Azam Baru Tahun 2013?

Soalan ‘apakah azam baru anda’ mungkin terlalu umum dan subjektif. Agar perancangan lebih spesifik, tanyakan soalan-soalan berikut:

1. Apakah yang perlu saya ubah dan pertingkatkan untuk jadikan diri lebih kuat dalaman (spiritual / rohani)?

2. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadi usahawan yang mendapat keuntungan yang lebih besar pada tahun 2013?

3. Apakah yang perlu saya kurangkan agar produktiviti lebih meningkat naik?

4. Apakah perkara baik dan penting yang tidak pernah saya lakukan selama in yang perlu saya lakukan pada kali ini? (contoh: zakat)

5. Apakah perkara yang saya sering abaikan selama saya mengejar kejayaan di dunia ini? (contoh: ibu bapa di kampung)

6. Apakah teknik-teknik pemasaran efektif yang boleh saya laksanakan sepanjang tahun 2013?

7. dan lain-lain soalan lagi yang bermula dengan “apakah…”.

Hidup ini sebenarnya adalah mengenai prestasi dan perkembangan kita dari semasa ke semasa. Jika semalam diri kita di kedudukan 10%, teruskan ia agar meningkat naik, ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kedudukan (tahap) itu.

Masa tidak lebih daripada sebagai ukuran dan panduan dalam bertindak. Sesekali jangan jadikan ia sebagai tempat bergantungan. Jika ia ‘patah’, segala azam hanya tinggal kenangan…

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Azam Baru Tahun 2013?

  1. Pentingnya untuk spesifikkan Azam Tahun baru adalah agar tidak terlalu umum sehingga membuatkan kita rasa ‘ala sama je azam tahun ni dengan tahun lepas’.

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini tuan Zulfadli. Salam tahun baru dari saya.

  2. Terima kasih tuan.
    Perjalanan menuju impian akan merentasi banyak destinasi sementara. Contohnya, dari JB nak ke A.star, kita perlu lalui puluhan R&R. Tanpa kita lalui R&R tersebut, kita dahpun tersesat.. Maksidnya, jika kita inginkan RM10K sebulan, adakah kita telah sampai pada RM100 sebulan, seterusnya RM500 sebulan.. kalau itupuntak dapat, baiki diri, tambah ilmu..insyaalah kita akan sampai ke final destination.

  3. Terima kasih saudara Mohd Zulfadli atas perkongsian yang bermanfaat. Beberapa persoalan yang diutarakan di atas sangat penting sebagai asas perancangan aktiviti harian supaya hari ini lebih baik dari semalam, inshaAllah :). Selamat tahun baru & semoga kita semua cemerlang di dunia & di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *