Artikel Terakhir 2006: Pencapaian + Harapan

Assalamu’alaikum,

Salam sejahtera.

Tulisan kali ini adalah artikel terakhir saya untuk tahun 2006 ini. Di tulisan ini, saya akan kongsikan sedikit apa yang telah saya di smartusaha.com lakukan dan ujian yang telah dilalui.

Seperti sedia maklum, blog ini sudah pun berusia lebih dari 1 tahun. Namun, ia telah mengandungi lebih daripada 200 artikel (post) yang beraneka bentuk tulisan daripada pandangan hati saya, motivasi, teguran, panduan perniagaan internet, keusahawanan dan pelbagai lagi.

Melalui smartusaha.com, saya telah menghasilkan lebih kurang 6 ebook percuma termasuk laporan (special report) yang disebarkan kepada pelawat blog smartusaha dan juga melalui newsletter. Antara ebook dan report yang telah saya hasilkan adalah:

1. Pakej Ebook Ebiz (bahasa Melayu)

2. Panduan Asas PayPal

3. Buat Duit dengan blog (kini status percuma telah tamat)

4. Laporan Mitos dan Kelebihan Ebiz

5. Laporan dan Kajian Pengiklanan Banner Efektif

6. Penyakit di Alaf 21

Manakala ebook berbayar pula adalah, Panduan Asas Blog WordPress.

InsyaAllah saya akan terus menerus menghasilkan ebook percuma atau berbayar walaupun ada yang menentang dan menyuruh saya menghentikan usaha saya ini. TIDAK SESEKALI KAWAN, tak semudah itu.. πŸ˜‰

Cara saya berkongsi ilmu adalah dengan menulis ebook dan memberikannya secara percuma dan juga berbayar, selain menulis di blog ini dan juga newsletter. Malah, saya juga meluangkan sedikit masa untuk membalas emel-emel pertanyaan yang mana perlu saya jawab.

SERVER KENA GODAM!

Tak kurang dengan kegembiraan, smartusaha.com dan saya juga melalui saat getir apabila server hosting saya beberapa kali telah di-godam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun begitu, kejadian ini menjadi iktibar untuk saya dan orang lain agar sentiasa bersiap-sedia menghadapi manusia yang mahu melihat kita susah dan gagal. Ingin saya nyatakan di sini, jika blog atau laman web anda begitu famos, selalulah bakcup data, kerana ada mereka yang tidak suka akan kejayaan dan prestasi anda..

PENCAPAIAN

Dalam tahun ini sahaja, saya telah melakukan 2 perniagaan internet dan lain-lain secara side income, semuanya online. Alhamdulillah, semuanya memberikan hasil sehingga sekarang. Boleh dikatakan sebahagian besar target untuk tahun ini tercapai dan halangan-halangan yang datang berjaya dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Semoga Allah terus menguatkan hati kita dalam usaha perniagaan ini.

Tahun ini boleh dikatakan sebagai usaha pemantapan smartusaha.com dan juga diri saya sendiri dalam bidang ini. Pelbagai ujian, halangan, hasil yang baik, kegagalan dalam usaha dan pelbagai lagi telah dilalui. Semua itu akan lebih mematangkan lagi pemikiran dan memantapkan usaha yang dilakukan dalam bidang ebiz ini. Yang pasti, kesilapan lepas yang telah dilakukan diharapkan tidak diulangi lagi..

Perancangan 2007

Harapan untuk 2007 pula, diharapkan saya dapat membuka beberapa lagi perniagaan internet yang akan fokus kepada pasaran Malaysia (local) dan juga international. Satu projek global insyaAllah akan dilancarkan pertengahan Januari ini dan disusuli dengan beberapa projek lain termasuklah satu projek ‘besar’ yang lebih kepada komuniti.

Produk yang akan menjadi keutamaan saya tahun hadapan adalah lebih kepada produk digital seperti ebook, audio, video dan juga perisian. Harapan saya adalah, ingin menjadi penulis ebook yang paling banyak di Malaysia. πŸ˜† Yang pasti, saya akan terus menerus berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan juga semestinya akan berkongsikan ilmu dan pengetahuan yang saya ada dengan anda semua. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini untuk kebaikan bersama dan semoga Allah melindungi saya dan anda semua daripada kejahatan manusia yang mahu kita gagal dan jatuh.

Untuk blog ini, saya akan menulis dengan lebih praktikal dan tersusun lagi bermula tahun depan. Dengan harapan, penulisan saya dapat membantu anda membina perniagaan internet sendiri.

Harapan

Tak sangka, tahun 2006 sudah hampir kepada penghujungnya. Semoga tahun depan kita semua lebih berdaya maju, dapat bekerjasama, menjauhi sifat dengki dan bermusuh, jangan bersalah-sangka dan sama-sama sokong menyokong di antara satu sama lain walaupun ada berbeza pendapat. Kejayaan seorang diri tidak sama dengan kejayaan dalam satu kumpulan (bangsa dan agama).

Juga, kepada yang belum mula perniagan internet, usahalah untuk memulakannya sedaya yang anda mampu. Belajarlah dari bawah (asas) dan jangan begitu target income yang besar dalam waktu yang singkat. Jika tidak, anda akan berputus-asa. InsyaAllah, saya akan bantu anda sedaya yang saya mampu melalui smartusaha.com ini.

Juga, saya ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, salah fakta, atau sebagainya. Sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lepas daripada salah dan silap. Segala tulisan saya di blog ini, di forum, newsletter atau di ebook, semuanya hanya pandangan peribadi saya, sekadar perkongsian, dan bukan satu paksaan untuk anda ikuti. Saya hanya menulis, menyampai dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada..

Doa-doakanlah agar saya dan smartusaha.com terus kekal dan dilindungi oleh Allah. Semoga saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang terutama rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara lain yang tahu berbahasa Melayu. Ada juga orang Indonesia yang suruh saya menulis dalam bahasa mereka, katanya mereka dahagakan ilmu sebegini. Maafnya dong, saya tak pandai bahasa indonesia. Apa kata anda belajar memahami bahasa Malaysia? πŸ˜‰

Kejayaan saya, akan saya kongsikan bersama dengan anda juga, insyaAllah. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk dirahsia-rahsiakan. Cuma masa sahaja yang diperlukan kerana proses pembelajaran memerlukan masa dan langkah yang berkesan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada dua mentor utama saya, Dr. Irfan dan juga SaifulSham. Mereka banyak memberikan inspirasi, sokongan, motivasi dan panduan yang amat berguna kepada saya dalam bidang ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan e-usahawan lain seperti Shuth, Hasrul, Sufian, Sham RajaAdsense, Galadriel, Alang, TuahEmas, Osman Affan dan lain-lain (sorry kalau tak sebut nama), mereka banyak berkongsikan panduan, idea, pandangan dan pengalaman masing-masing.

Tak lupa juga kepada mereka yang banyak menyokong usaha saya. Tak perlu saya sebut nama di sini, cuma apa yang saya ingin katakan, terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah membalas sesuatu yang istimewa untuk anda. Begitu juga untuk pembaca setia blog ini, terima kasih dan diharapkan anda tidak bosan dengan penulisan saya. πŸ™‚

Akhir Kata

InsyaAllah hari ini saya akan bertolak balik ke kampung atau mungkin esok pagi, bergantung kepada keadaan cuaca. Saya doakan anda sentiasa selamat di mana sahaja anda berada. Semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan. Walaupun pelbagai rintangan yang datang, kita mesti menghadapinya dengan hati yang kuat dan bergantung kepadaNYA, di samping berusaha sebaik mungkin.

“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa berputus-asa, insyaAllah akan berjaya. Allah itu Maha Adil”.

Jumpa lagi, wassalam.

Ikhlas,

SmartZuL

PS. Pihak ebizmalaysia akan mengadakan bengkel perniagaan internet di area KL Januari ini. InsyaAllah. Tarikh dan tempat akan dihebahkan nanti.

PPS. Nantikan ebook-ebook dan produk saya yang akan membantu anda membina perniagaan internet anda. InsyaAllah.

Terkini: Sudahkah anda mendaftar di TheSuperGifts? Dapatkan 200 mata dan rebut peluang-peluang yang diberikan oleh Henry Gold seperti peluang menyertai kumpulan perbincangannya serta mendapat list untuk email marketing anda. Sila rujuk laman web tersebut untuk maklumat lanjut: Klik di sini. Peluang ini akan berakhir dalam Januari ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Artikel Terakhir 2006: Pencapaian + Harapan

  1. Panjang sungguh pos kali ni smartzul. Teruskan usaha smartzul banyak panduan berguna yang saya belajar dari smartzul di blog ni. Semoga usaha yang smartzul berikan dari blog ini menjadi panduan berguna buat semua.

  2. Zul,

    Tahniah atas pencapaian yang superb pada tahun ini, kita (IM Malaysia) telah melalui satu tahun yang gemilang. Sedar atau tidak, pada tahun ini bukan sahaja kita mencapai kejayaan peribadi, tetapi secara kolektif kita telah melahirkan lebih ramai usahawan internet. Secara bersama, (WangCyber, blog)

    Di saat2, Asia Pasifik dilanda masalah Internet ini, nampaknya blog Zul menjadi wadah kami keep in touch… hehe.. Final frontier. (Bagus jugak Zul host kat server Malaysia, blog kami tak dapat update.. Internet masih slow)

    hoho… kebetulan pula, blog kami pun kena hack. Suka betul diorang dengan blog kita ye Zul… (kami harap blog kami pun naik ranking mcm smartusaha lepas kena hack) hehe…

    Keep up the good work & saya rasa kita telah meletakkan platform yang bagus untuk menjadikan tahun depan lebih berjaya.

    Selamat Bercuti & Selamat Berjaya! πŸ™‚

    Sabri
    Rakan Se”permainan” Online
    SaifulSham.com

  3. Maizul, insyaAllah. Semoga kita semua berjaya.

    Sabri, tu la. Hari tu lepas smartusaha.com kena hack, naik no 1 tu.. πŸ˜€ Kesian lak kat diaorang yang godam. Kononnya blog ni akan jatuh ranking, tapi naik ada lah..

    Betul tu Sabri, saya nampak sudah ada peningkatan dengan kelahiran2 usahawan internet yang baru. Suka saya tengok keadaan ini, cuma berharap mereka boleh pergi lebih jauh dan bertahan lama (benda paling sukar).

    Hmm, bagi saya, kalau ada orang nak khianat usaha kita, atau buat apa-apa, kita jadikan ia satu semangat untuk kita lebih berusaha lagi. InsyaAllah mereka akan keliru apa yang mereka lakukan..

    PS. Server saya kat Malaysia, laju.. hohoho.. πŸ˜‰ Baru saya terfikir akan hikmah kejadian gempa ni. Bagi saya, kalau web kita target orang Malaysia, better beli server kat Malaysia sahaja.

  4. Saya guna datacenter US..Kebanyakan la…Xleh nak access..sebab slow bangat..

    Selamat maju jaya semua.Saya pun ada beberapa projek untuk 2007.harapan saya untuk menghasilkan sebuah “buku” bukan lagi ebuku…Tapi ebuku tetap ada..saya ada 2 ebook baru nak beri kepada anda sempena tahun baru dan hari raya..Just kepada subcriber saya jela..

    Good Luck dan selamat tahun baru. Selamat hari raya aidiladha…

  5. Semenjak dua menjak nie saya banyak melayari blog Smartzul. Sebelum nie saya hanya melayari laman web Dr.Irfan, Saifulsham, Fuad latif dan wang cyber yang saya rasa perintis sebenar perniagaan internet.

    Kini alhamdulilah saya boleh menambahkan koleksi rujukan untuk input perniagaan internet saya. Smartzul banyak memberi panduan berguna pada saya dalam perniagaan internet. Saya nak pastikan untuk ebook tulisan Smartzul yang akan datang, saya orang pertama membelinya πŸ™‚ Untuk ebook ‘Blog WordPress’ saya baru membelinya.. Saya dah lihat sekali imbas kesemuanya. Teliti dan cukup teratur.. Dah habis studi nanti saya janji komen bagi komen..

    Akhir kata dari saya, teruskan usaha Smartzul.. Kami newbie memerlukan perintis perniagaan internet sebenar seperti anda. Selamat hari raya aidiladha n happy newyear!! Balik kg tu hati2 ye..

  6. A’kum dan Salam AidilAdha

    Saya sentiasa mendoakan kejayaan Smartzul dan rakan2 IM Malaysia semua. Dan saya akan jadikan Smartzul sbg MENTOR saya di dalam perniagaan internet ini.

    Insyaallah, tahun 2007 ini adalah bermulanya saya sbg usahawan internet. Sebenarnya pd perancangan awal, saya akan lancarkan Blog Perniagaan Internet saya pada mlm tahun baru nanti. Tetapi disebab kita mengalami masaalah dgn internet skrg ini, jd terpaksa saya menangguhkan sehingga masaalah ini dapat diatasi.

    Dua minggu lepas saya telah beli e-book ‘Panduan Bina Blog Wordpres’ dr Smartzul. Yang sedihnye pada hari rabu lepas bila saya nak mula kerja bina blog saya tetiba masaalah tersebut melanda. Mungkin ini ujian pertama saya.
    Buat masa skrg dlm menanti tibanya detik 2007, saya sedang merangka plan perjalanan perniagaan saya untuk thn 2007 ini dan salah satunya saya akan hadiri bengkel perniagaan internet yang akan dianjurkan oleh Ebizmalaysia nanti walaupun saya berada di Penang. Tapi kalau lepas ni Smartzul dapat adakan bengkel di Penang pula lagi cantik kan…

    Akhir kata dari kami sebagai newbie…”Sebenarnya tiada rahsia untuk berjaya melainkan jangan buang masa melihat kejayaan orang lain. Kejayaan adalah hasil dari kesempurnaan, kerja keras, belajar dari kegagalan dan menuntut ilmu dari orang yang lebih tahu.”

    Jumpa lagi…dan Selamat Meyambut “TOL” Baru 2007.. He..Hee..

  7. Selamat hari raya eidul adha dan slamat tahun baru 2007. Thanks to be my online friend.semoga kita sama-sama dapat penghayatan disebalik sambutan korban ini. πŸ™‚

  8. zul,
    nak tanya tentang Public Bank debit card sket…
    yg saya tau kad berkenaan boleh digunakan utk verify paypal…
    tp, mcm nak guna beli produk secara online yg memerlukan credit card mastercard/visa… boleh tak guna kad PB tersebut tanpa guna Paypal utk beli produk berkenaan…

  9. A’kum… Zul …

    Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha dan Tahun Baru 2007!

    Bila Zul adakan bengkel di KL nanti, InsyaAllah Akak akan jengok untuk beri sokongan…

    Akhir tahun 2006 ni memang banyak cabaran, dgn masalah internet access lagi dan penyakit godam dan dendam…
    Disebabkan internet slow / asyik mati, pelan saya pun tergendala 2 minggu… tapi tak apa, it’s just one of the obstacles to go thru…

    Projek tahun depan…? huhu… mestilah ada kaitan dengan membership site… sebab kalo sebut-sebut je tapi tak buat sendiri, macam mana nak ajar orang, kan?

    Semoga tahun baru ini lebih prosperous, usaha kita semua ni diberkatiNya dan bisnes kita semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

  10. tahniah zul,

    selamat hari raya korban.
    tq di atas segala ilmu yg dicurahkan.
    harap kita akan terus menjadi rakan ebiz yg baik.
    insyaALLAH, jika diizinkanNya saya akan bertahan lama di arena ebiz ni.
    walaupun setahun usia blog zul ni, namun banyak ilmu yg sgt berguna kpd saya demi mencapai kejayaan dlm ebiz ni.

  11. Congrate zul..
    bukan sahaja tulisan zul yang panjang lebar tp komen pembaca pun lebar gak nampaknya.. Maybe tanda ilmu-ilmu smartzul telah dipraktikan..

    Bagi saya memang banyak ilmu yang saya cedok dari blog ini yang telah mendapatkan hasilnya terutamanya dlm SEO dan ebiz….

    thanks smartzul and pelawat blog ini

    Semoga kita terus berusaha dan mendapat pertunjukNYA

  12. Tahniah dgn harapan 2007 menjanjikan kecemerlangan yang jitu. Walau pun saya belum khatam ebook Blog WordPress yg dibeli hampir 3 minggu lalu namun semangat di jiwa tetap membara, kekangan yg datang hanya sementara, InsyaAllah jika berkelapangan usaha akan dibuktikan.Salam sukses.

  13. Salam bro dan rakan internet semua,

    Selamat tahun baru 2007!

    Seperti kebanyakan mereka yang lain saya menjangkakan tahun 2007 ni akan membawa satu dimensi baru dalam industri perniagaan melalui internet di Malaysia.Alhamdulillah kebanyakan mula sedar akan ‘the REAL’ behind internet business.

    Dan semakin ramai yang mula berhati-hati dengan program2 SCAM yang menjanjikan keuntungan sekelip mata,hasil usaha bro Zul dan rakan2 mendidik kami semua dari terjebak dengan program2 SCAM tersebut.

    Jutaan terima kasih buat bro,Saifulsham,Shuth dan rakan2 seangkatan di WangCyber.com.

    Semoga lebih banyak perniagaan yang berasaskan internet tumbuh di tahun 2007 sekaligus membina persaingan secara sihat yang akhirnya membawa keuntungan pada para pelanggan.

    Good luck bro and all my internet friends!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *