Bagaimana ‘Melayan’ Komen Negatif Di Blog Anda

Di dunia maya ini, orang boleh tulis apa sahaja yang mereka suka, malah termasuk kita. Di dunia Internet, tiada siapa yang nampak anda, tiada siapa tahu di mana anda berada. Tetapi jika kritikal tahapnya, anda tidak boleh lari ke mana jika membuat jenayah siber. Undang-undang tetap akan mengejar anda. Kalau terlepas kat dunia ni pun, ‘kat sana’ tak payah mimpi untuk lepaskan diri… Pengadilan di sana lebih adil dan telus.

Ok, saya amat yakin, mungkin anda pernah menerima komen atau pendapat bagi penulisan di blog anda walau sekali bukan? Soalnya, bagaimana untuk menguruskan atau melayan pemberi komen dan juga komen yang negatif itu? Mereka ni ada tiga jenis:

1. Datang sekali, bagi komen negatif yang ‘kaw-kaw’ punya dan kemudian pergi tak kembali. Mereka ni biasanya adalah pembaca sesat. Entah macam mana jumpa blog anda, terbaca tulisan anda dan terus bagi komen negatif.

2. Pembaca ‘tetap’ blog anda dan tunggu masa untuk bagi komen negatif bagi menghasut minda anda dan juga pembaca yang lain.

3. Pembaca setia (tetap) juga. Tetapi komen mereka 50-50. Kritikan mereka membina, tetapi sampai satu masa, mereka boleh berubah dan memberikan komen yang negatif sebab mungkin mereka tidak puas hati. Mereka ni umpama ‘kucing yang jinak tiba-tiba menjadi singa’.

Ramai yang keliru antara komen yang negatif dengan komen membina sehinggakan komen yang mereka bagi tu kononnya kritikan yang baik lah. Tapi rupanya komen dia tu telah menghasut pembaca lain dan melemahkan semangat orang lain.

Di antara cara bagaimana melayan komen (pendapat) yang negatif di blog anda adalah:

1. Delete terus jika anda mahu jimat masa dan mudah. Saya suka cara ni.

2. Biarkan komen itu pembaca lain yang jawab. Anda tak perlu layan. Biarkan dia syok sorang-sorang diri.. Cara ni pun saya guna juga.

3. Ban (sekat) no. Ip, emel dan nickname pembaca blog tersebut jika mereka terus menerus memberikan komen yang negatif (degil), lagi-lagi anda sudah menasihati mereka.

4. Jawab dengan baik komen tersebut. Tapi cara ni saya jarang buat sebab kebanyakan mereka ni tak makan saman dan membazir masa saja kalau layan. Jadi, biasanya saya delete atau saya biarkan mereka syok sendiri sahaja. Yaro Starak ada bagi petua. “Kalau kita tak pandai nak balas balik dengan baik, adalah lebih bagus kita ‘berdiam diri’ tanpa berkata apa-apa” yang mungkin boleh memanaskan lagi keadaan. Jalan terbaik mungkin melakukan cara-cara lain.

Yaro juga berkata, “kalau kita bagi respon secara baik kepada komen yang negatif tu, orang lain (trafik/pembaca) akan anggap kita seorang yang pro…”. Ia bermaksud, kita memanupulasikan komen negatif itu yang mungkin sedikit panas. Jadi, dengan ketenangan jawapan kita, kredibiliti kita semakin meningkat!

Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, elakkan cara ini jika anda rasa ia hanya membazir masa sahaja. Saya lebih suka DELETE sahaja komen yang negatif.

5. Hantar emel secara peribadi untuk menasihati mereka. Tapi elakkan cara ni sebab mereka ni akan balas balik dan degil. Akibatnya, bertambah-tambahlah perbalahan antara anda dan mereka kerana masing-masing mempertahankan diri sendiri.

6. Edit komen negatif tersebut dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak perlu.

7. Memberi ‘amaran’ kepada pemberi komen yang negatif agar tidak melawat lagi blog anda dan tidak memberikan komen. Daripada melayan satu orang yang mungkin mustahil untuk berubah (insaf), lebih baik melayan orang lain yang memahami kita…

Pendek cerita, saya biasanya delete sahaja dan jika mereka lakukan kesilapan secara berterusan, saya akan terus sekat no. ip, nickname dan emel mereka. Saya tak perlukan pembaca seperti mereka sebab mereka ni tidak memberikan apa-apa manfaat kepada saya.

Cuma secara asas adalah, jika pemberi komen tadi baru pertama kali memberikan komen, adalah lebih baik cuba ‘berlembut’ dahulu dengan mereka. Berbeza dengan pemberi komen yang asyik negatif sepanjang masa lagi-lagi sudah dinasihati, maka sewajarnya kita bertindak tegas.

Komen yang membina Vs negatif (seperti menghasut atau buat-buat tak faham dengan penulisan kita) adalah amat berbeza. Jadi pastikan kita faham apakah komen yang membina itu yang sebenarnya sebelum memberikan komen di mana-mana blog.

Jika ada orang kata, pembaca blog adalah bebas untuk memberikan sebarang pendapat, tapi bagi saya ia kurang tepat. Bagi saya, adalah menjadi HAK kita untuk melakukan apa sahaja kepada komen pembaca itu seperti delete, edit atau sebagainya. Kita berhak sebab blog kita adalah milik kita dan hanya komen yang positif dan membina sahaja perlu diterima. Saya lebih sukakan suasana yang aman.

Anda Sebagai Pembaca Blog SmartUsaha…

Sebagai pembaca blog ini khususnya, pastikan anda faham apa yang saya tulis sebelum memberikan komen sebab ada pembaca yang salah anggap penulisan saya dan kemudian mulalah komen yang bukan-bukan. Bila kita tulis pasal A, dia pergi kait dengan B. Padahal kita tak kaitkan pun mengenai B. Dia sengaja melakukan begitu dengan tujuan mahu mengganggu kita dan menghasut pembaca yang lain di samping mahu menjadi ‘hero’.

Dan jangan cuba menghasut pembaca lain yang kononnya pendapat anda adalah yang sebetulnya. Komen atau pendapat anda jika boleh jangan lari topik, jangan ada link URL ke mana-mana laman web atau saya akan delete komen anda serta-merta.

Komen ada URL (spam) = saya DELETE. Paling kurang, saya edit.

Komen yang NEGATIF atau MENGHASUT = saya DELETE

Komen yang positif dan MEMBINA = saya TERIMA

Pemberi komen yang DEGIL = saya ban

Belajarlah untuk memahami beza di antara pendapat yang kritis dan pendapat yang negatif. Tak perlu jadi hero dan ego… Belajarlah untuk menghormati orang lain walaupun kita berada di alam maya. Hakikatnya kita tetap berada di muka bumi yang sama…

Takut?

Siapa kata yang kalau kita tidak mahu menerima komen yang negatif bermaksud kita takut? Tidak sesekali. Orang (blogger) yang penakut adalah mereka yang langsung tak buka ruangan komen sebab takut ada komen negatif. Mengapa kita tak perlukan komen negatif adalah kerana kita mahukan suasana yang aman.

Tak perlulah kita cakap banyak pasal mengapa kita tak perlukan komen yang negatif ni sebab sudah fitrah manusia mahukan keadaan yang aman dan tenang. Kalau kita kacau hidup si pemberi komen yang negatif tu, confirm dia pun tak suka kan?

Mari Kita Bertegas

Saya mengajak semua kawan-kawan (blogger) :

“Apabila anda menerima komen, pendapat atau emel yang negatif, DELETE emel atau komen tersebut. Tak perlu fikir panjang-panjang sebab mereka pun tak fikir panjang sebelum memberikan komen tersebut. Adil lah kan?.”.

Tidak perlulah melayan mereka jika anda tidak mahu membazir masa. Gunakan masa yang ada untuk membina kehidupan kita dan berhubungan dengan mereka yang memahami kita. Golongan yang negatif dan degil sewajarnya tidak perlu dilayan kerana mereka menyusahkan hidup kita sahaja dan susah mahu berubah.
Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Bagaimana ‘Melayan’ Komen Negatif Di Blog Anda

  1. Komen2 negatif umpama barah. Mesti dihapuskan cepat. Kalau dia dah tahap serius, bahaya…. Nanti semua kerja tak jadi.. Jadi, cuba fikirkan dari sudut lain, kemudian kalau rasa2 tak bawa manfaat, delete dan lupakan. Teruskan kerja..

    Berjalan ke depan, bukan ke belakang.. haha..

  2. Baru sahaja beberapa hari lepas saya menulis bagaimana saya menangani komen negatif di blog saya menggunakan salah satu cara yg zul senaraikan di atas. Saya jarang dapat komen yg negatif jadi bila sekali dapat, sungguhpun agak terasa tetapi saya cuba siasat siapa pemberi komen tersebut dan cuba menilai apakah terdapat kebenaran dlm komennya yg pedas itu.

  3. Alang, bagi saya kita boleh kaji kebenaran2 komen pedas tu. Dengan syarat ia tak membazir masa kita mencari jawapan yg kadang2 kita tak akan jumpa dan dalam masa yg sama motivasi kita tinggi.

    Kadang2 komen pedas ni mereka bertujuan baik, cuma cara penyampaian tu tak beradab jer. Itu yg kurang enaknya. πŸ™‚ Kalau disampaikan secara baik, insyaAllah kita akan ‘layan’ dgn baik juga…

    Hasrul, macam pernah dengar jer ayat “berjalan ke depan…” tu. Tapi kat mana yer? πŸ˜‰

  4. Dengar masa kawat kat sekolah dulu ke? πŸ˜†

    Thank god blog saya belum lagi ada sebarang komen negatif tetapi ada banyak spam untuk mendapatkan backlink.

    Saya tak kisah sebenarnya kalau mereka letakkan link mereka kat ruang komen aku sekiranya link tersebut membawa pembaca saya ke blog mereka yang memaparkan artikel yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

    Akan tetapi meletakkan link untuk mendapat visibility dan bukan untuk tujuan yang memanfaatkan pembaca, saya akan edit komen tersebut dan mengeluarkan linknya.

    Ada pula yang meletakkan 3-5 link sekali gus dan semuanya tidak berkaitan dengan topik blog saya. Itu saya delete aje lah. πŸ™‚

  5. Begini la ragam manusia. Kite tak boleh nak ikut semua rentak manusia. So seperti yang zul katakan, buat ape kite nak bazirkan masa untuk fikirkan tentang yang seorang, sedangkan yg lain takde pun masalah.

  6. haaa… :mrgreen:

    dah datang pun mamat ni..hehehe..saya tak pasti la siapa mamat ni..tapi kan, dari bersembunyi dengan meletakkan link orang lain, takde pekdahnya en mamat..tahu kenapa?

    ntah,saya pun tak tahu..hehehehe

    oh ya, saya ada satu kisah untuk mamat ni tau abg zul..
    nak baca tak?

    gini, dulu kat kampung saya, ada mamat tu memang tak puas hati kat orang..asyik2 merungut la, tak pandai bawa motor la, makan dalam keadaan duduk la..selain tu, cakap orang lain yang cakap bi tu eksyen la..macam2 la yang mamat ni merungut..

    tapi rang lain semua tak tau..

    tahu kenapa?
    sebab mamat ni adalah kambing nenek saya..itu pasal dia merungut sebab dia tak boleh buat macam orang lain buat..

    hahahahahaha… πŸ™„ tak tahu..tak tahu..tak tahu…

  7. Apa? Kambing pun tahu merungut? (hairan)

    Hebatnya kambing tu. Faham BI pula.

    Nenek Naem nak jual tak kambing tu?

    Kalau nak jual, berapa harganya?

    Mungkin saya boleh cari pembeli dari eBay. :mrgreen:

  8. Assalamualaikum Zul..

    Bagi saya IP Mamat ni.. Saya nak senaraikannya dalam projek ebook terbaru “Lalat dan Langau DI Internet”.. Dimana saya ingin menyenaraikan 1000 IP dari Malaysia yang “Buat Taik” di blog orang lain.. Sekarang dah dapat 700 IP dah..

    Ok naem.. saya pun ada satu cerita ni..

    Ada sorang “Mamat”.. Sikapnya asyik tak puas hati dengan orang lain.. Sebabnya ialah cemburu kejayaan orang lain.. Dia hina orang lain dan terus menghina tanpa buat apa-apa.. Dia benci orang lain lebih dari dia tapi dia tak berusaha satu benda pun sedangkan orang lain berusaha dan capai lebih banyak kejayaan dari semasa ke semasa..

    So apa yang “mamat” ni dapat? SEMESTINYA DOSA.. πŸ™‚

    Nasihat saya:

    “Kalau tak puas hati SENYAP! jangan bagi orang lain plak membenci anda. Jika 1000 orang menyumpah anda kerana membenci anda, hmm.. anda pun tahu akibatnya”

    Sekian.. πŸ™‚

  9. slalunya org yg bg komen negatif ni iri hati, dengki, jealous, xpuas hati dan mcm2 lg dgn kejayaan org lain… heran ye… kenapa nak buat smua tu?? kalu ingin jd seperti mereka knp xmenuntut je ilmu dgn diorg.. kan senang.. 2 2 dpt kebaikannye… kalu ade silap dekat mane , just tegur and sruh perbetulkan balik kesalahan tu… xsusah pon… kalu kite bg komen negatif sejuta kali pon, xkan naiknye kite dan xkan turun nye org kite komen tu…
    anyway saya setuju cara zul slalu buat tu.. “DELETE” komen2 negatif…. sbb kalu simpan ble bg down readers yg lain… πŸ˜‰

  10. naem, sorry yer sebab saya dah delete komen2 “mamat” tu. Saya baca komen pertama jer dan komen2 lain saya DELETE terus. WordPress dah sediakan fungsi DELETE, so saya manfaatkanlah benda tu…

    Actually, saya dah lali dengan komen2 begitu. MALAS nak layan. So, kepada sesiapa yg nak komen negatif, tak perlulah bazir masa anda nak taip bukan2. Sebab ia akan di-DELETE jua…

    Sahabatmu. Mamat tu guna ip dinamik. πŸ™‚ So, saya tak dapat bagi. Saya rasa, biarkanlah dia tu. Kita doa sama2 agar dia ni insaf dan sedar agar meninggalkan kerja2 mengganggu hidup orang. Orang2 mcm ni hanya hidayah ALLAH sahaja yg boleh ubah sikap mereka. Harap2 datang bulan puasa nanti dia perbanyakkanlah amalan yg soleh…

    Kepada kawan2 yg belum dapat komen2 negatif, biasanya yg dapat komen yg mcm ni adalah mereka yg berada di puncak kejayaan. πŸ˜‰ Banyak cabaran, ada musuh… Lihatlah mereka yg berjaya termasuk Rasulullah, musuh tetap ada. So, apa nak pelik dan apa nak takut? Lagipun semuanya akan “ke sana” jua..

    Kepada ‘mamat’ jika membaca komen saya ni, “saya tak ada kata pun saya tak terlepas dari buat dosa. Anda dah salah anggap. Yg saya maksudkan adalah, dosa kita kepada orang lain yg kalau dosa itu tak terbalas di sini, di sana tempatnya. Ada faham?”. Kalau dosa dengan Tuhan, itu boleh terampunkan. Kalau ada hutang dosa dengan manusia, dosa itu tak akan terampun selagi tak dapat kemaafan daripada mangsa yg teraniaya.

    Termasuk juga kamu “mamat”. Kamu menyusahkan aku dalam menguruskan blog ini. Kamu membazir masa aku. Kamu mengekang aku untuk menulis benda2 yg baik. Aku menuduh aku itu dan ini. Komen negatif kamu yg tak betul yg hanya banyak salah anggap kadang2 mempermainkan motivasi dan minda aku. Tapi aku syukur sebab Allah tetap mengekalkan aku di landasan usaha aku ini.

    Banyak juga salah kamu yer mamat dengan aku. Walau aku tak kenal kamu, tapi kita jumpalah ‘di sana’ yer mamat… ALLAH itu Adil mamat. InsyaAllah, aku nak ALLAH pertemukan aku dengan kamu di sana. Period!

    Sama juga mereka yg lain yg banyak komen negatif di blog ini. Aku tak nak bazir masa yang Allah bagi kat aku untuk layan karenah kamu. So, kita jumpalah di sana yer wahai penyusah hidup manusia.

    Terima kasih.

  11. Kalau saya 2 perkara saya pastikan;

    1) jangan terasa dengan komen2 negatif ini.

    2) Simpan buat kenangan. Sentiasa “Defer to later”

    Bila tiba masanya, kita boleh share ramai2. (kami pernah share juga dulu skit kan komen2 mengenai SCK dalam ezine). Sebab komen2 negatif diorang ni, bila kita baca kemudian hari jadi lawak. πŸ™‚

    Sabri

  12. Tak semua orang senang melihat orang lain senang. Selalunya orang sebegini ada pHD. Penyakit Hasad Dengki. Dia rasa menderita bila tengok orang lain berada di puncak kejayaan.

  13. amer,
    dalam dunia ni mana lah ada orang yang takde perasa dengki…
    saya pun ada…tp bukan dengki menjatuhkan org…
    kita kena lah dengki dengan orang berjaya dan terus untuk berusaha untuk sama2 barjaya seperti mereka…

    kalau saya, komen yang tak baik ni, delete je kalau menyakitkan hati…

    han

  14. ahahaa… delete aje komen dengan sepenuh hati yang riang gembira jika datang bertandangnya komen yang negatif. tetiba aje datang bertandang tak bagi salam lepas tu kutuk itu ini begitu begini…? mana boleh bagi peluang keemasan orang negatif sedemikian rupa…

    kalo jelus sekalipun kenalah jelus yang bermanfaat untuk masa depan diri sendiri dan juga masa depan negara.

    kenapa mereka tak fikir panjang sebelum komen negatif?

    yang peliknya komen negatif seringkali teringat-ingat sampai ke dalam tido. namun orang yang dah selesai dengan sukahatinya membuat komen negatif tu bukannya ingat apa dah apa yang dia komen negatifnya selepas itu…

    sekian terima kasih… 😎

    1. saya sokong abdfatah…
      delete je dgn hati yang gembira dan riang…
      mereka yang buat fitnah tu akan kecewa sebab tak berjaya jatuhkan kita… hehe… 😎

      mereka dah negatif, macam mana nak fikir panjang abdfatah….

      han

  15. negatif atau positif itu perkara biasa, sebab semua manusia ada mulut dan akal. Cuma orang yang berakal melakukan sesuatu secara berhemah dan hikmat. Hanya mereka yang selalu berfikir sahaja mampu melakukan sesuatu dngan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *