Apa itu PLR?

PLR adalah ringkasan kepada Private Label Rights. Perkataan Label itu bermaksud ‘melabelkan’ sesuatu produk dengan sesuatu nama sama ada nama kita, jenama atau nama perniagaan.

Dalam pasaran tempatan (offline), begitu banyak produk serbuk kopi segera. Kebanyakannya adalah daripada kilang yang sama. Cuma, setiap usahawan dan perniagaan akan membeli hak melabel, dan buat ‘packaging’ sahaja.

Begitu juga dalam bidang Internet Marketing, produk-produk PLR begitu banyak dan meluas sekali. Daripada artikel, video, audio, template website dan sebagainya. Kita boleh buat apa sahaja dan menukarnya kepada bentuk format yang lain.

Namun sedikit unik dalam Internet Marketing, produk-produk PLR ada syarat yang disertakan bersama. Apabila disertakan syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “terhad”. Jika boleh buat apa sahaja tanpa syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “tanpa had”.

Produk PLR adalah umpama bahan mentah, seperti tepung gandum. Kita masukkan pelbagai bahan lain, pewarna dan perisa ke dalam tepung itu, akhirnya terhasillah pelbagai jenis kuih yang sedap.

Begitu jugalah dengan ‘bahan mentah’ PLR seperti artikel dan ebook. Apabila kita ubah suai, design semula pakej, tambah dengan kandungan lain, tukar bentuk font, design layout ebook agar lebih kemas, masukkan imej (screenshot), buat ecover khas dan lain-lain lagi, maka terhasillah sebuah produk kita yang unik.

Kesimpulan: Produk PLR membolehkan kita menjadi usahawan produk informasi (penerbitan) dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat.

.

Artikel tambahan:

PLR adalah salah satu jenis “hak melabel dan menjual” yang terkenal dalam kebanyakan bidang bisnes, termasuklah dalam bidang penerbitan kandungan (content).

Contohnya jika kita ingin menjual paket serbuk kopi dengan jenama sendiri, kita perlu dapatkan hal melabel tersebut daripada pengeluar asal. Hal ini sama dalam bidang penerbitan terutama penerbitan online.

Apabila kita memiliki hak PLR terhadap sesebuah produk, bermaksud kita boleh melakukan beberapa perkara yang dibenarkan berdasarkan lesen / terma yang disertakan. Contohnya:

  1. Ubah suai dan perbaiki kandungan asal.
  2. Letak jenama bisnes sendiri.
  3. Redesign semula website jualan produk.
  4. Boleh diberikan percuma melalui list.
  5. Boleh dijadikan artikel di blog.
  6. Teks tulisan boleh ditukar kepada video dan audio.
  7. Boleh terjemah kepada bahasa lain.

Biasanya hak PLR ini melarang pemilik PLR menjual kembali hak ini kepada orang lain, melainkan ia dibenarkan oleh pengeluar.

 

Contoh lesen PLR sebuah ebook PLR:

[BOLEH] diletak nama dan domain anda sendiri.

[BOLEH] ubah, perbaiki atau tambah kandungan ebook.

[BOLEH] guna program affiliate.

[BOLEH] buat design ecover sendiri.

[BOLEH] jual ebook dengan lesen RR atau MRR.

[BOLEH] jual dengan harga paling rendah RM15.00.

[BOLEH] buat website (minisite) sendiri.

[BOLEH] buat surat jualan (salesletter) sendiri.

[BOLEH] tukar tajuk ebook.

[BOLEH] jadikan ebook ini sebagai BONUS untuk apa-apa produk.

[BOLEH] gabungkan (bundle) ebook ini dengan ebook atau produk lain.

[BOLEH] edit atau ubah kandungan laman web yang disertakan.

 

[TIDAK BOLEH] berikan file .doc (Word) kepada orang lain.

[TIDAK BOLEH] letak nama atau maklumat kami.

[TIDAK BOLEH] jadikan ebook ini sebagai ebook percuma.

[TIDAK BOLEH] menuntut hakcipta. Hakcipta asal milik SmartUsaha.com.

[TIDAK BOLEH] jadikan sebagai artikel atau bahan laman web.

 

Sumber artikel: Komuniti FB PLR SmartUsaha.com

—-

DAPATKAN PAKEJ PLR DI SINI: http://smartusaha.com/plrmini-01

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Apa itu PLR?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *