Perubahan Dan Peningkatan Dalam Bisnes Internet

Walaupun perniagaan tanpa perubahan dan peningkatan, kita tetap boleh menjana pendapatan. Namun di satu sudut yang lain, kita tetap dengan rutin harian sama yang mungkin mula hadir rasa bosan.

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman adalah bisnes yang kita lakukan perlu ada peningkatan iaitu melalui satu demi satu peringkat.

Pada peringkat permulaan, sebahagian besar kerja kita lakukannya secara sendiri, di samping menggunakan perkhidmatan orang lain (outsource/freelancer).

Pada peringkat pertengahan, kita mula mengurangkan kerja-kerja rutin yang kita lakukan dengan mendelegasikannya kepada orang lain seperti melantik pembantu atau pekerja. Kerja itu termasuk kerja yang boleh kita lakukan mahupun yang di luar bidang kemahiran kita.

Kemudian peringkat seterusnya adalah di mana kita sudah boleh bebas sepenuhnya daripada segala kerja operasi seperti kerja-kerja teknikal. Pendek kata pada peringkat ini, segalanya sudah berada pada tahap automasi. Tanpa kehadiran kita, bisnes tetap berjalan.

Namun, sejauh mana peringkat-peringkat ini disedari oleh kebanyakan usahawan internet? Mungkin rata-rata terus bergelumang dalam peringkat pertama selama bertahun-tahun lamanya tanpa memikirkan untuk melangkah ke peringkat kedua dan ketiga.

Satu tip di sini, jika kita ingin melangkah ke peringkat kedua dan seterusnya, pastikan kerja-kerja yang kita ingin serahkan kepada orang lain itu didokumentasikan cara, langkah dan kaedahnya dalam satu bentuk yang mudah diikuti.

Contohnya, proses menguruskan pesanan produk. Dari menerima pesanan sehinggalah menghantar produk itu kepada pelanggan, ia ditulis langkah demi langkah. Ia didokumentasikan agar walaupun pekerja silih bertukar ganti, kerja atau proses itu boleh dilakukan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Sebagai usahawan, andaikata anda sudah mula merasa tertekan, penat dan mudah bosan, mungkin salah satu puncanya adalah anda telah berada dalam peringkat pertama dalam satu tempoh yang agak lama.

Jika mampu, jadikan bisnes kita boleh beroperasi tanpa campur tangan kita sepenuhnya. Di saat itu, kita boleh melakukan perkara atau cabang bisnes lain dengan mudah dan lancar. Atau, kita boleh memperkembangkan lagi bisnes kita menjadi lebih besar dan berjaya.

___
Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Perubahan Dan Peningkatan Dalam Bisnes Internet

  1. Ini memerlukan kepercayaan. Percaya bahawa orang yang kita serahkan tugas itu dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti yang kita inginkan.

    Kebanyakkan orang yang asyik bekerja sendirian selamanya kerana dia tidak begitu percaya orang lain boleh buat kerjanya atau buat kerja seperti yang dia mahu.

  2. Assalamualaikum..
    Pada pandangan saya,jika seseorang itu punyai pilihan untuk bekerja sendiri atau mengupah orang lain,saya yakin ramai dalam kalangan orang yang mampu dan agak berjaya memilih untuk mengupah orang lain.Mereka yang hanya bekerja berseorangan ini biasanya hanya dalam kalangan yang berada dalam peringkat awal atau pun yang belum suksess.Bilamana seseorang itu telah mula suksess biasanya mereka akan mula mencari rangkaian atau rakan niaga. Wallahua’lam.

    1. Saya setuju dengan pendapat syahnabil.Sekiranya seseorang telah mampu atau telah berjaya,pastinya mereka akan mengupah atau istilah ‘menggaji’ seseorang untuk menjalankan tugas yang sebelum ini dilakukan oleh pemilik perniagaan tersebut.

  3. Assalamualaikum,

    Benar ape yang bro cakapkan tu.

    Sebolehnya, bila menceburi bidang usahawan internet ni,patut kita buat setiap bisnes kita beroperasi secara automatik, jadi kita boleh fokus pada bisnes internet lain. Mempelbagai sumber2 kewangan masuk, dan mengurangkan risiko kegagalan dengan mengunakan konsep ‘diversifikasi’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *