Bagaimana ‘Berkenalan’ Dengan Usahawan Internet Yang Berjaya dan Melakukan JV dengan Mereka

Apa khabar anda semua.

Panjang sikit tajuk kali ni. πŸ™‚

Sejak saya bermula di arena perniagaan Internet sehinggalah sekarang, saya banyak juga menerima emel yang meminta saya memberikan tips kepada mereka bagaimana untuk melakukan perniagaan Internet atau paling kurang membuat duit di Internet.

Ada yang saya jawab dan ada yang saya tak jawab.

Sehingga kini pun, saya masih menerima emel sebegitu yang ayatnya hanya satu atau dua baris:

“Zul, saya perlukan duit. Boleh ajar saya cara buat duit di Internet?”

“Saudara hebatlah. Bagi tips sikit!”

“Zul, macam mana nak mulakan perniagaan Internet ya?”

“Saya mahukan sebuah laman web, boleh sedekah kat saya satu?”

“Zul, boleh kita jumpa di mana-mana untuk bincang pasal ebiz?”

Siapa mereka? Saya pun tak kenal. Lagi-lagi yang mahu jumpa tu, entah-entah mereka ni samseng. Siapa tahu? πŸ™‚ Maka tak salah untuk saya tak jawab persoalan mereka itu. Sebab pertama, emel sebegitu biasanya dihantar dalam keadaan terdesak dan di luar kesedaran. Saya tak mahu berurusan dengan mereka sebegini. Sepatutnya mereka bermula dengan mengenalkan diri dan menghubungkan silaturrahim dengan orang yang mereka nak belajar itu.

*Bergantung kepada emel juga. Kalau mereka tu pelanggan saya, saya kena jawablah. Persoalan yang dibincangkan sekarang adalah, mereka tu saya tak kenali. πŸ™‚

Pada hari ini, saya nak kongsikan satu tips dengan anda tak kira anda otai atau masih newbie, sebab anda perlu ada kenalan dengan pelbagai tahap manusia:

Bagaimana mendapatkan kenalan, mentor dan rakan niaga melalui Internet

Biar saya pergi terus kepada point-nya.

Jika anda ingin meminta sesuatu terutama dengan usahawan Internet yang sudah berjaya, paling kurang adalah tips atau paling lebih bekerjasama dengan mereka, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut:

1. Lawati blog mereka selalu dan berikan komen

Anda perlu yakin bahawa teknik ini amat berkesan. Selalu lawat dan berikan komen yang POSITIF dan menyokong mereka. Pendek kata, jadilah penyokong mereka walaupun kadang-kadang ada pendapat mereka yang anda tak setuju. Itu normallah kan ada beza pendapat (yang baik-baik). Lainlah ia mengarah kepada kemungkaran, tu lain cerita pula.

InsyaAllah, mereka akan mula sedar mengenai diri anda melalui nickname yang diberikan dan mereka juga pasti akan masuk ke blog anda (jika ada). Mereka akan berterima kasih terhadap sokongan anda yang padu walaupun mereka tak mengucapkannya terus kepada anda, TAPI mereka simpan dalam hati.

Dari situ lama kelamaan, jika anda ada projek yang perlukan kerjasama mereka seperti meminta review produk anda atau meminta testimoni, maka mereka ringan tangan untuk memberinya. Mengapa? Sebab anda begitu banyak memberikan semangat dan sokongan kepada mereka! Ini adalah sifat fitrah manusia bukan? Kata pepatah, orang memberi, kita membalas. Orang berbudi, kita berbahasa.

Tak percaya teknik ini? Cuba dahulu baru tahu. Lainlah kalau si usahawan yang berjaya tu tak suka melayan anda. πŸ˜‰ Saya dah lakukan teknik ini, dan ia MEMANG BERKESAN.

2. Hantar Emel Kepada Mereka

Ini bahagian yang paling saya suka. Mengapa suka? Sebab saya terima banyak emel satu baris seperti yang saya contohkan di atas. πŸ™‚ Saya suka sebab saya tak perlu layan sangat emel sebegitu. So, emel macam mana biasanya usahawan Internet yang dah berjaya akan layan?

Emel yang ada adab dan tatasusilanya. πŸ™‚

Contohnya:

“Assalamu’alaikum Zul.

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah atas kejayaan saudara sekarang.
Moga terus dilimpah rezeki yang berganda-ganda hendaknya. Melalui
blog saudara ini, saya telah dapat banyak inspirasi dan motivasi untuk
buat ebiz. Dengan penulisan saudara itu, kini saya telah mempunyai
sebuah perniagaan Internet servis design grafik yang memberikan hasil
lumayan juga kepada saya… Terima kasih sekali lagi”.

Emel di atas satu emel sebenar tapi saya ubah sikit ayat dia lah. Nak tahu apa yang terjadi? Saya gembira kerana dia ‘puji’ saya. πŸ˜‰ Normallah tu kan? Sifat fitrah manusia. Takkan nak marah pulak. Kan kan? Ok, gurau jer. Saya juga gembira kerana beliau sudah membina perniagaan Internet sendiri. Apa yang terjadi ialah, beliau sudah bekerjasama dengan saya sehingga sekarang untuk beberapa buah projek ebiz saya. Seingat saya, sudah 4 atau 5 projek design grafik yang saya berikan kepada beliau TANPA beliau meminta-minta. Kalau saya ada projek jer, saya akan utamakan dia dahulu. πŸ™‚

Mengapa?

a. Beliau memberi semangat untuk saya terus menulis kerana katanya, melalui tulisan saya beliau mendapat inspirasi dan semangat. Dengan itu, saya rasa ‘dihormati’ dan membuatkan saya ingin mengucapkan terima kasih juga kerana beliau berkata begitu.

b. Beliau ada kesungguhan membina perniagaan Internetnya sendiri tanpa ada mentor. Hebat! Hanya melalui pembacaan sahaja. Maka saya suka bekerjasama dengan orang extraordinary macam ni. Mereka boleh survive sendiri dan tak begitu berharap pada orang lain.

c. Emel beliau ada adab dan tak meminta-minta. Emelnya dimulakan dengan salam. Kemudian ‘memuji’ usaha saya. Dan akhirnya menyatakan yang beliau ada bisnes servis design. Itu sahaja. Beliau tak ada meminta-minta saya memberikan projek untuknya, tetapi hanya itu sahaja. Sebuah emel terima kasih kepada saya.

* Memuji dengan ikhlas dan saja-saja puji untuk ambil hati, biasanya ada beza. Biasanya kita boleh tahu mana puji yang dibuat-buat dan pujian yang ikhlas bukan? Maka, jika anda ingin memuji, pujilah dengan hati yang ikhlas. Namun elakkan memuji kerana biasanya pujian mudah disalah-anggap jika silap cara menyampaikan pujian itu, lagi-lagi pujian terlampau.

Kini, bermula dengan satu emel yang ‘baik’ itu, beliau telah menjadi rakan niaga saya! Inilah satu kaedah mencari bakal rakan JV. Tak perlu meminta-minta, tak perlu memaksa-maksa. MULAKAN dengan membina satu hubungan persahabatan di antara satu sama lain. Kata orang putih, RELATIONSHIP! Cara ini nampak susah, tapi anda perlu cuba melakukannya. Maksudnya, bina perkenalan dan hubungan persahabatan dahulu. Kemudian barulah bercakap-cakap mengenai JV untuk apa-apa projek. Sebaliknya, bukan terus meminta-minta.

Bagaimana jika emel anda tidak dibalas?

Pertama sekali, jangan takut mencuba menghantar emel kepada usahawan yang telah berjaya. Jika mereka tak balas, biasanya mereka membacanya. Jangan kecewa jika mereka tidak membalas, tapi jika emel anda kena caranya, mereka biasanya suka. Kalau tak kena cara, emel anda akan di-DELETE. Mungkin tidak sempat, maka mereka tidak membalasnya. Cubalah ber-emel dengan mereka beberapa kali untuk memastikan mereka sedar akan diri anda. Ingat, emel anda jangan terlalu pendek dan jangan terlalu panjang.

Anda pasti bertanya, emel macam mana zul? Macam contoh kat atas tu ke? Ermm, jangan tiru bulat-bulat contoh yang saya bagi tu. Nanti lepas ni penuh inbox emel saya yang penuh dengan pujian. Nampak benarlah tu anda takder idea. πŸ™‚ Hantarlah emel berbentuk sokongan kepada mereka kerana biasanya usahawan ni banyak juga musuhnya. So, mereka perlukan semangat.

Sokongan, tak semestinya pujian. Tapi mungkin dalam bentuk kata-kata motivasi atau memberikan sesuatu hadiah kepada mereka. Hadiah tu pandai-pandailah dalam bentuk digital atau fizikal. Mungkin sebuah kad sokongan dalam bentuk digital? πŸ˜‰ Itu hanya contoh, be creative lah. Ingat, lebihkan memberi, jangan meminta-minta lebih-lebih lagi di saat awal perkenalan.

Pendek kata, cuba lakukannya. Hasilnya walaupun belum pasti, tapi biasannya adalah 50-50. Namun biasanya, mereka pasti melayan anda juga lebih-lebih lagi mereka memerlukan kepakaran anda. Contohnya seperti yang saya ceritakan di atas. Beliau pakar grafik, maka saya perlukan khidmat beliau untuk melakukan kerja-kerja design. Bagaimana dia bermula kenal dengan saya? Ya, bermula TANPA meminta-minta.

Nak lagi tips bagaimana nak dapatkan kenalan dengan usahawan Internet yang telah establish diri mereka di dalam bidang ebiz ini? Bagaimana bermula dengan mereka tak kenal anda, tapi dengan cara yang betul, mereka akan kenal anda dan kemudian bekerjasama dengan mereka. Anda memerlukan mereka untuk cepat berjaya (salah satu cara dalam ebiz). Cukup dahulu dua tips di atas. Ada lagi tips-tips praktikal lain yang akan saya kongsikan. πŸ™‚

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Bagaimana ‘Berkenalan’ Dengan Usahawan Internet Yang Berjaya dan Melakukan JV dengan Mereka

  1. Ok Zul saya faham bagaimana untuk menghantarkan email untuk JV nie. rasanya post kali ini membantu, sebab saya memang tengah duduk fikir bagaimana untuk memulakan email untuk JV nie. Maklumlah pengalaman pertama kan πŸ™‚ . Tq untuk tips nie Zul..

  2. Sebelum nie ada jugak saya htr emel kpd usahawan ebiz yang dah berjaya n ada juga yg tiada balasan.. tips Zul kali ni nampaknya memberikan saya lebih bersemangat utk berkenalan ngan otai2 utk menjalankan usaha sama dan xberkecil hati jika emel tak dibalas.. :mrgreen:

  3. Hehehe.. tergelak besar baca emel yang minta sedekah website satu tuh.. Nampak benor loyar buruk orangnya.. Toksahkan Zul, kalau saya dapat emel macam tuh pun saya tak layan.. Hahaha..

    But anyway, saya rasa betul sangat apa yang Zul cakap untuk permulaan tuh kita mula2 lah bagi komen2 kat blog2 otai2 tu. Kurang2 diorang familiar nama kita..

    Sedangkan saya yang tak berapa sibuk (ye ke tak sibuk?) ni pun, kalau bukak email scan nama penghantar dulu, dan mana2 yang rasa tak kenal tuh, tengok topic jer.. kalau lain macam jer, terus delete.. tak baca pun.. Inikan pulak otai2 yang dah tentu lagi beratus2 emelnya setiap hari agaknya..

  4. Betul tu ,Zul..saya pernah hantar emel kepada beberapa IM kat Malaysia ni..and bagi saya jika kena dengan approach dalam emel, mereka akan “melayan” emel anda. Menjadi lumrah manusia, orang berbudi kita berbahasa.. itukan budaya kita..(semua orang mahu dihormati bukan? πŸ™‚ )

    And, janganlah main serbu je kalau inginkan sesuatu dari seseorang..nampak sangat tak respect orang and ada niat yang tak baik “ternampak” kat situ. 😎

  5. Betul tu saudara Zul. Tips kali ini memang amat berguna pada saya. Maklumlah, saya ni masih baru lagi. Ibarat orang masuk ke dalam rumah lah, mestilah bagi salam dulu, borak2 kosong dulu lepas tu baru bagitau hajat sebenar. Tak kan la adat Melayu masuk rumah tak bagi salam terus jer minta tu dan ini…

    Tahniah saudara Zul, tips kali ini membantu saya untuk projek yang sedang saya usahakan. πŸ˜€

  6. zul, saya ni org br nk bljr ebiz… sy setiap hari lawat blog ni tp jarang tinggal komen… mungkin zul tak perasan… saya bukan nak meminta apa2… saya cuma suka lawat blog zul ni sb banyak benda yang saya dpt bljr dr blog ni… saya setiap hari mesti lawat blog ni dan blog DR irfan khairi… hehe… ni dah jadi rutin saya… kalau tak lawat sehari dah jd mcm tak kena je… ok lah zul… tips ni mmg berguna utk sy…

    dgn tips yg zul selalu bg kpd pelawat zul, moga tuhan limpahkan rezeki zul…

  7. Hehe..Tersenyum lebar Q membaca post Zul kali ni.. :mrgreen:

    Pernah juga terlintas di hati ni utk berkenalan dengan IM2 yang dah terkenal ni..Cuma bila direnungkan balik betapa kecilnya diri Q ni berbanding dengan dorang tu sume..Ish..Terbantut laa plak hajat nak berkenalan tu! 😐

    Biasa lah manusia..Mainan perasaan tu tetap ada punya.. πŸ˜†

    Tapi insyaallah selepas ni Q akan praktikkan tips yang Zul syorkan ni..Dan Q cuba utk kikiskan perasaan yg macam2 tu..Hehe..Bak kata orang,
    “Kalau nak berjaya, Jangan malu-malu untuk belajar dari mereka yang telah berjaya”.. πŸ˜‰

  8. Zul, Thanks…info & tips yg cukup berguna. Sebelum ni rasa takut2 gak nak send email kpd IM2 ni….

    Betul seperti apa yg Zul perkatakan. Org kita ni kurang beradab sikit bab email ni. Sedangkan saya yg baru berjinak2 mcm ni pun ada yg email minta ‘buatkan blog yg semacam ni utk saya satu…’ Itu saja, simple sgt2… Huu.huu… πŸ™„

  9. saya rasa, pokok pangkalnya adalah seperti yg Johari kata, “Menjadi lumrah manusia, orang berbudi kita berbahasa.. itukan budaya kita.. (semua orang mahu dihormati bukan?”. Begitu juga yg BujangJutawan kata, nak masuk rumah orang, kena bagi salam dulu. Ermm, takkan main masuk je kan? Setuju semua?

    Kita perlulah ada adab walau kat Internet. Internet ni bukanlah penyebab untuk kita hilang nilai-nilai murni yg positif.

    Kepada yg malu2 tu, tak perlu malu nak ber-emel dengan yang dah berjaya tu. Macam saya kata, cara kita ber-emel tu penting. Part ni nampak susah, tapi kena praktis lah.

    PS. Kalau emel satu baris minta2 ok lagi. Yg tak oknya emel cacian & kutukan dari bangsa sendiri!

  10. kadang-kadang org nk pekena kita, dia menggunakan name kita, pernah kawan saya tanya saya, kenapa kau hantar aku email bla bla bla… sedangkan saya tak hantar pun email itu.. sampai ke hari ni dia tu jadi macam percaya tak pertaya, maklumlah kawan baru,kalau kawan lama mesti paham hati budi kita, baik ke jahat.. bahaya, bahaya… tahnk zul 4 the tip

  11. Assalamualaikum Zul,

    Memang menarik tips kali nie.. cuma tak sangka pula ada juga yang email Zul untuk minta sedekah website.. hehe πŸ™‚

    Untuk newbie macam saya nie memang segan kalau nak hantar email kpd Otai2 nie πŸ™ anyway, thanks for the tips.. & thanks kerana sudi reply email saya hari tu πŸ™‚

    Salam hormat.

  12. ingatlah pepatah melayu,
    bersatu kita roboh bercerai kita roboh.
    ops, sorry lama tak komen di sini. busy sikit skrg, tengah tumpukan perniagaan ke pasaran antarabangsa. anyway, jv amat baik. malahan dlm kerja seharian saya sebagai pegawai kerajaan pun, amalan ini dilaksanakan demi mencapai kejayaan dlm organisasi di sini.
    tq for tips.

  13. 270407/04:07 petang
    Assalamualaikum Zul, salam tahniah dan terima kasih semoga berjaya selalu.
    Bila baca penarangan ” bagaimana bekenalan dengan usahawan internet yang berjaya” saya merasa amat berpuas hati dengan tip-tip diberikan walaupun ringkas tapi maksud amat jelas. terima kasih. Seperti saya yg baru berjinak-berjinak dengan internet makluman seperti ini sangat diperlukan,
    bimbingan,tujuk ajar, nasihat dan panduan dari Tuan/Puan yang telah berjaya
    dipentas pesada maya internet sangat diharapkan,Selalulah menulis yang berguna, semuga Allah memberkati Tuan.

  14. aduhai… sampai ada sekali yang berani meminta2?? emmm.,..,, kalau saya kira malu jugalah. tp, daripada menciplak lebih bagus minta saja kan .. ehhehhe yaka bos?? gurau saja,.

    yalakan memang betul apa kata si Zul tu dan macam ni rasa saya ilmu dalam dada si zul sudah bertambah2lah… memang ada kelainan saya rasa dalam artikel si zul ni .. sikit2 ada juga menyindir tapi dalam pada itu ada terselit juga tunjuk ajar..yang macam ni lah maksud saya artikel si zul ni ada kelainan. apa orang bilang, menyelam sambil terminum air?? hehehehhe…

    syabas zul….aramai ti..!!

  15. Memang betul kata zul…dan tips yang diberikan ini cukup berguna bagi orang baru seperti saya…walaupun kita tak nampak orang yang menghantar email itu, namun budi bahasa itu penting.
    Begitu juga mereka yang menghantar email walaupun ringkas dan soalan yang agak mudah..kita harus melayan tidak kira cepat atau lambat, atau kita boleh membalasnya dengan memberikan info seperti yang Zul berikan ini..amat berguna..
    Apapun segalanya adalah budi bahasa amalan mulia..
    Tq dgn tips ini ..

  16. akum…
    abg zul…
    adik baru pertama kali msk web nie…
    adik nk join diorg tapi adik tk faham…
    adik baru nk balajr…
    aper patut adik tau tentang perniagaan internet nie…
    penulisan abg memng best..open monded..
    adik baca byk kali….memang best..
    terus kn penulisan abg k…
    kalau abg ader wat penulisan lain leh bg adik website yer tk…leh adik coment skit..huhuhu.. πŸ˜†

  17. Baby Aien, terima kasih kerana membaca. πŸ™‚

    Saya hanya menulis di blog ini sahaja tips mengenai perniagaan Internet.

    Mcm man nak belajar? First, baca mana2 artikel di sini dan dapatkan satu buku atau ebook yg berkaitan. Fahamkan the basics. Then cubalah apa yg dirasakan perlu.

  18. tips yang pertama tu memang betul

    Bro Zul adalah orang yang mula-mula bagi komen pada blog saya yang dahulu (seingat saya awal tahun lepas)
    Komen yang ringkas tapi pemberi semangat, maklumlah masa tu baru nak kenal blog.
    nak tunjuk bukti pun dah tak boleh sebab blog tu dah jadi aruah tapi cara demikian saya boleh ingat sampai bila-bila.

  19. Hm.. saya pun sedang guna tips no 1 tu untuk popularkan blog tu…
    nampak ada gak maklumbalas walaupun mungkin sebab saya baru dlm bidang blog n bahasa tunggang langgang so kurang sket yang feedback…
    tentang tips no 2 tu guna emel.. nampak bagus idea tu… cuma cam saya nie blog pasal minat ( pasal berita2 bolasepak dan katun manga) .. belum sampai tahap nak dpt duit lagi.. so camne nak dpt pelawat tetap ye zul???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *