AWAS! Ebook berharga murah akan tepu!

Kebelakangan ini, kita dapat melihat akan kebanjiran ebook-ebook dari luar negara khususnya yang berkaitan dengan internet marketing. Tak habis-habis, boleh dikatakan kebanyakan usahawan internet baru atau lama, sangat menumpu kepada topik internet marketing semata-mata dan memandang sebelah mata kepada bidang niche yang lain. Bukan tidak boleh menjual ebook yang berkaitan dengan membuat duit atau panduan perniagaan internet, tetapi boleh dikatakan, setiap hari pasti ada ebook baru! Inilah senario yang kurang sihat di dalam bidang perniagaan internet ini..

Kini, kita dapat lihat bahawa, ebook-ebook baru dijual dengan harga $5, $7 atau boleh dikatakan harga murah. Ya, saya tidak nafikan ia berkualiti, tetapi melihat kepada keadaan ini yang mana harga yang diletakkan teramat murah, sehinggakan akhirnya ia merosakkan pasaran. Yang dikejar hanya keuntungan singkat dan kualiti akan tidak diutamakan lagi. Saya tak pasti tetapi hati saya berkata, kelak pasaran ebook akan sedikit rosak kerana adanya mereka yang lebih utamakan kuantiti daripada kualiti. “Yang penting ada duit masuk, itu yang aku mahu..”. Pegangan sebegini ada pro dan kontranya, tetapi jika tidak dikawal, ia boleh membuatkan pasaran menjadi tepu, bahkan mungkin sudah tepu! Sebab itulah ebook atau apa-apa produk mula dijual dengan harga yang murah (sama kes macam indsutri prepaid di Malaysia). Anda boleh membaca artikel mengenai ketepuan pasaran ebook bagi bidang internet marketing di sini: Blog Internet Melayu.

Bukan tidak boleh meletak ebook semurah itu, namun banyak aspek yang perlu diperkirakan dalam penentuan harga ebook. Saya tak tahulah apa tujuan mereka menjual semurah itu (ya, ada OTO, back-end), tapi persaingan sudah tidak sihat.

Untuk meletak harga bagi sesuatu produk seperti ebook, masa, modal, kerahan tenaga dan lain-lain perlu dikira sekali. Saya sendiri, tidur hanya beberapa jam sahaja untuk menyiapkan Pakej Kit Blogger. Malah kadang-kadang terlupa nak makan dan minum (teruk betul, hehe). Persoalannya, adakah patut saya menjual pakej atau ebook saya dengan harga RM10.00? Saya telah menggunakan 4 bulan untuk mengumpul bahan dan menulis draf termasuk capture imej sebelum versi pertama ebook wordpress saya terhasil. Itupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Kini pula, saya luangkan lagi masa siang dan malam untuk menyiapkan versi re-launch yang mana banyak perubahan dilakukan agar mereka yang newbie faham yang asas-asas tanpa penggunaan ayat yang begitu teknikal (susah tau menulis panduan sebegini, ingat mudah kerr). Sekali lagi, wajarkah saya letak harga pakej ebook saya ini dengan harga RM5, 7, 10 atau 15? Jika anda kata ya, maafkan saya. 🙂 Saya nak letak harga ini lebih tinggi daripada harga tersebut. Mampu atau tidak, anda perlu berusaha untuk mendapatkannya jika anda memerlukannya.

Anda Jimat Masa!

Saya berpengalaman dalam wordpress sudah setahun lebih tapi masih banyak perlu belajar. Tetapi perkara asas tu kiranya dah khatam. Maka, bagi anda yang ingin membina blog, saya ingin bertanya : Apakah pilihan anda – 5 jam untuk mencari bahan sendiri di internet atau menggunakan 5 jam untuk membuat duit atau aktiviti lain yang menguntungkan? Mahukah anda bersusah-payah mencari di internet cara memasang blog wordpress? “Carilah, banyak laman web yang ajar caranya. Ya, berjuta-juta laman web dan macam-macam cara mereka ajar (macam mazhab), masuklah dan belajar dari mereka”. Itupun jika anda boleh mengawal information overload dan larat menghadap komputer lama-lama. 🙂 Tetapi, saya telah bertungkus-lumus menyiapkan satu pakej panduan untuk anda, bukan hanya panduan memasang blog wordpress, malah saya sediakan senarai semak (checklist) + pelan tindakan untuk anda bermula. Bukan karangan, tetapi langkah demi langkah dalam bahasa yang mudah difahami. Sebab itu saya letak nama Kit Blogger..

Dengan hanya membayar sebanyak RMXX.XX untuk pakej kit blogger saya ini, berapakah masa yang telah anda dapat jimatkan? Saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk memahirkan diri dengan blog wordpress. TETAPI kini, anda akan dapat membina blog dengan mudah, kerana sudah ada satu rujukan yang lengkap dan jika itu tidak cukup bagi anda, saya berikan lagi support percuma di satu ruangan khas (rahsia). Nak lagi? Ok, semalam saya bagitahu yang Sham RajaAdsense.com telah berikan kupon RM10.00 untuk ebooknya, hari ini ada satu lagi berita gembira. Setelah menghubungi sebuah company hosting, mereka bersetuju untuk memberikan kupon penjimatan bagi pembelian hosting melalui mereka!

netkl.png

Pihak NetKL.Com telah bermurah hati untuk memberikan sedikit penjimatan bagi pembelian hosting melaui mereka. Saya amat ‘terpikat’ dengan company ini kerana servis mereka amat pantas dan memuaskan terutama semasa proses pembelian domain dan hosting. Tak sampai satu jam, akaun anda sudah siap sedia untuk digunakan! Jika anda inginkan kupon tersebut, maka dapatkan Pakej Kit Blogger saya ok. 😉

Saya telah melakukan segala usaha untuk membantu anda dan kini anda soal diri anda, mahukah anda membantu diri anda untuk menjimatkan masa? Membayar sekali tetapi mendapat bantuan secara percuma? Dapat kupon ebook dan hosting lagi.. Segalanya ada. Saya tidak mahu menulis ebook dan biarkan anda terpaku selepas membeli tak tahu nak buat apa. Saya akan support selagi termampu dan saya tidak suka buat hype dan cerita-cerita besar. Saya mahu melihat kegembiraan, kesenangan dan kejayaan anda terutama dalam memiliki sebuah blog sendiri.

Saya sebagai seorang usahawan, tidak mahu terikut-ikut dengan trend semasa yang boleh merosakkan pasaran. Dan saya berharap, ebook saya ini akan kekal berzaman, kerana selagi ada mahu membina blog, maka di situ mereka akan bertanya, “macam mana nak bina blog?”. Maka ebook saya jawapannya.. 😉 Sebab itu, saya juga akan membuka peluang untuk anda menjana pendapatan melalui ebook ini dengan menjadi reseller saya. 100% keuntungan milik anda, tetapi anda perlu mengikut peraturan yang telah saya tetapkan. 🙂 Mudah sahaja, berniaga di internet dengan ber-etika, maka anda layak bekerjasama dengan saya. Simple.. Hanya 100 orang reseller sahaja saya terima. Kalau anda orang ke 101 membeli lesen resell rights pakej kit blogger ini, maafkan saya. Anda tidak diterima dan bayaran anda akan dipulangkan kembali.

Siapa cepat, dia dapat..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “AWAS! Ebook berharga murah akan tepu!

  1. Assalamualaikum Zul,

    pada pendapat saya, lambakan ebook murah di pasaran (terutamanya dari luar negara) sekarang nie akibat beberapa faktor:

    1. ebook berkenaan dah “expired”, atau dalam ertikata lain infomasi dah tak releven dengan keadaan sekarang.
    2. ebook berkenaan maybe turut disertakan dengan “master resell rights” oleh pemiliknya, dan pemilik pula dibenarkan untuk menjualnya semula pada sebarang harga (any price)!
    3. menjual pada harga rendah juga salah satu teknik marketing, bermaksud pelawat akan lebih mudah ditukar menjadi pembeli apabila harga produk tersebut amat rendah.
    4. dan, bermacam-macam sebab yang lain lagi 😉

  2. Ya betul tu Zul.. bagi anda yang ingin membina blog WordPress dalam masa yang singkat e-book Zul amat2 digalakkan (tapi perlu ingat anda mesti ada asas2 komputer dan semangat untuk mencuba). Kita bayar harga e-book tu untuk ganti masa kita tau.

    Wahh.. x sabar dah nie Zul 🙂 . Dup.. dap.. dup.. dap..

  3. Betul kata Zul, lambakan e-book murah yg tak terkira banyaknya. Tarikannya memang ada and very convincing sehingga teringin mendapatkan e-book tersebut. Pada new bee macam saya ni lagilah bingong dan confuse!. Tapi alhamdullillah saya dapat kawal diri, disebabkan saya ni new bee, saya dapatkan e-book percuma dari smartusaha. My first e-book that I purchased adalah e-book dari Dr. Irfan Khairi. InsayaAllah e-book Zul, Package Kit Blogger (new version) akan saya dapatkan, tapi Zul kena coach saya mana-mana yg patut tau. Kesian kat new bee macam saya ni. Semangat tu sentiasa ada, buat sendiri dulu, mesti bolih!

  4. NetKL.Com?
    nampaknya blog/website saya yg terbaru nanti, kena guna hosting ini kot. tq for info.

    lesen resell rights pakej kit blogger ini?
    alhamdulillah, nampaknya ebiz saya yg pertama akan jadi kenyataan.
    zul, dah reserved kat saya satu kan?

  5. Kalau search kat ebay.com, jualan ebook semuanya murah giler. Ada orang kata, bila mula jual kat ebay je, harga ebook akan jatuh menjunam. Mungkin sebab ia dilabelkan sebagai ‘barang terpakai’. Harap2 Zul dan affiliates tak jual kat ebay.

  6. boleh tak saya kata bahawa industri ebook menjadi tepu akibat perbuatan mereka yang mendapat reseller rights menjual pada harga yang tidak berpatutan.

  7. Adakalanya mereka yang mendapat reseller rights akan ‘menjahanamkan’ nilai sesuatu produk bila mereka mula menjual ebook-ebook tersebut pada harga yang terlalu murah.

    Misalnya, ebook asal dijual pada harga RM67 pada tarikh launching tapi 4 bulan kemudian dijual oleh affiliate / reseller pada harga RM10 pula.

    Kalau macam tu, semua pelanggan akan tunggu dulu sebelum membeli sebuah ebook, tunggu harga turunlah …

    Selalunya ebook yang dijual pada harga yang terlalu murah jarang ada customer servis dan jarang di update,
    sebab tujuan utama penjual adalah untuk mendapat wang dengan cepat dan mudah.

    Setakat ni saya rasa penulis asal Ebook 7 dollar tu je ada bagi update dan good customer service sebab beliau pernah balas email saya.

    Tapi kalau saya tengok produk lain yang jual harga US$5 kebawah, misalnya di WSO warriorforum, ramai yang takde customer service pun. Isi kandungan pun kekadang bukan apa sgt…

    Meletakkan harga yang sangat-sangat murah ni mungkin satu fad IM untuk masa ni lah.

    Kalau sayalah …
    letak harga murah tu okaylah untuk bina list,
    atau sebagai preview untuk produk yang lebih mahal …

    Sebagai contoh:
    “read my first 3 chapters for only US$7 tapi if you want to read the entire content of my amazing ebook, you must pay US$47 … ”

    kira macam teaser (atau trailer kat wayang) lah … (also a marketing strategy…)

    Galadriel.

    1. kalo dah jual murah tanpa sokongan lepas jualan bermakna ebook tersebut sudah tidak ada nilai yang tinggi lagi… macam mana nak buat update kalo dah jual dengan harga murah dan hanya menjadi reseller semata-mata. lepas tu reseller atas reseller yang takder dan memang takleh update pulak… hihiiiiii

  8. Wa’alaikumussalam Mirul,

    Betul tu, banyak sebab dan tujuan. Tapi mcm saya kata, banyak aspek kena lihat untuk letak harga, pasaran kena jaga juga, tak boleh penting keuntungan semata-mata. Kalau tak kelak, kita juga yg akan susah.

    Apa-apa, ebook, kita kena lihat tujuannya, kesannya, modal (masa, duit, etc) untuk hasil ebook, semuanya perlu diambil kira dalam meletak harga. Mcm kak Galadriel kata, kebanyak ebook murah jarang ada support. So, mana yg mahal2 tu biasanya dia include sekali dengan support lah tu. Masa = duit.. 🙂 Tak semua benda boleh percuma dan murah..

  9. Ebook SmartZul nie memang berkualiti dan memang berpatutan ngan harganya. La nie nak bagi Master resell Right.. Satu benda yang menghantui saya.. Cewah! macam dialog movie terbaru dipawagam ‘khabi khusairi khabi igam’.. Takut ada pembeli produk SmartZul yang tamak nak untung cepat jual produk resell right tu dengan harga yg bukan-bukan Rm9.90 ker.. Rm 19.90 ker.. nie semua boleh merosakkan pendapatan atau hasil kerja keras SmartZul tu.. Saya cadangkan SmartZul Tetapkan harga sebagai syarat untuk semua pembeli resell right tu.. Kira adillah untuk semua bersaing.. Pandai-pandailah nak tarik pembeli dengan teknik pemasaran masing-masaing.. Lagi satu dengan penuh etika.. Pertimbangkan yer 🙂 . Ok la nak undur diri jap.. Letih tak ilang lagi, baru balik keje nie 🙂 .

  10. Memang macam tu lah kalau Niche Money Making/Internet Marketing nie. Macam idea untuk buat duit cepat. Yang terkena newbie’s yang baru nak berjinak-jinak untuk buat perniagaan internet.

    Sebolehnya kalau nak beli produk atau software yang melibatkan Niche Money Making/Internet Marketing kena hati. Kadang tu ebook PLR, dia orang tukar design cover, tukar design website, adjust sikit kat saleletter dah jadi produk sendiri.

    Penah sekali member kena ebook kira2 setahun yang lepas. Ebook Adsense Empire. Ebook nie sepatutnya dah lama. Mamat nie keselurannya produk nie, dengan cover baru, saletter pun baru, nama pun dah lain. Dia punya saleletter baik punya kelentong. 😀

    Harga memang murah. Member yang beli. Dia tunjuk kat saya. Aisey! dah terkena nie. Ebook nie melambak-lambak kat internet, boleh download free. lagi tu 😀

  11. Pingback: www.imoimora.com » Blog Archive » Shhh.. Tiadalah Rahsia.
  12. Sebab kat sini dah bincang pasal lambakan ebook2 yang entah apa2. Jadi saya nak bagi satu contoh ebook PLR yang telah diubah rupa wajah. Dan yang akan merosakkan lagi kerana kandungannya boleh dikatakan sama seperti ebook blogging yang lain.

    Jadi saya ingatkan sangat2, berhati-hatilah jika nak membeli satu2 produk tu. Dan selidik dulu dan minta nasihat sebagai contoh pada Saudara Zul kita. Ebook nie baru je saya jumpa tadi. Jika anda beli ebook2 seperti ini, ada tidak akan mendapat update terkini.

    Harap Zul tak kisah yer saya bagi contoh kat sini. 😀

    http://www.blogsensehybridmarketing.com/

    Siapa boleh teka ini produk PLR mana? 🙂

  13. ada juga buku yang berharga sebegitu mempunyai info yang lebih banyak dan berkuaiiti.Maybe sebab persaingan yang menyebabkan harganya jadi macam tu.Malah ada yang free pun kualitinya lagi bagus daripada yang berbayar.Cuma terpulang pada pengguna yang membeli.ape-ape pun,tahniah untuk smartzul kerana menerbitkan buku sebegini.Amat-amat diperlukan oleh warganegara malaysia yang ingin berjinak dengan dunia biz onine ni.

  14. Good Website!Keep Up the good work.

    NEW SECRET REVEALED: LEARN HOW MONEY WORKS FOR YOU!

    Visit:www.venturemail.biz

    Helmy
    Director, CEO and Founder
    VentureMail.Biz

  15. saya baru mendapatkan ebook zul pagi td. tanpa berfikir panjang, terus subscribe hosting ngan netkl. petang dah siap blog.

    Tapi stuck sket untuk upload guna filezilla. maybe x brapa ok lagi kot sebab saya setup tu guna temporary hosting.

    x pe esok bleh try lg. ape pun two thumbs up untuk pakej kit blogger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *