Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Baru Balik dari KL + Jalan-Jalan

Assalamu’alaikum,

Apa khabar semua? Semoga sihat di sana.

Sejak jumaat lalu, saya ke KL sehinggalah hari Selasa (semalam). :) Ada apa yer zul sampai 4 hari kat sana?

Hari sabtu, adalah hari bengkel, satu hari suntuk. Kemudian, untuk pertama kali saya ke Kajang untuk merasa satay Samuri yang dikatakan sedap tu. Dan pada malam tersebut, saya dan Sham RajaAdsense bermalam di Hotel Kajang sampai hari Selasa.

Pada hari Ahad, kami satu team EbizMalaysia.Com pergi ke Plaza Lowyat dan Bangunan Imbi untuk survey barangan komputer seperti laptop. Fuuh, satu bangunan Lowyat tu kami jalan-jalan. Hmm, actually saya kali pertama ke sana. Dan ikhlas saya bagitahu, KL saya tak tahu sangat jalannya dan dengan adanya kawan-kawan ni, dah tahulah sikit macam mana nak jalan ke sana. Lepas tu, kami balik ke hotel dan berehat.

Isnin pula, saya, sham dan team ebizMalaysia ke Putrajaya untuk ke MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi atas satu urusan penting. :) Hintnya, projek ebiz. Selepas mesyuarat dengan pihak MeCD, kami menjejak kaki ke Pesta Flora yang sedang berlangsung di situ. Sempat juga la beli madu asli (huhu..), siap dapat tips lagi dengan tauke madu tuu.. Macam-macam.. :lol: hehe.. Ehem, sham pun beli gak sebotol.. :P Selepas makan malam kat situ, saya dan sham terus ke hotel dan bermalam di sana. Keesokan (selasa), saya dan sham berangkat pulang dan menuju ke destinasi masing-masing selepas makan tengahari di Kajang.

Ok, itulah serba sedikit cerita yang saya kongsikan untuk anda. Pendek kata, saya dan sham telah ‘bercuti’ selama 3 hari di KL dan bukan saja-saja cuti, tetapi kami sempat berbincang mengenai bisnes terutama untuk masa depan team ebizmalaysia.com dan juga bisnes kami masing-masing. Team ini pada asalnya terbentuk dari bengkel ebiz yang pertama. Dari situ, kami bersetuju untuk bergabung tenaga dan kepakaran masing-masing untuk pergi lebih jauh. Ya, setelah 3 kali bengkel, kami telah mempelajari banyak perkara dan telah merancang beberapa perkara yang lain untuk berjaya dalam bidang ebiz ini dan juga bidang lain. Team ini terdiri daripada 4 orang dan dua orang daripadanya adalah saya dan Sham. Siapa dua orang lagi? Ada masa saya cerita, cuma kekuatan mereka adalah, “they have strong knowledges in offline marketing and have a lot experiences..”.

Adanya ‘team’, kita lebih mudah pergi jauh, kerja bertambah senang, idea banyak… Itu cerita pasal team ebizmalaysia, dan bagaimana dengan smartusaha? Ia tetap smartusaha.. ;)

Oklah, badan saya masih letih sikit sebab masa saya menaip ni, baru beberapa jam saya sampai di rumah. Nak berehat dahulu k. Dan banyak lagi benda-benda saya nak tulis di blog ni. Idea mencurah-curah masuk dan seperti biasa saya akan catat dalam buku catatan agar tidak terlupa.

Kepada semua pelanggan saya, segala persoalan saya akan jawab di ruang jawapan. Kepada yang hantar emel, saya akan balas beransur-ansur. Dan kepada bakal pelanggan, tungguu… ;)

Wassalam.

PS. Pepatah mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman. Perjalanan dengan internet, JAUH beza perjalanan yang sebenar (offline). ;)

PPS. Kepada alumni SaifulSham.Com, jumpa saya di konvensyen saifulsham nanti.

Wassalam.

Facebook comments:

20 Responses to “Baru Balik dari KL + Jalan-Jalan”

  1. Galadriel says:

    A’kum…
    Zul pergi ke Lowyat hari ahad tu ye? Akak ada pergi ke sana beberapa hari sebelum tu. Biasalah, tengok hardware dan software… memang my favourite area. Zul beli banyak barang ke kat sana?
    Okay, see you masa Konvensyen nanti…

  2. smartzul says:

    beli barang? takder lah.. Member je yg beli. Sy ni jenis tak boleh sangat tempat orang yg ramai sangat.. hehe.. Lagipun pergi survey2 dulu. Dan saya lebih suka beli benda2 mcm ni dekat dgn rumah, anything happen, mudah nak urus.. Barang kat JB ni pun murah gak.. :D

    Ok Kak, jumpa di sana… ;)

  3. Mohd Sufian says:

    Wah! Zul, Siap Cuti2 Malaysia lagi tu. :D

    Tulah kelebihan menjadi usahawan.

  4. neeta says:

    Wah..! dah balik! best2!! dah 3 hari tunggu berita terkini…
    neway selamat beristirehat….

  5. smartzul says:

    Hehehe. Usahawan, boleh kerja di mana sahaja dan bila-bila masa. lebih2 lagi usahawan internet, sebahagian kerja dah diautomasikan.. Mudah.

  6. smartzul says:

    neeta, setia menunggu yer.. Tima kasih. :)

  7. ramzwatcher says:

    wah, ada perancangan yang hebat. Memang usahawan yang pro. Nampaknya makin byk yang saya perlu belajar dari smartzul

  8. hapisol says:

    tahniah di atas kejayaan bengkel 27 jan 2007 tersebut.
    selamat kembali ke dunia “blogging” ini.
    saya pun ada kat kl masa tu, tapi urusan lain.
    saya berjanji kpd diri ini akan hadiri bengkel zul kelak.(doakan kita akan berjumpa yer zul)
    rindu juga rasanya krn 3 hari tak dpt kongsi ilmu drpd zul ni.
    berjalan2, saya dah lakukan skrg tapi sbg staf kerajaan,
    yg saya impikan ialah berjalan2 drpd pendapatan ebiz ini,
    insyaAllah, saya yakin ilmu yg dpt drpd zul ini dpt membantu saya mencapai impian tersebut. ok zul?

  9. tvclip says:

    wa… best sempat jalan jalan.. ap pun good luck dan selamat maju jaya :)

  10. joe says:

    lama menanti post terbaru, 4 hari baru muncul balik… :)
    anyway tahniah atas bengkel tu ye, sy pun teringin gak nak join sekali. seronok pulak mendengar cerita2 para usahawan ni kn… rileks je.
    apa kata sekali2 wat kat area jb plak… cam ner zul???

  11. shueqry says:

    saya pun tertunggu-tunggu gak post terbaru dari zul…asal masuk blog ni mesti 1 jam saya abiskan, baca artikel motivasi..walau dah baca tapi saya baca balik! makin bersemangat rasanya..

    cemana rupa kl tu ya? saya tak pernah ke sana..satu hari nanti, saya mahu berjumpa dengan Zul dan Irfan, saya mau ucapkan terima kasih sebab dengan ilmu yang korang share dapat menyuluh jalan dalam eBiz ni.. di kota kinabalu ni takde lagi saya jumpa orang yang sama buat bisnes internet.. so, i do it all alone..mencabar, tetapi rasa seronok sebab duit sentiasa ada! pulak tu kala kwn sibuk saya boleh jalan2 di sekitar bandar kk ni..tak pernah lagi apa2 bengkel eBiz di buat kat sini..

  12. Galadriel says:

    hmm… Kota Kinabalu memang best. Saya pernah ke sana tahun lepas untuk bercuti… lepak 3 hari, melawat Gunung Kinabalu national park, kolam air panas Poring … seafood pun murah dan fresh…

    ye Zul, jumpa dalam masa 3 hari… :)

  13. all_wan says:

    27 jan saya ada di kl juga.. tetapi saya pergi seminar dengan saiful sham di berjaya time squre ..dan first time naik monorel … (:-)

  14. smartzul says:

    hehe, all wan.. Saya pun belajar naik2 benda2 tu dgn kawan jer.. ;) So, kita jumpa nanti lah yer kat konvensyen saifulsham.

    Ramzwatcher, xder apa2.. Kalau dah bertemu, rugi la kalau tak bincang sesuatu. :)

    hapisol, insyaAllah, kita jumpa nanti. Joe, kat JB dalam perancangan. shueqry, KK yer.. InsyaAllah, sampai masa ke sana juga. :)

    Thanks semua. Memang banyak nak tulis nii..

  15. Maizul says:

    Wa bestnya jalan2 Zul… Beli apa kat Law Yat Zul?

  16. shueqry says:

    saya tunggu-tunggu juga, sebab memang tak pernah ada bengkel bisnes internet di buat kat sini, sbb dalam pemerhatian saya, slalu yg ada pasal bisnes offline…ada saya join kursus oleh MecD collaborate ngan Msc dan Sedco, tapi tak mengkhusus pasal bisnes online atau web-base business..

    sebenarnya KK banyak lagi tempat menarik..Karambunai, Gaya Street..ada pasar mlm banyak jual kristal, mutiara dan rantai..murah, tapi high kualiti! banyak org semenanjung datang sini semata-mata beli banyak dan jual kat sana..

  17. SmartZul says:

    Maizul, takder beli apa-apa. :) Jalan2 jer kenal2 kota-raya..

  18. ijoi7007 says:

    Zul, saya duduk kat kajang je. Diharap bengkel tersebut memberi semangat kepada para peserta.

    Zul, ada tak ilmu baru dlm bengkel yg terbaru ni? Kalau ada perbezaan antara bengkel sebelum ni, boleh lar kongsi2.. ;-)

  19. Hamid says:

    Ijoi
    hang pernah join bengkel zul ker :?:
    sonok tak :mrgreen:
    Apa yang diajar kat bengkel tu ye?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)