Arghhh.. Banyaknya nak ingat password!!!

Huhu, segala masalah saya berkaitan dengan nak ingat-ingat password dah ‘selesai’ bagi saya. Sekali klik, kemudian tekan login, selesai.. ;)

Saya sarankan anda guna dua perisian ini. Satu percuma dan satu sumber terbuka:

Kita pergi yang sumber terbuka dulu.. ;)

1# Keepass

keepass

Hehe, bukan kipas yerr, tapi ia nama satu perisian untuk mengurus password-password dan username anda di internet. Dari password emel, cpanel hosting, program affiliate dan lain-lain, begitu banyak nak ingat bukan? Maka gunakanlah perisian percuma ini.

Sila download di http://keepass.sourceforge.net

Cara guna dan lain-lain ada diterangakan di sana. ;)

Komen: Keepass sedikit cerewet sebab ia anda perlu copy and paste username dan password. Namun ada satu fungsi auto-type yang boleh digunakan. Saya belum guna fungsi tersebut sebab sekarang saya guna perisian yang kedua di bawah. Anda boleh mencubanya.. ;) Tidak seperti perisian percuma di bawah, anda hanya perlu sekali klik sahaja! Namun keepass ada teknologi sekuriti juga dan telah mendapat beberapa anugerah: http://keepass.sourceforge.net/ratings.php ;)

2# Roboform

Inilah perisian yang saya gunakan sekarang. Sekali klik jer, username dan password terus masuk ke ruang username dan password di laman web yang kita nak login. Seperti biasa, perisian percuma ada macam-macam syarat. Untuk roboform ini, ia ada limitations tersendiri: http://www.roboform.com/faq.html#faq_pro_limitations.

Perbandingan:

Bagi saya, kedua-dua perisian ada kelebihan tersendiri. Kalau anda tak nak pening-pening memikirkan nak bayar dan upgrade bagi Roboform, maka Keepass adalah jawapannya! Tanya diri-sendiri yang mana sesuai untuk anda..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Arghhh.. Banyaknya nak ingat password!!!

  1. Dulu saya ada try guna roboform, tapi tak reti2…alih2, manual je :-) Pakat ingat dalam otak jelah. Tapi drawbacknya…hmm, salah satu kemudahan Internet banking saya tersekat pasal tak ingat password, malas nak ke bank pulak tuh..InsyaALLAH, lain kali nak guna kemudahan ni

  2. Ia adalah optional, nak tulis dalam buku nota pon boleh, tapi kalau guna tools ni, sekali dua kali klik jer. :)

    Lagi-lagi la nak cepat dan banyak akaun yang kita ada.

  3. IE dan firefox tu dia ingat untuk auto tanpa ada sekuriti. Maksudnya, kalau sesaper guna browser tu, dengan mudahnya mereka boleh masuk ke akaun kita. Tapi dengan software tu, sebelum isi form auto, kena masukkan password dulu.

  4. hehe, bagi saya benda ni optional, terserah kat individu masing-masing. Kalau tak berani takper, banyak lagi cara lain. Bagi saya, saya suka pakai benda ni. Bab skrip main belakang, insyaAllah takder sebab ia diiktiraf ramai dan dapat awards, serta ada sekuriti.

    Wallahu ‘alam.

  5. Dulu password saya simple2, tu yang kena hack. Selepas saya pakai RoboForm (yg kedua) password saya dah tukar jadi canggih2 seperti n0uk4xkZ, pXF8jTAz (boleh generate) . Tiada masalah. :)

    Roboform sangat bagus, rocks! The best!

    Bertambah best sebab kita boleh buat sen dengan dia…hihi.. (Zul tau kan?)

    Satu je kontra dia. Bila kita nak buat demo kat komputer lain, mula la tergagap2 cuba hafal password apa yang di set ari tu… Orang pun pelik, “Betul ke budak ni internet marketer, password emel pun x ingat!” :P

  6. Lupa nak bagitau.. selepas tempoh 30 hari, kita kena beli utk guna function auto fill in tu..

    Tp selepas merasai sendiri pengalaman sungguh menyamankan tak perlu menaip emel address & first name utk subscribe, isi borang yang panjang2… ingat password…

    Anda sendiri akan rasa tak kisah untuk membayar… :)

  7. yup, tu lah limitednya. Lepas 30 hari kena beli. :)

    Tapi bagi saya yang the best, ingat password dalam kepala. :) Berlaku sama pada saya masa bengkel lepas, lupa password. wakaka.. :lol: Tu ler, guna tools lagi. Tapi benda ni membantu sebenarnya.

    Pokok cerita, ingat password yg penting-penting.. :)

  8. ho!ho!.. saya guna password tools yang sedia ada kat opera nie.. “Wand Tools”.. tapi mcm zul cakap la.. kalau sesiapa guna komputer saya nie.. dia just klik wand tools tu terus je login..

    sama lah saya haritu.. masa saya buat kelas adsense haritu.. nak login akaun tak ingat password.. ho! ho!.. selalu main klik2 je terus login.. :)

  9. Kalo cakap bab password ni..biasala lupe tu..aritu kad bank..haru betul tak ingat pin..last² tak jadi keluar duit..

    Kalo password ni,saya just selalu prepare dalam notepad..Kalo nak cepat,memang bagus software mcm tu.Kalo adsense guna adsense notifier je..

  10. keepass dah ada auto type… bleh pakai klik klik aje laa takyah nak copy username dan password… pilih pilih dan klik aje dah dapat login…

    nak best gunalah yang berbayau…

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.