Bagaimana Menjual Perkhidmatan di Internet?

Apa khabar anda semua? Jika anda masih ingat, saya ada menulis mengenai cikgu memandu saya iaitu Che Isman yang mana beliau menggunakan laman web untuk perkhidmatannya. Seperti yang saya katakan, pelaburan sekali beliau untuk membina laman web itu telah memberikan satu impak yang besar kepada perkhidmatannya terutama dari segi pendapatan.

Ini adalah kerana, selain daripada secara offline, kini sudah ramai yang tahu menggunakan Internet untuk mencari info dan maklumat. Taip sahaja di enjin pencari dan kemudian akan keluar hasil carian. Cubalah taip “lesen memandu jb“, laman web beliau akan keluar di top ten senarai hasil carian. Boleh baca kisah beliau dan laman webnya di sini.

Buku Panduan Lengkap

Bagaimana cara menjual atau mempromosikan perkhidmatan yang anda lakukan secara offline di Internet?

Satu berita baik untuk anda yang mempunyai perkhidmatan offline seperti klinik, mekanik, tukang paip, restoran, perkhidmatan kereta sewa, tukang cat dan sebagainya, kini sudah terbit sebuah buku yang memberi panduan bagaimana menjual perkhidmatan offline itu menggunakan Internet (laman web).

perniagaan internetTajuk buku tersebut adalah “Menjual Perkhidmatan di Internet” yang ditulis oleh sahabat Ebiz saya, saudara Osman Affan iaitu sahabat rapat kepada Dr. Irfan Khairi.

Saya yakin anda kenal beliau yang mana beliau adalah seorang yang pakar dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar, mempunyai banyak pengalaman dalam pelbagai jenis program seperti dijemput memberikan ceramah atau menjalankan program yang berkaitan. Pendek kata, kepakarannya adalah dalam Profesional Training. Beliau juga mempunyai program khusus untuk perniagaan Internet iaitu Bengkel 3 dalam 1 yang diadakan bersama dengan Dr. Irfan Khairi.

Formula Utama

Osman Affan seorang yang bijak dalam penulisannya, amat praktikal, tidak mudah terkeluar daripada topik perbincangan utama. Kekuatan beliau adalah pada ilmu kemahiran belajar dan sebab itulah tidak dapat dinafikan penulisan buku itu tidak terkeluar daripada topik yang dibincangkan.

Boleh dikatakan, buku tersebut penuh dengan panduan pemasaran Internet yang mengajar kita bagaimana untuk menarik minat manusia agar membeli produk atau perkhidmatan yang kita jual atau promosikan di laman web.

Secara mudah, beliau menggariskan satu formula yang amat mudah di dalam mendapatkan pelanggan bagi perkhidmatan Offline yang kita berikan. Bukan setakat menyatakannya, penulis menerangkan satu-persatu setiap aspek yang terkandung dalam formula tersebut dan memecahkannya lagi kepada aspek yang lebih khusus. Hasilnya, anda akan faham apakah yang perlu anda lakukan sama ada pada laman web anda agar pembeli yakin untuk menggunakan perkhidmatan anda.

Setelah saya membaca buku itu, maka saya dapati, ia mudah difahami dan kita terus tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat hasil yang maksimum di dalam memasarkan perkhidmatan di Internet.

Ingin saya tekankan, formula tersebut AMAT SIMPLE, bukan sebuah formula yang terdiri daripada berpuluh-puluh ciri yang kita dengar dan tahu selama ini. šŸ™‚ Biar saya jadikan formula itu dengan cara berikut:

I_ _ _ _ –> P_ _ _ _ _ _ –> H_ _ _ _ _ _ –> Beli

Apakah I, P dan H itu yang membuatkan pelawat laman web mahu ‘membeli’ perkhidmatan yang ditawarkan? Kesemua I, P dan H itu adalah berkait di antara satu sama lain dan merupakan aspek penting agar perkhidmatan anda ‘dibeli’. Anda akan tahu setelah memiliki buku tersebut. šŸ˜‰

Tiga Langkah Mudah Sahaja

Sebenarnya, buku tersebut hanya mengandungi tiga langkah sahaja, tetapi setiap langkah mengandungi perbincangan detail tersendiri. Langkah 1 adalah Membina Kepercayaan, Langkah 2 Bina Laman Web dan Langkah 3 Menarik Trafik. Saya amat sukakan tip dan panduan yang diberikan di Langkah 1 kerana banyak perkara penting yang menjadi asas sebelum meneruskan langkah yang lain.

Saya yakin, jika anda membaca tajuk langkah 1 itu anda mengandaikan anda sudah tahu. Awas, belum baca belum tahu. Penulis memberikan 7 tip hebat bagaimana kita boleh meyakinkan bakal pelanggan. Caranya bukan sahaja dari aspek teknikal, malah dari aspek psikologi manusia itu sendiri. Minda bakal pelanggan yang tertutup, kita boleh membukanya dengan teknik yang mudah agar menjadi pembeli perkhidmatan kita. šŸ™‚

Tarik Trafik

Di dalam buku ini, anda akan diberikan beberapa cara untuk menarik trafik (pelawat) ke laman web. Tanpa pelawat laman web, bermaksud tiadalah bakal pelanggan. Formula dan tip yang diberikan di awal buku pula tidak berguna jika anda tidak berusaha mendapatkan pelawat ke laman web.

Dengan teknik-teknik tarik trafik yang mudah dan efektif, laman web perniagaan perkhidmatan anda akan mempunyai pelawat yang ramai atau dapat dijumpai oleh bakal pelanggan yang mencari.

Akhir Kata…

Kekuatan penulis adalah kepakarannya dalam ilmu psikologi manusia (motivasi) dan pengalamannya dalam bidang pengajaran. Dengan itu tidak hairanlah, para pesertanya dalam mana-mana seminar, ceramah atau bengkel tidak mengantuk atau bosan. Malah, apa yang ditulis oleh beliau kebanyakannya adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri.

Anda akan setuju dengan kata-kata saya itu jika anda pernah menyertai mana-mana programnya. Cuba baca testimoni di sini, ramai yang memberikan respon positif mengenai kepakaran penyampaiannya. Kat situ ada terselit sorang budak bernama SmartZul, hehe. šŸ˜€ Walhasilnya, buku tulisan beliau mudah difahami dan seronok untuk dibaca. Dari awal bab sampai akhir, pembaca akan faham apakah yang perlu dibuat satu demi satu dan tidak akan bercelaru.

Secara mudah saya katakan, buku “Menjual Perkhidmatan di Internet” adalah sebuah buku yang penuh dengan tip dan panduan yang lengkap. Ia sesuai untuk mereka yang ada perkhidmatan Offline dan mahu memasarkannya di Internet. Malah, ia juga sesuai kepada webmaster yang membina laman web untuk perniagaan Offline sebagai rujukan bagaimana menghasilkan laman web yang berkesan untuk biz Offline.

Saya tamatkan tulisan ini dengan kata-kata saudara Osman kepada saya mengenai impak penggunaan laman web untuk perniagaan/perkhidmatan offline:

“Buku tu memang untuk pembaca yang belum ada basic dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Lebih khusus kepada sesiapa yang mahu menawarkan perkhidmatan di Internet. Seperti saya sendiri, sebelum saya gunakan Internet sebagai alat pemasaran, sukar untuk mendapat pelanggan. Setelah ada OsmanAffan.com, terlalu besar perubahan baik yang saya nikmati”. – Osman Affan.

Bagi sesiapa yang ada biz offline, RUGI jika anda tidak ada laman web atau menggunakan Internet sebagai medium pemasaran…

Maklumat Tambahan Buku:

Penerbit: TrueWealth Publishing
Harga: RM29.90
*Sudah ada di kedai-kedai buku

Contoh Laman Web Biz Offline:

1. JbLesen2u.com

2. OsmanAffan.com

3. MFCharKoayTeow.com – Pemilik biz ini dapat 3 bakal biz partner sebaik sahaja dilancarkan. Saper kat Penang, boleh pergi merasai Char Koay Teow yang sedap tu di sana. šŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Bagaimana Menjual Perkhidmatan di Internet?

  1. memang bagus buku tu.. saya beli sekali dengan buku pemasaran sms irwan dahnil.. tu pun dah ada di pasaran..order kat site truewealth je..

  2. Emm.. Buku ni agak mahal šŸ˜Æ Terdapat ribuan ebook percuma yang boleh didapati daripada internet.( Kandungan informasi yang sama ) . Mengapa mahu membeli nya ? šŸ˜€

  3. Salam Sejahtera Zul,
    Terima kasih banyak-banyak kerana mewar-warkan laman web saya.
    Alhamdulillah dengan bantuan zul & mad perniagaan offline saya
    tak menang tangan.
    Wassalam.

  4. Salam Sejahtera Zul,
    Terima kasih banyak-banyak kerana mewar-warkan laman web saya.
    Alhamdulillah dengan bantuan zul & mad perniagaan offline saya
    tak menang tangan. šŸ˜€
    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *