Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Apa Yang Saya Sedang Buat?

‘Oh tidak’, artikel yang saya tulis dalam masa setengah jam tadi lenyap begitu sahaja dek kerana menggunakan satu ‘plugin secure’ untuk blog ini. Yang salah bukan plugin itu, tapi saya tidak save setiap kali menulis perenggan demi perenggan.. Sabar je lah…

Namun begitu, saya tidak putus asa untuk menulis sekali lagi apa yang telah saya tulis tadi untuk tatapan anda semua.

Tulisan pada hari ni tak ada apa-apa tips pun. Kadang-kadang, bosan juga kalau baca artikel yang amat teknikal.. Jadi pada kali ni saya akan kongsikan sedikit apa yang sedang saya buat sekarang di ‘SOHO’ saya ni.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada saudara Ahmad Fadzli Yusof (seorang penulis buku yang hebat juga) kerana telah merespon ulasan saya terhadap buku beliau, “Sibuk? ataupun Penyibuk?” dalam tulisan saya pada April yang lepas.

Anda boleh melawat blog beliau di http://fadzliyusof.com. Terima kasih di atas respon beliau.. :)

Apa Yang Saya Sedang Buat?

Belajar Teknik Pemasaran Baru

Teknik baru di sini bermaksud, saya baru nak guna teknik tersebut, bukan teknik yang baru dicipta. :) Jadi, bermula semalam, saya dah pun menggunakan teknik tersebut secara ‘trial & error’. Walaupun mungkin ‘membazir’ masa dan kos, tapi bagi saya, ia tetap satu cara yang bagus untuk kita tahu secara praktikal, mana yang berkesan, apa yang tidak.

Selepas melihat hasil dari trial & error tu nanti, barulah saya akan mengkaji apa yang patut dilakukan. Pendek kata, saya akan belajar dari asas dan sedikit demi sedikit. Namun, kalau ikut perancangan saya dua hari yang lepas, saya mahu tetapkan 3 hari untuk belajar secara intensif teknik tersebut untuk memahamai asas-asas dan juga triknya.

Apa teknik tersebut? InsyaAllah kelak jika berkesempatan, saya kongsilah di blog ini beserta dengan kajian kes sekali.

Projek JV

Saya ada beberapa projek kerjasama dengan beberapa rakan JV saya. Ada untuk rakan JV tu, saya perlu lakukan beberapa tugas. Tidak silap saya, ada 3 hingga 5 ‘task’ JV yang tengah ‘pending’. Kesemuanya perlu dilaksanakan dan perlu dilancarkan secepat mungkin.

Hmm, ingatkan relaks je yer perniagaan internet ni, rupanya tidak pun. ;)

Kemaskini Ebook FTP dan Sistem

InsyaAllah, saya dalam proses kemaskini produk ini. Anda boleh baca apa yang akan dikemaskini di blog khas produk ini di sini:

http://ftpcaramudah.com/kemaskini-sistem-ems-dan-laman-web/

Saya Gembira!

Saya amat gembira kerana dapat membantu orang lain memulakan perniagaan internet mereka sendiri melalui produk Ebook FTP. Dan mereka pun amat gembira apabila mereka telah mendapat hasilnya. Pertama kali pula tu..

Anda bila lagi? Dapatkanlah satu: www.ftpcaramudah.com ;)

Bagi yang belum balik modal tu, teruskan usaha anda. Gunakan pelbagai teknik promosi yer.

Balas Emel

Ada ‘ramai’ juga yang hantar Emel kepada saya seperti request JV, minta testimoni dan juga minta review produk. Boleh dikatakan emel-emel sebegitu saya tangguh dahulu utuk membalasnya sebelum ini kerana saya amat ’sibuk’ dengan pelancaran Ebook saya yang baru tu dan juga support untuk pembeli.

InsyaAllah, kalau tak hari ni dan minggu ni, saya akan balas pada minggu hadapan. Saya tidak mahu ‘tergesa-gesa’ membalas emel-emel sebegitu kerana ia memerlukan sedikit masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Prinsip saya, saya akan siapkan apa yang penting dan perlu dahulu. Saya tidak akan tambah kerja selagi kerja lain belum siap.

Support (Bantuan Pelanggan)

Boleh dikatakan, saya ‘banyak’ juga luangkan masa untuk memberikan ’support’ untuk para pelanggan saya. Jika anda pelanggan saya dan ada hantar emel atau apa-apa persoalan dan aduan, berikan saya masa kerana saya perlu ‘handle’ banyak juga persoalan daripada pembeli/pelanggan yang lain. Jadi, kena beraturlah. :D

Anda perlu tahu, buat masa sekarang, saya belum menggunakan khidmat staf atau pembantu untuk bahagian support ni. InsyaAllah kelak saya akan gunakan pembantu agar perniagaan saya lebih lancar.

Projek Terbaru

Saya ada beberapa projek baru untuk disiapkan. Tapi seperti yang saya katakan, saya ‘pause’ sekejap agar kerja-kerja yang lain siap dulu terutama projek dengan JV. Dah nak masuk Disember ni, ada dua tiga projek JV yang perlu disiapkan sebelum Disember.

Servis (Perkhidmatan)

Saya juga ada buat dua tiga bentuk servis secara Online tapi tak banyak. Namun agak teknikal juga untuk melakukannya. Bila dah free nanti sikit, saya akan rancang untuk menawarkan khidmat tertentu kepada yang memerlukan.

Saya tidak hanya mahu menumpu kepada jualan produk sahaja, tapi saya mahu juga mendapat income daripada perkhidmatan yang biasanya caj paling minimum adalah RM100.00. Kalau caj RM300.00 untuk satu servis dan dapat 10 orang pelanggan, dari situ dah dapat RM3000.00.

Itu belum campur lagi dengan hasil pendapatan jualan produk dan pendapatan dari program affiliate. Dan belum campur lagi dengan lain-lain perkhidmatan sebab yang RM3000 tu baru dari satu servis. Amacam, teruja? :D

Twitter.Com!

Saya menjemput anda semua untuk mengikuti perkembangan saya (apa yang saya sedang buat) dengan menggunakan satu Online Tools iaitu Twitter.com. Anda boleh ke page Twitter saya sekarang di sini:

http://twitter.com/smartzul/

Untuk mengikuti perkembangan saya, anda perlu daftar dengan mengisi form yang amat simple di sini:

https://twitter.com/account/create

*Pada bahagian kemasukan imej tu, masukkan kedua-dua perkataan secara bersambungan dengan betul (jangan salah eja). Contoh:

twitter

Selepas mendaftar, anda masuk ke page Twitter saya:

http://twitter.com/smartzul

Dan kemudian klik pada menu Follow yang berada di bawah ‘picture’ saya:

zulfadli

Siap. Sekarang, masuk ke page Twitter anda sendiri:

http://twitter.com/username_anda

Hasilnya, anda akan melihat ‘ayat’ apa yang sedang saya atau sesiapa yang anda ‘ikuti’ di page anda tersebut:

zulfadli

InsyaAllah, saya akan menggunakannya untuk menyatakan apa yang sedang saya buat, di mana saya sedang berada dan yang berkaitan..

Kesimpulan

Hmm, banyak juga kerja saya yer. Itu belum lagi ditambah dengan soal-soal peribadi kehidupan (yang ni, rahsialah, mana boleh kongsi). Jadi, saya perlu menyiapkan kerja-kerja yang perlu dahulu sebelum memikirkan dan menyiapkan projek baru. Buat satu demi satu, baru hati tenang. ;)

Itulah sahaja sedikit perkongsian saya ‘apa yang sedang saya buat’. Sekali lagi, ikuti perkembangan saya melalui:

http://twitter.com/smartzul/

.

Akhir kata, selamat berhujung minggu.

Wassalam.

ps. Mencari peluang perniagaan internet? Kami ada peluang berkos rendah, mudah dan cepat untuk anda. Klik di sini jika anda berminat.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

16 Responses to “Apa Yang Saya Sedang Buat?”

  1. abdfatah says:

    sayapun makin sibuk nak jadi penyibuk jugak… hahahhaaa :lol:

  2. Han says:

    slmt mlm zul,
    saya ada terima email twitter tu dari zul…
    dah join dah pun…
    saya ada terbaca juga dlm report mike tu…
    tapi tak hirau sgt… :mrgreen:
    tapi ni zul join boleh lah kita sama2 join juga…
    ok… :wink:

    han

  3. koibito says:

    ya zul…saya pun baru juga join twitter tu..

  4. mawardee says:

    hm, fadzli yusof tu senior saya. hanya kenal dari jauh jer. :wink:

    Kalau tanya pasal teruja tu, memang teruja pun, Zul. :wink:

  5. abdfatah says:

    nak tanya laa boleh citer sikit pasal snap2 tu… tunjuk je, lepas tu kuar snap… dan snap… apa faedahnya snap tu? ada pro dan kontra? nampak sibuk dari pandangan je…

    just my 5 cent… sowi laaaa… hihiiii

    • smartzul says:

      Dulu saya pakai dan kemudian saya off sebab ia menserabutkan keadaan. Dan semalam saya cuba test balik.. Apapun, saya dah off. Saya ON untuk test jer. Hrp mklum.

  6. Isman says:

    hello zul, saya dah cuba twitter tu, tapi tak sedap nya ada
    iklan …. kat sebelah bawah profile, macamana nak padam kan.
    TQ

  7. Isman says:

    syhh .. iklan benda mabuk secawan.. tu yang tak sedap nya

  8. SyedHafidz says:

    masalah betul bila post terdelete ek..musti tensen kan..
    =)

  9. urm..hari 2 ade tgk gak..tp nampak macam x menarik jer..colourful sangat..sakit mata den..huhu

  10. Encik Dlie says:

    Pernah juga terjadi kat diri saya.. sedap2 taip tiba2 hilang semua.. sedih betul..

    Wah.. !! semakin sibuk yer zul.. semoga bertambah maju dan terus berjaya…

  11. Fadzli Yusof says:

    Salam Sdra Zul
    Terima kasih sekali lagi. Entah bila kita boleh bersua agaknya? Suatu hari nanti saya ingin belajar daripada Sdra!

    Salam Hijrah :)
    Fadzli Yusof . com

  12. jadilah orang yang sibuk bukan penyibukk..
    saya agak terkesan dengan tajuk, walaupun saya bukan penyibuk…
    coz saya merasakan hidup saya sangat pack..
    saya kadang2 banyak perkara yang teratangguh..
    saya ada gak bertanya pada diri sndiri adalah saya btul2 sbuk atau buat sbuk…
    yang pastinya nak jadi rang yang berjaya memang tidak ada masa utk rhat..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)