Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Apa Itu Program Affiliate?

Sudah lama saya tidak menulis mengenai program affiliate. Pada kali ini, kita kembali kepada asas. Tanpa menguasai asas, amat sukar untuk berjaya meraih hasil yang memuaskan. Maka sebab itulah ramai yang “kecundang” gara-gara melakukan teknik yang ‘advance’, tapi yang asas dipinggirkan.

Cara saya dalam perniagaan amat mudah iaitu “keep it simple”. Setelah menguasai yang asas, maka kita akan tahu apa yang perlu dibuat, malah daripada yang asas itu pun kita akan mendapat pelbagai idea yang kreatif.

Saya dapati kebanyakan orang yang tidak ke mana hasil usahanya adalah kerana perkara yang mudah dikomplekskan. Yang asas atau yang mudah, diletakkan pelbagai syarat sebelum melakukannya. Permudahkanlah sesuatu dan kita akan senang melakukannya tanpa sebarang halangan yang terlampau banyak.

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN

Sedikit istilah yang perlu difahami:

Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.

Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.

Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.

Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Contoh link affiliate adalah seperti berikut:

http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Bahagian akhir yang saya warnakan dengan warna merah iaitu ref=smartzul adalah ID pengenalan diri kita agar Sistem Affiliate dapat mengenalpasti sebarang aktiviti yang berlaku melalui promosi seperti jumlah klik pada link dan juga jumlah jualan yang telah berjaya dilakukan.

Tanpa ID ini, maka sistem akan gagal untuk mengesan dan merekod sebarang data untuk anda. Jadi pastikan link affiliate yang anda gunakan adalah betul. Setiap link affiliate adalah unik di mana setiap orang mempunyai ID yang berbeza. Contohnya:

Ali: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Ahmad: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=ahmad

Abu: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=abu

Ali, Ahmad dan Abu mempunyai link affiliate masing-masing. Jadi, barulah sistem affiliate dapat mengesan siapakah ‘punca’ yang telah menghasilkan jualan yang berlaku. Jika produk itu dibeli melalui link Abu, maka Abu lah yang berhak mendapat komisen tersebut. Begitulah sebaliknya…

Bagaimana Sistem Affiliate Berfungsi?

Aliran asasnya adalah begini:

Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Penerangan:

Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.

Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut.

Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai.

Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut.

Contoh Paparan Pada Akaun Affiliate

Contoh jumlah komisen yang dihasilkan:

sales 

Contoh jumlah klik pada link affiliate:

click

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Link Affiliate?

Daftarkan diri anda pada mana-mana program affiliate. Untuk sertai program affiliate, satu cara yang amat mudah adalah anda ke forum WangCyber.com dan di sana ada banyak pengumuman mengenai program affiliate terkini.

Salah satu program affiliate milik saya adalah Program Affiliate Kuasa Forum:

http://www.kuasaforum.com/proaff/signup.php

Dan ada boleh membaca sedikit syarat-syarat asas program:

http://www.kuasaforum.com/proaff/

Daftarlah diri anda di sana dan sebaik sahaja login masuk, anda akan dipaparkan dengan link affiliate unik khas untuk anda seperti berikut:

 link-affiliate

Setelah mendapat link tersebut, promosikanlah dengan cara yang berkesan. Cara promosi ada banyak. Anda boleh dapatkan mana-mana panduan cara promosi. Sedikit nota di sini, mempromosikan produk orang lain ada sedikit perbezaan teknik berbanding dengan menjual produk sendiri.

Antara cara yang terbukti berkesan adalah dengan menawarkan bonus jika ada orang membeli melalui link affiliate anda dan juga melakukan ulasan yang jujur terhadap produk tersebut. Kedua-dua teknik ini diguna-pakai secara meluas oleh kebanyakan Affiliate Marketer.

Mungkin kita boleh berbincang lebih lanjut teknik promosi produk affiliate ini pada artikel yang akan datang. Atau anda boleh merujuk mana-mana artikel yang telah saya tulis sebelum ini terutama yang ini:

http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2007/08/panduan-program-affiliate/

Pembayaran Komisen

Bayaran komisen bergantung kepada syarat Pengurus Program Affiliate. Biasanya ia dibayar sekali sebulan tanpa sebarang jumlah minima. Lain-lain syarat tambahan bergantung kepada mereka.

Penting: Pastikan anda menyertai program affiliate yang dipercayai dan masih aktif.

Kesimpulan

Penerangan yang saya lakukan ini sudah teramat asas. Namun saya rasakan ia pun sudah cukup memeningkan bagi mereka yang amat-amat baru dalam model perniagaan internet ini. Tip saya, baca berulang-ulang kali dan tanya jika tidak faham.

Kebanyakan panduan hanya menceritakan bagaimana melakukan promosi atau teknik yang keterhadapan, tetapi tidak menghurai secara jelas apa itu program affiliate secara mendasar. Padahal ia adalah lebih penting terutama untuk orang-orang yang baru ingin menjana pendapatan dengan program affiliate.

Mengetahui strategi adalah tidak mencukupi jika di dalam fikiran masih lagi tertanya-tanya “apakah yang aku lakukan ini?”. Keadaan ini akan menyebabkan kita tidak mempunyai tapak yang kukuh untuk terus melakukan model perniagaan yang amat menguntungkan ini. Jadi, bina tapak yang kukuh dahulu sebelum terus ke hadapan.

Pada artikel yang akan datang, kita akan berbincang pula mengenai bagaimana cara mempromosikan produk affiliate, teknik/strategi yang berkesan dan perkara-perkara yang lebih teknikal.

Sekian. Majulah program affiliate untuk negara. :lol:

Facebook comments:

49 Responses to “Apa Itu Program Affiliate?”

  1. bertdez says:

    Affiliate akan menjadi susah jika kita tidak tahu asasnya. Info ni sanggat menarik. Terima kasih saudara Zul, pengatahuan saya tentang affiliate bertambah lagi. Tak sabar nak baca artikel yang akan datang.

  2. Saya rasa penjelasan tentang affiliate daripada nota ini sudah cukup lengkap. Mohon disampaikan nota tuan ini kepada rakan-rakan saya.

  3. Tuan Azree, dipersilakan. Terima kasih.

  4. kalamharta says:

    kebanyakan skrg menawarkan rebet untuk produk
    adakah ia menyebabkan ebook tersebut menjadi tepu?

  5. Fazli says:

    mcm kelas affiliate lak rasanya. tak sabar nak tunggu next artikel. terima kasih zul atas perkongsian. setakat ni saya cuma dapat satu jualan je daripada program affiliate. itu pun pakej kit blogger zul. bila zul kata nak keluar produk ttg affiliate. rasa mcm teruja lak. tq very much.

    • smartzul says:

      Itu lah. Teknik Mudah Affiliate adalah teknik yg khas untuk produk-produk tertentu. Walau nama mudah, tapi ada kerja sikit kena buat. Tapi bersama2 ebook tu, saya bagilah tool sekali agar mudah nak buat.

      Nanti, saya akan keluarkan juga Panduan Affiliate yg asas dan menyeluruh. Hanya teknik-teknik yang dirasakan berkesan sahaja yang akan diperbincangkan.

  6. alan tan says:

    Tak nak blog pasal link cloaking ke? :D

  7. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  8. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  9. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  10. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  11. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  12. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  13. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  14. ???? ??????? says:

    br sy fhm skrg… sy br nk bljr…. hrp dpt jd sifu…..hehe….

  15. Shukor says:

    Penerangan yang jelas dari bro Zul. Kalau tak tahu yang asas memang susah…terpinga-pinga dibuatnya bila nak mula :)

  16. William Woo says:

    very basic but every word is very informative, thanks Zul, keep it coming

  17. yoji says:

    menarik2 artikle dari otai bro zul nie.. lagi 1 kita kena fikirkan kaedah utk tidak bagi rebet.. yg penting ikhlas kita menpromosikan produk tersebut supaya pembeli sentiasa membeli dari link affiliate kita.. :)

  18. wanmus says:

    Setiap artikel smartzul ni panjang2 je dan berkualiti, susahnya nak menulis camni..hehe..apa pun, thanks kerana berkongsi bro

  19. abgzol says:

    Terima kasih zul kongsikan informasi yang sangat bagus ini khususnya untuk rakan-rakan yang nak suksess dalam pemasaran affiliate ni. Memang betul kalau takdek asas yang kuat bagaimana nak terus mencapai tahap kejayaan yang sepatutnya. Sama gak seperti sepohon pokok tanpa akar yang kuat pasti mudah saja untuk pokok tu tumbang.

    Maka disebabkan tiada asas yang kuat seperti zul katakanlah ramai gak yang separuh jalan jer menjalankan pemasaran affiliate coz cepat berputus asa apabila tidak mendapat komisyen seperti yang dicita-citakan. Semoga atas usaha zul menerbitkan sebuah lagi panduan yang mengkhususkan kepada kejayaan dalam pemasaran affiliate ini akan melahirkan lebih ramai IM yang akan suksess menjana pendapatan lumayan hanya melaui program affiliate!

    Trend yang mula menular di kalangan IM tempatan sekarang menawarkan BONUS-BONUS tambahan yang nilainya sampai berganda-ganda daripada harga produk asal :) Ini satu persaingan yang sehat di kalangan agen & keuntungan yang sangat berbaloi kepada pembeli..

  20. M.Najib says:

    Program affilliate mmg sesuai terutama kepada IM baru yg belum ada produk. Terima kasih pd saudara Smartzul yg sentiasa berkongsi tips2 ttg pemasaran affilliate

  21. rizal says:

    Satu penerangan yang lengkap pada saya bagi seorang newbie. Penkongsian yang bagus untuk dijadikan asas ilmu jika berminat hendak memulakan didalam bidang affliates ini. Syabas Smartzul! You memang tidak jemu2 memberi maklumat dan info yang amat berguna. Tak sia2 mengikuti segala posting you disini. Banyak yang boleh belajar. Teruskan dengan pengkosian ini SmartZUl. Lahirnya blog saya juga keranmu Zul.

  22. den says:

    dulu sy ada juga cuba-cuba nak buat affliat ni tapi lepas ada report kata dia org tak bayar komisen sy stop .

  23. wanzpyra says:

    Assalamualaikum Smartzul. Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang bro berikan di sini. Memang amat berguna bagi saya yang masih baru dalam dunia IM ni. Saya baru sahaja cuba menjadi agen bagi saudara Ammar untuk produk terbaru beliau. Dengan tips2 yang diperolehi di sini, sekarang saya dah faham apa sebenarnya program Affiliate ni. Terimas Smartzul. Semoga jasamu diberkati Allah. Amin!

  24. Razif Yusof says:

    Bermanfaat… :) i like…

  25. olan says:

    thanks bro…penerangan yg ringkas dan padat. tahniah

  26. Bro_Naim says:

    salam bro,

    terima kasih atas segala info yg saudara berikan berkenaan program affiliate nie,memg sangt berguna utk seorang yang bru belajar cam sy nie..
    nk tye ckit pasl hukum perundangan affiliate programe nie,

    1. Tak salah ke kalau kte join program affiliate nie dari segi perundangan negara?

    2. Tak salah ke kalau kte jalankan program affiliate kte sendiri lepas tu keluarkan produk ebook cam saudara lakukan?takut gak nanti kena dakwa oleh KPDNHEP

    sy teringin sangat nk jadi pengusaha IM macam saudara lakukan & kalau boleh nk sangt berguru dengan saudara.

    terima kasih.

    • smartzul says:

      Salam.

      1. Tak salah. Tak ada undang-undang khusus yang mengawal program affiliate. Kita guna saja undang2 umum di mana kalau program itu sah di sisi undang2 dan produknya halal, maka boleh saja. Cuma jangan keliru antara prog affiliate dengan MLM. MLM perlu dapat pengesahan pihak berkuasa. Keduanya, prog affiliate bukan program kumpul duit orang (deposit haram).

      2. Nak keluar ebook atau buku, tak ada halangan. Sesiapa pun boleh menerbitkan ebook. Tidak salah di sisi undang2, lagi2 jika ebook itu benda yang baik.

  27. Salam smartzul,saya memang baru dalaam affiliate ni.Info saudara nie dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan affilite.Saudara takde ke nak buat kelas atau seminar bab affiliate nie rasanye ramai yg ingin menghadirinya

  28. terima kasih atas arkitel saudara, penerangan yang padat dan ringkas.. Atas sumbangan anda..
    Sekian

  29. amat berguna skali utk pengetahuan ^^

  30. Juan says:

    Salam.

    Penjang lebar penerangan Tuan Zul ini.
    Sangat berguna untuk penggiat affiliate.
    Walaupun asas, tetapi padat dengan info.
    Semoga lebih ramai tahu,apa itu affiliate.

  31. Yusry says:

    Salam,

    Sungguh ringkas dan jelas ilmu yg disampaiakn saudara zul.baru senang sy nk memahaminya.Amat berguna kepada newbie seperti sy ni.baru nk merangkak dlm dunia ni.Saudara zul sy ingin minta kebenaran tk disampai ilmu saudara zul ini kepada rakan-rakan seperjuangan.

  32. mat says:

    mudah percuma dan boleh dapat duit… tu yang best ..

  33. sabri69 says:

    Salam Hormat,

    Saya sudah daftar dengan affiliate untuk Kuasa Forum iaitu

    http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=sabri69

    Promosi sedang berjalan.

    TQ.

  34. Kenapa kesimpulan Zul macam tergantung je. Taknak panjangkan ke?

  35. Blog ni memang sentiasa up-to-date,.. alaxa rank zul dah jatuh sikit la. Pasni keep it coming k

  36. sofian says:

    wow..tuan zul ni memang terkenal bagi info-info bagus dan rajin buat karangan..mesti SPM dapat A kan?hehe..neway thanks..senang sikit nak pass-pass info ni :)

  37. Noridah says:

    artikel yang menarik…harap ada sambungannya nanti…

  38. zaifaa says:

    salam bro..ilmu yg sgt berguna,padat dan mantap..minta kebenaran utk kongsi ilmu dgn sahabat2 lain boleh ke?sy baru nk bjinak2 dgn affiliate ni.

Trackbacks/Pingbacks

  1. SimplePlan2git$ » Nak tahu apa itu affiliate Marketing…
  2. Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  3. Ingin Komisen Lumayan? – Formatlah Sendiri!

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)