Bagaimana Menulis Artikel Yang Orang Suka Baca?

1. Tulis dalam perkataan yang penuh. Elakkan perkataan singkatan. Sebagai seorang blogger ataupun Internet Marketer, tahap keprofesionalan kita dapat dinilai pada cara kita menulis.

Mengapa perlu menulis dalam bahasa penuh? Kerana pembaca-pembaca kita bukan hanya terdiri daripada satu golongan. Sebaliknya pelbagai peringkat umur, kerjaya dan bangsa.

2. Tulis dalam bentuk perenggan dan setiap perenggan dalam beberapa baris sahaja (cadangan 2-4 baris untuk satu perenggan). Perenggan yang begitu banyak barisnya akan memenatkan mata pembaca.

3. Tulis dengan menggunakan perkataan yang mudah untuk pembaca fahami. Elakkan perkataan-perkataan yang terlalu teknikal. Jika terpaksa menggunakan perkataan sebegitu, sertakan dengan analogi (perumpamaan) agar pembaca mudah faham.

Contohnya, analogi untuk domain name adalah umpama alamat rumah.

Contoh yang lain adalah seperti perkataan trafik. Gunakan perkataan ‘pelawat blog’, pelayar laman web ataupun paling mudah, pembaca ataupun ‘orang yang masuk ke blog’.

4. Tulis dalam bentuk senarai seperti mana artikel ini. Menulis dalam bentuk senarai memudahkan pembaca menghabiskan bacaan dengan cepat dan mudah.

5. Tulis ayat dengan lengkap seperti mana kita pelajari semasa di sekolah dahulu, lengkap dengan subjek dan predikat.

Contoh ayat tidak lengkap: Mahu pergi makan? (siapa yang mahu, makan apa dan di mana?)

Ayat yang lengkap: Ali, mahu pergi makan nasi di restoran XYZ?

Menulis dengan menggunakan kaedah-kaedah di atas tidak sukar untuk dilakukan. Salah satu kebaikan menulis dengan cara di atas adalah, satu masa nanti tulisan-tulisan kita mudah untuk dibukukan. Malah, berdasarkan pada pengalaman saya, penulisan di atas menarik minat penerbit majalah dan juga penerbit buku untuk menghubungi kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Bagaimana Menulis Artikel Yang Orang Suka Baca?

  1. Salam sejahtera Tuan.

    Ayat terakhir di dalam artikel ini menaikkan semangat saya. i’Allah, saya pasti akan teliti di dalam menulis.

    Terima kasih kerana perkongsian ini.

    Salam kejayaan. 😉

  2. mudah aje. Tengok kat google trend. tidak pun, baca blog orang lain atau blog-blog yang popular. Tiru aje..dari situ kita leh tackle pembaca baru.

  3. perkongsian tips yg amat baik & mudah untuk diikuti..saya suka membaca blog imformasi sebegini untuk pembangunan blog peribadi saya.

    sekali lg terima kasih kerana berkongsi pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *