Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bagaimana ‘Menjual’ Produk Percuma dengan Lebih Berkesan

Assalamu’alaikum,

Pada tulisan sebelum ini, saya ada menulis satu artikel yang bertajuk, “menjual produk percuma, salah atau betul?”. Daripada komen pembaca, ada yang setuju, ada yang mengatakan ia tidak berkat, ada kata ok ajer, ada yang tak bagi apa-apa komen pun, malah ada yang berikan komen yang tidak membina. :) Semuanya ada.. Apapun, tak apa, sebab semua orang ada pendapat masing-masing dan semoga tenang dengan pendapat itu.

Apapun, pendapat saya segalanya sudah jelas, mana-mana produk percuma yang boleh dijual-balik, maka ia tidak salah untuk dijual. Apa yang saya tulis adalah di dalam bahasa melayu, dan jika anda faham, maka sudah jelas, barang percuma yang diizinkan untuk dijual balik atau digunakan untuk lain-lain tujuan, maka ia boleh dijual balik! Kan saya guna bahasa urdu kan tak faham pulak. hehe, macam la saya tahu berbahasa urdu.. ;)

Apapun, kali ini saya ingin menambah lagi tulisan mengenai topik tersebut iaitu menggalakkan lagi anda ‘menjual’ produk percuma yang anda download. Ingat, jual mana yang boleh sahaja ok. Kalau lesennya mengatakan “just for personal use”, atau ia tidak boleh dijual, maka ia terang benderang bermaksud tidak boleh dijual. Manusia ni pelik, apabila ada orang jual barang yang boleh dijual, mereka akan kata kita penipu, makan rezeki tak berkat dan macam-macam, TAPI sebaliknya, ok pulak kalau ada orang jual benda-benda yang cetak rompak, curi, copycat, meniru bulat-bulat hasil kerja orang lain, sebar secara percuma produk yang berbayar yang tak boleh dijual (buat derk jer)… Yang tu berkat ker? Apakah ini? Dunia dah terbalik. ;) Tu saya tak ungkit lagi skim cepat kaya atau yang berkaitan, ada yang bermati-matian mempertahankan benda yang dah jelas salah. Tak ke pelik tu..
Oklah, berbalik kepada tajuk artikel kali ini, saya akan cuba memuaskan hati semua orang. hehe.. Cuba jer, tak paksa. Saya ingin berikan anda semua satu tip mudah bagaimana untuk ‘menjual’ produk percuma yang boleh didapatkan secara percuma di internet dengan lebih berkesan dan ‘wajib’ orang akan beli. Dan inilah yang saya lakukan untuk produk saya yang seterusnya.

Tipnya adalah:

Sertakan produk ‘percuma’ itu dengan dokumentasi cara menggunakannya samada melalui ebook, video ataupun video.

Contoh:

Saya menjual satu sistem yang bernama Article Manager katakan. Tak semua orang tahu cara bina database, tak semua orang tahu cara guna cpanel, tak ramai yang tahu nak upload file ke server dan ramai yang tak tahu itu dan ini yang berkaitan untuk set-up sistem tersebut dan cara menggunakannya. Secara asas, pihak pembangun sistem tersebut hanya memberikan panduan secara readme dalam file teks sahaja. Ini sudah tentu sedikit sukar bagi newbie dan mereka yang non-teknikal.

Jadi, sistem tersebut saya dapatkan secara percuma di internet dan ia dibenarkan untuk dijual (ada lesen MRR). Disebabkan ramai orang tidak suka kita menjual produk percuma begitu sahaja, maka gunakanlah cara yang saya nyatakan di atas. Hasilkan ebook atau video cara menggunakan produk tersebut. Ya, pasti akan ada orang membeli tanpa banyak bersoal-jawab. ;)

Dalam tak sedar, cuba lihat produk ebook saya di http://bloggingsteps.com/kit, sistem blog wordpress adalah percuma! Tetapi saya hasilkan ebook cara set-up dan menggunakannya. Haaa, kini tiada lagi persoalan berkat atau tidak kerana yang kita jual adalah manual penggunaan, bukan produk itu sahaja atau kita hanya menjual manual itu dan produk seperti sistem tadi pembeli perlu dapatkan sendiri di internet. Atau…. adakah ia masih tidak berkat? ;)

Wallahu ‘alam. Semoga Allah melindungi kita daripada rezeki yang haram. InsyaAllah.

* Ingat nak makan sangat ke rezeki tak berkat ni.. ;)

Wassalam.

PS. Saya perhatikan, masih ramai di kalangan kita yang masih keliru dan tidak pasti. Maksudnya, keliru dengan diri-sendiri dalam mencari dan menghasilkan sesuatu jawapan.. Takper, it’s normal. :)

PPS. Dalam perniagaan, kita mesti berfikiran kreatif, inovatif dan ada beza dengan orang lain. Dalam erti kata mudah, cara kita akan buat orang nak produk kita dan membeli tanpa sebarang soal!

Facebook comments:

15 Responses to “Bagaimana ‘Menjual’ Produk Percuma dengan Lebih Berkesan”

  1. irwan.dahnil says:

    Ini lah masalahnya bila orang tidak menghargai intellect property orang lain.. Susah nak berkembang penulisan + produksi kreativiti macam ni.

    Maybe di tidak cukup kreatif memahami upstream dan downstream busines atas sesuatu business…

    p.s : Open Source is free.. tapi kenapa masih ada caj untuk labour, consultation dan training? Itu lah downstream business namanya. Produk adalah free, tetapi tidak free utk perkhidmatan yang berkaitan dengannya…

    • abdfatah says:

      kalo free dan mereka jual memang tak patut laa. dan yang berbayar pulak mereka bagi free. kenapa jadi begitu? dah tentunya tidak menghargai jasa baik orang lain dan juga hak milik orang lain…

      maka dengan mudahnya mereka buat ikut suka hati mereka aje…

      • Han says:

        kalau free mereka jual memang tak baik…
        tapi kalau diberi kebenaran takpe lah…
        kalau berbayar mereka bagi free, ni memang tak patut sangat…
        tuan punya produk tak boleh cari makan lah…
        kena lah fikir orang lain juga,…
        jangan fikir diri sendiri je…

        han

  2. hapisol says:

    “”PS. Saya perhatikan, masih ramai di kalangan kita yang masih keliru dan tidak pasti. Maksudnya, keliru dengan diri-sendiri dalam mencari dan menghasilkan sesuatu jawapan.. Takper, it’s normal. “”

    alamak, nampaknya saya tergolong dlm kumpulan ini.
    tapi, saya akan berusaha bersungguh2 utk mempelajari pelbagai ilmu ebiz seterusnya mengatasi masalah ini, dan saya berdoa agar zul terus berkongsi ilmu ebiz dgn saya dan rakan2 lain.

    btw zul, tq for tips today.

  3. Maizul says:

    Betul tu Zul. Bagus artikel ni mungkin ada yang masih belum memahaminya.

  4. ijoi7007 says:

    “Dah terang lagi bersuluh”..
    ni lar pepatah yang sesuai kot..yang boleh buat, kita tak nak buat tp yang tidak boleh buat, kita bersungguh-sungguh nak buat..

    Hmm…

    Zul, apa ubat atau rawatan utk penyakit ni??

  5. Zubaile says:

    Biasa ler zul..kenkadang dah la pemalas..bila kita jual..dia plak sibuk2 bagi / post link kat mana produk tu boleh download free.

    kadang tu produk yang kita develope then kita jual pun depa dengki..contohnya satu script saya (mlm group bulder)..bila saya jual..ada la sorang dua mamat tu kondem then siap bagi link software affiliate lagi…

    open source is free but dont be so stupid.. free means its free to distribute, its free to modify the code but kalau ada org develope system with open source then dia jual..dia tak salah…dgn syarat akses to code is available…

    Orang Melayu Malas Membaca & Pedengki (Sebahagiannya..bukan Semua)

    • abdfatah says:

      kesiannya kepada mereka yang dengki itu. yang malas satu hal… bukan apapun malas atau dengkinya bahkan menyusahkan orang lain… kalo dengki dan malas tak menyusahkan orang, lain citer laaa…

      • Han says:

        menyusah kan orang lah yang tak patut ni…
        dah lah menyusahkan diri sendiri…
        nak menusahkan orang pula…
        kalau nak dengki tu, fikirlah dulu patut ke tak untuk dengki tu…

        han

  6. luziaf58 says:

    Aku sebenarnye tak berape pandai dalam bende-bende IT ni. Baru je berjinak- jinak dalam bisnes ni semenjak aku kenak ngan syam rajaadsense (dah beli ebook panduan adsense & masih tengah belajar)…

    2-3 minggu lepas baru je join bengkel e-biz malaysia ( guru nye zul smartusaha & syam rajaadsense). Lepas bengkel tu banyak bende yangaku belajar& baca..akucuba absorb ilmu tu dalam benak aku ni…pergh JEM hotak aku ni…kekadang kecewa sedikit sebab tak pandai IT….

    Tapi takpe sikit-sikit lame-lame pandaila…lepas bengkel tu.. macam-macam idea datang rase macam nak buat ebook la.. nak buat adsense la..nak keluar kraf sendiri la…macam-macam laaaaa.. lepas tu otak aku JEM lagi…arghhh…

    pikir-pikir balik aku back to the basic.. aku buat blog untuk adsense.. kalu nak tahu pasasl adsense korang tanya syam
    la pasal dia lebih arif.

    ..pastu aku beli host dari internet-webhosting.com nama domain aku megafulus.com (p/s: laman web nye tak siap lagi masih tengah terkial-kial design). aku buat hosting ni sebab zul kat “baik beli awal-awal, nanti nama yang kita nak tu orang lain ambik..(p/s: nak ke orang name domain aku ni?) aku ikut cakap dia sebab dia yang pakar..kate bijak pandai kalau nak berjaya kene la ikut orng yang berjaya.

    Aku ni kalau nak bagitau korang pasal bende-bende IT ni belum pandai lagi..

    Tapi aku nak kongsi sikit ngan korang ni.. korang mase tengah sembahyang, tiap kali lepas baca fatihah sebut dalam hati “robbighfirli waliwalidayya” baru sebut amin..

    ini untuk mendo’akan keampunan untuk orang tua kita walaupun mereka masih hidup..barula bisnes kite berkat beb..

    Aku ni sebenarnye bukan baik sangat pun tapi kalu aku tak dapat duitpun atleast aku dapat pahale beb..lain kali aku tulis lagi ye. terima kasihla kerana sudi baca note aku ni..

    luziaf58

  7. Azhari Amir Ali says:

    Saya nak market kan program motivasi yang saya anjurkan. macam mana ye…

  8. abdfatah says:

    tak bagi apa-apa komen? bermakna hanya membaca aje laa sebagai silent reader? atau tak terjenguk pun blog zul?

    hohohoo… dapatkan yang percuma kemudian dari itu yang selebihnya dah tentunya kena bayar… bayar jangan tak bayar…

    • Han says:

      banyak produk percuma di internet ni…
      kadang2 ada juga yang diberi hak untuk jual semula…
      tu lah peluang kita untuk jual produk orang dan kita tak perlu buat sendiri…
      senang bukan?

      han

  9. smartbisnes says:

    tengok la. kalau tuan dia dah bagi kebenaran untuk jual, apa salahnya.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)