Apa Yang Anda Mahu Buat? Lakukan Saja!

Apa khabar semua? Moga sihat di sana. Pertama sekali, masalah talian streamyx telah selesai di rumah sewa baru saya ini. Terima kasih kepada pihak tmnet streamyx yang telah membantu menyelesaikan masalah ini setelah kami menghubungi pihak anda saban hari dan masa. Begitu juga kepada pihak Telekom, terima kasih sebab menyelesaikan masalah sebenar setelah hampir 1 minggu kami menunggu. 😀 Jadi kini, bolehlah saya online lebih kerap terutama menguruskan kerja-kerja saya dan menyiapkan beberapa kerja bagi pihak customer yang tertangguh.

Baik, hari ni saya cuma nak kongsi tip yang simple sahaja. Jika anda ingin melakukan sesuatu, lakukan sahaja walau ada orang memberikan komen negatif. Dalam perniagaan internet, anda mesti fokus kepada pelanggan anda, BUKAN kepada mereka yang berfikiran negatif kepada anda dan kepada produk yang dijual. Mereka bukanlah entiti yang penting dan mustahak untuk difikirkan kerana mereka hanya tahu berkata sahaja, melainkan mereka memberikan komen yang membina.

Sebagai contoh, ada yang mengatakan begini, “tak payah beli ebook, boleh cari sendiri kat internet”. Kata mereka tak salah, cuma tak betul. Anda perlu tahu, tak semua orang begitu, jadi anda hanya fokus kepada mereka yang memerlukan ebook anda sahaja. Yang tak mahu tu biarlah dengan prinsip dia. Pengalaman saya, kata-kata mereka itu akan makan diri sendiri kelak kerana pandangan begitu amat-amat skeptikal dan tidak tepat. Jika saya terikut dengan kata-kata mereka, sudah pasti saya tak akan menjual ebook hasil tulisan saya. Tapi, sebab saya tak endahkan kata-kata negatif mereka itu, saya berjaya menjual berpuluh salinan ebook dalam masa hampir 2 minggu!

Pendek kata, kata negatif orang TOLAK TEPI, pandangan membina, pertimbangkan. Kalau nak buat sesuatu yang menguntungkan dan berfaedah untuk perniagaan dan diri anda, LAKUKAN SAJA!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Apa Yang Anda Mahu Buat? Lakukan Saja!

  1. tq zul, pos kali ni mmg kena tpt dgn saya, risau juga ebook yg saya akan jual nanti diberi komen negatif, tapi nasihat zul sgt melegakan…
    p/s saya dah contact zul utk reviewkan ebook saya tu…

  2. Apa yg sdr Zul kata tu tepat sekali. Kalau kita asyik ikut kata2 negatif org lain, susah le nak maju. Saya baru nak berjinak2 dengan internet business ni. Melihat dan mendengar kejayaan saudara2 saya berasa terpanggil untuk mendalami bidang ini. Harap2 boleh mendapat tip2 berkesan drpd anda yang dah make it.

  3. Yusli, tak perlu takut dengan kata-kata negatif. Kadang2 saya rasa macam dah lali dengan kata2 negatif orang. Bila kita fikir balik, APA GUNANYA AKU DENGAR KATA -VE orang? Jadi, rugi… Fokus pada kerja kita dan tingkatkan kualiti. Pasal review ebook tu, nanti saya balas emel ya.

    Pendek kata, JUST DU-IT! :p

  4. Yup saya setuju… kita perlu lakukan apa yang bermain di minda kita 😀 pastikan ia tidak salah disisi agama dan undang-undang 😉

  5. fuhh…
    bersemangat plak saya bila membaca post ni.

    labanon,
    memang betul apa yang awak kata,
    cakap pasal topik ni kan, memang seronok.
    tapi, lagi seronok kalau kita dapat buat program yang halal kan?

  6. zul, mcm logo nike la, “just do it”.

    anggaplah membeli ebook tentang IM sebagai pelaburan kita utk kelak. bagi saya ianya lebih baik drpd membeli benda2 yg tak berfaedah.

  7. saya terkejut juge sebenarnya dgn kata2 negatif tu..lagipun masa tu sy dah bank in duit utk beli ebook, tapi saya rasa saya buat yg betul…sbbnya sy tak punya banyak masa nak explore (sbg ibu yg kerja)…dah ada ebook yg dibuat senang utk dirujuk apa lagi rebutlah peluang…InsyaAllah org yg tak kedekut ilmu akan dimurahkan rezeki olehNya.Amin.

  8. bagus lar ramai yang sedar tulisan kali ni kena tepat kat diri sendiri. So boleh lar kita tingkatkan strategi agar -ve ini boleh didarabkan dgn -ve agar hasilnya nnt menjadi +ve..

    p/s-bertambah lar semangat utk berjuang. tq everybody 😉

  9. hang positifkan aje. apo yang depa dapat kalu cakap negatif. sekadar dapat ketawakan orang aje la. bukannya dapat duit apopun. dapat dosa ada ler.

    negatif oh negatif. sedihnya… huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *