Bagaimana menjadi usahawan internet berjaya?

1. Mempunyai model bisnes yang jelas dan menguntungkan.

2. Fokus pada model bisnes itu sepenuhnya.

3. Menetapkan KPI (Key Performance Indicator), iaitu hasil pencapaian yang dimahukan dalam satu-satu masa seperti dalam satu bulan.

4. Promosi dan pemasaran yang ‘agresif’ dan konsisten.

5. Menjadikan keyakinan diri sebagai ‘pakaian’ utama.

6. Jika kita ada kumpulan bisnes, perlu setia dan saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

7. Tidak perlu ambil peduli kehebatan pesaing iaitu membandingkan dengan bisnes kita. Sebaliknya sentiasa memperhebatkan bisnes kita.

8. Lebarkan dan besarkan ‘network’, iaitu kenalan-kenalan dalam bidang perniagaan. Satu pepatah berbunyi, “Yang penting bukan apa yang kamu tahu, tetapi siapa yang kamu kenal.”

9. Terus menerus belajar. Cara mudah untuk belajar adalah dengan bertanya.

10. Miliki hati yang berlapang dada dan sentiasa bersyukur.

11. Buat apa yang kita mahu buat. Orang boleh memberikan pendapat, tapi yang menentukan ia berlaku ataupun tidak hanyalah kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Bagaimana menjadi usahawan internet berjaya?

  1. Perkongsian yang amat bagus dan ianya perlu sentiasa di semat dalam hati dan akal fikiran supaya mampu utk mengorak langkah ke arah yang lebih maju dan berjaya dimasa akan datang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *