Home » Keusahawanan » Apakah itu Misi dan Visi Perniagaan?

Apakah itu Misi dan Visi Perniagaan?

Apakah itu visi dan misi?

Apakah maksud visi dan misi? Apakah pengertiannya? Apakah contoh visi dan misi? Soalan ini sentiasa ditanya oleh kebanyakan orang. Berikut adalah perkongsian ringkas daripada saya.

Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).

Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud mengapa kita (perniagaan) perlu wujud? Contohnya adalah seperti memberikan nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui teknologi IT yang diniagakan.

Berikut adalah contoh visi dan misi blog SmartUsaha.com yang sedang anda layari ini:

Visi: Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi topik perniagaan internet.

Misi:

  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan keusahawanan dan pemasaran.
  • Mencadangkan produk yang benar-benar berkualiti dan patuh syariah sahaja.
  • Menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna.
  • Menyebarkan ilmu perniagaan dan pemasaran internet yang betul kepada rakyat Malaysia.
.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. Zairi Zaidi says:

    terima kasih untuk info ini. kadang kala keliru juga.

    • smartzul says:

      Memang mudah keliru walaupun ia perkara ‘simple’.

      Jika saya ditanya, yang mana dulu visi ataupun misi? Saya sarankan tetapkan visi terlebih dahulu sebab ia adalah impian atau matlamat kita. Setelah jelas dengan matlamat tersebut, baru kita tahu apa yang perlu dilakukan (misi).

  2. ahmadyani says:

    Saya juga patut menetapkan visi dan misi untuk blog dan perniagaan saya supaya ia menjadi ‘baja’ untuk blog dan perniagaan saya terus membesar.

  3. Aaron Imran says:

    “Untuk membantu 1000 orang capai matlamat jangka pendek atau sederhana mereka sebelum atau pada 31 Disember 2015″

    Di atas adalah visi blog saya (yang mana saya panggil matlamat), manakala misi pula ialah

    “…menggalakkan, mendidik dan membantu individu dan organisasi menetapkan dan mencapai matlamat dengan lebih cepat dan berkesan.”

    Terima kasih saudara Zul di atas post mengenai visi dan misi ini. Ia memastikan usaha kita lebih bermakna dan bertujuan daripada hanyut dengan desakan harian.

  4. Hadi Rofiee says:

    Dengan penjelasan ringkas ini, saya telah dapat membezakan di antara ‘misi’ dan visi’.

    Terima kasih Tuan dan didoakan semoga terus berjaya. Amin. :-)

  5. Aaron Imran says:

    Saya telah tulis satu artikel yang berkaitan mengenai topik Tuan Zul ini. Walaupun ia lebih menyentuh pada Rancangan Strategik Peribadi (Personal Strategic Planning), ialah boleh menjelaskan lagi pemahaman tentang visi dan misi ini. Sekadar membantu. Wassalam.

  6. [...] di antara visi dan misi. Namun dengan sedikit penjelasan daripada Tuan Mohd Zulfadli (smartzul) di blog beliau, kekeliruan tersebut sedikit sebanyak telah dapat [...]

  7. [...] Apa visi dan misi blog anda? Bila anda tidak tahu apa itu visi dan misi, sila lawati blog Tuan SmartZul. [...]

  8. [...] kepada asas (visi dan misi) perniagaan yang paling [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.