelum nih. saya taip smartusaha dan pstu terpaksa pulak klik blog. satu lagi, saya taip smartusaha pastu saya kena tambah balik blog kat depan. selalunya mcm tu la bila saya datang ke cyber cafe yang berbeza2. blog.smartusaha… huhu…

    kalu taip saifulsham.com terus bleh jenguk blognya… hehe

    selamat maju jaya kepada smartusaha.com…

  2. smartzul says:

    Thanks Fatah.. Apapun, lepas ni terus taip lah yer.. :)

  3. matz says:

    nsib baik dua2 url xperlu ditaip..

    smga bjaya dr org yg xbjaya..

  4. Zack says:

    actually, apa yg saya taip tadi utk ke sini adalah blog.smartusaha.com… sebab dah terbiasa… tak tau pulak yg dah tukar balik…

  5. sham says:

    Takpe la.Asalkan yang terbaik..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)