Bagaimana mengautomasikan perniagaan internet?

Sebagai usahawan, kita digalakkan melakukan pelbagai bentuk usaha perniagaan, tetapi dalam bidang (kategori) yang sama. Contohnya, bidang saya adalah perniagaan internet.

Di antara kerja-kerja yang saya lakukan adalah seperti:

  • Menulis ebook atau panduan dalam format lain (audio, video..).
  • Membuat surat jualan untuk produk sendiri.
  • Membina blog untuk sendiri atau untuk pelanggan.
  • Memasang sistem affiliate.
  • Membeli domain.
  • dan banyak lagi…

Kesemua tugas-tugas di atas, walaupun kita boleh lakukan sendiri, sampai satu masa kita mula merasakan:

  • Bosan melakukan perkara yang sama.
  • Usaha pemasaran banyak terabai kerana banyak masa diluangkan pada bahagian teknikal.
  • Masa untuk diri sendiri dan keluarga begitu terhad.
  • Sentiasa sibuk.

Atas dasar itu, pentingnya kita mula menyediakan sistem dokumentasi (aliran proses) untuk dirujuk oleh pekerja yang akan kita lantik, sama ada mereka sepenuh masa, sambilan ataupun freelancer.

Aliran proses itu akan digunakan oleh mereka bagi melakukan sesuatu tugas terutama perkara teknikal. Sebagai contohnya, katakan proses membina sebuah blog menggunakan sistem WordPress:

  1. Beli domain.
  2. Set Name Server.
  3. Add on domain di Cpanel.
  4. Setup blog guna Fantastico/Softaculous.
  5. Setting asas.
  6. Pasang & Setting plugin:
    • Contact Form
    • SPAM
    • Social (FB Like, Twitter)
    • Stats
    • Google XML
  7. Tukar Theme.
  8. Tukar header (jika perlu).
  9. Customize Sidebar (guna Widget).
  10. Create Kategori baru (Category) & setkan kepada Default.
  11. SELESAI.
  12. Ubahsuai mengikut maklum balas.

*Senarai di atas hanya contoh sahaja.

Apabila kita mempunyai dokumentasi aliran proses sesuatu perkara/kerja, kita akan mudah untuk mengupah sesiapa sahaja yang sesuai. Mereka akan lakukan kerja mengikut apa yang kita mahukan.

Dokumentasi ini juga sering dipanggil sebagai Standard Operation Procedure (SOP).

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Bagaimana mengautomasikan perniagaan internet?

  1. Tip SOP ini boleh digunapakai dalam semua kerja online atau offline. Ramai berpendapat ini untuk syarikat besar sahaja, sedangkan dari kecil kita perlu buat. Bila perniagaan sudah besar, ia lebih memudahkan kita mengembangkan niaga menjadi lebih besar.

  2. Salam. Lama tak menghubungi Zul. Ini kerana ia sangat berkaitan dengan perkara di atas.
    Saya juga akan berbuat demikian apabila sudah sampai masanya nanti.
    Sekarang ni saya boleh membuat dahulu perkara yang perlu. Memang agak lambat untuk mempromosikan produk tambahan pula saya sedang dalam peralihan untuk bisnes internet sepenuh masa dan fokus untuk ini.

  3. sy ada soalan sket, bab yg ‘add on domain’ tu untuk apa ye? – sebenarnya sy tak tau apa fungsi add on domain tu… kalau subdomain tu sy tau 🙂

  4. Dalam buku E-Myth oleh Michael Gerber menyatakan perkara yang sama. Fikirkan bagaimana untuk lakukan sesuatu tugas tanpa fizikal kita perlu berada disana. “Bekerja demi bisnes, bukan bekerja dalam bisnes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *