Apakah itu Information Marketing?

Information Marketing adalah salah satu bidang yang wujud dalam dunia Internet Marketing. Information marketing adalah:

  • Memasarkan produk melalui pemasaran maklumat.
  • Menjual produk-produk informasi

Individu yang bergiat dalam bidang ini dipanggil sebagai Information Marketer. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kita boleh sebut sebagai pemasar Informasi.

Tetapi di satu sudut yang lain, wujud satu istilah yang menggambarkan seseorang itu bukan sekadar Information Marketer, tetapi adalah seorang usahawan. Panggilan itu adalah Infopreneur (usahawan informasi).

Saya menganggap diri saya adalah seorang infopreneur kerana saya bukan hanya marketer, tetapi juga menerbitkan pelbagai produk informasi pelbagai niche (bidang).

Bidang fokus saya adalah ‘Information Marketing’. Tetapi apabila berurusan dengan klien untuk membantu memasarkan produk mereka di Internet, saya tidak akan mengatakan saya adalah “information marketer”. Pening pula mereka nanti dan panjang lebar pula saya perlu menerangkan.

Dalam bisnes, sudah memadai kita memberitahu apakah yang boleh kita bantu untuk klien? Contohnya, “Saya akan bantu merancang strategi sehingga jenama bisnes anda dikenali ramai.” Nyatakan penyelesaian yang akan diberikan kepada pelanggan dan bukan istilah ‘kerjaya’ kita semata-mata.

Tugas saya adalah merancang strategi pemasaran berasaskan konsep-konsep “information marketing”. Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini, information marketing adalah kaedah atau proses menyampaikan maklumat perniagaan dan produk melalui cara-cara tertentu, sehingga sampai kepada sasaran.

Selain daripada itu, saya juga menerbitkan produk-produk informasi terutamanya ebook dan video. Ia merangkumi pelbagai niche (topik) terutama bidang fokus saya. Selain produk informasi, saya juga mengendalikan pelbagai program seperti ceramah (biasanya jemputan), seminar, bengkel, konsultasi dan coaching (bimbingan peribadi).

Bidang information marketing terlalu luas dan memfokus kepada bidang ini menjanjikan hasil yang besar jika betul caranya. Nampak ia seperti satu, tetapi apabila dipecah-pecahkan, ia mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang tidak cukup tangan untuk kita lakukan.

Kesimpulannya, apa yang saya lakukan setakat ini adalah:

  • Membantu pihak perniagaan atau usahawan memasarkan produk, jenama atau perniagaan mereka melalui kaedah information marketing.
  • Menerbitkan produk informasi dalam pelbagai format seperti video dan ebook.

Tip kejayaan?

Jika anda ingin berjaya dalam bidang ini, anda boleh bermula dengan menjadi seorang PAKAR terlebih dahulu. Apabila anda memilih bidang ini, anda tidak boleh mengelak daripada memilih satu kepakaran dan fokus padanya, selain melakukan usaha bisnes yang lain. Apabila anda dilihat dan dipercayai sebagai pakar, pelbagai peluang yang menguntungkan akan datang kepada anda.

INFO: Akan datang… Saya akan buka satu peluang untuk melatih individu yang mahu berkecimpung dalam bidang ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *