Bagaimana Saya Bermula Menulis Blog + Tsunami Bakal Melanda

Kini, sudah ramai yang ingin memiliki blog sendiri. Dulu, di saat pertama kali saya mengetahui mengenai blog atau jurnal peribadi, saya suka dan kekadang bosan membaca mengenai kisah-kisah peribadi mereka yang menulis di blog masing-masing. Pasal bergaduh dengan awek, masalah dengan kawan, bahkan bangun pagi gosok gigi pun diceritakan juga. πŸ˜‰

Di saat itu, saya tidak tahu bahawa blog boleh mendatangkan pendapatan samada sampingan atau sepenuh masa. Kini tidak lagi, semua orang sudah tersentak dengan peluang yang sudah wujud bertahun-tahun ini.

Entah bagaimana saya tergerak hati untuk juga memiliki blog sendiri. Dan hasilnya, saya berjaya memiliki blog sendiri di http://smartbiz.tblog.com bermula Julai sehingga awal september. Selepas itu, saya ber-alih kepada smartusaha.com. Di smartusaha.com, saya menulis sehingga bulan disember 2005, tetapi malang tidak berbau, semasa saya mengalih blog ke subdomain, ada sedikit masalah berlaku. Maka, penulisan saya dari september sehingga disember ‘hangus’ begitu sahaja di pangkalan data. Namun, saya ada simpanan untuk database tersebut. πŸ˜‰ Nanti saya up-kan balik sebab sekarang dah expert sikit pasal alih-alih server dan blog ni. πŸ˜‰

Ok, back to the topic. Blog merupakan satu wadah penyampaian ilmu, pendapat atau ulasan yang amat berkesan di masa sekarang. Dari individu, usahawan sehinggalah kepada syarikat korporat memiliki blog tersendiri. Sebab itulah, jika di luar negara, blogger adalah satu kerjaya, bahkan anda boleh bekerja sebagai blogger jika anda mempunyai penulisan bahasa inggeris yang baik. Pendapatannya juga amat lumayan. πŸ™‚

Satu contoh, anda boleh ke http://www.performance.com, di situ berkumpulnya mereka yang bekerja sebagai penulis blog. πŸ™‚

Saya bermula dengan tidak tahu terutama mengenai hal-hal teknikal. Saya banyak belajar daripada kesilapan. Install tak jadi, install lagi tak jadi, senget sana senget sini, error situ dan error sini. Hanya Allah Yang Tahu. Terkadang, penat mengalahkan kesabaran. Namun, alhamdulillah, dengan kesabaran itu, kini masalah teknikal di dalam pengurusan blog saya (wordpress) bukan satu masalah lagi bagi saya.

Anda pula bagaimana? Ingin berjaya di dalam satu hari? Ingin membina blog wordpress seperti blog smartusaha.com ini dalam masa satu hari? Ia mustahil dan tidak mustahil. Mustahil jika anda tidak mahu belajar dan tidak musthil jika anda sanggup belajar.

Percayakah anda, saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa anda boleh memasang (install) blog hanya dalam beberapa minit dan terus menggunakannya sebaik sahaja siap installation tersebut. Tidak sampai sehari! Adakah anda mahu? Ya, mestilah mahu.. πŸ˜‰ Anda tidak perlu berkorban masa seperti saya dan lain-lain, berpenat lelah untuk belajar sendiri dari zero. Ada solution untuk anda….. Tunggu.. πŸ™‚

Lagi….. Adakah anda ingin menjadi pro blogger yang boleh menjana pendapatan di internet? Sepenuh masa atau sampingan? Sudah semestinya mahu.. πŸ˜‰ Alhamdulillah, blog kedua saya telah lahir yang akan berkisar mengenai blogging. Perkenalkan,

bloggingsteps.com

“plan, build, marketing, maintain, generate revenue”

Usah risau, blog tesebut dalam dua versi. Untuk versi BM, anda perlu ke http://bloggingsteps.com/tips. Klik sahaja URL di atas, anda akan dibawa terus ke blog BM. Versi BI pula di domain utama yang mana saya akan gunakan untuk market international. πŸ™‚

Adakah anda percaya, saya berjaya menyenaraikan blog tersebut di google dalam masa 24 jam sahaja. Untuk yahoo pula, dalam masa kurang dari 48 jam. Bukan seminggu, sebulan atau berbulan-bulan. πŸ˜‰ Tak perlu link exchange, tak perlu backlink yang banyak. Just a simple steps to do. Nantikan special report percuma (ebook free lagi..) bagaimana cara menyenaraikan laman web atau blog anda di google dalam masa yang singkat. Dijamin! InsyaAllah.

Berita Tsunami Bakal Melanda!

Kini, smartusaha akan kembali dengan rentak yang lebih maju ke depan, bak kata sabri saifulsham, “we must push the market..”. πŸ™‚ Bak kata saya, gelombang yang akan saya bawa di fasa kedua ini bukan gelombang tsunami, tetapi…..

SUPER MEGA TERA TSUNAMI!!

** Hehe, inilah info tsunami tu.. πŸ˜† InsyaAllah. Sama-samalah kita memeriahkan industri perniagaan internet ini. Mind our own business. πŸ˜‰

InsyaAllah. Saya akan bawa dan pimpin anda sekali. Motto smartusaha adalah, “forwards together..”. Maju dan ke hadapan bersama-sama. Prinsipnya, “just do it and focus..”. Lakukan sahaja, dan fokus…

Jika nak berjaya, kita berjaya bersama-sama. Baru best! πŸ˜‰ Kepada newbie, usah risau, usah khuatir, matlamat saya, membantu diri sendiri dan juga membantu anda, sama-sama membantu. Mungkin anda ‘tertekan’ dengan kejayaan orang lain? Atau rasa begitu tertinggal dan terlambat? Oh tidak sesekali.. Anda rasa begitu sebab anda tidak tahu cara untuk sama merasa apa yang telah mereka rasa dan capai. πŸ™‚ Maka, usah risau dan gusar, saya akan bantu anda semampu yang boleh. InsyaAllah. Walaupun saya taklah berjaya sangat, tapi saya ikhlas ingin membantu anda selagi hayat dikandung badan. Orang kata, kalau ilmu tinggi mana tapi tak kongsi, tak guna jugak. Amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan itulah yang akan membantu kita di sana. InsyaAllah.

Nantikan produk saya yang saya harapkan akan menambahkan lagi warnawarni bidang perniagaan internet (wahh, berwarna-warninya..) di Malaysia ini. Matlamat produk saya tersebut adalah merungkai dan menyelesaikan satu permasalahan kebanyakan orang terutama newbie, di samping menambahkan lagi keceriaan industri ini. Satu hint: I’m technical guy, who know me, kenallah saya.. πŸ™‚

Lupakan dengki, lupakan benci, hapuskan dendam. Kita bersatu agar hidup kita aman bahagia, bangsa dan ummat terus berjati diri dan maju ke hadapan. Jika anda pernah bersalah kepada saya, termasuk hacker yang illegal yang hack (crack) server hosting saya, saya maafkan anda. Saya nak dendam nak marah, tak ada gunanya. Buat sakit kepala ada lah.. Dan kalau saya ada tersalah kata, buat anda terasa, sakit hati, maafkan saya. Saya juga insan biasa.

Jika anda sentiasa diselubungi oleh cas negatif oleh mereka yang negatif, datanglah selalu ke blog ini, saya akan memberikan caj positif kepada anda!! InsyaAllah.

Seperti biasa yang kita dengar orang-orang bermotivasi tinggi mengakhirkan ucapannya, “jumpa di puncak kejayaan!”. πŸ˜‰

Salam ikhlas daripada saya,

Mohd Zulfadli @ SmartZul

zul smartusaha

Pakej Web Berbaloi Untuk Usahawan Internet: http://www.virtualniaga.com

Langkah Demi Langkah Menjadi Pro Blogger : http://www.bloggingsteps.com

Bengkel EBiz Praktikal : http://ebizmalaysia.com/bengkel

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Bagaimana Saya Bermula Menulis Blog + Tsunami Bakal Melanda

  1. Alhamdulillah, nampaknya zul tak jemu-jemu dengan apa yang diperjuangkan. Semoga ia berkekalan (saya yakin, ia kekal, InsyaALLAH :-)) dan zul dapat terus-menerus menabur budi dalam bidang ni. Bagi newbie (macam saya) inilah peluangnya. (Shortcut? mungkin…mereka-mereka ambil masa yang lama untuk memahami sesuatu teknik IM ni) Jadi, gunakanlah sebaiknya πŸ™‚

  2. Saya pun masih belajar lagi install blog.Dah beberapa kali delete,install,reinstall.Masih belum dapat selesaikan tapi akan terus usahakan.Blog ni bagus untuk kita tunjukkan atau kongsi maklumat dengan para pembaca blog.Pelanggan pun semakin mempercayai kita betul tak Zul?

  3. Tahniah & syabas Zul, penulisan anda bukan sahaja membuka minda tapi turut memberi semangat kepada saya, yang sekarang ni dah jadi suam-suam dimana dulunya panas membara. Dah dekat setahun saya beli domain dan hosting dan dah berbulan-bulan blog saya tersadai ( http://www.stardigital.biz/starblog ) tak ada bahan nak tulis, kalau ada pun malas nak menaip.
    Kata-kata anda di atas telah membakar semula semangat saya.
    Terima Kasih Zul. ilmu yang anda beri akan digunakan manusia sepanjang hayat.

  4. InsyaAllah. Saya hanya mahu berkongsi dan memperbanyakkan lagi penulisan dalam bahasa Melayu. Walaupun sambutan tak lah sehebat mana pun, tapi matlamat utama saya adalah nak push industri ini. Tu jer..

    Pasal tip top blog, saya ni tak lah hebat mana. Apa yang saya tahu, saya akan kongsi. InsyaAllah.

  5. Ok..ha nasib baik Zul buat posting nie.Saya nak tanya saya nie baru nak buat blog.Saya buat kat wordpress.

    Yang saya dok pening nie dah banyak kali masuk password tetap gak error.Apa masalahnya ek? Cookie 2 menda?

    Ok 2 jer.Harap dapat respon.. πŸ™‚

  6. Hmm, susah nak jawab kenapa. Cuma, dah betul ke password yang digunakan tu? Pastikan password yg dimasukkan tu betul. πŸ™‚

    Kalau terpaksa, masuk ke phpMyAdmin untuk tengok password dalam database. Cerewetlah tapi dah terpaksa. πŸ˜‰

  7. hi zul…

    bersemangat saya bila baca blog awak..tiP HAri saya masuk, baca, baca dan terus membaca..saya amalkan beberapa petua dan tip top yang diketengahkan..saya serap untuk jadi habit pada diri sendiri dan bisnes saya..

    saya baru saja bermula sebgai ‘net’preneur pada awal Mac lalu..terima kasih Zul kerana sediakan blog yang amat berinfomasi untuk ‘newbies’ belajar…tq bebanyak.. πŸ™‚

    saya juga seperti awak, mahu memeriahkan lagi industri bisnes internet di malaysia..sebab itu saya berani resign dari kerja office dan ambil keputusan jadi usahawan internet..di KOta Kinabalu ni bila bercakap pasal internet, orang terbayang pasal penipuan saja..hmm..inilah persepsi orAng kita..

    setiap hari , saya pastikan jari saya klik ke blog awak..sekali lagi, berbanyak terima kasih…satu hari bila saya jumpa awak, saya akan kata, “u are the smartest teacher i’ve ever met”..tq zul..

    iklhas..

    shueqry,
    kota kinabalu, sabah.

  8. shueqry, janganlah puji lebih-lebih. hehe.. Saya ni menulis jer apa yang patut. πŸ™‚

    Kongsi apa yang tahu untuk semua orang. Resign kerja yer. Kalau ya, shueqry kenalah kerja kuat sikit. Pada permulaan ni, banyak sikit cabaran.

    Kalau kat sabah, manfaatkan barang2 unik kat sana. Orang luar suka beli. πŸ˜‰

    Good luck!

  9. bermula lah dari bawah dengan merangkak dan kemudian berjalan dan berlari… langkah demi langkah. binalah blog dengan cara yang tersendiri dan mengikut kemahiran yang anda miliki. jangan sekadar membina blog ikut-ikutan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *