Azam Tahun Baru?

Pertama sekali, saya ucapkan selamat memasuki tahun baru 2009. Seperti biasa, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru. Semestinya ia sesuatu yang bagus. Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.

Tapi saya pada kali ini tidaklah begitu berkobar sebab pandangan saya pada kali ini sedikit berbeza. Bagi saya, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan deadline (tarikh/masa) untuk pencapaian yang dimahukan.

Hakikatnya, kita tidak perlu terlalu melihat kepada tahun baru untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya kita perlu tentukan atau rancang ‘deadline’ untuk kita capai apa yang kita mahu. Tahun baru hanya set hari yang terhimpun dalam 12 bulan untuk kita lakukan sesuatu kerana ia merupakan rujukan keseluruhan manusia.

Salah satu kekurangan jika menjadikan tahun baru sebagai garis permulaan untuk perubahan adalah tahun baru hanya tahun sahaja. Hakikatnya ia adalah tarikh dan bilangan hari yang terus bergerak ke hadapan. Semalam dan yang lepas telah pergi selamanya, yang ada adalah sekarang dan akan datang.

Tidak kisahlah tarikh yang kita mulakan, sama ada 1/1/2009, atau pertengahan Januari tahun baru ini, yang penting adalah bilakah target/deadline azam atau matlamat kita tersebut perlu dicapai.

Apabila kita menetapkan deadline, maka kita akan nampak berapa lama tempoh yang ada untuk kita berusaha. Kelebihan lain merancang deadline adalah kita akan lebih mudah merancang pengisian untuk mencapai matlamat tersebut.

Deadline tersasar?

Ia bukan satu masalah besar. Seperti mana kata Dr. Irfan Khairi di dalam bukunya, jika deadline matlamat kita tersasar, maka tambah tempoh atau tentukan semula deadline yang baru.

Tetapkan / Rancang Tindakan

Tidak guna menetapkan matlamat atau azam yang begitu bagus di atas kertas jika tiada perancangan tindakan (action planning). Tindakan perlu ditentukan dan ia perlulah tindakan yang betul dan ditetapkan pada masa yang sesuai.

Katakan deadline satu matlamat anda adalah pada 1/10/2009, maka anda perlu melakukan sesuatu dari tarikh permulaan sehingga ke tarikh akhir tersebut (deadline). Untuk memudahkan, pecahkan projek yang besar kepada tindakan-tindakan yang kecil sepanjang tempoh tersebut.

Sebab Untuk Bertindak = Momentum

Di dalam merancang matlamat, kita perlu jelas dua perkara iaitu APA (WHAT) dan juga MENGAPA (WHY). Apakah matlamat tersebut dan mengapa kita perlu capai matlamat tersebut.

Apabila kita jelas terhadap matlamat yang ditetapkan dan mengapa ia perlu dicapai, maka momentum untuk bertindak akan wujud. Sebagai contoh, anda mahu mendapatkan RM50,000.00 dalam masa 6 bulan (apa) KERANA anda ingin bebas dari hutang yang sedang ditanggung (mengapa).

Jadi, jangan saja-saja meletakkan azam dan matlamat tanpa jelas mengapa dan untuk apa matlamat tersebut. Pada contoh di atas, matlamat anda adalah mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam masa 6 bulan dan sebab yang memerlukan anda mencapai matlamat tersebut adalah anda mahu hidup tenang tanpa dikuasai oleh hutang. Tanpa jelas mengapa, maka anda tidak ada sebab untuk bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Konsep Asas Tetap Sama..

Mungkin ada yang tertanya, “apa yang akan berlaku pada tahun ini dalam bidang perniagaan internet?”. Tidak dapat dinafikan, mengenalpasti trend semasa memang memberi manfaat. Tetapi hati-hati dengan cerita kosong oleh segolongan yang hanya mahu melariskan produk mereka sahaja.

Konsep di dalam perniagaan tetap sama sahaja sampai bila-bila iaitu memenuhi apa yang manusia perlukan. Proses pemasaran juga sama iaitu anda perlu dapatkan trafik dengan menggunakan strategi tertentu. Jika anda perhatikan, banyak teknik pemasaran yang diguna sejak 10 tahun lepas, masih tetap berkesan digunakan pada masa kini. Cuma perlukan pengubahsuaian sedikit agar sesuai dengan keadaan semasa.

Dan yang berubah mungkin dari segi peraturan dan undang-undang oleh pihak tertentu seperti peraturan iklan Adwords, atau polisi di Ebay. Perubahan dalam bentuk lain adalah wujudnya landasan pemasaran yang ‘baru’ seperti Facebook dan lain-lain. Walaupun wujud platform baru, namun konsep asas pemasaran padanya tetap sama.

Jadi anda jangan terlalu termakan dengan cerita-cerita kosong yang begitu banyak di internet yang kononnya berlaku perubahan besar pada setiap tahun dalam bidang Internet Marketing. Hakikatnya ceritanya lebih kurang sama sahaja.

Kesimpulan:

1. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

2. Daripada fokus kepada satu tahun penuh, lebih baik menumpu kepada deadline bagi setiap matlamat atau perkara yang ingin dicapai. Masa untuk mencapai sesuatu tidak semestinya pada tahun yang baru, malah mungkin deadlinenya adalah pada tahun seterusnya.

3. Pencapaian perlulah dimulakan dengan pencapaian yang kecil-kecil dahulu dan diikuti dengan pencapaian yang semakin besar. Ini adalah psikologi minda.

Bayangkan, anda tidak pernah mencapai RM1000 dalam masa satu bulan, tapi matlamat tahun baru mahu mendapat RM10,000 dalam masa satu bulan, maka ia adalah amat ‘mustahil’ bagi diri anda. Walaupun ia boleh dicapai, tetapi ia sedikit sukar sebab wujud halangan minda iaitu ‘keyakinan dalaman’. Sebab itu kita sering mendengar, matlamat perlulah realistik.

Di sini tidak wujud soal kebanyakan perkara tidak mustahil dicapai. Tetapi hakikatnya setiap pencapaian adalah satu proses. Untuk capai sesuatu yang besar, ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit (berperingkat).

Contohnya untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, sudah semestinya proses pembelajaran perlu berperingkat dan ia bermula dengan tidak tahu langsung, kemudian sedikit tahu dan bertambah dari semasa ke semasa. Sebaliknya bukan terus menjadi pakar.

Sekali lagi, utamakan proses selain daripada sentiasa teruja untuk mencapai matlamat. Jika proses betul, maka matlamat akan tercapai.

4. Projek yang besar boleh dipecah-pecahkan kepada tindakan atau ‘task’ yang kecil. Ini membuatkan kita lebih bermotivasi dan tidak cepat letih/bosan sebab kita perlu lakukan sedikit demi sedikit. Sebaliknya bukan terus menerus menyiapkan keseluruhan projek dalam satu masa.

5. Tukarkan fikiran “saya perlu siapkan projek ini” kepada fikiran “bila saya perlu siapkan projek ini (deadline)?” Fikiran “perlu siapkan projek ini” akan menyebabkan anda melihat projek sebagai satu perkara yang besar yang mungkin boleh melemahkan motivasi anda. Sebaliknya fikiran menetapkan deadline akan membolehkan anda merancang sebaik mungkin (perancangan secara berperingkat).

Banyak lagi perkara atau konsep yang boleh dibincangkan mengenai cara mencapai matlamat. Jika mahu dibincangkan, memang terlalu banyak.

Namun secara mudah, anda perlu tetapkan PROSES yang perlu anda lakukan. Proses itu adalah berperingkat dari satu langkah kepada satu langkah sehinggalah kepada pencapaian yang besar dan hebat.

Semoga maju jaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

28 thoughts on “Azam Tahun Baru?

  1. Dateline adalah suatu perkara yg amat penting untuk kita mencapai matlamat. Ia menjadi suatu titik tolak bagi kita merancang untuk berjaya. Tak kira apa jua bidang yang kita ceburi. Lebih2 lagi dalam perniagaan internet.

  2. Zul, ni memang salah satu tips yang memang bertepatan yang perlu diaplikasikan jika ingin terus maju dan berjaya dalam apa jua perkara yang ingin dilaksanakan.

    Tindakan (action) yang akan menentukan segalanya sama ada perancangan tersebut akan terlaksana mahupun tidak.

    Nice article!

  3. Salam, setuju dgn konsep dateline..selalu buat azam too general hingga xtahu bila nak siap..maka dtg la penyakit menangguh2..bila smartzul nak buat bengkel mcm lain2 sifu blogger tentang internet marketing?

  4. Sememangnya kita hanya mempu merancang, dan yang mencorakkan sehingga mendapat hasilnya secara berterusan adalah daripada diri kita sendiri….jadi bagi aku time table tu penting untuk kita melattih diri akan lebih berdisiplin n fokus selalu….

  5. ia bergantung kepada diri sendiri, kalau jenis suka bertangguh kerja memang kena ada deadline. Jika jenis suka merancang kerja dan rajin , deadline bukanlah keutamaan.

  6. Memang sukar untuk mencapai azam kerana kita terpaksa bergelut
    dengan berbagai halangan untuk kejayaan azam tersebut.
    Saya rasa kita hendaklah fokus bagi sesuatu perkara supaya fokus itu
    akan menemui kejayaan untuk sesuatu azam yang kita cita citakan

  7. Tahniah Zul! Pandangan saudara mengenai azam tahun baru dari perspective deadline memang berbeza daripada kebanyakan articles yang saya telah baca mengenai azam tahun baru. Memang kebanyakan azam tahun baru tidak menjadi kerana tidak ada perancangan yang baik untuk mencapainya. Salah satu habits of highly effective people ialah Start with the end in Mind dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen Covey, iaitu mula dengan apa yang hendak dicapai. InsyAllah, dengan perancangan yang rapi, setiap azam tak kiralah, azam apa pun, akan tercapai.

    Sekadar berkongsi pendapat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    We can help you attain your career goals!

  8. Ya betul! Tidak perlu tunggu tahun baru untuk memulakan tindakan dan mencapai target. Bila-bila masa saja kita boleh memulakan tindakan dan jangan hanya pasang ‘angan-angan’ nak buat itu dan ini setiap kali tiba tahun baru, tetapi tidak disusuli dengan perancangan dan tindakan yang betul. Jika tiada perancangan, ‘angan-angan’ hanya akan tinggal sebagai angan-angan.

    Anda perlu bertindak SEKARANG!

  9. Yes…..pandangan saudara mmg tepat sekali….pencapaian mantlamat perlu lah realistik dan perangan yg manatp perli dilakukan dengan betul dan terancang……

    REGARDS,
    -Muzri a.k.a Muyie –
    Kamrie Corporation
    +6012-6656874
    add me @YM:- nameless_oilux

  10. betul. pecahkan kepada task-task kecil. baru tak terasa banyak kerja sangat. Alhamdulillah. Sekarang lebih teratur berbanding tahun-tahun lepas. πŸ™‚

  11. Yup pembelajaran adalah secara berperingkat dan kita semua bermula daripada 0…

    Anyway terima kasih bro Zul kerana sudi bimbing saya dan perkongsian ilmu selama ini. TQ Sifu! πŸ™‚

  12. Betul tu.. Kita sering terlupa dengan dateline.
    Saya pun baru-baru nak mulakan projek bisnes dan ada dateline..
    Ia bagi memastikan projek tidak tersasar dari masa ditetapkan kerana kerugian akan berlaku jika tiada dateline

  13. Terimakasih dengan perkongsian yang bermanfaat. Matlamat dan dateline sememangnya penting. Dalam usaha kita untuk memenuhinya, penggunaan ‘milestone’ dan ‘process map’ akan memantapkan lagi tindakan kita.

  14. Mmg good info.. aper2 hal mesti tentukan matlamat.. bila dh tentukan just take the first step into it… ramai yg sudah tetapkan matlamat tetapi masih tidak take the first step..

  15. Kadang2 motivasi yang tak konsisten menyebabkan kita akan hilang arah dan tumpuan. Dengan tips dari saudara zul ini akan lebih memantapkan lagi fokus kita dalam mengejar matlamat. Terima kasih

  16. Salam…

    Pandangan dan bimbingan saudara Zul untuk post yangini memang saya sokong penuh dan berterima kasih.

    Seperti pandangan daripada blogger yang lain, dateline adalah amat penting di dalam melakukan sebarang projek atau plan. Dateline juga boleh dijadikan panduan untuk kita tersasar terlalu jauh daripada target kita untuk mencapai hasil sesuatu usaha.

    Contoh daripada plan dan projek saya sendiri…
    Saya ingin mendapat Full Time Income daripada Part Time Blogging…saya bagi masa selama setahun untuk saya mencapai impian tersebut. Jadi, sekiranya saya dapat capai lebih awal…maksudnya alhamdullilah strategi saya betul dan berkesan…sekiranya lebih lewat….saya harus betulkan semula plan perancangan saya….begitulah seadanya…

    Saudara Zul…keep it up! usaha murni saudara di dalam berkongsi sesama blogger idea-idea serta tip-tip berkenaan blogging dan menjadi usahawan internet…

    Terima kasih…

  17. begin with end in mind. masa buat matlamat tu, kita dah tahu apakah yang akan kita capai. kemudian kita fokuskan strategi dan taktik (termasuk minda) untuk mencapai matlamat itu.

    tkasih

  18. Akum.Saya setuju dengan anda.Dateline penting, dan untuk memulakan sesuatu tak perlu untuk menunggu kehadiran tahun baru .Teruskan usaha untuk bertindak secepat mungkin .Setiap saat ,detik kita dalam kerugian.Peracangan memang penting untuk kejayaan masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *