Bagaimana Memulakan Bisnes dengan Mudah?

Memulakan bisnes amat mudah.

  1. Cari produk yang boleh selesaikan satu masalah spesifik yang dialami oleh kebanyakan orang. Elakkan produk ajaib yang boleh selesaikan 1001 masalah.
  2. Pastikan masalah itu betul-betul wujud. Salah satu caranya, kaji jualan produk yang lebih kurang sama seperti di Facebook. Jika banyak respon, ia mungkin ada potensi.
  3. Cari pembekal, ataupun sertai dropship produk tersebut.
  4. Buka satu Facebook Page. Jangan letak nama produk, tapi letak yang lebih “soft”. Contohnya, produk berjenama ABCDEF (sabun muka), dapat dijadikan ikhtiar untuk menghilangkan jeragat pada muka. Jadi boleh namakan Facebook Page sebagai “Sabun Penghapus Jeragat”, atau “Ikhtiar Pemusnah Jeragat”, atau “Jeragat Hilang dengan Mudah”. Apa sahaja.. Kreatifkan diri anda.
  5. Untuk imej cover dan display picture FB Page, letak saja gambar produk. Keep it simple. Ada modal nanti, boleh upah designer buat. Kos dalam RM 50 – 100. Buat permulaan, guna apa yang ada dahulu.
  6. Buat satu post iklan di Page tersebut. Buat ringkas sahaja. Tulis dari hati anda.. Apa yang produk itu boleh bantu orang-orang yang ada jeragat. Post itu upload sekali dengan gambar produk. Nyatakan bagaimana pelanggan boleh hubungi anda. Whatsapp, PM, emel, Call, jumpa dan sebagainya.
  7. Promosikan post itu di FB Profile personal anda, di group-group iklan.
  8. Update FB Page tadi dengan tulisan-tulisan yang berguna yang berkaitan dengan kategori produk. Dalam contoh di atas, ia berkaitan kecantikan dan penjagaan diri. Jadi buat post yang berkaitan dengan penjagaan diri. Ringkas pun sudah cukup ok. Asalkan update dengan konsisten pada setiap hari. Buat sekurang-kurangnya dua post sebegitu dalam sehari.
  9. Selang selikan post sebegitu dengan post iklan produk. Copy & paste post iklan sebelum ini (point 5 di atas) ataupun share post iklan terdahulu.
  10. Sekali sekala, buat tulisan yang amat bermanfaat untuk bacaan ramai. Dengan harapan ia menjadi viral. Daripada viral itu, orang akan Like page kita.

Cara promosikan page di atas adalah cara free marketing. Jika anda ada modal/bajet, boleh mulakan iklan berbayar dengan bajet serendah RM10. Hasilnya lebih cepat. Belajar cuba sedikit-sedikit. Lama-lama anda akan tahu ‘permainan’ FB Ads berbayar. Tidak tahu caranya? Itu perlu belajar. Buat carian di Google, Youtube dan sebagainya. Boleh  juga belajar personal coaching dengan mereka yang berpengalaman.

Akhir sekali, saya ingin berpesan, mudahkan perniagaan kita. Jika kita berniaga seorang diri, jual produk yang spesifik. Ia lebih mudah untuk kita buat pemasaran dan jualan. Kembali kepada asas bisnes, iaitu menyelesaikan masalah orang dan memenuhi keperluan mereka.

Jika mahu belajar lebih cara memulakan bisnes di Facebook, boleh dapatkan pakej video Mudahnya Berniaga di Facebook.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Bagaimana Memulakan Bisnes dengan Mudah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *