Bagaimana Mendapatkan Momentum dan Motivasi?

Menjadi lumrah manusia merasai keletihan, kepenatan, kekecewaan, kesedihan dan hilang semangat (kurang bermotivasi). Hal-hal ini biasanya terjadi atau dihidapi oleh usahawan tidak kisahlah yang online atau offline. Kadang-kadang, saya pun terkena juga penyakit hilang semangat.

Namun, sebagai seorang usahawan, kita jangan cepat melayan perasaan semangat yang hilang itu. Apa yang perlu dilakukan sebagai langkah pertama adalah, menenangkan diri dan kemudian berfikir apa yang perlu dilakukan.

Apabila kita rasa tiada motivasi diri dan hilang semangat dalam usaha, kita biasanya tidak tahu apakah hujung pangkal (punca sebenar) masalah tersebut. Kadang-kadang, disebabkan oleh orang lain, semangat kita tiba-tiba pudar serta-merta.

Kadang-kadang, disebabkan kata-kata yang menyakitkan hati, motivasi dalam berusaha terus terjunam jatuh.. Ada juga yang lemah semangat apabila melihat orang lain berjaya, kerana anggapannya dia telah tertinggal jauh. Pendek kata, banyak sebab boleh menjadi puncanya.

Bagaimana Memperbaiki Motivasi Diri?

Saya bukanlah pakar motivasi sepertimana pakar-pakar lain seperti Dr. Tuah, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan lain-lain, cuma biasanya apabila saya menulis, saya akan menulis berdasarkan apa yang saya lalui sendiri.

Kembali Kepada Asas

Salah satu cara untuk kita bermotivasi dalam perniagaan (usaha) adalah dengan kembali kepada misi dan matlamat asal kita. Jika anda mahu menjadi seorang usahawan berjaya, ia (matlamat itu) adalah satu cabaran bagi anda dan anda tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja.

Anda perlu berusaha dan berusaha sehinggalah matlamat itu tercapai dan apabila ia tercapai, teruskan lagi usaha untuk mengekalkannya.

Jadi Diri Sendiri

Anda perlu menjadi diri sendiri. Hal ini sering kali saya ulangi… Saya perhatikan, ramai orang yang mahu menjadi seperti orang lain. Menjadi seperti dan mencontohi adalah dua perkara berbeza. Jika Dr. Irfan berjaya dalam 3 tahun, mungkin kita 5 tahun. Apa yang perlu kita contohi beliau adalah cara yang beliau lakukan dan jadikan dia sebagai sumber inspirasi, sebaliknya bukan mahu jadi seperti dia. Be yourself…

Jika anda mahu menjadi seperti orang lain, anda akan kecewa apabila anda tidak mendapat hasilnya. Kalau anda seorang pelajar sekolah, biarkanlah orang lain dengan 25A-nya, tapi cukuplah A bagi anda dengan beberapa matapelajaran yang penting sahaja.

Keluarga sebagai sumber motivasi

Fikirkan ibu bapa dan keluarga anda yang sedang menunggu kejayaan anda di kampung. Mungkin keadaan hidup mereka tidak sesenang orang lain dan menjadi satu ‘tanggungjawab’ bagi anda untuk membalas jasa mereka dan menyenangkan mereka.

Bagi diri saya, keluarga saya bukanlah orang yang senang dan merekalah menjadi satu sumber semangat bagi saya untuk terus berusaha dan dari situlah saya mendapat momentum. Saya tidak boleh berhenti berusaha selagi saya tidak memberikan mereka kesenangan. Itu bukan kebendaan kerana menyenangkan hati ibu bapa adalah satu amalan yang terpuji dalam Islam…

Itu hanya satu contoh iaitu menjadikan keluarga sebagai pembakar semangat.

Namun, bagaimana pula jika keluarga sudah senang lenang dan kaya raya? Itu tidak menjadi masalah, sebaliknya selain menjadikan keluarga sebagai sumber semangat, anda boleh juga menjadikan diri sendiri sebagai sumber motivasi anda.

Bagaimana?

Fikirkan, jika anda tidak memiliki simpanan wang yang mencukupi untuk masa depan, sudah tentu anda akan susah. Oleh itu, jika anda bermalasan akibat daripada ketiadaan motivasi diri, wang anda akan susut dan tidak meningkat naik.

Begitu juga dengan perniagaan, jika anda tidak menguruskan dengan bermotivasi, sudah pasti perniagaan bergerak perlahan dan mendapat sedikit keuntungan. Usaha pun menjadi ala kadar dan akibatnya pendapatan pun ala kadar juga.

Sebenarnya, banyak lagi cara-cara lain untuk terus bermotivasi dan mendapat momentum dalam usaha seharian. Saya pernah menulisnya di blog ini dahulu…

Apapun bagi saya, di saat semangat anda jatuh, kembalilah kepada matlamat utama anda dalam hidup ini terutama matlamat untuk usaha perniagaan anda…

Selagi impian belum tercapai, anda sama-sekali tidak boleh berhenti atau menyerah kalah daripada berusaha kuat!

Kalau impian sudah tercapai?

Mudah sahaja, tukar statement tadi kepada yang lain seperti, “selagi hidup ini belum berakhir, selagi itu aku tidak boleh berhenti berjuang!”. Atau binalah impian yang lain pula.

Namun Awas, tidak semestinya impian yang sudah tercapai itu akan kekal dengan mudah sekali. Menjadi satu cabaran pula untuk anda mengekalkan impian yang sudah tercapai itu. πŸ™‚ Sesungguhnya usaha kita tidak akan ada titik noktahnya selagi hidup belum berakhir.

Kuasailah emosi dan perasaan anda, sebaliknya JANGAN biarkan emosi itu yang menguasai anda…

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Bagaimana Mendapatkan Momentum dan Motivasi?

  1. Betul tu Zul….kita kehilangan sedikit motivasi disebabkan oleh beberapa perkara. Namun bagi mereka yang kuat semangat dan sentiasa berfikiran terbuka, jika ada sesuatu yg menganggu fikiran yang bakal menghalangnya dari berusaha, dia mudah peka dan cepat2 mengalihkannya pada sesuatu yg berfaedah.

    Lainlah halnya dengan orang yang sedikit beremosi….dilayan emosinya maka dia akan terus tidak ada semangat dan tahap motivasi semakin menurun.

    Jadilah diri sendiri. Betul tu. Dalam apa jua hal kita kena ada prinsip sendiri, kena ada wawasan sendiri berdasarkan kepada keupayaan kita. Orang yang cerdas mempunyai keupayaan yang tinggi manakala org yg kurang cerdas mempunyai keupayaan terkebawah sedikit namun ukuran kejayaan bukan bergantung kepada tahap kecerdasan. Ini adalah kerana tidak semestinya org yang cerdas rajin berusaha dan orang yang kurang cerdas itu malas.

    Penentunya adalah sikap kita. Kita kena kenalpasti apakah kelemahan diri kita. Dari situ kita cuba baiki satu persatu. Namun untuk memperbaiki kelemahan diri memerlukan masa dan bantuan dari orang lain. Faktor2 inilah yang kadangnya membantutkan kehendak dan keinginan.

    Biar apa orang kata pada kita….namun teruskan usaha tanpa menoleh kebaelakang dan tanpa menuding jari kepada sesiapa. Jika tidak tahu, bertanyalah agar tidak sesat jalan. Buang seluruh perasaan malu yang tidak bertempat itu.

    Zul, bagi Ktom ” jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cergas. Kadang2 orang yang tumpul otaknya tetapi tidak berhenti2 berusaha adalah lebih maju daripada seorang yang cergas tapi malas ” 😎 πŸ™‚

  2. slmt malam zul,,

    zul ni kadang-kadang macam pakar motivasi pula…hehe… :mrgreen:
    betul kata-kata zul tu… jangan kita hilang semangat, jadi orang lain dan sentiasa berusaha walaupun sudah berjaya…

    hilang semangat ni selalunya akan buat kita jadi malas, takde mod dan murung je…orang tengok pun menyampah…

    untuk jadi orang lain ni, adalah tak guna sebab kita adalah kita. kita tidak boleh jadi orang lain…

    untuk orang yang berjaya pula, mereka tidak pernah berhenti untuk berusaha walaupun mereka telah berjaya…bagi mereka kegagalan selalu kejar kita di belakang… kalau kita berhenti,, kegagalan tu akan sampai tempat kita…jadi jangan lah kita berhenti untuk berusaha walaupun telah berjaya…

    ok zul…

    -han

  3. Hmmm.. selama ni asyik baca je, tetibe rase nak kasi komen skit lak… Dalam menuju ke arah kejayaan memang banyak dugaannya, saya pon kekadang hilang semangat.. tp bile kenang balik ape pesanan orang yg dh berjaya seperti Dr. Irfan khairi, “pejam mata dan bayangkan kejayaan kite” semangat tu dtg balik.. tak pon baca kisah2 kejayaan orang lain… hehe.. semangat trus berkobar-kobar… πŸ˜€

    mazlimurshid

  4. Dulu aku selalu menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Motivasi.

    Tapi, setelah menonton The Secret melebihi 100 kali, hehe penyakit SKDM saya lenyap sama sekali.

    Masalah utama saya bukan lagi tiada motivasi nak buat kerja, tapi kurang masa nak buat semua kerja tersebut. Makin buat makin tak dapat dihentikan. Lori saya hilang brek kot.

    Saya rasa kawan-kawan yang lain seperti Shueqry, SmartZul and Linn Comel pun menhidap Sindrom Hilang Brek seperti saya. πŸ˜₯ πŸ˜₯

    Cemana saya tau? Pasal kita selalu jumpa doktor yang sama dan kadang-kadang ditempatkan di wad yang sama dalam hospital yang sama iaitu

    Hospital Pakar Sindrom Hilang Brek πŸ˜›

    Ok. Dah habis merepek. Tibalah masa untuk Sign off.

    Bye…

  5. Ya ya. Saya juga setuju dengan komen Ktom.

    Bak kata pepatah:

    πŸ’‘ “Belakang otak kalau diasah lagikan tajam” πŸ’‘

    Eh, betul tak ni? Dah lama tak pergi sekolah, entah betul tak. 😯
    Kalau salah bagitau ya

    Sepertimana pantun yang saya belajar masa darjah satu dulu:


    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong curikan,
    Saya Raymond baru belajar,
    Kalau salah tolong-tolongkan.

    Bye … dah nak pergi asah otak aku ni. πŸ˜›

  6. Assalamualaikum Zul, apa khabar? Shueqry here.

    Well, saya nak tambah sikit saja. Melalui pengalaman, saya ada cara tersendiri untuk menjana momentum, mendapat suntikan inspirasi dan menambah motivasi dan mahu kongsikannnya dengan kawan-kawan di sini, boleh ye Zul? Syukran jazilan (terima kasih dalam Bahasa Arab).

    Caranya, terapkan mindset ‘persaingan positif’. Lihat, kaji dan teliti pesaing kita. Kalau dalam berblog kita ada ramai kawan-kawan yang blog mereka hebat-hebat belaka, why not kita terapkan semangat mahu bersaing dengan mereka senyap-senyap dan memasang matlamat mahu ‘mengalahkan’ mereka dalam diam..

    kesan daripada itu kita takkan mahu ketinggalan dan akan sedaya upaya memajukan diri, merangka strategi serta belajar benda baru setiap hari semata-mata mahu bersaing dengan cara halal dan positif .. sama juga dengan berblog, platform blog yang sama cuma design, niche blog dan gaya penulisan saja yang berbeza.

    Jika dalam minda kita terapkan pesaingan positif dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk ‘mengalahkan’ pesaing kita, saya percaya bila kita bangun pagi kita akan jadi bersemangat, FOKUS pada kerja dan takkan mudah puas hati selagi pencapaian ‘lawan’ kita tak terkalah . Lalu, di sini akan timbul mometum dan terbit motivasi dengan sendirinya dari dalam diri kita.

    Bila dah berjaya, set lagi matlamat yang lebih tinggi dan kejar terus! Kata Sheila On 7, biar ‘melompat lebih tinggi’.

    Seperti Zul, saya juga bukan pakar motivasi dan saya juga takde kelulusan dalam bidang motivasi, tapi saya suka menulis pasal motivasi dan kongsikannya dengan ramai orang, seramai yang mungkin, sebanyak yang mungkin, semaksima yang mungkin.

    Artikel kali ini sungguh bagus, bersemangat saya membacanya! πŸ™‚

    Thanks Zul ..

    – Shueqry –

  7. Ehm, bagus gak klu boleh beri motivate kat orang camni. Tak ramai yang mampu buat. Pokoknya kita balik kepada diri kita sendiri. Jangan tunggu aje, lebih baik kita buat sesuatu.. πŸ˜‰

  8. A’kum,
    Tapi kekadang segala usaha telah dilakukan tetapi masih x mendapat hasil dan disinilah kita kena muhasabah diri, jangan berputus asa yang penting bertenang, kaji semula dan kalu tidak menjadi keberatan, mula dari awal mungkin ada sesuatu yang kita tertinggal …. ataupun ‘think positif’ tanamkan dalam minda Tuhan belum nak bagi ataupun mungkin dia dah bagi tapi melalui jalan yang lain tapi kita tidak nampak … Wassalam.

  9. Saya ada satu experiment untuk diuji.
    Kumpulkan gula-gula(berlainan jenis) dalam dulang.
    Kemudian suruh seseorang lambungkan ke atas.
    Anda dikehendaki menangkap gula-gula yang paling anda gemari sebanyak mungkin dengan menggunakan tangan.

    Keputusan:
    Berapa banyak yang anda dapat kutip?
    Dan yang paling penting dapatkah anda menangkap gula-gula yang paling anda gemari?

    Moral:
    .anda boleh dapat gula-gula yang paling anda gemari kalau anda fokus dengan baik.[dalam kehidupan, anda boleh mendapat yang terbaik kalau anda memberi fokus terbaik].

    .mustahil anda dapat tangkap kesemuanya.[dalam kehidupan, anda tak akan dapat semua yang anda inginkan]

    Sebenarnya ada banyak pengajaran yang anda boleh pelajari dari experiment diatas. Sebab ruang terbatas saya cuma buat dua ulasan saja.

  10. Ye.. kita perlu sentiasa membaca motivasi diri..
    saya pun sebenarnya masih kurang motivasi dalam diri..
    dengan bantuan rakan-rakan ineternet dan pembacaan yang berterusan saya yakin saya akan mencapai matlamat yang diterapkan..
    AMIN…

  11. wow…

    semua rakan-rakan kita ni, bersemangat belaka…
    dengan saya pun semakin naik semangat ni…

    semangat yang membara akan membangkitkan jiwa yang kuat untuk terus berusaha…

    han

  12. salam semua,

    Sebenarnya kita kena sentiasa POSITIF dalam apa jua tindakan yg kita ambil di dalam kehidupan ini…atau dengan kata yang lain SENTIASA BAIK SANGKA KPD ALLAH…YES..ALLAH…kerana ALLAH penentu Segala…kalau tak caya cubalah SENTIASA baik sangka kpd ALLAH dan berfikiran positif…. hasilnya pasti mengagumkan…amin

  13. :mrgreen: Saya sekarang ni dalam proses menaikkan motivasi diri dan semangat terus berjuang… memang agak down seminggu dua kebelakangan ini kerana beberapa hal peribadi yang menimpa dan mengganggu emosi. 😳

    Bak kata zul, kembali kepada matlamat utama yang perlu dilaksanakan. πŸ™‚ Ya, memang satu cara yang utama yang harus dilakukan bila dah down ni. Dan saya juga jadikan kejayaan – kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk menaikkan semula motivasi diri dan terus berjuang supaya terus dapat kekal di arena usahawan/perniagaan ini.

    By da way, blog zul memang merupakan salah satu sumber inspirasi untuk motivasi diri. πŸ˜‰

    Syabas Bro!

  14. fuh, baca tulisan zul ni, terus jadi bersemangat. Lain orang, lain cara motivasi. Memang motivasi diri ni penting dalam perniagaan. Kalo tak der motivasi diri, perniagaan tak kemana.

    Memang lumrah, perjalanan seorang usahawan selalu dipenuhi onak duri. Kalau tak kukuh benteng motivasi, kita akan dicucuk oleh duri tersebut. Tapi kalau benteng motivasi kita betul-betul kukuh, bukan setakat onak duri, walau ombak dari lautan api sekali pun kita tak kan gentar….

  15. motivasi perlu padu, semangat waja perlu sentiasa berkobar-kobar. nak ada motivasi pun kena ada ilmu motivasi. kalo setakat bersemangat aje, takkan ke mana apa-apa jenis perniagaan. mula-mula okeh… lepas tu entah ke mana jadinya…

  16. untuk mendapat motivasi,
    kita boleh baca buku motivasi atau ikut orang yang bermotivasi…
    motivasi sememangnya penting untuk kita teruskan hidup…hehe…
    igt! bukan dalam perniagaan saja…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *