Baca Buku dan Berubah

Kebanyakan orang yang telah berjaya pada hari ini, hampir kesemuanya bermula dengan ‘sisi yang gelap’. Ada yang jatuh bankrap, hutang sekeliling pinggang, hidup tidak bahagia, tidak jelas tujuan hidup dan sebagainya.

Daripada sebuah buku yang saya baca, setiap orang bercerita bagaimana mereka bermula. Penulis buku berjaya seperti Rhonda Byrne (penulis buku The Secret), Mark Victor Hansen, Jack Canfield dan Tim Ferris (penulis buku 4-Hour Workweek), kesemua mereka dahulunya celaru dan tidak jelas apa yang mereka perlu lakukan.

Baca buku dan kemudian berubah!

Namun segalanya berubah apabila mereka membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dan kemudian BERTINDAK.

Rhonda Byrne contohnya, membaca sebuah buku klasik yang bertajuk ‘The Science of Getting Rich’. Ketika itu, beliau sedang menghadapi beberapa situasi yang kurang membahagiakan termasuk soal kewangan, selain ibunya yang sakit. Beliau membaca buku itu dengan fokus dan kemudian mengikuti sepenuhnya formula dalam buku itu.

Salah satu perkara yang penulis buku itu sarankan adalah, BERSYUKUR terhadap apa yang dimiliki dan bukan mengeluh nasib terhadap apa yang belum diperolehi. Katanya, kaedah ini amat bertentangan seperti mana yang beliau lakukan selama ini iaitu mengharap sesuatu yang belum ada di dalam genggaman.

Selain itu, beliau (Rhonda Byrne) kemudiannya mengeluarkan wang sebanyak $500 dollar dan memberikan setiap keping not $50 kepada mereka yang memerlukan, termasuk orang yang tidak dikenali.

Dalam beberapa tempoh selepas itu, beliau mendapat rezeki sebanyak $25,000. Selepas hidupnya berubah dari segi kewangan, emosi dan ibunya kembali sihat, dari situlah beliau mendapat idea untuk menghasilkan projek ‘The Secret’.

Pelajaran yang dapat diambil

Setelah membaca kisah-kisah mereka itu, satu perkara yang dapat saya simpulkan, iaitu baca buku yang dipilih dan ikut sepenuhnya tindakan yang disarankan. Seperti kata pepatah barat, “don’t reinvent the wheel”. Sekurang-kurangnya untuk permulaan dan kemudian itu jika mahu mencipta formula sendiri, maka tidak ada apa-apa halangan.

Daripada kisah di atas, kebanyakan buku yang mereka baca adalah disarankan oleh rakan dan kenalan mereka. Jadi kalau kita tidak tahu buku apa yang TERBAIK untuk dibaca, tanyalah sesiapa yang berkenaan.

Antara buku yang telah membawa saya sehingga ke hari ini dalam bidang pilihan saya adalah buku-buku tulisan Chef Li (Dato’ Dr Rusly Abdulllah). Pada saat saya telah menyerah kalah, saya terlihat buku tulisannya di bilik seorang kawan dan beliau memberikan saya pinjam.

baca buku usahawan

Sehari suntuk dan satu malam saya tidak keluar bilik membaca buku itu. Kemudian semangat saya kembali naik mendadak dan tekad untuk terus berusaha.

Buku pertama tulisan beliau yang saya baca itu adalah “Biar Kecil Asal Berhasil”, disusuli dengan buku “Petunjuk Jalan Kekayaan”, dan seterusnya semua buku-buku beliau yang lain.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Baca Buku dan Berubah

  1. Buku pertama yang mengubah corak pemikiran saya ialah ‘The Magic of Thinking Big’ karya David Schwartz. Sejak itu saya menjadi pembaca buku tegar, lebih-lebih lagi dalam genre pembangunan diri, autobiografi dan bisnes.

    Saya akui tabiat ini memberi banyak kesan terhadap siapa saya sekarang. Cuma satu saja sesalan saya akibat dari membaca buku-buku itu – saya gagal ambil tindakan (Analysis by Paralysis) dan terus menerus membaca satu buku ke satu buku tanpa berbuat apa-apa. Sekarang saya hanya baca satu atau dua buku sebulan dan fokus pada beberapa pengajaran dari buku tersebut yang boleh saya praktikkan.

      1. Terima kasih kerana komen tuan juga. Benar masalah ini memang kerap dan berlaku pada ramai orang. Sebab itu saya bina blog capaimatlamat.com untuk mengingatkan diri saya dan orang lain yang mahu maju dalam hidup. Matlamat di’capai’ bukannya di’baca’, di’cakapkan’ atau di’fikirkan’. Capai matlamat memerlukan tindakan dan usaha. Semoga ia boleh dijadikan panduan, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *