Awas: Adakah Anda Mangsa Kepada “XYZ.com”?

blog-guide.jpg

“XYZ.com” bermaksud penyedia blog percuma.

Adakah anda mahu menjadi mangsa kepada penyedia blog percuma?

Adakah anda tidak mahu mengambil pelajaran terhadap pengalaman ‘ngeri’ sahabat-sahabat kita yang telah menjadi mangsa sebegitu?

Mengapa perlu menggunakan jalan yang ‘tidak selamat’ jika anda sudah tahu ada jalan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang?

Percuma? Tanpa kos? Jimat? Cepat? Mudah? Ketahuilah, ia hanya sementara dan walau ia kekal lama, ia tetap BUKAN milik anda. Itu hakikatnya.

Imej di atas tersebut adalah menunjukkan sebuah blog PERCUMA di WordPress.com yang telah di’ban’… Sebabnya, saya tidak tahu. Blog tersebut adalah milik seorang sahabat kita dan kasihan, dia kini tidak dapat meneruskan blog itu lagi. Sehingga kini, saya telah melihat sendiri kawan-kawan saya termasuk usahawan Internet seangkatan yang telah ditutup blog percuma mereka walau tiada kesalahan yang pasti.

Pendek kata, jika sesuatu itu bukan milik kita, maka kita tiada hak dan kuasa untuk menolak tindakan mereka. Noktah.

Saya tahu, anda ada poin tersendiri mengapa anda menggunakan blog percuma, bahkan saya pun ada, namun itu dulu dan saya menggunakannya hanya untuk tujuan tertentu sahaja. Tetapi bagi tujuan penting seperti perniagaan dan membina jenama, saya sama sekali tidak mempertimbangkan untuk menggunakan blog percuma… Malah tidak termasuk dalam senarai pun untuk menggunakan blog percuma.

Begitu Merugikan

Adalah sesuatu yang MERUGIKAN jika anda sudah ada ‘nama’ (dikenali) tetapi menggunakan blog percuma…

Rugi masa, rugi usaha, rugi kuderat, rugi tenaga…

Perhatikan, seorang blogger yang mengunakan blog percuma menangguh untuk memiliki blog dot com sendiri hari demi hari. Dan hari demi hari itulah kandungan (tulisan/artikel) di blog percuma itu bertambah dan blognya semakin meningkat ranking di dalam senarai enjin carian! Tangguh… Tangguh… Nanti… Esok… Lusa… Kini sudah bertahun. Untuk mengalih ke nama domain sendiri, hati sudah kata mahu tak mahu.

Alangkah mudahnya. Membayar untuk domain name dan hosting, dan kemudian memasang blog seperti menggunakan sistem WordPress dengan hanya sekali usaha… Walaupun langkah pertama memerlukan sedikit modal dan masa, namun ia akan memberikan kesenangan untuk ‘selamanya’.

Menggunakan blog percuma adalah membazir masa, usaha dan kepakaran anda. Jika anda ada pengetahuan dan kepakaran yang tinggi, maka mengapa meletaknya di tempat yang tidak sepatutnya? Bukan bermaksud blog percuma itu sesuatu yang murahan, BUKAN. Tetapi fikirkan. Ilmu yang anda tulis di blog percuma itu amat bernilai, tetapi tiba satu masa, blog itu hilang dalam sekelip mata. Tiada apa-apa lagi yang tinggal.

Ilmu dan kepakaran yang anda mahu kongsikan tempatnya adalah di blog dot com anda sendiri. Letaklah ilmu itu di satu tempat yang sewajarnya dan ada ‘jaminan’ untuk kekal lama dan 100% di bawah kawalan anda! Tiada lagi sekatan dan ruang yang terhad untuk anda melakukan sesuatu…

Adalah sesuatu yang tidak wajar jika anda ada modal dan kemampuan, tetapi yang digunakan adalah blog percuma. Ia amat tidak wajar sekali… Lainlah anda kesuntukan kewangan, maka blog percuma boleh diambil kira, tetapi jika ada modal dan kewangan, mengapa harus membazirkan masa dengan yang percuma?

Jika anda sudah sedar, mengapa perlu menangguh usaha sekali yang akan memberikan kesenangan yang lama?

Binalah jenama dan identiti anda dengan nama domain sendiri sebelum orang lain mengambil nama itu… Ketahuilah, dalam sehari ribuan nama domain malahan mungkin lebih daripada itu akan dibeli pada setiap saat dan salah satunya mungkin nama yang anda mimpi-mimpikan! Hanya mimpi… Tetapi jika anda sudah ada kemampuan, mengapa tidak menjadikan mimpi itu sebagai satu kenyataan?

Saya menyatakan hal ini kerana saya memerhatikan, ramai juga golongan profesional yang sudah ada nama dan berjaya menggunakan blog percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Soalnya, mengapa?

Alasan mahu belajar dahulu menggunakan blog dengan mudah bukan alasan yang ‘bijak’ kerana:

1. Apabila anda menggunakan blog percuma dalam tempoh masa tertentu, anda sudah melakukan kerahan tenaga dan masa untuk mewujudkan blog tersebut. Dan apabila tiba masa untuk menukar ke domain name sendiri, anda perlu mengulang kembali kerja-kerja tersebut dan mungkin sebahagian kandungan blog itu akan hilang atau tak dapat di’eksport’ ke blog baru. Bukankah membazir masa dan menyusahkan?

2. Penjenamaan. Anda selesa dengan blog percuma. Ramai pelawat dan pembaca. Tapi apabila tiba masa untuk menukar ke domain name sendiri, nama pilihan anda sudah diambil orang terutama nama yang anda guna di blog percuma itu.

Membazir Masa, Menyusahkan…

Poin di sini, anda terpaksa menggunakan nama lain bagi domain dot com kerana nama yang anda guna di blog percuma sudah diambil orang, dan sekali lagi perlu bermula kembali untuk membina jenama. Ingat, frekuensi atau kekerapan sesuatu nama itu diguna dalam tempoh tertentu akan memastikan orang kenal dan ingat kita.

Contohnya jika saya menggunakan blog percuma di wordpress.com dan URL adalah http://smartusaha.wordpress.com dan kemudian saya mahu menukarnya kepada smartusaha.com, tetapi… domain name itu sudah diambil orang. Tidakkah ia satu perkara yang amat merugikan?? “Ia milik aku…”. Tapi, hanya dalam mimpi!

3. Blog anda di penyedia blog percuma itu sudah di’design’ dengan baik, cantik dan tersusun. Namun, kerja-kerja ‘design’ itu anda perlu melakukannya sekali lagi apabila mahu berpindah ke blog dot com sendiri.

4. Sebenarnya, menggunakan blog percuma memberikan keuntungan kepada pihak penyedia blog percuma itu. Anda secara tidak langsung sebenarnya mempromosikan mereka. Blogger.com adalah milik Google dan secara tidak langsung mereka mendapat trafik, prospek dan mungkin pelanggan untuk apa-apa produk atau servis mereka. Begitu juga dengan WordPress.com, tblog.com dan apa saja blog percuma. 🙂

Bukankah suatu kerja yang tak patut mempromosikan pihak lain tetapi tiba-tiba blog anda di’suspend’ tanpa amaran atau rundingan awal??

Sebaliknya, adalah lebih elok jika anda terus fokus mempromosikan jenama dan identiti anda sendiri. SmartUsaha.com, SaifulSham.com, InternetMelayu.com, MohdSuhaimy.com, MesraInternet.com, IrfanKhairi.com, Hasrul.com, MohdSufian.com, LinnComel.com dan banyak lagi contoh-contoh jenama menggunakan nama domain sendiri. Tidakkah ia sesuatu yang ‘cantik’ jika dipandang hanya sekali berbanding menumpang nama orang lain?

*Tip nama domain: Guna nama yang mudah diingati dan jenama-kannya. Nama domain paling mudah dan WAJIB anda miliki adalah nama anda sendiri seperti SmartZuL.com. Cepat dapatkannya sebelum orang lain membeli ‘nama anda’ itu!

Awas…

Anda mungkin tergolong di dalam mereka yang menggunakan blog percuma.

Jangan lagi menangguh… Jangan lagi banyak menyenaraikan kelebihan blog percuma. Padahal dalam masa yang sama, blog dot com sendiri pun ada banyak kelebihan, malah lebih banyak daripada blog percuma!

Akhir kata, blog percuma tidak memberikan anda apa-apa jaminan untuk jangka masa yang lama. Daripada menyenaraikan 1000 kelebihan blog percuma, mengapa tidak menyenaraikan 2000 kelebihan blog dot com sendiri seperti menggunakan sistem WordPress?

Fikirkan ‘teguran’ ikhlas daripada saya di atas. Ia bukan satu propaganda kosong daripada saya atau mahu melihat barang percuma itu suatu yang tiada nilai. Tetapi fikirkan dari skop yang berbeza daripada yang biasa kita gunakan… Fikirkan.

Pakej Kit Blogger Boleh Membantu Anda:

Telah ramai yang berjaya membina blog dot com sendiri dengan Panduan Pakej Kit Blogger. Tanyalah mereka yang telah merujuk panduan tersebut, rata-rata telah memiliki bukan dua, malah lebih daripada satu blog. Mereka telah mengumpul peminat, prospek dan target tersendiri. Yang menguntungkan, mereka tidak perlu bersusah payah dikekang dengan peraturan blog percuma kerana blog mereka adalah 100% milik mereka!

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Kit Blogger.

Dapatkan Domain Name dan Hosting Yang Berpatutan:

Anda pasti mengenali SaifulSham.com. Jika anda mahukan domain name dan hosting, mengapa perlu membeli daripada mereka yang tidak anda kenali? Anda tahu kredibiliti SaifulSham.com dan melalui EcommerceMastery.com, mereka menyediakan khidmat yang amat berbaloi dan mampu milik. Klik pada imej banner di bawah untuk melihat tawaran mereka:

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

56 thoughts on “Awas: Adakah Anda Mangsa Kepada “XYZ.com”?

  1. Betul tu Zul.

    2-3 tahun dulu Kak G pernah membina lebih 20 blog percuma dengan blogger, tblog dan website percuma di geocities dan sebagainya tetapi hasilnya hampir zero.

    Malah 3-4 blog dengan blogger telah kena suspended dan semua posting hilang dan merugikan masa saya je kerana saya tak dapat nak akses ke blog-blog tersebut dan apa yang ditulis takde back-up jadi semuanya lenyap begitu saja. 🙁

    Sejak hampir 2 tahun membina website-website dan blog-blog sendiri ni, Kak G rasa begitu puas hati dan hasilnya pun boleh tahan. Alhamdulillah.

    1. yeaa… sudah terbukti hasilnya cukup membanggakan sesiapa shaja yang memiliki blog yang tersendiri… sekiranya mahu serius dalam berblog yang mempunyai jenama yang tersendiri…

      1. blog percuma pun ada kelebihannya…
        jangan sesekali pandang rendah pada blogger…
        ramai yang dapat hasil yang lumayan dengan blogger…

        han

  2. Kak G, pepatah Melayu pun dah lama berpesan, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. 🙂

    Kepada yang menggunakan blog percuma, awas. Mungkin blog anda adalah mangsa seterusnya. 😎 👿

  3. Thanks Zul. Satu peringatan yang baik juga buat saya, kerana blog
    percuma saya yang sekarang ini hampir ‘hilang’ atau kata saintifiknya ‘an-ekses-sabel’ (unaccessable).

    Nasib baik cuma di syaki, bukan kena ‘ban’. Phew!

    Ini kisah benar diri saya. Dah lalu dan dah rasa sendiri, sebelum ni saya tak tahu dan tak pernah alami, sebab baru tahun ni berblog sejak Mac lepas. Oleh kerana membaca tulisan bloggers lain, baru saya tahu.

    Good tip dari Zul 🙂

    – shueqry –

  4. Shueqry, apa lagi, binalah blog sendiri. 🙂 Guna WordPress.

    Blog free ni kita susah nak jangka apa akan jadi dan bila akan terjadi. Daripada bersusah hati dengan ‘ketakutan’ itu, that better kita mengambil jalan yang sepatutnya.

    ‘Teguran’ saya di atas adalah ikhlas dan harap mereka yang guna blog free tak ‘terasa’. Saya menulis sebab saya sendiri juga sudah kena. 😉 So, adakah patut anda juga menghadapi perkara yg sama padahal sudah ramai kawan2 lain telah menasihati? Ia bila2 masa boleh hilang…

      1. kawan nasihat kena lah dengar…
        jangan pula tak dengar kalau benda baik…
        sebagai kawan memang patut kongsi2 atau memberi nasihat kepada satu sama lain…

        han

    1. betul kata zul tu…
      kalau nak selamat gunalah blog sendiri…
      walaupun blog percuma ada kelebihannya…
      tapi saya tetap rasa blog sendiri adalah lebih baik…
      kita boleh guna nama sendiri…
      tak kena delete…
      kebebasan kita yang tentu kan…

      han

  5. ISK tuh ker risikonya

    he he smartzul
    nasib baik baru jer buat blog
    dari tunjuk ajar sifu zul

    sesaper yang belum ader blog sendri baik buat nanti kalo dah kene
    hmmmm telan air liur jer laaa

  6. Salam Saudara Zul & Kawan2

    Betul teguran dari Saudara. Mulai hari ini, usahalah kita bertangguh atau menggunakan penyedia blog atau hosting percuma. Ibarat kita menumpang rumah orang. Pada suatu hari nanti, kita terpaksa keluar juga atau dikeluarkan. Kita terpaksa keluarkan sedikit modal untuk dapat “rumah sendiri” untuk jaminan masa depan. Yang ke2 nama domain dot com sendiri mencerminkan yang kita bersungguh-sungguh membina jenama produk kepada masyarakat internet. 3. Masa adalah “musuh” kita kalau kita senantiasa bertangguh. Allah swt telah berfirman “Demi Masa, Manusia itu dalam kerugian, kalau kita senantiasa bertangguh dan lalai”.
    Abang Ngah.

  7. Thanks Zul, peringatan yang sangat berguna kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog tidak kiralah wordpress ataupun blogger. Saya pernah menggunakan perkhidmatan blog percuma iaitu wordpress hampir setahun. Dalam masa setahun blog saya sudah mula dikenali dan sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat setia. Atas nasihat Sukeri yang sudah saya anggap mentor didalam dunia perniagaan internet, beliau menyarankan agar saya menggunakan hosting sendiri untuk mengelakkan blog di suspended oleh penyedia blog.

    Kesimpulannya saya juga ingin menasihatkan kepada anda yang masih menggunakan perkhidmatan blog percuma beralihlah kepada yang berbayar. Penyedia hosting pun sekarang dah banyak memberikan harga yang berpatutan dan istimewa kepada anda.

  8. ada lah 2 blog percuma. itu pun niat nak suka-suka jer, nak lepas gian menulis jer.
    memang dah set dalam kepala pun nak beli kit blogger dan nak dapatkan dotcom sendiri, tapi tertangguh-tangguh zul ,dek kerna kerja lain yang lebih penting.
    tq

  9. Walaupun dahulu saya tidak mengunakan wp percuma, tetapi kehilangan blog saya yang terdahulu atas kesilapan teknik amat menyentuh perasaan
    rugi rasanya hasil tulisan hilang begitu sahaja.

    Jadi samaada cari yang berbayar atau buat backup bila dah ada banyak hasil tulisan.

  10. pengajaran dari post kali ni, jangan nak harapkan percuma belaka. Buat sedikit pelaburan untuk masa depan. 😀

  11. Hmm, ramai juga yg ada pengalaman seperti yg saya cerita yer. 🙂

    Kalau untuk suka-suka dan nak cuba-cuba tak apa. Tapi kalau untuk tujuan serius, fikirkanlah untuk masa depan.

    Seperti kata En. Taib, walaupun ‘selesa’ menumpang rumah orang, nak tak nak kelak kita akan keluar juga atau akan dikeluarkan (dihalau?). 😀

    1. masalahnya kalo dah serius sangat dan selesa dengan yang percuma, ada jugak yang tak terfikir untuk bergerak kpd hosting yang berbayar… sedangkan perolehan dari blog yang free tersebut sudah lebih dari cukup untuk menampung pembelian domain name dan hosting yang sepatutnya dimiliki dengan jayanya… dah hilang baru laa nak menggelabah…

      1. kalau mereka suka dengan yang percuma tu lah hakikatnya…
        semua dikawal oleh pemilik nya…
        bukan penggunanya…
        bila kena deleta baru mereka tahu…

        han

  12. Betul tu Zul… Dulu hampir 3 tahun saya menyewa rumah di Bayan Baru. Saya ni jenis malas nak pindah2. Sekali tu tuah rumah call bagi tahu bulan depan rumah tu dah tak bole sewa sbb dah ada di jual kepada pembeli baru. Pembeli bari tu nak masuk.

    Apa lagi, gelabah la jugak masa tu. Masa tu baru pikir perlu beli umah sendiri. Tak nak sewa2 lagi. Kini saya bangga dengan umah sendiri sebab nak ketuk2, nak ubah2 kat mana pun dah tak risau lg sbb hak kita punya.

    Begitu juga dengan blog saya…. JimieRay.com senang ingat. Skrg ni pelawat datang dari SE keyword JimieRay pun ramai. Hairan saya, dia orang ingat JimieRay ni artis kot…. 🙂

  13. tulah saya pun tgh kira2 bajet n nak pk mana satu blog yang nak start guna bayor dulu..
    sebab ada 2 blog yang berlainan citer..
    zul ada idea tak kalau kita nak buat 2 blog tapi guna satu hosting..
    dapat save sket..
    he he eh..
    kalau guna subdomain ok tak?? kedekutnya saya ni.

    1. jangan kedekut untuk masa depan blog yang gemilang dan terbilang sekiranya menumpang blog free bila-bila aje boleh sekelip matanya hilang tanpa dapat dihalang…

    2. kalau nak belajar, rasanya baik guna free punya…
      sebab rosak pun tak kisah…
      tapi kalau nak serius mesti kena guna yang berbayar…
      kalau tak menyesal bila kena delete…

      han

  14. Betul kata-kata abang Zul,

    Semua blog saya host dalam server saya dengan domain saya tersendiri.

    Jumlahnya 4 blog aku ada.

    Rahsia: bukan semuanya aktif.

  15. betul saya setuju sgat.
    Tapi macam saya byk sgt yg perlu saya belajar lg ni.
    Saya akan guna laman web saya sendiri nanti.Blog saya pun tak sampai usia sebulan lagi.Itu pun secara kebetulan saya buat tu sebab tak kerja hari tu.Saya memang baru2 sgt dalam bidang ini.
    TQ

  16. aha… zul nak bagi warning total dah tu…

    jom kita guna wordpress sendiri. jangan biarkan diri anda kerugian dengan penat lelah anda membangunkan blog anda sekian lama… 6 bulan? setahun?

    kemudian lenyap… jangan keciwa nanti…

    sediakan blog sendiri seblum kena suspend…

    haha… macam sediakan bot sebelum hujan.

    alihkan kereta sebelum banjir kilat.

    apa lagi yer?

    sekian terima kasih…

  17. Hm.. dah start beli dari sempohosting.com ( sebab blh option berapa space nak beli..)
    harap2 ligakampung.com akan jadi lebih serius dan bertambah peminatnya selepas ini…
    terima kasih kepada tuan umah kerana mengingatkan..
    lepas nie kena beli bloggingsteps plak…

  18. 🙄 thanks! saudara Zul tentang nasihat yang sangat berguna untuk saya yang baru berjinak-jinak nak buat blog. Mungkin bagi saya dan rakan -rakan yang baru setahun jangung berkecimpung dalam blog ni saya rasa boleh lah juga ‘menumpang rumah’ buat sementara waktu dengan penyedia blog percuma ni. Banyak juga belajar dari situ, apatah lagi kami yang tak ada langsung pegetahuan dalam bidang ini. Kalau dah ada pengetahuan dan budget, sudah tentu kami ingin buat blog dengan ‘jenama ‘ sendiri!!

  19. Hm zul saya dah pun start buat blog.. tapi masih design je lagi..
    masih tak pandai camne nak design.. still belajar wordpress punya menu…
    hm.. penat gak explore nie.,.. harap2 blog bayar hosting bayar nie tak terbengkalai..
    er tolong beri komen
    http://ligakampung.com/blog

  20. Zool, tahniah. Tip saya, “slow-slow”. Sikit2 lama2 akan cantiklah blog tu. Tip UTAMA, pastikan anda fokus dengan topik yg ingin ditulis. Matlamat kita menulis blog ni bukan sehari dua, tapi mungkin bertahun dan jika boleh ‘selamanya’. 🙂

    Tak beli Kit Blogger saya ke? :p InsyaAllah, panduan tu akan jimatkan masa anda.

    Bukan tak nak ajar di sini, tapi terlalu banyak yg perlu disentuh. Asas2nya dah pun dimuatkan dalam ebook panduan wordpress kit blogger. Tapi kalau nak explore2 sendiri pun boleh juga, no prob. 🙂

    Menjawab soalan zool yg atas sekali tu, yer, kita boleh buat banyak2 blog untuk satu hosting sama ada guna domain lain (add on) atau guna subdomain.

    1. yeaa… sudah tentunya boleh buat banyak blog dengan satu domain. cuma kena keluarkan modal lebih untuk hosting agar dapat menampung keperluan niche yang hendak diutarakan dalam blog tersebut… bermula dengan satu blog dan kemudian nanti boleh diperkembangkan kpd banyak topik yang anda minat…

      1. guna satu hosting banyak domain pun boleh…
        gunalah addon domain…
        tapi kelemahan nya bila hosting tu down, semua domain kita down…

        han

  21. betul kata zul tu, kita tak ada hak langsung ke atas blog percuma. sbb tu sy ms guna blog percuma dulu buat tak endah sgt dan tak berapa bersemangat dlm dunia blogger ni..sekarang Alhamdulillah sy dah ada 2 blog dot com..sekarang cuma maintainkan segala penulisan dan tingkatkan ilmu berkenaan dunia blogger, serta mendalami dunia perniagan dan internet marketing. :mrgreen:

  22. He he he.. tq zul..
    dalam seminggu nie dah banyak saya dapat explore dlm blog berbayar saya tu.. tapi nasib baik saya kira2nya dah boleh dalam blogspot..
    so dia punya function ada sikit2 persamaan ..
    kena pandai carik…
    walaubagaimanapun tima kasih pada zul sebab memberi inspirasi .. boleh ye beli domain lain… tak sangka plak.. subdomain tu tau..
    tapi rasa tak sesuai plak sebab dah nama ligakampung takkan nak cite pasal katun plak ye…

  23. hm.. zul saya terperasan ada satu blog yang design nye sebijik cam design blog awak..
    wah bahaya juga camnie kan…
    kenalah carik idea untuk buat blog ada identiti sendiri walaupun guna template..

    1. takpe… design nak sebijik tapi takkan sama. sudah tentunya zul mempunyai kelainannya yang tersendiri dari segi teknik pemasarannya… tiru boleh tetapi jangan bulat2 dah laa…

      1. design sama takpe lagi…
        content sama kena ban oleh google nanti…
        betul kata abdfatah tu…
        setiap orang ada kelainan nya sendri…

        han

  24. Sdr. Zul,
    Kami disini mmg ketinggalan. Org dh buat ribu2, kami baru nak bertatih.
    Saya baru mula blog yg free, saja suka2. Bila dh baca U kata kena beli blog, sy rasa pelik, sbb tak pernah tau yg blog kena bayar. Klu tak bayar – hilang.
    Sy baru rekomenkan kat seseorg di U.K. So kena bagi tau dia lah lg. Ramai yg tak faham konsep blog ni. 10q. 😛 🙄

    1. jangan bandingkan orang lain. anda yang harusnya membina cerita kejayaan anda yang tersendiri. kalo mereka dah dapat ribu-ribu, anda juga boleh berusaha ke arah itu… mereka juga berusaha sedaya upaya mereka… takkan kita tak boleh berusaha sedikitpun sebagaimana yang telah mereka usahakan dengan cara anda yang tersendiri… dari itu dapatkan domain dan setup blog milik anda sendiri… bukan sekadar menumpang blog percuma semata-mata… menumpang ke angkasa lepas boleh laa… hihiiii

    2. blog percuma tak perlu bayar…
      hilang sebab ada sebab tertentu…
      contoh kita buat spam…
      so blog tu didelete oleh pemilik lah…

      han

  25. Emma, “Bayar” yg dimaksudkan dalam tulisan saya ni ialah kita beli domain name dan hosting sendiri. Kemudian pasang blog di hosting tersebut dengan menggunakan sistem/perisian blog tertentu seperti wordpress dan lain2.

    Blog free yang kita guna tu berpangkalan di server orang lain. Jadi, mereka boleh bila2 masa tutup blog kita. 🙂

    Kalau sekadar untuk mencuba, belajar dan suka2, itu tak menjadi masalah. Tapi kalau untuk tujuan yg serius, better get ur own blog. 🙂

    – zuL

    1. belajar dari pengalaman orang lain. ada domain dan hosting sendiri memang best woooooooooooooo….. kalo yang percuma seperti berada di jejantas yang merintangi arus yang deras… kalo dah melimpah haruslah beringat tanpa sebaris notis…

    2. kalau blog kita di server orang, kita tak bebas lah…
      no freedom…
      semua dikawal oleh orang…
      suka ke kita?
      mesti tidak kan…

      jadi kita kena beli domain sendiri lah kalau nak serius…
      kalau main2 tak yah lah…
      membazir je…

      han

  26. Pingback: Aku, Internet dan Blog… -- SihatSokmo.Com
    1. hahaaa… memang rugi sakan laa kalo dah kena delete sekiranya income dah stabil. dalam stabil itu laa kita kena beringat2 sebelum kena lipat oleh blog percuma tersebut…

    2. rugi traffic je…
      tapi kita boleh bawa traffic dari blog lama ke blog baru…
      kalau pasal content tu, boleh copy je dan letak dalam blog baru tu…
      lepas tu hapuskan blog lama tu untuk mengelakkan duplicate content…

      han

  27. sekiranya anda mempunyai 25 bijik blog kesayangan secara percuma. maka adalah sewajarnya anda bermula dengan blog berbayar untuk meningkatkan kestabilan pendapatan yang sedia ada dalam blog tersebut dari hilang begitu sahaja tanpa sebarang notis…

    tidakkah ia mengundang seribu macam kerugian lantaran kedegilan anda membina website berbayar anda sendiri?

    sekiranya dah dapat income lebih sedikit dari blog percuma secara konsisten, maka sediakanlah blog berbayar anda sendiri sebagai langkah berjaga-jaga…

    1. kalau income dah banyak, takkan lah tak boleh beli domain dan hosting sendiri…
      tak rugi nya kalau beli domain sendiri…
      malah banyak kebaikkan nya…

      han

  28. Sistem mudah untuk mendapatkan beratus ribu mailling list.

    Collector email ini adalah software untuk mendapatkan beratus ribu mailling list, anda boleh menghantar seberapa banyak perniagaan anda ke mailling list ini,?????

    Kilk link dibawah untuk keterangan lanjut.

    http://ayrisnet.webs.com/ecommers.htm

    Semoga Berjaya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *