Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?

Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?

Maksud kepada persoalan di atas adalah apakah teknik pemasaran Internet yang paling anda kuasai? Sekali lagi, yang anda kuasai, bukan sekadar tahu.

Jika saya mahu anda menjawab sekarang juga kepada soalan di atas, adakah anda mempunyai jawapannya? Jika tiada jawapan, anda sebenarnya dilanda satu penyakit yang berbahaya. 😉

Penyakit itu adalah, anda tiada kekuatan dalam satu-satu teknik pemasaran Internet. Anda sukar untuk bersaing dengan usahawan lain di dalam pemasaran. Akhirnya, hasil jualan kurang dan jika pemasaran itu menggunakan kos, maka kadar pulangan tidak mengembalikan kos tersebut (tak balik modal).

Dahulu, di saat awal saya menceburi bidang perniagaan Internet ini, saya main hentam sahaja di dalam melakukan promosi dan pemasaran. Yang hanya saya tahu, iklan iklan dan iklan. Tapi saya tidak ambil tahu sangat bagaimana melakukan pengiklanan yang berkesan dan aspek penting berkaitan.

Kini, saya mula berhati-hati dan lebih berdisiplin di dalam melakukan satu-satu teknik pemasaran. Jika orang lain menggunakan Google Adwords, tidak semestinya saya juga perlu melakukannya sekarang. Jika orang lain hebat dengan teknik SEO, saya tidak semestinya berhempas pulas mahu turut serta dalam medan tersebut.

Tidak kisah anda menggunakan teknik pemasaran Internet apa pun, yang paling penting adalah fokus dan anda menguasai teknik tersebut, bukan hanya tahu dan faham.

Jika anda menggunakan teknik pengiklanan Google Adwords, maka anda perlu faham bukan hanya perkara asas, malah anda tahu triknya, perkara dan isu berkaitan, malah anda ada tools untuk melakukan tracking bagi kempen PPC anda itu.

Jika anda bertanya saya mengenai teknik PPC (pay per click), saya bukan orangnya sebab saya tidak pernah menggunakannya. 😉 Saya lebih kepada teknik Free Internet Marketing. Namun saya akan menggunakan kaedah PPC kelak kerana ia satu kaedah yang efektif.

Sekarang, saya menggunakan teknik pemasaran tersendiri dan usahawan lain ada kekuatan tersendiri. Tidak penting saya menyatakan apakah teknik-teknik yang saya kuasai, tetapi yang penting adalah apakah teknik yang anda kuasai??

Jika tiada, pilih satu teknik, belajar, kaji, faham dan kuasainya… Saya kini juga sedang dilanda keseronokan dengan satu teknik. Saya sedang syok kaji, belajar dan mengaplikasikannya. Apa la zul, belajar pun syok walau duit tak masuk lagi dengan teknik tu?

Yup, seronok. Sebabnya, saya hanya fokus kepada satu teknik, bukan macam-macam teknik. Lagi seronok apabila kita mengaplikasikannya. Kita boleh tahu cara mana yang berkesan bagi teknik tersebut dan akhirnya kita bertambah seronok apabila ia memberikan hasil yang optimum!

Bila dah mahir yang satu itu, saya akan belajar dan apply pula yang lain. Tidakkah ia menyenangkan hati daripada belajar banyak-banyak sekaligus? Orang yang gopoh dan tamak selalunya akan rugi jua. hehe.. 😉 Maka, jadilah diri sendiri, jangan tiru gaya dan style orang lain. Saya sedikit pun tidak kecewa dan sedih walaupun ada orang yang lebih hebat daripada saya, sebab saya adalah saya. 😀

Bila anda sudah menguasai satu-satu teknik (walaupun tidak sepenuhnya) dan teknik itu memberikan hasil yang baik, maka belajarlah dan cuba pula teknik yang lain. Begitulah seterusnya. Orang kata, jangan buat sesuatu banyak-banyak sekaligus, tetapi buatlah satu-satu kerana ia lebih berkesan dan menguntungkan.

Akhir kata, kalau saya bertanya lagi selepas ini, saya harap anda dapat menjawab soalan saya di atas dengan lebih yakin dan optimis! 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?

  1. slmt tgh hari zul,,,

    zul, saya disini adalah paling lemah dalam teknik untuk promosi…
    bagi saya nak iklan kan satu-satu benda bukan senang…
    kena bljr dgn hati yang tabah…kalau tidak kita akan kecewa dgn promosi yang tidak mendatangkan hasil…

    jadi untuk rakan sepejuangan tu,, ikutlah tips zul bagi ni…

  2. Zul..apsal makin kecik font blog ni..Susah nak baca la.. beremut (ayat pantai timur) je nak baca.. :mrgreen:

    tak semua orang boleh baca font kecik..kalo orang first time lawat blog zul..takut tak datang dah sebab susah nak baca..

  3. Memang mencabar untuk fokus. Terutama bila kita jumpa banyak teknik yang sesuai…dan kita start nak lihat hasil yg cepat..dan cuba nak buat semua….at the end…lost focus

  4. betul tu…
    saya banyak menggunakan teknik mencari kawan…
    sebenarnya saya tak layak nak komen pasal topik ini…
    tapi tulah cara saya untuk dapat traffic…

  5. kekuatan? kena guna minda yang mantap dan strategi yang kukuh. fokus memang perlu ada, jika tidak anda takkan dapat bertahan untuk memburu gelaran sebagai usahawan yang merdeka.

    anda juga akan ketinggalan dari segala sudut, usaha dan fokus untuk menjadi jutawan yang merdeka akan sia-sia sekiranya anda tiada arah tuju dan kekuatan yang sebenar. lebih-lebih lagi dah 50 tahun kita merdeka… carilah kekuatan itu untuk terus maju ke hadapan.

    maaflah banyak2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *