Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..

Tahukah anda bahawa bidang perniagaan internet di Malaysia masih baru? Sekadar ingin berkongsi dan ‘mencabar’ anda, sama-samalah merebut peluang ini kerana saya yakin bidang ini akan berkembang dengan pesat di Malaysia kelak. Jangan membuang masa lagi..
Tinggalkan skim cepat kaya dan program buat duit yang salah itu, kerana ia tidak kekal lama dan hanya akan menjatuhkan diri anda. Sebaliknya, lakukanlah perniagaan yang sebenar-benarnya..

Sekadar ingin mengingatkan anda semua, BERTINDAKLAH SEKARANG!

Kesibukan..

Apa khabar anda hari ini? Hari ini adalah 8 Januari, begitu pantas masa berlalu. Pada dua hari yang lepas, saya begitu sibuk dengan dua projek website yang perlu disiapkan untuk client dan partner saya. Yang menarik adalah, saya bersama dua orang lagi bekerja hanya berhubungan dengan Yahoo Messenger sepenuhnya. πŸ™‚ Seorang di Terengganu dan seorang lagi tidak berapa jauh dari tempat saya ini. Saya terpaksa menyiapkan projek laman web tersebut dahulu dan kemudian barulah dapat fokus kembali kepada projek e-book kompilasi yang sedang tertangguh seketika..

Kedua, mengenai theme blog saya ini, saya akan membiarkannya begini terlebih dahulu. Sehingga satu masa nanti, saya akan mengubahnya kepada theme atau bentuk yang lebih menarik. yang penting sekarang adalah informasi yang ingin disampaikan.

Hanya sekadar bertanya, adakah anda telah mempunyai idea untuk perniagaan internet? Atau telah pun bermula? Hmm, terjebak ke dalam program wang? Pastikan anda melakukan sesuatu yang sah dan betul.. Demi masa depan anda.

Lawati komuniti perniagaan internet pertama di Malaysia, ilham dari seorang anak muda yang juga usahawan internet Malaysia. Lawati di sini: http://wangcyber.com.

Wassalam.

Versi baru smartusaha.com

Assalamu’alaikum/salam sejahtera,

Akhirnya, selepas berusaha ‘sekian lama’ dapat jua mengalih blog smartusaha ini ke subdomain http://blog.smartusaha.com atau http://smartusaha.com/blog. Pengalihan ke subdomain ini kerana domain smartusaha.com atau root direktori, saya akan meletakkan page untuk frontpage utama yang akan mengandungi link ke beberapa subdomain dan URL yang lain. Jadi, mudah untuk pelawat menavigasi..

Selain daripada itu, wordpress iaitu perisian yang saya gunakan untuk blog saya ini adalah versi terkini,Version 2.0 atau dikenali sebagai Duke Release. Versi kali ini lebih cute dan banyak kelebihan, terutama banyak bugs yang telah dibaiki. Untuk ketahui mengenai versi ini, sila ke sini: http://wordpress.org/development/2005/12/wp2/

DAN perkara penting yg saya ingin nyatakan, tulisan-tulisan saya yang lepas akan dikompil menjadi sebuah e-book. Maka, jika anda ingin membaca, silakanmen-download ebook itu nanti. Doakan agar saya dapat menulis dengan lebih fokus dan efisyen bermula tahun ini. Selama 4 bulan yang lepas, iaitu bermula september 2005, saya mula menulis di blog ini. Saya lebih fokus kepada memberi kesedaran mengenai perniagaan internet seperti kelebihan perniagaan internet, asas-asas mudah, program2 wang yang salah, pesanan-pesanan, dan lain-lain. Saya tidak banyak menyentuh mengenai teknik-teknik perniagaan internet. Itulah fasa 1 saya.. Rasanya, cukup setakat itu fasa 1 tersebut.

Kini, tahun 2006, rasanya sudah bersedia untuk memasuki fasa ke-2. Saya akan lebih fokus kepada teknik, kaedah, tips dan triks perniagaan internet. Selain itu, perkara-perkara yang perlu ada pada seorang usahawan internet juga akan diperbincangkan. Pendek kata, saya akan cuba menyentuh aspek-aspek penting bagaimana kita boleh menjadi usahawan internet yang berjaya dan memiliki ciri-ciri yang positif.

Itulah gambaran kasar untuk fasa ke-2 ini. Jika anda ingin ketahui fasa 1 saya, nantikan edisi kompilasi tulisan-tulisan saya yang lepas. Boleh dikatakan banyak ‘bercakap’ sahaja. πŸ™‚

Oklah, cukup untuk kali ini. Semoga anda semua sudi melayari blog ini. Ambillah manfaat yang ada, dan sama-sama perbaiki kekurangan yang ada. Terima kasih.

p/s: Seronok menaip dengan wordpress versi 2 ini.. πŸ™‚

Yang benar,
mohd zulfadli
SmartUsaha.Com