Bagaimana memulakan perniagaan Internet untuk pemula?

Untuk memulakan perniagaan Internet, hentikan dahulu kemahuan-kemahuan yang tidak mampu dilakukan. Lupakan dahulu perkara-perkara yang terlalu advance dan belum kita mahir. Malah, perancangan yang terlampau sempurna juga mampu membantutkan kita memiliki sebuah perniagaan Internet.

Mulakan dahulu dengan projek yang simple, mudah dan segera. Misi utama pada peringkat awal adalah dapatkan dahulu pengalaman pertama, sebaliknya bukan satu juta pertama! 🙂

Berikut adalah perkara-perkara asas yang para pemula perlu kuasai dan lakukan:

  • Jual produk yang ada permintaan dalam pasaran.
  • Ada platform segera dan mudah untuk menjual produk tersebut. Mulakan dengan satu dahulu. Contoh: Menjual di Facebook ataupun menjual dengan menggunakan blogshop (blogger.com ataupun blog pasang sendiri).
  • Tetapkan kadar keuntungan bersih untuk setiap jualan. Konsep asas perniagaan adalah untuk buat untung; bukan rugi atau sekadar cukup-cukup makan. Jika memberi diskaun, pastikan tetap ada untung.
  • Ada akaun Online Banking seperti Maybank2u & CIMBClicks, dan akaun Paypal (amat disarankan).
  • Lakukan promosi yang berkesan iaitu dengan mesej yang betul, pada masa yang betul dan kepada orang (sasaran) yang betul. Pilih kaedah pemasaran yang utama dan lakukan ia secara konsisten.
  • Mesej yang betul boleh dihasilkan dengan mempelajari ilmu copywriting.
  • Tahu jumlah pelanggan yang masuk ke laman web (sehari/seminggu/sebulan). Ini adalah data yang paling penting! Caranya? Gunakan sistem percuma seperti statscounter, freestats, SiteMeter dan Google Analytics. Minta individu tertentu setup (pasang) untuk anda jika anda tidak mahir perkara teknikal.
  • Berikan layanan yang baik kepada pelanggan, termasuklah memudahkan segala urusan dan proses urus niaga. Gunakan ayat-ayat yang menghargai, menggembirakan dan menghormati mereka.
  • Simpan maklumat pembeli (nama, emel, alamat dan nombor telefon) dengan baik dan terurus.
  • Jual produk lain yang sesuai kepada pelanggan sedia ada dengan harga diskaun.

Jika diringkaskan penerangan di atas:

  • Ada produk yang pasti akan ada pembeli.
  • Ada akaun bank beserta online banking.
  • Promosikan dengan cara yang betul.
  • Terima bayaran dan tempahan (pembelian).
  • Urus pelanggan dengan baik.

Itu sahaja asas-asas perniagaan Internet. Tidak sesukar mana, tetapi tetap memerlukan ilmu dan kelengkapan asas. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi melalui buku, ebook, seminar dan bengkel.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *