Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?

Apa khabar semua? Moga sihat hendaknya.

Kini saya sedang berada di bengkel perniagaan internet, UKM Bangi. Sedikit harapan, moga semua peserta faham apa yang disampaikan terutama asas perniagaan internet dan juga produk apa yang patut dijual. Ini keypoint penting.

Persoalannya, jika seseorang itu tiada idea produk (part susah nak create), maka ada cara-cara lain yang boleh dilakukan. Hal ini saya telah explain kepada para peserta bengkel. Ya, salah satunya adalah Resell Rights. Ia jalan mudah dan cepat untuk kita membina ebiz kerana biasanya produk (seperti ebook, software..) telah pun siap sedia, malah laman web pun sudah disertakan, termasuk grafik!

Buktinya? Saya telah bina satu lagi ebiz saya yang untungnya 100% melalui menjual produk resell rights. Ada orang tanya, kena tak buat program affiliate je? Kan mudah? Hohoho.. Jawapan saya, banyak model yang boleh kita buat dan saya lebih suka model yang memberikan untung 100%. Ya, program affiliate juga amat saya rekemenkan kerana kita tak perlu buat web.. Eh, betul ke tak perlu buat web? Salah. Nak tak nak, teknik efektif untuk berjaya dalam program affiliate adalah kita bina blog sendiri atau laman web untuk promosi produk affiliate itu. Dan promosi bukan hanya melalui iklan semata-mata.. πŸ˜‰

Apapun, lakukan apa yang anda mampu. Jika tak nak handle customer, buat affiliate. Nak untung 100% dan bina biz sendiri, guna model resell rights atau hasilkan produk sendiri. Dan kalau tak nak main produk, buat adsense. Pendek kata, tepuk dada tanya selera.

Tapi berdasarkan topik, kina nak BINA EBIZ SENDIRI. Maka cara-caranya adalah seperti:

1. Jual produk sendiri

2. Jual produk Resell Rights atau Private Label Rights

Ini jalan cepat dan ‘mudah’, dan ia sesuai untuk anda yang baru nak belajar selok-belok membina perniagaan internet sendiri. Rujuk tulisan-tulisan saya mengenai cara membina ebiz menggunakan model resell rights.

Semoga anda berjaya.

Wassalam.

PS. Nantikan versi re-launch pakej kit-blogger saya yer.. Ya, memang amat ramai yang tak sabar-sabar menanti.. πŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?

  1. Sememangnya molek ilmu yang diberikan tu, tinggal cuma kita berusaha utk melakukan yang terbaik hasil dari ilmu yang diberikan secara percuma oleh Zul dlm 4 langkah 3 hari. Agak-agak bila ndak di “pdf”kan 4 langkah 3 hari tu, Zul?

  2. Saya sokong. Hendak memulakan perniagaan internet kena ada produk untuk dijual.. Produk yang memberikan pulangan 100% Patut anda utamakan πŸ™‚ Pembinaan ebook sendiri juga boleh memungkinkan anda mendapat pulangan 100%.. Betul cakap SmartZul.. “ini jalan cepat dan mudah” πŸ™‚

  3. saya nak dapatkan buku saudara tentang care2 nak buat blog tu setiap kali saya klik kat panduan asas membina blog tu..xde maklumat terperinci plak cane nak order bende tu.cepatla respon..hantar melalui e-mail pon bleh

  4. Thanks Zul berikan ilmu yang berguna kepada sy, sy skrg tgh mengkaji produk apa yang menarik sekarang nie.. πŸ™‚

    Syed, Panduan Asas Membina Blog tu Zul tgh kemaskini, Insya’allah Zul cakap minggu depan dia re-launch pakej kit blogger tu.. nantikannya mmg menarik & berkesan.. πŸ™‚

  5. Hm.. memang ramai cakap adsense dan affiliate adalah cara paling efektif untuk memulakan bisnes internet. Saya sependapat dengan Zul. Boleh dikatakan wajib mempunyai laman web atau blog sendiri. Takkan la nak tulis atas kertas masa nak bagi affiliate link, ye x? πŸ˜€ Tak mampu beli domain x pe. Setakat blog free pun dah kira bagus.

    Pasal produk sendiri pula, saya setuju 100% sebab saya juga jenis ‘x reti’ nak promote barang orang lain. Better buat produk sendiri sebab dengan cara ini hanya kita sendiri yang tahu tentang selok-belok produk yang dihasilkan.

  6. Betul yang Zul cakapkan tu. Kita kena bina pelbagaisumber pendapatan kita. Tak boleh nak mengharapkan Adsense 100% atau tak leh nak mengharapkan affiliate 100%.

    Kadang2 ada masa naik dan turun. Dan perkara ini memang pernak terjadi. kerana mengharapkan pendapatan 100% dari adsense. Bila terjadi sesuatu pada websitenya, pendapatannya pun menurun secara mendadak. πŸ˜€

  7. hai semua..dah lama tak nulis sini..

    saya sokong pendapat zul, saya juga jual produk maklumat, siap sekali dengan master resell right bersama software free, so my customer have nothing to loose (oppss…ni rahsia saya) memang profitable kalau buat camtu, sebab untung semua kita simpan 100%, kos pun berapa aje..kerja sekali tapi dapat duit berkali-kali..kalau rasa jual produk tak cukup, buat adsense..kalau masih tak cukup jugak, join mana-mana affiliate..kalau dua-dua tak cukup, buat juga bisnes offline…mail order is a good chance to be considered..

    tapi nasihat saya pada kawan2 smua, kita hanya ada masa 24 jam..dari pengalaman saya, walaupun kita mampu buat semua tu, tapi takkan cukup tangan kalau buat sorang dalam sehari, alamat patah pinggang dan lebam mata sebab duduk lama2 depan pc…jadi, tanya diri anda, mana yang lebih enjoy buat dan bisnes internet stail mana yang lebih ngam..tq! πŸ™‚

  8. As’kum Zul.. apa khabar? Saya skrg nak lancarkan web site saya yang pertama nie. Ingat x yang saya tunjuk kat Zul masa bengkel bulan 11 tu hari. Model tu la.

    Ok.. masalah saya sekarang ialah saya pening la dengan Web Audio Plus tu. Saya dah copy dan paste kat web site saya tapi x jadi la. Lepas tu saya ada banyak soalan nak tanya lagi nie.

    Berkenaan bimbingan Ebiz Malaysia tu macam mana yer. Kat siapa saya perlu bertanya. Kat Zul atau dekat Sham.

    Boleh x kita ber-YM? Saya amat2 perlukan bantuan dan bimbingan sekarang. Nanti bila Zul nak ber-YM nanti send mesej kat blog saya kat yer. Mekasih banyak2 Zul.. πŸ™‚

  9. zul, tq for info.

    saya akan buat ebiz pertama iaitu ebook yg berjudul ….
    iaitu apa yg dibincangkan di blog saya.
    kemudian adsense, review.com dan Resell Rights,
    ok ka zul?

  10. pak_aen, thanks a lot. Tak sangka datang ke bengkel yer. πŸ˜‰

    Imora, emel saya. Nanti kita chat ok.. Pasal web audio, nanti saya ajar cara setting dia.

    Hapisol, just do it sampai berjaya. Dah berjaya 1 projek, buat yg lain pula. Dalam ebiz, banyak cabang. Pilih satu yg mampu utk kita buat dgn cepat dan terdaya..

      1. zul agak sibuk sekarang ni…hehe…
        tolong jawap je…
        jangan percaya pula…

        em betul tu zul…
        orang dah tanya bila nak buat bengkel lagi tu…

        han

    1. affiliate susah nak promote?
      kalau RR pun sama juga…
      sebab semua bisnes kena promota…
      cuma RR kena bayar dan kebanyakkan affiliate free…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *