Kembali Dari WIMS | JV Invitation | Pertembungan Produk
30 05 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.
Fuuh, akhirnya dapat juga saya berehat (tidur) dengan ‘puas’ setelah 5 hari berada di Singapura dan tidak cukup tidur. Bukanlah banyak aktiviti di sana, cuma kami sentiasa mengejar masa untuk berulang-alik dari Hotel dan tempat seminar (Singapore Expo Hall). Balik dari seminar, kami hanya berehat di hotel dan tidak sempat pun untuk pergi jalan-jalan ke mana-mana. So, tak ada lah buah tangan untuk dibawa balik kepada keluarga.
Saya bersama dengan rakan-rakan usahawan Internet lain seperti Kak G, Amirol, Bitol, Najmi, Vince Tan, Gobala Krishnan, Edmund Loh dan juga Melvin Ng menaiki keretapi untuk balik ke Malaysia. Seronok naik keretapi bersama-sama dan kami ‘lepak’ di bahagian kantin keretapi dan sempat berborak sementara masa masih ada untuk bersama-sama. Maaf, saya tak sempat nak ambil gambar kami bersama di dalam keretapi tersebut.


InsyaAllah, saya akan berkongsi apakah yang saya dapat di sana sedikit demi sedikit nanti di blog ini untuk anda. Pada tulisan pada hari ini, saya hanya mahu menulis mengenai dua pesanan penting untuk anda semua.
JV Invitation
Saya telah menerima banyak juga undangan untuk ber-JV daripada usahawan Internet tempatan sama ada yang baru atau yang lama. Namun, maaf saya katakan, saya tidak dapat memenuhi semua permintaan itu sekaligus kerana saya juga ada projek sendiri yang perlu disiapkan. Buat masa sekarang, saya hanya membuat JV dengan beberapa orang sahaja dan ia adalah kerjasama saya yang terakhir untuk tahun ini.
Pengalaman saya, begitu ramai yang mahu bekerjasama hanya memberikan emel yang pendek-pendek dan tidak jelas bagaimana cara JV yang dimahukan. Saya dah memberikan tips sebelum ini, JANGAN BAZIRKAN MASA rakan atau bakal JV anda kerana yang meminta adalah anda. Berikan info secukupnya kepada mereka. Jika saya, prinsip sayalah, jika saya menerima undangan JV dan emel itu pendek sahaja, saya tak akan membalasnya sama-sekali.
Saya bukan sombong atau ego atau memilih-milih rakan JV, tetapi sebagai seorang usahawan, anda perlu tahu bagaimana cara untuk mendapatkan rakan JV. Untuk pengetahuan anda, saya telah melakukan JV dengan newbie dan juga otai. Yang saya lihat adalah ‘kertas-kerja’ dan rangka JV yang akan dilakukan, bukan melihat kepada dia terkenal atau tidak. Seriuslah dalam melakukan sesuatu lagi-lagi jika bakal rakan JV anda tidak begitu mengenali anda… Kaji dan fahami cara ‘approach’ seseorang Ok. Tidak ada jalan mudah untuk melakukan atau mendapatkan sesuatu.
Jadi kesimpulan di sini adalah, SAYA TIDAK AKAN TERIMA apa-apa jemputan untuk JV lagi atau permintaan untuk review produk (tulis review produk di blog ini), tetapi jika anda hanya meminta testimoni sahaja, itu tidak menjadi masalah. Tapi jika anda mahu JV, atau meminta saya menulis review produk anda di blog saya atau lain-lain cara, saya tidak menerima lagi sehinggalah tahun depan.
Bermula bulan Jun 2007 ini, saya hanya mahu fokus kepada usaha persendirian saya sahaja di samping saya ada beberapa perkara lagi yang perlu disempurnakan pada tahun ini, termasuk beberapa projek JV yang sedang dilakukan bersama usahawan Internet lain. Pendek kata lagi, bermula Jun 2007, saya perlukan kurang ‘kesibukan’ dan salah satunya adalah saya perlu kurangkan penglibatan dengan apa-apa projek JV.
Satu lagi mengenai JV, salah satu mitos yang terpahat dalam pemikiran Internet marketers adalah, JV hanya dengan otai sahaja. Oh, maksudnya otai sahajalah hidup mati bisnes anda? Sebenarnya, JV boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja, tidak kiralah mereka hebat, lama, otai, newbie, kecil, besar, kurus, gemuk, gempal, putih, Melayu, Cina, India, omputih, rendah, tinggi atau sebagainya. Tiada masalah sama-sekali dan jangan memilih-milih sangat.
Yang penting adalah STRATEGI. Itu sahaja.
Sebab itu saya kata, rangka JV anda perlu jelas, terancang dan tersusun. Barulah dapat hasil yang hebat. Janganlah hanya jemput-jemput jer bakal rakan JV tapi bila ditanya ‘how to do it?‘, anda sendiri tak dapat menjawab sebab anda tak merancang dengan baik! Cuma dari segi kelebihan jika ber-JV dengan otai adalah, mereka ada lebih pengalaman, pengetahuan, tools dan netwoks.
Oklah, pendek kata di sini, pastikan anda faham apa itu JV (joint venture) dan tahu bagaimana untuk melakukannya dengan baik. Jangan menuduh orang lain ego dan sombong sebab tak layan jemputan anda, tapi anda perlu tahu yang salah adalah mungkin cara jemputan anda.
Pertembungan Produk (Product Clashing)
Product Clashing? Apa yang saya nak maksudkan adalah, sesuatu produk dilancarkan dalam masa yang lebih kurang sama, atau dekat-dekat.
Saya perhatikan, sudah ramai yang mengeluarkan ebook sendiri sekarang, tetapi masalahnya bukan topik Internet marketing, itu saya tak kisah sebab lain orang lain pandangan. Nak tulis apa-apa tajuk itu hak anda. Cuma, tarikh dan masa pelancaran produk tu dekat-dekat. Esok si A, lusa si B, seminggu kemudian si Z… Hal ini bertambah parah apabila topik ebook tidak lari jauh contohnya semua ebook si A, B dan Z adalah mengenai Internet marketing walaupun tajuk berbeza. Hal ini bukan sahaja berlaku di pasaran Malaysia, malah di peringkat global sendiri.
Apa yang saya ingin katakan adalah, elakkan menjual sesuatu produk yang mensasarkan (target) kepada satu pasaran (golongan, kumpulan, market) sepertimana yang dilakukan oleh orang lain dalam masa yang dekat-dekat. Anda memang boleh ‘compete’ sebab tajuk ebook anda berbeza dengan orang lain, namun disebabkan sasaran tetap sama jadi agak sukar untuk anda mendapat jualan yang ‘lancar’ walaupun anda menggunakan ‘peluru’ yang berbeza.
Anda faham analogi yang saya bawakan itu? Semua orang berebut-rebut untuk ‘menembak’ objek di satu sasaran (group) dengan peluru yang berbeza, tapi bila satu objek (pelanggan) telah ‘ditembak’ oleh pesaing lain, ia telah terlepas kepada mereka dan kita sukar lagi untuk mendapatkannya. Bukan tidak boleh, tapi sukar. Saya stop di sini dahulu pasal masalah ini, cuma secara mudahnya, carilah sasaran lain dan ‘tembak’lah sesuka hati anda kerana tak ramai orang lain yang menembak ke sasaran tersebut.
Sebenarnya, ada jalan keluar dan strategi untuk masalah ini. Tapi saya tak akan kongsi pada hari ini, so kenalah datang selalu ke blog ini yer. Jalan keluar itu amat mudah, ramai orang tahu, tapi tak tahu cara melakukannya. Cuma hintnya adalah: KREATIF.
KESIMPULAN
Dua perkara yang saya sentuh di atas adalah JV dan juga pertembungan produk. Cuba lihat perkiraan berikut:
JV Invitation + New Product Launching = ???
Katakan pemboleh-ubah JV invitation adalah x dan new product launching adalah y:
Jadi, apakah hasil tambah untuk x dan y? Itu tambah, tapi apakah hasil untuk nilai bahagi, darab dan tolak? Dan apakah hasilnya pula jika kita melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi sekaligus?
Ini bukan gurauan, tapi saya mahu anda memikirkannya bersama-sama. Saya akan mengulas dan memberikan jawapan saya di tulisan akan datang.
Bertemu lagi di lain masa, wassalam.
Yang Ikhlas,

*In case anda tak kenal saya lagi, dalam gambar saya kanan sekali, berbaju biru.
Mohd Zulfadli aka SmartZuL
PS. Seronok apabila bertemu dengan rakan-rakan IM (Internet marketer) yang lain. Saya tak dapat nak katakan apakah keseronokan tersebut sebab anda perlu melakukannya (bertemu dengan IM lain) sendiri, baru anda tahu. Oh ya, jangan hanya mahu berjumpa dengan otai sahaja, tapi apa salahnya bertemu dengan IM-IM yang lain… Jika ada peluang berjumpa dengan mana-mana IM, manfaatkan sebaik mungkin. Baru atau lama, otai atau tidak, semua orang ada kelebihan dan pengalaman masing-masing yang begitu seronok untuk dikongsi-kongsikan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:

















Wahhh.. selamat kembali ke malaysia..
macamlah singapore tuh jauh benor.. ramai orang ulang alik jer hari-hari ye.. Tapi apapun saya tahu Zul balik bawak ilmu yang banyak untuk dikongsi ngan kitorang - perasan ler plak kitorang ni..
selamat balik laaa… ingatkan pi thailand sano nun… indonesia bila nak pi?
Tak sabar nak dengar pengalaman Zul di sana.
wah..keseronokan zul kat sana tergambar dengan jelas, tearng dan nyata dengan senyuman…bukan senang nak dapat kesempatan macam ni kan…tahniah untuk zul dan IM yang terlibat…semoga ilmu yang di bawa pulang akan mengembangkn lagi bidang ni…
Thanks sudi berkongsi gambar dengan kami semua…
Hi Smartzul, nice meeting you in WIS! Singapore was fun fun fun
Zul,
Thanks untuk tips2 yang dikongsikan bersama sewaktu di WIS.
Memang best kat Singapore hari tu and insyaAllah semoga kita semua akan berjumpa lagi di masa - masa depan.. mana tau nak ke Australia plak ke.. hehe.
Pandangan yang diberikan saudara amat bermakna.
saya percaya masih banyak lagi “rahsia” yang akan didedahkan oleh saudara sepanjang “pengembaraan” di sana.
Harap begitula
Cikgu Azleen, yup mmg dekat, tapi sgapore tetap ‘oversea’. :p
Fatah, ada rezeki sy pergilah kat Indonesia tu. IM kat sana pun ramai juga.
Adila, Azahari dan CekDet, insyaAllah, saya akan kongsikan sikit-sikit. Nak bagi sekaligus banyak sangat.
Amirol, insyaAllah, jumpa lagi nanti.
Gobala, nice to meet you too..
slmt tgh hari zul,,
mmg btl tu zul,, kalu asyik pasaran yg sama je, susah nk berkembang..
lebih baik buat benda yg berbeza..
Excellent posting. Ternyata Zul memang menghayati kata-kata speakers pada WIMS dan sedang mengaplikasikannya sekarang.
Memang tak sia-sia ajak Zul ke Singapore.
I’m very proud of you.
Kak G.
Wah
perlu dicontohi nie
Kak G, banyak ilmu saya dapat kat sana. Skrg tengah kumpul balik agar tak hilang.
Thanks banyak2 pd kak G sebab banyak membantu dan ‘menguruskan’ journey kat sana. I’m also proud with you.
Han, nak buat benda sama pun Ok, spt mn yg saya katakan, STRATEGI itu yang akan menentukan segala-galanya. Apa yg saya lihat skrg, ramai usahawan Internet main lancar jer produk mereka sehinga bertindih-tindih dengan produk orang lain. So di situ wujud persaingan yg kuat.
Glad you got back safely. Now get back to work
Hai smartzul, Welcome To Malaysia. Thank you so much about your tips. pesaingan sekarang ni semakin ramai.. betul kate zul, kite mesti kena creative tp sy sendiri masih blur dan banyak lagi mesti menimba..mgkinkah ini yg dikatakan cabaran.. “bukan senang nk senang dan bukan susah nak susah”. senang akn dgn ilmu. “Man jadda Wa jada” - sape kerja keras dia yg akn dpt..terima kasih ats segala panduan. semoga zul akn terus menulis dan takkan jemu2 menulis..
Shafir, thanks for visiting here. Yaa, there’re so many jobs to do now.
Suhail, betul tu. Ia adalah cabaran. Tapi jangan takut untuk bersaing bahkan jadikan pesaing itu sebagai sahabat kita.
Smartzul, great to be on the same train as you guys. Didn’t see you guys get off the train though.
My regret is I didn’t bring the camera to the cafe, otherwise would have taken pics with all of you!!! Darn.
By the way, nice articles you wrote. People are just going about JV the wrong way.
It’s about:
- relationship
- irresistable offer
- excellent product
Have the above 3, then a JV will definitely be assured of. It boils down to the question, “What’s in it for me?” Definitely it’s NOT only about the money!
Keep it up bro.
Hi Melvin, thanks for your comment. Yeah you’re right. Relationship so important but there’re so many persons just want and want quick bucks without build the relationship first.
Syukur pd Allah Zul & kawan-kawan yg lain dpt peluang menghadiri WIS dan Selamat kembali ke Malaysia….
Bukan semua ada peluang nak ke sana… Yg ada masa RM pula X ada, yang ada RM, kesihatan tak mengizinkan pula & macam2 hal lain lg….
Jadi kami yang tak berkesempatan dan tak berpeluang ni ucapkan terima kasih pd Zul dan yg lain krn mahu kongsikan info-info yang di bawa pulang tu..
Terima kasih daun keladi……..
sabah bila nak mari bos??
apa kata perak dulu