Banyak Sumber Pendapatan

Dalam perniagaan, elakkan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Pelbagaikan. Sama ada sama kategori (bidang), ataupun berbeza.

Jika sama bidang, pelbagaikan / perbanyakkan produk. Tetapi ia perlu dilakukan satu demi satu. Apabila satu projek telah mendatangkan hasil, mulakan projek baru. Selain itu, sebaiknya kita mempunyai pelbagai variasi harga jualan, dari yang paling rendah, sampailah berharga tinggi (mahal).

Jika mahu menceburi bidang berbeza, pastikan kita tahu dan bersedia mempelajari ilmu baru. Namun digalakkan kita memfokus pada satu bidang yang paling kita tahu, minat dan mahir, melainkan kita sudah mencapai peringkat “investor” yang boleh melaburkan modal ke dalam banyak bidang perniagaan.

Analogi: Kita ada sebiji belon. Apabila ia pecah, maka tiada lagi belon. Tetapi jika kita ada banyak biji belon, jika pecah satu, ada banyak lagi. Belon itu adalah sumber pendapatan.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari. Walaupun satu perniagaan / produk yang kita lakukan sekarang amat menguntungkan, andai ia jatuh, di dahan mana kita dapat berpaut?

Tip: Dengan Internet, kita mudah untuk mempunyai banyak sumber pendapatan kerana ia mudah dimulakan, berkos rendah dan boleh diautomasikan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Banyak Sumber Pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *