‘Banyak’ Yang Akan Berubah dan Berlaku..

InsyaAllah..

Saya sekarang di dalam proses pengemaskinian semula smartusaha.com. Beberapa perkara telah dan akan dirancang untuk smartusaha.com dan yang pasti banyak yang PERCUMA untuk rakyat Malaysia yang berminat mendalami bidang keusahawanan internet ini. Dalam masa yang sama juga, saya terus belajar daripada mereka-mereka yang telah berjaya seperti saifulsham, irfan khairi, shuth, team tuah emas, alang, zamri nanyan dan berkongsi-kongsi pandangan dan ilmu dengan usahawan siber yang lain seperti hasrul dan sufian yang mana merupakan antara yang senior di wangcyber.com (yang saya tak sebut nama tu, anda juga termasuk!). πŸ˜‰

SmartUsaha.Com secara subjektif bukanlah ‘perjuangan’ saya seorang tetapi saya mahu bergerak bersama-sama. Jika bersaing pun, saya mahu bersaing secara sihat, bukan menggunakan teknik atau taktik kotor, apatah lagi yang terlarang di sisi Agama. Mudah dikata, semua pihak mendapat hasil yang sama, ‘win-win situation’.

Setelah ditemuramah semalam, saya semakin bersemangat, dan anda juga sebagai usahawan internet perlulah meningkatkan kualiti. Buktikan yang anda benar-benar usahawan internet yang sejati dan jika boleh BEBAS daripada kekeliruan atau secara mudahnya, tidak melakukan sesuatu yang belum jelas keadaan sesuatu program. Saya tidak mahu, nama usahawan internet tercemar, akibat daripada tangan kita sendiri. Ya, anda ada hak untuk melakukan apa sahaja, tetapi anda perlu ingat, bukan anda seorang sahaja yang melakukan bisnes di internet. Bukan apa, jika kita hanya mementingkan diri sendiri, ia bukan hanya memberi kesan negatif kepada diri sendiri, malah kepada usahawan yang lain juga.

Semalam, ada seorang tetamu bertanyakan satu soalan mengenai keselamatan pembelian di internet dari sudut kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual. Maka saya menjawab, pihak penjual perlulah meyakinkan pembeli dengan memberikan atau membuktikan mereka benar-benar berniaga dan wujud. Penjual perlu meletakkan nama perniagaan dan maklumat mereka. Jangan menyorokkan diri, sebab dengan menyorokkan diri, anda pasti tidak mendapat sales yang tinggi, sebab orang tak berani dan tak yakin. Maka jika anda usahawan internet sebenar, dedahkan info perniagaan anda. Tak letak gambar pun tak apa, sekurang-kurangnya nama perniagaan (jika ada), alamat dan no. telefon. Nak tak nak bagi saya, ia perlu dilakukan. Kita perlu ada perbezaan daripada program skim cepat kaya. Selain itu, anda sebagai peniaga, perlulah menyediakan produk yang berkualiti, jangan indah dari khabar. Jika tidak, buruk reputasi anda nanti.

Pembelajaran & Perubahan

Industri perniagaan internet masih baru. Saya mengambil masa selama 4 tahun sebelum bertemu erti bisnes internet yang sebenar. Dari tahun 2000 hingga 2004. Minda saya dan dada saya kosong dari ilmu perniagaan internet ini. Tak ada apa-apa. yang saya tahu, klik emel dan autosurf. Itulah saja cara buat duit. Lepas itu, join program refer-refer orang. Hmm, banyak kali tertipu dan banyak habis masa. Banyak terdedahdengan program-program scam. Tapi, Allah itu Maha Pengasih, pencarian saya akhirnya ‘berakhir’ sekitar awal tahun 2004, di mana saya telah terjumpa dengan beberapa laman web yang membincangkan mengenai perniagaan internet ini…

Maka, para pembaca semua, mahukah anda mengambil masa yang lama seperti saya? Terus ingin mencari dan mempelajari sendiri? Silakan.. Tetapi, bagi saya, jalan mudah ada, ambil sajalah. Beli buku, sertai seminar atau bengkel dan bertanya. Jangan letakkan diri anda di kalangan orang-orang yang ego dan tidak mahu bertanya.

Hampir setahun blog ini wujud, saya menulis, memerhati trend dan keadaan perniagaan internet di Malaysia, begitu banyak yang telah saya pelajari. Tak kurang juga banyak kesilapan yang dilakukan. Tapi orang kata, ‘belajar dari kesilapan’. Ya, begitu banyak sekali. InsyaAllah, semoga Allah makbulkan, smartusaha akan melakukan proses transformasi ke arah yang lebih tersusun dan efektif, memberi manfaat untuk semua. Begitu juga komuniti wangcyber, sebuah forum yang menjadi medan pembelajaran utama saya. πŸ˜‰ Forum tersebut juga akan berwajah baru.

Hmm, cukuplah dulu untuk kali ini. Apapun, bila smarusaha.com akan berubah wajah, itu saya sendiri tidak tahu, tetapi insyaAllah dalam tahun ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan anda semua, mungkin ada terkasar bahasa. Juga mohon maaf kepada mereka yang ada menghantar emel, tapi saya tak terbalas, maafkan. πŸ˜‰ Juga, jika saya ada janji yang belum dikotakan, maafkan jika tak terkota, namun saya akan cuba usahakan mengotakannya.

Kesimpulannya, untuk berjaya dengan cepat, kita perlu berkomuniti dan bekerjasama. πŸ˜‰

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “‘Banyak’ Yang Akan Berubah dan Berlaku..

  1. Assalamualaikum..

    Smoga Berjaya Zul.. Thanks krn sudi memberikan ilmu secara percuma di blog zul ni..

    Ada 1 formula Best

    Belajar+Cari Ilmu+Usaha+ Bertawakal dan Berdoa+ Banyak Bertanya+Ramai Kawan Yang Sealiran+Tolong Newbie = Kejayaan Yg Gemilang

    Oleh itu Bantulah Diri, Bantu Jugak Orang Lain..

    Thanks Zul

  2. InsyaALLAH Zul, saya doakan anda berjaya menggapai impian, selagi ia masih menurut syariat…doakan saya juga πŸ™‚ Haa, cepat2lah skit siapkan new look smartusaha.com tu πŸ™‚

  3. bagi saya, org kita dah lama disogokkan dgn e-commerce la, e-dagang la…
    tp, yg guna berapa kerat aje?
    so, sebab tu ada keraguan tentang selamat atau tak kalau nak buat pembayaran dll….

  4. ye betul tu, dalam bidang ni, kita seharusnya berfikir dengan waras..dan tidak terikut2 dengan pelbagai program Scam yg berlambakan di ruang cyber sekarang ini..Banyakkan ilmu + berfikiran waras..nescaya kita akan berjaya..

  5. thanks a lot to zul! byk perkongsiaan ilmu kat blog smartusaha! semoga usaha zul mendapat keberkatan Yang Esa dan dipermudahkan jalan2 yang mendtg. Gud Luck utk kita semua!

  6. Good plan! I think its about time too kan you make some change. πŸ™‚ Kep up the good work! Jgn tak caya kalau saya cakap you are among the top as my sumber ilmu dalam internet marketing nih. πŸ™‚

  7. alhamdulillah syukur. tak sia-sia apa yang kita buat selama ini. moga apa yang kita buat kali ini berada dilandasan yang betul.

    terima kasih kat zul dengan informasi dan pengalaman yang dicurahkan di website, blog mahupun forum.

    Good luck Zul

  8. robotys, hafiz, kak lin dan semua, terima kasih. Moga semua berjaya.. πŸ™‚

    PS. Sedikit bz ler skang. huhu.. InsyaAllah, after wokshop Kuantan nanti baru saya nak sentuh my portal dan blog.

  9. Salam,

    Zul, saya dan rakan saya sedang dalam perancangan dan proses penerbitan buku bercetak bertajuk “MyBlog : Blog-blog Pilihan Terbaik Malaysia”. Saya telah calonkan nama blog saudara akan dimasukkan.

    Kepada rakan-rakan lain yang ingin blog mereka dicalonkan dan disenarai di dalam buku ini , sila baca keterangan lanjut di blog saya. Lihat menu di sidebar untuk tajuk khusus bagaimana mencalonkan blog saudara sekalian.

  10. Pingback: hyip investment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *