Bagaimana Menulis Artikel Yang Panjang?
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Saya ada menerima satu soalan daripada seorang rakan di Facebook. Soalannya adalah seperti berikut:
Boleh saya minta nasihat daripada Tuan Zulfadli?
Di blog SmartUsaha saya lihat saudara boleh menulis artikel dengan baik dan dengan ayat yang panjang…
Saya nak tanya saudara ada tips tak dalam penulisan blog ini?Saya sangat susah hendak tulis artikel yang sangat panjang…
Dan berikut adalah jawapan ringkas yang saya berikan:
Secara mudah, berikut adalah salah satu cara untuk menulis artikel dengan mudah terutama untuk menulis artikel yang panjang:
1. Sebelum terhasil artikel yang panjang, buat senarai isi kandungan dahulu.
2. Kemudian pada setiap isi (point) tersebut, tuliskan penerangan mungkin dalam 1-2 perenggan. Jadi jika ada 4 point, dan setiap point ada 2 perenggan, maka sudah ada 8 perenggan. Itu belum termasuk pembuka dan penutup artikel.
3. Setiap artikel perlu ada pendahuluan dan juga penutup. Pendahuluan adalah ringkasan isi kandungan yang akan kita sampaikan. Penutup pula adalah rumusan terhadap artikel yang ditulis tersebut.
4. Tulis sahaja sehingga siap tanpa perlu menyemak ejaan, tatabahasa atau susun atur ayat. Buat sehingga siap dahulu agar idea yang ada tidak hilang.
5. Sudah siap menulis draf, buat semakan ejaan dan sebagainya sebelum menerbitkan (publish) artikel tersebut di blog.
Mengikut contoh di atas, kita sudah ada 10 perenggan dengan mudahnya, termasuk pendahuluan (pembuka) dan juga penutup artikel (kesimpulan).
Apa pun, yang penting adalah kita banyak tahu atau sekurang-kurangnya kita tahu apa yang ingin ditulis. Sudah semestinya ia akan diperolehi dengan membaca. Mungkin membaca artikel di internet, buku dan sebagainya.
Ada satu cara mudah sebenarnya untuk mudah menulis artikel iaitu kaedah “adaptasi”, di mana kita membaca beberapa artikel berkaitan (di internet, buku, majalah dan sebagainya), kemudian kita tulis di dalam bentuk (gaya) ayat kita sendiri. Saya selalu gunakan cara ini. Ia bukan copy & paste, tetapi ia adalah proses mencerap idea penulisan orang lain dan kemudian ditulis dalam bentuk tersendiri.
Tip Tambahan: Di dalam penulisan artikel, kita perlu melihat dengan pecahan bahagian seperti pendahuluan, isi dan penutup. Dan isinya pula boleh dipecah-pecahkan lagi. Di dalam bahasa lain kita panggil ia sebagai “FRAME”.

Kalau kita melihat dengan SATU skop yang besar, sudah pasti kita akan melihat ia satu perkara yang amat susah. Tetapi apabila kita melihat dari sudut “pecahan” dan melakukan satu demi satu bahagian, ia menjadi satu perkara yang amat mudah.
Namun suka saya nyatakan, untuk mendapat kemahiran menulis, tidak cukup dengan hanya membaca. Tetapi kita perlu berlatih menulis dan melakukannya secara konsisten. Lama kelamaan, kita sudah terbiasa, dan menulis artikel yang panjang atau pendek, ia bukan satu masalah lagi. Bak kata pepatah, “belakang parang kalau selalu diasah, akan tajam jua akhirnya.”
—————-
Kaedah yang saya syorkan di atas adalah salah satu cara. Sebenarnya banyak lagi cara-cara yang lain. Biasanya mereka yang memfokus kepada bidang penulisan banyak tahu petua-petua penulisan. Bertanya dan belajarlah dengan mereka.
Di blog saya yang satu lagi (blog buat blog dot com), ada artikel yang berkaitan, tetapi lebih kepada penulisan artikel berasaskan SEO iaitu bagaimana menulis artikel yang akan mendapat kedudukan yang baik di senarai hasil enjin carian seperti Google.com. Klik pada pautan berikut untuk membaca artikel tersebut: Merancang Penulisan Artikel.
Lain-lain artikel berkaitan:
1. Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog
2. Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat
Semoga berguna.
-
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







Salam Zul.
Panduan yang baik. Kaedah penulisan kita hampir sama.
Sedikit tambahan:
Pepatah arab ada bermaksud; “Jika kita tidak punya, bagaimana hendak memberi”. Dalam konteks penulisan pula, jika kita sendiri tidak memiliki maklumat dan pengetahuan tentang apa yang hendak ditulis, maka akan susah untuk menulisnya, dan jika dapat pun, pasti tulisan tersebut hanya ringkas dan dangkal.
Salam ustaz.
Betul sekali apa yang dikatakan. Bahaya menulis kalau tidak tahu. Orang boleh hidu.
Thanks atas perkongsian ni,
Sy antara yang tak pandai tulis panjang-panjang, sy ni lebih suka tulis point-point yg ringkas je. Mungkin sebab engineering background kot. Tp yang peliknya, suka baca blog yang ditulis panjang2, hehe :p.
InsyaAllah sy akan manfaatkan tip2 yg diberikan utk melatih diri supaya dapat tulis entry yg lebih panjang dan lebih pentingnya, bermanfaat pd pembaca..
Thanks
Kita perlu buat semua bentuk penulisan sama ada yang pendek, panjang, senarai dan sebagainya. Di satu artikel yang lain tu, saya ada nyatakan pelbagai cara menulis sebuah artikel.
Salam Tuan Zul,anda sentiasa mengeluarkan idea – idea hebat dalam apa pun termasuk lah dalam penulisan. Adakah ini bermakna tuan akan mengeluarkan buku tidak lama lagi..hehehe
anda memang pandai dalam penulisan
Nak menulis artikel yang panjang ni, buat permulaan rajinkan diri membaca, barulah idea mengalir lancar.
Salam Tuan Zamri, ya, saya dalam usaha menulis buku.
Terima kasih Tuan Fadhli. Tuan pula amat pandai dalam teknologi internet.
Betul tu Shueqry. Kena banyak membaca atau ada bahan bacaan.
kena banyak membaca ni masih kurang ilmu
Salam.
@SmartZul – Terima kasih ats tip ini, memang best.
@UstazCahaya – Sy selalu kekeringan idea dan tak tahu apa nak tulis. Tp sy relax jap dan buat sesi brainstorm sendiri. Then, buat peta minda utk idea2 rawak.
Idea2 tu xsemestinya terus kita guna. Kita boleh ‘peram’ utk hari yg akan dtg.
rasanya tips ni semua dah belajar time sekolah dulu, cara menulis karangan. intro, isi, penutup. bukannya susah pun!
Ya, mudah.
Saya pula biasanya menggunakan artikel-artikel PLR. Sy ambik 3-4 artikel PLR dan cuba gabungkannya. Ambik isi-isi penting.
Tp kenalah pastikan penulisan kita ada flow yang cantik dan logik serta mudah difahami
bagi menghasilkan artikel kita tu.
Tak pun saya akan buat yg mcm Zul cakap tu proses mencerap..huhuh..sy pun baru tahu istilah ni walaupun selama ni memang sy buat proses ni. Tp tak tau pulak namanya mencerap
Saya gunakan istilah mencerap. Tidak pastilah kalau ada istilah lain yang lebih sesuai.
salam zul,
great info.dari mula saya kenal,awak memang ada kemahiran menulis.teruskan..
p/s;content blog saya kebanyakan paste and copy sbb
-malas menulis
-x idea
-x masa
-kurang pengalaman menulis
-sekadar blog peribadi
Thanks Donny.
Pelbagai teknik yg diguankan oleh blogger utk menulis..bergantung kepada kreativiti mengolah ayat utk tidak memboringkan pembaca. Pada saya yg penting apa yg ingin disampaikan tsb tercapai. Apapun, teknik yg Zul berikan amat membantu saya..
Memang banyak cara. Paling mudah, tulis jer. Hehe..
setiap penulisan perlukan idea yang mantap agar penulisan nampak seperti professional.:)
mintak maaf banyak2, sebab mencelah tiba2..huhu
saya terlalu baru disini..
————————-
menubiz.blogspot.com
mohon jasa baik tuan2 yang ada kat cni, tolong nasihat penulisan saya di blog saya nie. masih lagi tidak siap sepenuhnya.
harap otai smartzul dapat membantu. tq
hurm.. bab penulisan lah yang ramai bloggers fail. termasuklah saya :p walaupun kita sedar bahawa content is king. untuk mendapatkan penulisan yang baik mesti makan masa juga kot. untuk orang yang banyak masa @ memang suka menulis boleh lah kot. hurm..
Tips yang agak penting juga dalam dunia blogger..Kena praktis selalu baru boleh mahir menulis.Tulis berdasarkan ilmu yang ada juga membantu kita menulis dengan baik.Terima kasih tips yang sangat bernilai ini smartzul dan sahabat-sahabat lain.
satu artikel yang menarik. Terima kasih kepada Tuan Zul kerana berkongsi.