Apakah Posisi Kita?

Artikel ini adalah khas untuk mereka yang sedang menceburkan diri di dalam arena Internet Marketing. Bagi yang bukan, artikel ini juga boleh dibaca oleh anda sebagai pengetahuan tambahan..

Di dalam bidang perniagaan internet atau Internet Marketing, terdapat banyak cabang atau model atau cara buat duit. Antaranya:

1. Lelongan seperti Ebay dan Lelong.com.my

2. Menjual produk Fizikal

3. Perkhidmatan

4. Produk digital seperti ebook

5. Affiliate seperti Clickbank

6. Blogging

Persoalan saya di sini, apakah posisi anda?

Jika anda seorang usahawan produk digital, anda lebih tahu apa yang anda buat itu berbanding mereka yang melakukan model lain.

Jika anda seorang blogger, anda lebih tahu daripada orang lain.

Jika anda seorang ebayer, anda lebih tahu apa yang anda buat itu.

Blogger tidak akan tahu sangat mengenai ebay. Usahawan ebook tidak tahu sangat mengenai blogging. Blogger tidak akan tahu sangat mengenai perniagaan produk informasi. Dan begitulah seterusnya…

Begitu juga dengan pelbagai teknik Internet Marketing. Jika anda buat email marketing, anda lebih tahu apa yang anda buat. Mereka yang mengkritik biasanya hanya pada pendapat emosi semata-mata. Padahal, anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika anda melakukan teknik Social Marketing, anda lebih tahu daripada mereka yang tidak melakukannya. Begitulah seperti yang lain…

Seperti saya sendiri sebagai seorang usahawan produk informasi, saya tidak tahu perniagaan melalui ebay dan juga buat duit melalui blogging. Teknik marketing pula saya lebih kepada email marketing, blog, social marketing (Facebook), pengiklanan dan juga forum marketing. Yang lain-lain saya tidak tahu.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah:

1. Jangan terlalu mempersoalkan posisi orang lain yang tidak kita terlalu tahu. Kadang-kadang, kita merasakan ia salah, tidak perlu atau tidak betul, padahal hakikatnya ia tidak ada apa-apa masalah. Itulah bahayanya apabila kita cuba mengkritik sesuatu di luar bidang pengetahuan kita.

2. Fokus pada posisi kita. Setiap orang mempunyai matlamat yang sama iaitu membangunkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Cuma cara sahaja yang berbeza. Maka, laksanakan posisi kita dengan terbaik tanpa cuba mempersoalkan posisi orang lain yang tidak kita tahu menahu sangat.

3. Hormat menghormati satu sama lain walaupun rambut tidak sama hitam (lain cara usaha).

4. Kita adalah satu Agama, bangsa dan negara. Tiada sedikit pun manfaat jika kita bertelagah sesama sendiri.

5. Berikan peluang kepada mereka yang telah melakukan kesilapan untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Tiada manusia yang sempurna. Jika ALLAH memberi peluang untuk hambaNya bertaubat, apatah lagi kita. Mana tahu, esok lusa giliran kita pula terbuat kesalahan..

6. Selain mengkritik orang yang melakukan kesilapan, DOAkan kebaikan untuk mereka.

7. Mengkritik itu boleh, memberi teguran itu boleh. Tapi JANGAN sampai memutuskan persahabatan atau persaudaraan atau gembira melihat mereka jatuh tersungkur.

8. Selepas mengkritik, berikan cadangan yang terbaik untuk mereka. Jangan hanya pandai mengkritik!

Kita di dalam industri Internet Marketing ini adalah sebuah keluarga besar walaupun terdapat pelbagai cabang usaha. Andaikata kita saling memberikan semangat dan dorongan satu sama lain yang berbeza cara usaha, itulah sebaik-baik amalan dan perilaku..

Secara ikhlas, saya menulis artikel ini adalah selepas memerhatikan ada mereka yang cuba mengganggu-gugat posisi orang lain padahal mereka tidak tahu menahu sangat bidang orang lain tersebut. Apalah salahnya jika berikan dorongan dan semangat. Asyik mahu mengkritik sahaja mengapa?

Bagi diri saya sendiri, saya sentiasa berlapang dada dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun mereka sama sekali berbeza cara usaha mereka. Saya boleh bersahabat dengan blogger, ebayer, affiliater dan sesiapa sahaja. Saya suka untuk duduk semeja, bertukar-tukar pengalaman dan mendengar apa saja cerita… Tetapi, saya sedikit sukar untuk duduk semeja dengan mereka yang ego untuk tidak meninggalkan sesuatu yang jelas salah dan haram sama ada di sisi undang-undang atau Agama.

Kesimpulan

Jangan terlalu mempersoalkan cara orang lain, lagi-lagi jika mereka tidak melakukan kesalahan yang jelas salah. Mungkin pada kita ia tidak betul, sebaliknya kemungkinan besar anggapan kita itu yang salah, bukan mereka. Fokus pada posisi kita sebaik mungkin dan nasihat menasihatilah dengan hikmah agar semua kita dapat melaksanakan posisi masing-masing dengan terbaik.

Jika kita mahu mempersoalkan juga, ajak mereka berbincang dan tanya mereka lebih lanjut. Mungkin di situ kita akan memahaminya. Tetapi jika kita cuba menghurai sesuatu yang tidak kita faham dan tanpa bertanya, kita akan mudah dicop sebagai orang yang berlagak pandai atau umpama ‘si luncai terjun dengan labu-labunya’ atau seperti kata pepatah “pandai tak dapat diikut, bodoh tak dapat diajar”.

Jika kita hanya mengganggap pendapat kita sahaja yang betul dan menolak mentah-mentah apa yang orang lain lakukan (yang baik) termasuk pendapat mereka, maka itulah yang dikatakan sebagai sifat ego, tidak ikhlas dan lupa diri sudah menguasai diri.

Apakah posisi anda? Laksanakan sebaik mungkin dan anda tidak perlu ambil peduli dengan komen dan kritikan orang lain yang tidak tahu menahu apa yang anda lakukan. Selagi ia betul, baik dan halal, lakukan saja!

Yang menulis,
SmartZul
www.SmartUsaha.com

smartusaha

ps. Salah satu perancangan saya adalah, saya mahu mengadakan satu program yang mengumpulkan pengamal-pengamal Internet Marketing daripada pelbagai model dan cabang usaha. Jika orang Barat boleh duduk semeja walau tidak sama cabang usaha, mengapa tidak kita?

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Apakah Posisi Kita?

  1. Satu kupasan dan teguran yang cukup membina. Kadang-kadang manusia ini cukup mudah melihat kesalahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri. Umpama kita menuding/menunjuk jari kepada orang lain. Satu jari kepada orang yg kita kritik, 4 jari balik kepada kita. Maka kaji & selidiki kelemahan kita dulu sebelum kritik orang lain. Thanks Zul.

  2. Sebenarnya perkara ini saya memang nak berbincang dengan saudara Zul. Kebanyakkan mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan internet sering mempersoalkan perkara berkaitan posisi ini.

    Rasanya kini persoalan itu telah terjawab.

    Btw, saya ada hantar email kat saudara Zul. Ada dapat x? πŸ™‚

  3. posisi saya setakat ni hanya seorang blogger walaupun sebelum ni dah cuba macam2. bg saya yg penting kita buat keje kita mengikut posisi kita. jangan sibuk keje orang lain. bila kita lari dari posisi, kita mudah dikalahkan oleh pihak lawan(contoh untuk bola sepak). hehehe…

  4. isu yang baik untuk dibincangkan..kritikan seharusnya yang membina dan kritikan itu bukan dengan tujuan menjatuhkan seseorang dan sebaiknya kita bercakap sesuatu yang kita benar-benar tau.saya akan bermain untuk posisi saya.kalau kurang boleh minta bantuan saudara zul dan rakan-rakan semua.

  5. Bagi saya, kritikan bukanlah satu masalah untuk saya terima selagi ia ada point2 yang membantu utk improvekan diri ini. Kadang2 kita tak sedar dengan kesilapan dan perlukan pihak ke-2 atau ke-3 untuk mengesan kesilapan tu.. Tapi sebagai orang Melayu, adab tu dipandang tinggi. Seperti en Zul kata, berbincang faca to face mungkin cara terbaik samada utk beri kritikan atau terima kritikan..

  6. Salam Saudara Zul.

    Bagus artikel ini. Sesuai dengan suasana hari minggu begini. (walaupun tiada istilah hari minggu sebenarnya untuk usahawan lelong yang baru bermula seperti saya;-))

    Apa yang penting sebenarnya, setiap kita mesti membetulkan niat kita sebelum mengkritik orang lain. Apakah kritikan itu benar2 kerana hendak membetulkan dan memperbaiki orang lain atau hanya kerana tuntutan nafsu kita yang dipengaruhi rasa lebih pandai, cemburu, dengki dan lain sebagainya.

    Jika ikhlas, teruskan mengkritik dengan niat memperbaiki saudara kita. Insya Allah kebaikannya akan kembali kepada kita.

    Setiap orang yang tahu dan pasti dengan apa yang dilakukannya, tidak akan goyah dengan apapun kritikan. Contoh terbaik ialah Sirah Nabi Junjungan. Perhatikan bagaimana Baginda dapat melalui segala kecaman, fitnah dan kutukan.

  7. posisi saya memandangkan internet sebagai kerja sambilan lebih kepada menulis blog. Di samping itu memanfaatkan internet dalam memasarkan produk orang lain dan mencari rakan bisnes seperti GDI, SFI dan MLM yang lain. Yang pasti semuanya boleh mendatangkan manfaat.

  8. artikel ni mmg bagus.klu dlm Islam ia dipanggil muhasabah diri iaitu melihat dimana kedudukan kita sama ada berada di landasan yg betul atau tidak untuk berjaya.once kita dh tahu kedudukan kita seterusnya apa yg perlu dilakukan adalah membuat penambahbaikan mengikut kemampuan kite langkah demi langkah.maaf klu komen ni ade kekurangan.see u again.

  9. Satu artikel yg patut pengiat IM membacanya. Memang saudara smartzul tidak sunyi dari memberi kupasan yang bernas untuk kita semua renungi, terutama yang dah lama kat dlm bidang IM ni. Untuk para2 newbie juga bagus supaya kita sedar dan tidak selalu keliru dengan mana statement IM yg sering mengkritik sesuatu benda tu.

  10. Salam SmartZul,

    Artikel yg baik… jgn pertikai @ salahkan orang lain…. pandang diri sendiri… barulah muhasabah namanya… muhasabah tu baik untuk penyakit hati…

    Rasanya cadangan tuan nak mengumpukan semua penggiat IM tu memang bagus… bila agaknya projek tu akan dilaksanakan ya ?… dulu ada sekali Shuth buat gathering IM di Bukit Jalil…seingat saya tuan tak ada masa tu… dah lama dah takd event semacam tu… kalau ada mesti makin meriah dengan ramai IM2 baru yang terror2 sekarang ni… hehehe..

  11. Assalamualaikum…

    Nampaknya artikel En. Zul kali ini lebih cenderung kepada “Tazkirah”- Saling ingat memperingati sesama kita hamba Allah. Elok benar tu, dalam kesibukan kita mancari habuan dunia perlu juga ingat pada akhirat. Mengkritik orang dengan tujuan menjatuhkan air mukanya… itu adalah satu dosa. Kritiklah dan komenlah ke arah penambahbaikan. Semoga kita semua selamat dunia akhirat. Setiap amalan yg dilakukan adalah dengan niat, jika baik niat kita, maka baiklah balasan untuk kita. Jika sebaliknya maka itulah yang kita dapat.

  12. Nampaknya Zul sama seperti saya jugalah cara anda berfikir.. hehe πŸ™‚

    Posisi saya sekarang ni membuat bisnes produk/perkhidmatan secara off line dan Internet sebagai medium yang membantu secara sambilan sahaja. InsyaAllah awal tahun depan saya akan mengorak langkah lebih jauh dalam menjadi IM sepenuh masa.. Amiinn..

    Yang penting fokus untuk satu bidang dulu dan jadilah pakar sekiranya anda berasa serasi dengannya. Buatlah pilihan yang tepat mudah-mudahan tidak membuang masa dan wang ringgit.. πŸ™‚

  13. itulah orang kite..terutama Melayu…asyik tahu mengkritik dan condem orang lain saja….
    kita perlu ikut apa yang zul katakan ini…
    perlu berlapang dada…

    1. Seorang pakar komunikasi ada berkata, “kita hanya perlu mengkritik apabila kita ditanya”. Yang bertanya itu insyaAllah akan menyokong kita sepenuhnya. Tapi kalau terpaksa mengkritik, kritiklah secara berhemah dan bukan untuk ‘membunuh’.

  14. Posisi saya, sebagai seorang Blogger dan hanya itu perkara yang saya banyak tahu lebih dari rakan-rakan lain. Terus terang saya cuma tahu sedikit pasal eBook, eBay, affiliate, ClickBank, forum marketing dan social network marketing. Tahu memang tahu, tapi tak mendalam.

    Apa-apapun, saya menyokong usaha Zul untuk mengumpulkan pengamal IM dari pelbagai niche. Mungkin boleh dikompilasikan dalam satu buku fizikal yang turut didapati dalam format eBook.

    -ShueQry-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *