Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Baharui Azam Lama dan Mencipta Azam Baru

Tahun 2010 sudah pun membuka tirainya. Saya amat yakin, begitu ramai yang telah menetapkan azam-azam yang baru.

Bagi saya pula, selain menetapkan beberapa azam atau matlamat atau sasaran, saya juga akan membawa beberapa matlamat lepas yang belum tercapai.

Sebenarnya, untuk memulakan sesuatu yang baik, kita tidak perlu menunggu tahun baru. Perubahan atau usaha kepada kejayaan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Lagi segera, lagi bagus.

Saya tidak mahu menulis apakah matlamat-matlamat saya di sini. Konsep yang akan saya gunakan pada kali ini adalah, setiap kali salah satu matlamat saya itu tercapai, barulah saya akan kongsikan kepada orang lain.

Di kesempatan ini, saya berharap anda semua terus berusaha untuk mencapai yang terbaik. Jangan jadikan tahun sebagai satu syarat untuk berubah, tetapi cukuplah ia dijadikan sebagai jangka masa untuk melakukan sesuatu. Iaitu, dalam satu tahun 2010 ini, apakah yang perlu dilakukan agar proses perkembangan dapat terus berlaku.

Salam sukses!

Wassalam.

~ Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul

Facebook comments:

28 Responses to “Baharui Azam Lama dan Mencipta Azam Baru”

  1. Salam Zul..
    Teruskan usaha dalam mencapai cita2 dan membantu komuniti dgn segala ilmu dan pengalaman yang ada. Semakin banyak ilmu dicurah semakin murah lah rezeki kita..

  2. Saya suka dengan tajuk artikel Zul ni.

    Sekadar ingin berkongsi, tahun 2009 bukanlah merupakan tahun yang indah bagi saya. Apa yang boleh saya katakan, ia adalah merupakan tahun kegagalan yang membuatkan saya jatuh terduduk (nasib baik belum tersembam). ;)

    Syukur alhamdulillah, kegagalan yang saya hadapi tak melemahkan semangat saya untuk terus mengorak langkah menjadi seorang usahawan yang berjaya. InsyaAllah~

  3. Konsep Zul ni memang tak sama dengan kebanyakkan org. Org ramai biasa nak tetapkan azam-azam tahun baru pada awal tahun. Mcm-mcm nak di buat katannya (termasuk saya sendiri :-D ). Tapi Zul akan berkongsi jika sesuatu matlamat itu tercapai.

    Konsep Zul sedikit-demi-sedikit. Continuos Improvement (dlm istilah Jepun di sebut ‘kaizen’). Zul lebih memfokuskan perubahan baik secara berterusan.

    Memang menyedarkan saya.

  4. Salam Zul. Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

  5. Suzi.. adalah lebih baik kita berharap, memohon dan berserah kepada Allah (SWT).

  6. Suzi Suhimi says:

    YE..INSYALLAH..SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SEMAKIN CERAH DISELUBUNGI KEIZINAN ILAHI

  7. jai@jaigoku says:

    Saya ada memberikan beberapa tip untuk mencapai azam di blog saya :)

  8. Thoha says:

    Salam bro zul…
    semoga tahun baru ini lebih banyak ilmu dapat dikongsi dari bro di blog ini…
    sukses selalu!!

  9. Amir says:

    Salam sdr smartzul..

    Semoga matlamat sdr tercapai serta dapat berkongsi kisah kejayaan sdr di masa akan datang.InsyaAllah.

    Selamat Tahun Baru 2010 kpd sdr smartzul dan pengunjung setia blog ini…:-)

  10. setria says:

    Semoga di tahun baru ni, Zul dapat melancarkan projeck ebook yang tertangguh, so boleh lah claim bonus yang telah di janjikan dulu tu. he..he

  11. Zul,

    Artikel yang bagus zul. Memang benda yang baik patut disegerakan.

    Mungkin ada juga segelintir yang saja gunakan tahun baru atau satu2 tarikh penting, sebagai satu sebab untuk bertangguh. Maksudnya sampai tarikh tu baru nak mula

    Kalau mula ok, takut sambung tangguh lagi…just my 25 cents.

  12. TQ, En.Zul,
    En.Zul sebenarnya idola saya.Kerana cemburu melihat golongan muda dgn blog dan mampu menjana pendapatan,saya bagi pihak vateran tak mahu ketinggalan.Kini saya mampu mempunyai blog sendiri dgn cara belajar sendiri(membaca tulisan otai @ melihat blog2 otai).Cuma belum mampu menjana pendapatan lagi.Insyaallah 2010 ini saya akan terus berusaha.(Sedih tak dpt hadiah drp Rohaizat.com pada mlm tahun baru,kalau tak silap saya no 4 kot)

  13. motokriss says:

    Salam,

    Sememangya setiap tahun baru pasti kita akan buat azam baru dan set target baru. Tapi adakah kita telah menyelesaikan target yang tahun lepas. Kalau belom, adakah kita telah melakukan penilaian pada matlamat tersebut?

    Bijak pandai berkata, sekiranya kita berjaya mencapai 80% progress terhadap matlamat kita maka kita dah diaanggap berjaya. “Nothing perfect in achieving goals.”

    oleh itu mulakanlan sesuatu dengan menetapkan matlamat dan azam dan awal tahun adalah satu detik permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru.

    Salam kejayaan.

  14. Sain-Web.Com says:

    Salam sukses bro smartzul.. masing2 selalu ada azam baru setiap kali tahun baru…saya plak baru nak bermula berblog..

    • smartzul says:

      Jika tiada masalah, boleh hanya fokus pada blog sahaja sehingga ia sukses. Namun bergantung kepada situasi, perancangan, matlamat dan keperluan saudara juga.

  15. Yusop says:

    Salam Tuan Zul,

    AZAM –> TINDAKAN –> KEJAYAAN

    Bila dah capai azam tu jangan lupa share2 dengan kita orang ye

  16. hafizmd says:

    Terima kasih Zul untuk artikel nie. InsyaAllah akan bertindak mngikut mane2 keperluan yang perlu disegerakan. Lagi segera lagi bagus.

    p/s-mee segera bagus ke Zul? :D

  17. Tintataghyir says:

    Membaca entry2 anda membuatkan saya makin kukuhkan azam. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan teruskan usaha untuk memberi.

Trackbacks/Pingbacks

  1. selamat tahun baru 2010 | BlogUsahawan.com

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)