Apakah Yang Menarik Anda Ke Belakang? Tangan Ghaib.

Terkadang kita tertanya-tanya, mengapa kita tidak mendapat kejayaan seperti mana orang lain. Soalan ini adalah normal bagi kebanyakan orang terutama mereka yang masih mencari potensi diri sendiri.

Di antara sebab mengapa kita masih berada di tahap yang sama adalah kerana:

  • Kita masih belum menetapkan matlamat yang jelas dan spesifik. Mudah katanya, kita tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu kita lakukan.
  • Belum mengenal diri sendiri seperti kekuatan dan kekurangan diri.
  • Masih dihantui oleh sejarah hitam yang lepas. Jika ini puncanya, dapatkan nasihat daripada pakar ataupun ahli-ahli ilmu Agama. – Lupakan kisah lalu. ALLAH sentiasa berikan peluang untuk kita membina ruang yang baru.
  • Sifat negatif seperti dengki, marah, panas baran, tidak boleh menerima nasihat, mengumpat, memfitnah, iri hati, sombong, ego, busuk hati dan sukar bertolak ansur… Sikap-sikap sebegini membuatkan kita hanya memfokus pada masalah dan bukan pada pembangunan diri, hidup dan kerjaya/bisnes.
  • Jiwa yang rapuh, iaitu jiwa yang begitu kosong dengan pengisian spiritual (rohani).
  • Terlalu banyak berfikir perkara yang tidak perlu difikirkan.
  • Kerap membandingkan diri dengan orang lain.
  • Tidak tetap dan tekad dengan satu usaha dan kerja. Mahu melakukan banyak perkara dan apa sahaja adalah punca hidup tidak mempunyai arah yang tetap.
  • Hidup tidak diurus dengan baik. Rutin harian tetap sama dan berlegar pada perkara yang sama. Tiada perubahan dan pembaikan dilakukan.

Keadaan-keadaan di atas umpama ‘tangan ghaib’ yang memegang bahu kita dan menarik kita ke belakang. Namun berita baiknya, kita sepenuhnya berkuasa untuk menghapuskan ‘tangan ghaib’ itu. Segalanya ada dalam genggaman tangan kita. Kita sendiri yang perlu menguatkan tekad dan membuat keputusan untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Bagaimanakah caranya untuk mula berubah? Langkah pertama adalah tanya pada diri sendiri, apa yang dimahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu dilakukan.

Mulakan dengan nama ALLAH dan berdoa kepadaNya memohon kekuatan, perlindungan dan bimbingan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Apakah Yang Menarik Anda Ke Belakang? Tangan Ghaib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *