Bagaimana bangkit kembali dalam bidang perniagaan Internet?

Andaikata anda sedang berada dalam saat kejatuhan, keresahan, kegagalan, jatuh terduduk dan apa jua keadaan, sudah pasti anda mahu bangkit kembali.

Soalnya, bagaimanakah caranya? Saya tahu, salah satu cara yang pasti akan dicadangkan adalah kembali kepada Allah. Ia benar, tidak dapat dinafikan dan ia adalah 100% tepat. Sudah semestinya kita perlu kembali kepada-Nya, memohon kekuatan dan membina kembali hubungan yang baik bersama-Nya.

Bagaimana pula dari aspek teknikal, bisnes, pemasaran dan realiti? Berikut adalah di antara cadangan yang boleh anda lakukan:

  • Hubungi kembali rakan-rakan usahawan dan rakan-rakan kerjasama. Bina kembali hubungan yang baik bersama mereka. Tip: Cipta satu file Word ataupun Notepad dan senaraikan nama beserta emel dan nombor telefon mereka sebagai rujukan (rekod).
  • Wujudkan atau sertai kembali kumpulan usahawan yang boleh saling berkongsi maklumat, pengalaman dan semangat. Tidak dapat dinafikan, mereka pasti menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan apabila kita memerlukan. Merekalah salah satu sumber utama semangat, motivasi dan kekuatan dalam bisnes kita.
  • Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. AWAS, jangan terlalu ‘over planning’! Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan). Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.
  • Hubungi kembali subscibers mailing list (jika ada). Berikan mereka maklumat yang berguna dan berinteraksilah bersama mereka.
  • Aktifkan kembali penulisan di blog. Blog adalah satu aset bisnes yang tidak terkira nilainya. Ia adalah sumber trafik/prospek percuma dan tempat kita membina kredibiliti.
  • Jika sebelum ini anda aktif di Facebook dan kemudian mendiamkan diri, kembalilah ke sana kerana sudah pasti ramai yang sedang menunggu kehadiran semula anda.
  • Hubungi pelanggan yang tertangguh projek mereka (jika ada). Mohon kepada mereka memberikan sedikit masa untuk anda selesaikan semua perkara yang tertunda. Tidak perlu beritahu puncanya, cuma cukup nyatakan ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Satu masa nanti jika berpeluang, lakukan sesuatu secara percuma kepada mereka sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan.
  • Wujudkan dana (simpanan) kecemasan jika sebelum ini ia belum wujud. Ini adalah perkara penting untuk usahawan sepenuh masa.
  • Perkara paling penting, iaitu terus berusaha tanpa ada rasa mahu berputus asa. Kali ini, sematkan dalam diri bahawa anda tidak akan mudah mengalah lagi! Anda adalah Pejuang Impian!
  • Kembali konsisten dalam melalukan pemasaran produk dan perniagaan.
  • Mula membina strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Hidup di dunia adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita perlu terus berjuang. Kita bukan hidup keseorangan dan untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja, tetapi kita ada ibu, ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang perlu disara. Kita perlu berani bangkit kembali dari kegagalan untuk terus berjuang.

“Jangan kejar kejayaan, tetapi binalah kekuatan diri kerana itu yang akan menyebabkan kita mencapai kejayaan!”

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Bagaimana bangkit kembali dalam bidang perniagaan Internet?

  1. Salam, Smartzul.

    Terima kasih untuk info ini. Ternyata, untuk bangkit semula bukannya perkara yang mudah. Tapi tidaklah susah kalau kita tahu caranya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *