Awas, Hakcipta Terpelihara!

Saya terdetik untuk menulis perkara ini semalam, apabila mendapati ramai orang berminat untuk ‘mengambil’ artikel-artikel di blog ini. Itu belum lagi dikira dengan mereka yang telah mengambilnya tanpa kebenaran.

Kepada pembaca yang budiman,

Ingin saya katakan di sini, segala tulisan saya di blog ini sama-sekali TIDAK BOLEH diambil dengan sewenang-wenangnya untuk diletakkan di blog anda atau di laman web anda. Tidak kisah anda pelanggan saya, Reseller untuk produk saya atau sesiapa pun sahaja anda, anda tidak boleh melakukannya TANPA keizinanan saya dahulu.

Kalau lah begitu mudah untuk mengcopy and paste tulisan seseorang, rasanya tidak perlulah saya bersusah payah bersengkang mata dan meluangkan masa berjam-jam di hadapan komputer untuk menulis. Ya lah, perlu copy & paste sahaja, buat apa susah-susah.

Saya sudah lama memerhatikan fenomena ini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh ‘orang-orang baru’ dalam dunia penulisan blog atau perniagaan Internet, malah usahawan Internet yang sudah established pun ada melakukannya. Ia suatu yang amat menyedihkan.

Alasan tidak tahu nak tulis apa, tak ada idea untuk menulis, tak ada masa, itu bukan alasan. Jika anda mahu menggunakan blog untuk perniagaan Internet anda, atau untuk menjadi seorang blogger yang berjaya bagi satu-satu topik, menggunakan artikel orang lain BUKAN jalan yang bijak.

Anda perlu tahu formula ini:

“Orang ramai mahu membaca sesuatu yang unik, ‘fresh’,
terkini dan tiada di tempat lain”.

Sebab itu blog ini ramai pengunjung, sebab 100% artikelnya saya tulis sendiri, tidak diceduk dari mana-mana. Sebab itu jugalah banyak blog tidak berjaya, sebab artikel di blog mereka hasil penulisan orang lain. Akibatnya, pembaca bosan dengan ketidakunikan tersebut.

Bagi saya, biarlah tulisan kita ‘entah apa-apa’ kerana itu lebih baik daripada ‘mencuri’ hasil penat lelah orang lain. Saya terpaksa menegaskan perkara ini kerana saya dapati, begitu mudahnya blogger ataupun usahawan Internet mengambil ‘karya’ penulisan orang lain. Kadang-kadang sampai satu masa, saya rasa usaha saya tidak dihormati.

Sekali lagi, walau satu ayat anda copy & paste tanpa kebenaran, anda bukanlah seorang blogger atau usahawan Internet yang sejati. Ini pegangan tegas saya.

Apakah Rasionalnya Tegahan ini?

1) Jika anda tahu mengenai SEO, artikel yang diduplikasi akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada SEO blog. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai hal ini.

2) Saya mahu usahawan Internet dan juga Blogger jangan asyik mahukan cara mudah. Usaha! Ciptakan keunikan dan ‘audiences’ masing-masing.

3) Setiap blog mesti ada keunikan tersendiri. Jangan hanya tahu copy & paste sesuatu TANPA kebenaran. Tidakkah anda berfikir sejenak apa perasaan si penulis asal artikel tersebut? Beliau mungkin mengambil berjam-jam untuk menulis, tapi anda hanya beberapa saat sahaja copy & paste. Perbuatan ini termasuk ke dalam kategori tidak menghormati hasil kerja orang lain.

4) Memupuk sifat ‘berusaha atas kaki sendiri’. Sampai bila mahu copy & paste? Selagi sikap ini tidak dibuang, percayalah, selagi itu anda tiada keunikan tersendiri. Selagi itulah anda akan digelar sebagai blogger atau usahawan Internet copy & paste. Tiada keunikan.

5) Melatih sifat menghormati hak orang lain.

6) Hakcipta. Bagi yang melakukan bisnes, anda perlu sedar bahawa, perniagaan bukan suatu perkara main-main. Salah satu perkara dalam bisnes ialah hakcipta. Ia merangkumi produk itu sendiri sama ada barang, tulisan, lukisan dan apa sahaja. Jika anda ‘mencuri’, anda telah melawan arus undang-undang hakcipta. Jadi kepada usahawan/blogger copy & paste, change your habit!

7) Mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku. Ini salah satu tujuan hakcipta. Bukan untuk mengekang pergerakan ilmu. Yang dilindungi adalah hasil kerja, BUKAN ilmu. Apa yang anda baca di sini, sebarkanlah, tapi dengan cara anda dan dengan penulisan anda sendiri. BUKAN dengan hasil kerja orang lain yang mereka tidak mengizinkannya.

Maafkan saya jika ada yang terasa. Tapi saya terpanggil untuk ‘menegur’ mana yang tidak patut. Sebelum kita mengambil hak orang, mintalah secara baik. Tidak susah rasanya.. Dari kecil lagi kita diajar untuk meminta sesuatu yang bukan milik kita. Jadi, ingatlah selalu pelajaran tersebut sampai ke tua.

Latihlah diri dalam penulisan. Jangan banyak alasan. Ramai yang mengeluh, “blank!”, “tak tahu nak tulis apa”, “saya tak ada idea!” dan macam-macam lagi keluhan. Jika kita ‘reverse’ sedikit keluhan-keluhan tadi, kenapa agaknya tidak menyatakan begini, “aku blank, so aku mesti cari penyelesaian!”, “aku tak ada idea. Jadi apa cara nak dapat idea ye?”, “aku tak tahu menulis, so aku mesti belajar cara menulis”.

Itulah pemikiran yang patut ada dalam setiap diri blogger atau dalam hidup ini. Jangan asyik mengeluh dan mengeluh memanjang sahaja. Begitu juga dalam perniagaan Internet, banyak keluhan sebegini di kalangan yang baru mahu bermula, “saya tak tahu komputer”, “saya tak pandai IT”, “saya tak tahu nak mula”, “saya tak faham”.

Keluhan-keluhan sebegitu adalah cara fikir yang silap. Ia akan menambah masalah, bukan membawa kepada penyelesaian. Sepatutnya, fikirlah jalan penyelesaian, bukan mengeluh. Kalau tidak faham, belajarlah, beli buku, Ebook atau masuk seminar. Kalau tak tahu komputer, belajarlah. Sebaliknya, bukan mengeluh memanjang.

Kesimpulan di sini, jika anda mahu menggunakan walau satu ayat dari blog ini atau dari mana-mana blog/laman web pun, mintalah keizinan saya terlebih dahulu. Lainlah jika di artikel itu saya katakan anda boleh mengambilnya, maka ambillah tanpa perlu meminta lagi.

Jika anda keliru, sesebuah artikel atau ayat itu boleh diambil atau tidak, tanyalah dahulu penulisnya. Bertanya bukanlah sesuatu yang susah. Sebaliknya, jangan main terjah sahaja, itu sikap tidak bagus.

Akhir kata, jangan sampai buat saya tidak mahu menulis lagi…

Sekian, wassalam.

ps. Ada orang kata, dalam Islam tak ada hakcipta. Kenyataan sebegini amat melucukan dan ia keluar daripada lidah dan tangan yang tidak faham Agama dan erti sebenar hakcipta.

pps. Mungkin ada beberapa perkara mengenai hakcipta yang saya tidak sentuh. Jadi tulisan saya di atas mungkin kurang lengkap sebab begitu banyak jika mahu menyentuh mengenai hakcipta, pengambilan artikel dan sebagainya. Harap maklum.

—————

>> Lagi Testimoni Ebook Panduan Mudah FTP dan Sistem EMS. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Awas, Hakcipta Terpelihara!

  1. Part gangguan pada SEO blog tu yang tak sedap didengar. maybe zul boleh elaborate sket point tu.
    anyway, apa-apa hakcipta artikel di online sama la juga cara penggunaannya di artikel offline. bayangkan kalau komik dlm Gila-gila cedok komik dalam APO?, mesti dah jadi perang dunia ke 10 dahh..

  2. Rasanya isu hakcipta nih.. kita boleh buat something untuk mencegahnya..

    Ada tools untuk disable kan kita dari copy and paste…

    carik tools tuh dan gunakannya…

    habis cerita..

  3. Saya sendiri memang takut bila nak ceduk tulisan dari blog orang lain. Satu pengalaman saya dulu ketika saya submit satu PLR artikel percuma yang saya dapat melalui opt in percuma dari website. Saya diberitahu oleh pihak artikel submission bahawa artikel itu sudah digunakan oleh pihak lain jika saya submit juga ianya merupakan duplicate content. Itu kali pertama dan terkahir saya menggunakan PLR artikel untuk submit ke article directory. Saya fikir lebih baik saya hasilkan sendiri walaupun seperti yang Zul kata ntha hapa hapa tapi ianya milik anda sendiri.. ho ho yosh…

  4. Hmm … banyak tulisan aku kena copy juga. Tapi blog-blog yang mencuri tulisan aku tu semuanya nampak kurang berjaya je.

    Takde visitor, tak de daya penarikan dan lain-lain. Akhirnya jadi blog mati juga. πŸ˜›

  5. PESANAN IKHLAS UNTUK TUAN PUNYA BLOG.

    Pada Pendapat Peribadi saya :-

    TIRU-MENIRU nih bukan tertakluk kepada copy and paste sahaja..

    Tetapi..

    meliputi semua aspek termasuk lah… tiru idea orang dan tukar ayat kita sendiri…

    ok lah.. analogi nya macam nih la… kita akan MARAH kalau orang copy paste blog kita (idea blog kita pun di ambil dari web lain – kemudian kita karang semula mengikut ayat kita).

    But kita akan LEBIH MARAH kalau ada orang lain CURIK IDEA kita dan kemudian mengarangnya semula.. dengan gaya bahasa yang lebih cantik. Dan kemudian.. orang yang CURIK IDEA nih yang dapat nama..

    Kemudian orang yang CURIK IDEA nih pulak, riuh sekampung, yang MENGAMBIL IDEA orang nih tak salah.. tetapi hanya COPY-PASTE
    sahaja yang salah..

    Definasi apa yang di guna pakai nih ..?

    Contohnya, seorang student PHD, dia boleh jadik gila kalau ada orang lain yang mencedok idea nya )Termasuk formula dan sebagainya.. apatah lagi menulisnya semula.. Ini adalah kerana IDEA untuk menghasilkan sesuatu projek tuh yang lebih bernilai. .NOT HOW GOOD YOUR WRITING…

    Yang Benar,

    Usahawan Internet Tulen

    P/S : maaf kerana kritikan ini agak pedas, tetapi saya terpanggil untuk memberikan nasihat.. kerana.. pada saya.. manusia ni bukan perfect.
    Oleh itu, nilai la diri kita sebelum kita menilai orang lain.

    Sekian.

    1. Saudara Abu tak faham apa maksud tulisan saya dan tak faham maksud tiru meniru di sini. So, fahamkan baik-baik jika sdra usahawan internet tulen. πŸ™‚ TQ for ur kritikan yg kurang pedas.

  6. Salam,

    Setuju dengan post saudara Zul, kalau yang main cedok ini tidak kemana pun.

    Kalau nak dapatkan makluman tentang ebay.com singgahlah-singgahlah ke blog saya….. πŸ™„

  7. Kepada saudara abu… jika anda fahami betul-betul akta hakcipta.. sebenarnya ada perbezaan antara idea dan juga hasil penulisan..

    Idea – tiada perlindungan hakcipta
    Hasil Penulisan – dilindungi hakcipta

    Jika anda membaca sesuatu artikel.. kemudian mengambil serta memahami idea yang ingin disampaikan… kemudian menulis/mengolah semula idea tersebut dengan cara anda.. itu tiada masalah.. boleh dilakukan dan ia tidak melanggar hakcipta.

    Tetapi jika anda mengambil bulat2 “copy & paste” ssesuatu artikel.. maka itu salah dan ia melanggar akta hakcipta..

  8. Tapi tiru tetap tiru.. walaupun tidak melanggar hak cipta.

    Adakah kita ingin matlamat menghalalkan cara ?

    Apa kah hasilnya jika kita menggunakan idea orang lain dan kemudiannya menulis semula dengan gaya kita ?

    Contoh :-

    Idea kumpulan lawak senario telah dipertontonkan di kaca televisyen. Lawaknya memang kelakar gila, kerana terdapat message yang jelas yang ingin disampaikan.

    Kemudian kumpulan lain seperti cerupak dan raja lawak telah mengambil idea tersebut dan melakonkan semula tetapi dengan skrip yang lain tetapi jalan cerita yang sama.

    Hasilnya :

    Orang ramai akan mengatakan lawak kumpulan cecupak ada lah tidak kelakar lagi kerana ianya dicedok daripada idea kumpulan senario walaupun diolah menggunakan skrip yang lain. Dalam hal ini, memang lah kumpulan cecupak tidak melanggar hak cipta, tetapi orang ramai akan mengatakan ianya lawak basi dan tidak relevan lagi.

    Oleh itu, fikir-fikirkan lah.. Kalau anda masih mahu mengambil idea orang lain dan mengolah semula mengikut gaya anda, itu hak anda.

    Tapi jangan la marah bila orang meniru anda pula.

    P/S : Banyak lagi contoh yang saya boleh utarakan.. mungkn di lain kali.

    1. Nak tanya, En Abu faham ke apa yg saya tulis di Post ini? Mcm tak faham jer… Susah betul nak terima pandangan orang lain. Kalau tak boleh nak terima, respect pendapat orang dah memadai.

      Idea, konsep – boleh tiru

      Hasil kerja – tak boleh ambil sesuka hati

      Understand? Jgn cakap saya marah pula. Tapi benda mudah mcm ni pun susah nak faham, saper tak ‘geram’.

      Wassalam.

      p/s: En Abu ni bukan nama sebenar kan? Dari cara tulisan ayat, macam kenal dan tahu je saper sdra. πŸ™‚

  9. SmartZul, menarik topik ni. Sesiapa yang rajin membaca, rajin mengarang dan rajin menulis di blog, mesti pernah ada pengalaman macam Zul ni. Bulan lepas rasanya saya dengar kisah kenalan saya, Tuan Jonos, seorang blogger dan kartunis yang hasil tulisan di blog telah diciplak oleh seorang wartawan dan disiarkan di sebuah akhbar utama tempatan. Mengejutkan juga.

    Setuju dengan pendapat Zul mengenai akibat copy & paste hasil kerja orang ni. Bagi saya, kesan paling teruk ialah jatuhnya imej dan kredibiliti. Orang akan fikir, kalau menulis pun nak ciplak orang, apa yang dia sendiri betul-betul tau?

    Shuth, great info! Orang berpengalaman menulis macam Shuth memang banyak tahu pasal akta hakcipta ni. Mana tau satu hari nanti kita boleh co-author satu buku pulak eh Shuth? πŸ™‚

    Satu saya nak tambah. Ini saya belajar dari sifu saya dalam bidang penulisan, Puan Ainon, pemilik PTS Publishing (www.universitipts.com). Beliau banyak tulis dan anjurkan kursus penulisan secara percuma. Kata beliau,

    Tajuk – tidak dilindungi akta hakcipta.

    Maksudnya, kalau Shuth dah tulis buku Rahsia blogger, orang lain pun boleh tulis buku guna tajuk yang sama. Sebabnya, kalau tajuk dilindungi akta, nanti susah nak tulis buku-buku akademik macam ‘Introduction to Economics’, Introduction to Marketing’ yang kita tahu banyak ditulis oleh ramai penulis.

  10. Pada saya idea ni ada yang boleh tiru ada yang x boleh. Dalam bidang penulisan pada saya x salah…mungkin idea sama tapi gaya penulisan berbeza.
    Pada pembaca seperti kami ini satu yang bagus, setiap penulis ada gaya dan kefahaman yang berlainan. Mungkin isi sama tapi kerana gaya penyampaian yang lebih menarik dan mudah difahami si B contohnya lebih digemari dari segi penulisannya walaupun idea asal dari si A. Sebagai penulis sepatutnya anda mahu berkongsi ilmu dengan pembaca. Jadi tidak salah jika idea anda lebih berkembang di tangan orang lain. Sekurang2 nya hasrat anda untuk memberi ilmu lebih tercapai. Kecuali anda mahu menulis semata2 kerana keuntungan atau nama, mungkin mengambil idea anda dan ditulis dalam gaya yang berbeza adalah 1 kesalahan.
    Setiap orang ada idea, tapi adakah idea anda itu akan bernilai jika sekadar idea dan tidak disampaikan kepada yang memerlukan idea tersebut.
    Macam cakap cikgu saya dulu, otak orang melayu ni paling mahal sebab banyak lagi ruang yang x digunakan. Tapi mahal pada nama saja ler. Tak memberi faedah pun pada orang lain. πŸ˜‰

  11. mencelah skit.

    masa study dulu….
    buat projek biasanya tiru idea orang tapi kita tulis dengan ayat sendiri.
    buat lab test pon idea orang tapi result lain2 dan itu dijadikan hasil karya kita sendiri.

    kesimpulannya dalam dunia nia kita banyak sangat tiru idea orang tapi kita olah ikut persembahan sendiri untuk mencari KEUNIKAN mencari PERBEZAAN dan PANDANGAN. Jadi tak salah rasanya.
    πŸ˜‰
    yang jadi masalah adalah sikap copy&paste itu yang merosakkan hasil ketulenan sesuatu karya. tapi kalu nak amik jugak kenalah QUOTE siapa penulis asli ayat tuh baru tak menyalahi akta hak cipta.

    πŸ˜€

    1. Yup, ambil (copy) boleh, tapi kena cite/quote tulisan/sumber tersebut. Yg x bagusnya main ambil jer & buat mcm hasil kerja sendiri. πŸ™‚

      Saya harap semua faham maksud penulisan saya kali ni:

      Yg salah – copy & paste tulisan orang sepenuhnya dan jadikan hak milik sendiri (tak bagi kredit kat penulis asal). Ini langgar akta hakcipta.

      Tak salah – minta kebenaran dulu sblm copy.

      Tak salah – tiru konsep, idea..

      Tak susah rasanya nak faham benda2 mcm ni. πŸ™‚

  12. Kalau agak nak dtg post mnyerang je susah jgak kalau tak fahami keseluruhan post ni πŸ™„

    Penyelesaian kpd takut idea kena tiru ialah jgn la bgtau kat blog atau kat saper2.. Simpan sendiri dan take action utk buat ebook cepat-cepat.. Saya pun pernah kena idea saya diambil oleh “kwn baik” sndiri lps bgtau dia.. Tapi saya anggap ia suratan takdir dan silap saya mendedahkannya..

    Kalau ckp nak buat ebook FTP jugak, buat je la.. Asalkan isi penulisan semuanya hak cipta sendiri.. Jdkan ia unik.. Xde sape nak marah pun.. Itula baru hakcipta.. Cuba tgok brapa ramai yg buat ebook tntg adsense.. Mengapa ia tetap laku? Kerana walaupun niche sama tp kndungan berbeza..

    PS: Crita pasal hakcipta, baru perasan ada 3 org yg kita kenali gunakan salesletter megasales saya.. Geram pun ada.. Hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mereka sedar.. hmm..

    PPS: Susah sgt zul.. check je IP mamat tu kat WC utk tau sape.. dan bncang baik2 πŸ™‚

    1. Saya ada nak tambah lagi :-

      Masa belajar dulu contohnya : buat assisgment ker apa ker …

      saya tak kisah sangat kalau orang tiru.. sebab diorang yang meniru nih tak tahu apa pun… mereka nih bodoh..

      tapi ada orang yang lebih bodoh lagi iaitu mereka meniru assigment orang dan kemudian mengubahsuai seperti assigment tuh dia yang buat.. lepas tuh .. exam failed..

      Sorry lah.. saya rasa nih last saya posting kat sini sebab takut disalah tafsir.

      Cuma pesanan saya sebelum berundur,

      ingat la walau bagaimana pandai kita sekali pun, ada yang lebih pandai dari kita..

      1. Saya tak faham apa yg Abu mahukan. πŸ™‚ Tulisan saya kali ini hanya mengungkit mengenai HAKCIPTA, BUKAN IDEA. Kalau nak ambil idea sesiapa, ambil je lah. Tak salah. Cuma tuan empunya tu marah je lah.

        Saya tak pastilah Abu kecewa sebab saya atau sesiapa ‘TERCURI’ idea Abu dan sebab itu Abu terus ‘menyerang’ di sini. Kalau ya, saya rasa Abu perlu belajar sikap profesional dalam bisnes.

        Dalam berniaga, kita kena berani bersaing, bukan takut atau menyerang orang lain akibat ketakutan yg ada pada kita. Kalau orang lain keluarkan idea kita, keluarkan lah juga dgn lebih bagus dan berkualiti.

        Cuba lihat perniagaan spt KFC, McD, MarryBrown, takder pun diaorang bising-bising walaupun produk lebih kurang sama. Tapi maju juga walau kedai dekat-dekat. Ambil lah contoh terbaik dari mereka, mcm mana boleh bersaing dan survive. BUKAN menyerang tak tentu pasal. Lastly, diri sendiri yg kecewa.

        Bak kata pepatah, “jangan takut pada bayang-bayang sendiri”.

        Wassalam.

  13. slmt ptg zul,
    wah panas nya post ni dgn En Abu tu…hehe

    copy ni banyak jenis sebenarnya…
    kalau copy yang dibenarkan oklah…
    atau pun copy tapi kita ubah tu pun oklah…
    jangan pula copy sebiji pula…

    cara en abu katakan tu mcm kalau orang jual beras, orang lain tak boleh jual beraslah…sb senario bt cerita lawak, cecupak jadi takde penonton…

    bagi saya, setiap benda ada baiknya dan ada buruk nya…
    mungkin senario ramai penonton…tapi cecupak pun ada penonton tersendiri…

    betul zul?

    han

    1. Han, contoh cerita kumpulan komedi tu tak berkait langsung dgn artikel saya kali ni. πŸ™‚ Tulisan saya mudah difahami kalau cuba nak faham. Sy menyatakan mengenai hakcipta, tapi en Abu kita macam sedang kecewa akibat ideanya dicuri kot. Sebab tu sebut pasal idea jer.. Hmm..

  14. kalaulah idea ni tak boleh nak tiru, hidup manusia takkan maju..cuba tengok kereta sekarang, ada ke wujud kereta sekarang kalau bukan di cedok idea tu dari basikal roda 3..idea itu akan mengalami revolusi sebab setiap orang ada kemampuan berbeza mengubah sesuatu idea kepada yang lebih baik..tiu sebab tuhan kurniakan akal pada kita supaya sentiasa menggunakannya demi kesejahteraan hidup..

    cuba fahamkan maksud matlamat tidak menghalalkan cara..untuk pengetahuan, istilah ini adalah satu kaedah dalam penentuan hukum agama dalam bab halal dan haram…so, gunakan ia dalam skop yang betul dan pemahaman yang betul…belajarlah cara nak memahami pandangan orang lain dengan betul sebelum memberi pandangan sendiri dan jangan rasa pandangan diri sendiri sentiasa je betul.kita tak sempurna..

  15. Pada saya benda ni tak panas pun sebenarnya ..

    Tapi orang-orang yang terasa. .yang menjadikannya panas…

    Sapa makan cili ..dia lah terasa pedas….

    Memang pun u boleh kenal saya.. takde masalah ..

    takyah check kat WC pun dah tahu what…

    Saya bukannya jenis yang berselindung… Nama panggilan saya memang abu…

    1. Hmm? Kalau betul saudara, boleh kita jernihkan keadaan? Apa rasionalnya komen-komen saudara di sini? Hakikatnya, saya tidak faham dengan komen-komen saudara… Seolah-olah ada sesuatu yg tidak puas hati di belah pihak sana.

      Bagi saya, tak perlu panaskan keadaan, cukup berterus terang apa yg tak puas hati. Very simple. Tak perlu cipta permusuhan dan kemarahan.. πŸ™‚ Kalau tak nak bagitahu di sini, sila Emel saya. Bagitahu perkara sebenar. Kita cari hujung ceritanya.

      ‘Serangan’ mcm ni, dah banyak kali saya dapat. Yg mereka tahu, kepuasan hati sendiri. Dan saya pula, kebingungan, apa masalah mereka ni? Apa yg tak puas hatinya? Apa salah saya? Lastly, diaorang mudah2 minta maaf.. Pelik sungguh dunia akhir zaman ni. πŸ˜€

      – zul

    2. Oh ya Abu, saya tak terasa langsung. Cuma saya kepelikan je, apa motif komen-komen Abu? Itu jer. πŸ™‚ Tak tahulah kot2 ada pembaca lain yg terasa.

  16. aik, dari abu tukar zul pulak dah πŸ˜‰

    patutlah awak beranggapan seperti tu sebab itu hasil pengalaman hidup rupanya…

    kalau tiada peniruan idea, sesuatu idea takkan berkembang menjadi lebih baik.. statik je le sampai bila2..takdelah wujud pelbagai kereta, motor, kapal, dan sebagainya..so,sampai bila2 takde perkembangan,sebab idea tu tak leh orang aplikasikan…ilham ini, tuhan kurniakan. bukan hak mutlak..cuba pahamkan balik apa zul smartusaha post kan, dia maksudkan penulisan sebijik macam asal je tak leh nak copy, coz ini macam dah jadi hakcipta,coz hasil ciptaan orang..cipta dan idea itu adalah berlainan maksud..idea seperi sabun, ciptaan seperti sabun basuh, sabun mandi.kena jelas dahulu…kalau nak guna, boleh ambil idea sahaja, dan cuba olah ikut pemikiran kita dan hasil penulisan kita, barulah ia adalah ciptaan kita.. idea takde hakcipta, ciptaan barulah ada hakcipta..

  17. aik, dari abu tukar zul pulak dah πŸ˜‰

    patutlah awak beranggapan seperti tu sebab itu hasil pengalaman hidup rupanya…

    kalau tiada peniruan idea, sesuatu idea takkan berkembang menjadi lebih baik.. statik je le sampai bila2..takdelah wujud pelbagai kereta, motor, kapal, dan sebagainya..so,sampai bila2 takde perkembangan,sebab idea tu tak leh orang aplikasikan…ilham ini, tuhan kurniakan. bukan hak mutlak..cuba pahamkan balik apa zul smartusaha post kan, dia maksudkan penulisan sebijik macam asal je tak leh nak copy, coz ini macam dah jadi hakcipta,coz hasil ciptaan orang..cipta dan idea itu adalah berlainan maksud..idea seperi kereta, ciptaan seperti kereta kancil, proton wira, mecerdes.kena jelas dahulu…kalau nak guna, boleh ambil idea sahaja, dan cuba olah ikut pemikiran kita dan hasil penulisan kita supaya lebih unik, barulah ia adalah ciptaan kita.. idea takde hakcipta, ciptaan barulah ada hakcipta..

  18. Soal hak cipta ni mmg susah nak atasi cuma boleh dikurangkan aje.sebagai contoh kat kedai luar sana banyak juga jual cd dvd cetak rompak walaupun sudah banyak dibanteras. terasa juga fai cakap macam tu. mujurla ko berdoa. mmg dah lama saya nak padam tapi tak ada masa coz exam hari tu. sekarang dah padam. mmg tak sebarang ada hasilpun dari laman web megasales tu. cuti ni baru boleh buat semua pembaharuan balik. nak tanya lah zul saya tak boleh nak upload gambar ke blog dia ada error dia kata cam nih..

    “The uploaded file could not be moved to ”

    kenapa yer agaknyer.. nak tanya kat forum agak lambat maklum balasnyer.. harap smarzul tak kesah.. pastu saya kat themes editor pun tak boleh nak update sepatutnya dia ada keluar button kan kat bawah tu tapi dia keluar ni “f this file were writable you could edit it.”

    harap boleh reply ke emel saya aatau di sini saja..

    1. Error Ò€œThe uploaded file could not be moved to Ò€ tu, saya kurang jelas apa masalahnya. πŸ™‚ Kalau suhail masuk forum skrg, sila buka satu topik baru dan saya akan jawab malam ni juga before 12 malam.

      Kalau masalah error tu suhail boleh ambil screen shot, mudah sikit saya nak faham..

      Untuk masalah takder button tu, sila rujuk di forum di bahagian Masalah Teknikal. Dah ada jawapannya. πŸ™‚

      ——————-

      Kepada semua pembaca, abaikan ‘kepanasan’ perbincangan untuk artikel ini. Yg penting, anda faham apa yg saya nak sampaikan. Kalau ada yg tak puas hati dgn saya, sila Emel saya untuk meluahkannya.

      Wassalam.

      – comment section closed.

    2. Soalan tak kena tempat ni.

      Kalau nak tengok button kat bawah tu, tukarkan permission atau CHMOD file tersebut kepada 777.

      Button tu tak keluar kat bawah sebab tak de permission untuk write file tersebut.

      Kalau tak tahu tukar permission, pergi ke cpanel anda

      Klik pada File Manager, cari file yang anda nak edit dan tekan butang edit pada bahagian atas kiri skrin anda.

      Tu je. Tak leh cakap banyak-banyak sebab ini bukan forum. πŸ˜›

Comments are closed.