Apa Itu Pasaran Lumayan?

Saya dilanda ‘banyak kerja’ sekarang. Sehingga ‘kesuntukan’ untuk menulis di blog ini. Namun begitu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis ‘berita terbaru’ di blog ini. Saya tidak mahu pembaca-pembaca ‘akhbar harian Ebiz’ ini kecewa jika tiada sesuatu yang baru pada setiap hari.

Niche, Niche, Niche.. Tak Habis Habis..

Anda sering kali didedahkan dengan istilah ‘Niche’. Saya juga telah banyak juga menulis mengenai niche market, niche marketing, niche product dan sebagainya. Apa itu niche, apa tujuannya, mengapa dan juga bagaimana telah pun pernah saya tulis sebelum ini.

Namun pada hari ini saya ingin mengulangi lagi agar kita semakin nampak akan keuntungan menjual sesuatu kepada pasaran yang ‘niche’. Baik, apa itu ‘niche’? Ia adalah perkataan bahasa Inggeris dan ada yang ‘menterjemahkan’ ke dalam bahasa Melayu sebagai fokus, bertumpu atau spesifik.

Tapi setelah difikirkan istilah yang sesuai UNTUK perniagaan internet, maka saya ingin memanggil istilah ‘niche’ itu sebagai LUMAYAN. Jadi, niche market bolehlah diberi maksud pasaran spesifik yang lumayan.

Mengapa Utamakan Lumayan?

Tidak salah untuk menjual apa sahaja di internet. Tetapi sebagai seorang usahawan internet yang bijak, kita kenalah mengutamakan pasaran yang lumayan. Bukan pasaran yang hanya seorang dua sahaja yang mahukan produk tersebut.

Dan sudah adat dunia perniagaan, salah satu matlamat perusahaan adalah keuntungan yang tinggi dalam penjualan sesuatu produk, bukan keuntungan yang hidup segan mati tak mahu.

Apa Itu Pasaran Lumayan?

Ia adalah satu pasaran yang ada permintaan terhadap sesuatu perkara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sesuatu pasaran spesifik itu pula dikatakan amat lumayan jika tinggi permintaannya dan kurang persaingan.

Inilah yang sering anda dengar iaitu carilah pasaran dahulu sebelum menentukan produk, sebaliknya jangan tentukan produk dahulu baru cari pasaran. Maksudnya, buat kajian dahulu apakah permintaan yang ada dan kemudian baru sediakan apa-apa produk (penyelesaian) untuk mereka.

Untuk mengetahui sesuatu permintaan itu adalah niche atau tidak, lumayan atau tidak, maka anda perlulah melakukan kajian pasaran (market research) dahulu.

Mengapa Perlukan Pasaran Yang Spesifik?

Mudah sahaja jawapannya. Pasaran yang khusus dan ‘kecil’, biasanya memerlukan kos yang kecil juga untuk penyediaan produk dan juga proses promosi/pemasaran. Kalau pasaran anda besar (mass market), anda begitu sukar untuk bersaing dengan perniagaan-perniagaan yang besar.

Tapi anda jangan salah sangka dengan istilah ‘kecil’ atau ‘spesifik’ ini. Ia bukanlah kecil yang apa kita faham, tapi ialah satu pasaran atau segmen yang spesifik/khusus. Contoh mudah, ubat jerawat batu. Ia hanya untuk mereka yang ada jerawat batu sahaja, bukan untuk jerawat yang lain. 😀 Jadi, mereka yang memerlukan ubat jerawat batu itulah yang dikatakan sebagai ‘pasaran’ yang spesifik.

Istilah dan Maksud

Berikut ialah beberapa istilah yang perlu anda faham maksudnya:

Niche product – produk yang spesifik untuk memenuhi pasaran yang spesifik

Niche market – pasaran atau sasaran untuk produk niche tersebut. Produk ini adalah untuk mereka sebab mereka yang memerlukannya.

Niche Market Research – usaha mencari pasaran yang spesifik dan lumayan

Contoh:

Setelah dibuat sedikit kajian, didapati ramai yang mahu membina laman web perniagaan internet. Mereka lebih suka membina sendiri sebab sumber modal yang terhad untuk mengupah orang lain. Jadi, setelah dikenalpasti permintaan ke atas keperluan ini, maka saya hasilkan satu panduan (ebook) membina laman web minisite khas untuk perniagaan internet.

Poin penting di sini, ebook ini bukan untuk semua orang. Tetapi ia adalah untuk mereka yang ingin membina laman mini (minisite). Laman web terdapat banyak jenis seperti laman web korporat, laman web komuniti, laman web artikel dan sehinggalah kepada laman web minisite.

Maka, bermulalah proses menyediakan panduan tersebut sehingga siap. Beberapa perkara berkaitan juga ditambah untuk melengkapkan panduan itu agar usahawan internet yang mahu menggunakan minisite sebagai medium pemasaran produk berjaya menghasilkan satu laman web yang lengkap.

Produk pun siap. Maka bermulalah pula proses promosi dan pemasaran. Kemudian apa lagi? Sudah tentulah duit masuk mencurah-curah. Itupun jika pasaran yang anda kaji betul-betul sebuah pasaran yang lumayan. 😉

*Ya, sudah semestinya perlu promosi yang berkesanlah. Baru akan dapat ramai prospek dan juga pembeli.

Artikel Yang Berkaitan:

1. Dua contoh produk yang niche

2. 5 sebab perniagaan internet tidak berjaya

3. ‘Lubuk Emas’ Perniagaan Internet

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Apa Itu Pasaran Lumayan?

  1. Pasaran niche semankin tepu. Sekarang, ramai yang sudah mula menumpukan perhatian pada long tail niche pula.

    Ini menjadikan wordtracker semankin popular dan menjadi tumpuan para IM berbanding dengan keyword tools yang lain seperti GoodKeywords dan inventory.overture.com.

    1. Yup, saya setuju. Tapi dalam pendapat yg lain pula mengatakan, selari dgn perubahan semasa, sesuatu niche itu akan tetap ada permintaan. Mana2 pihak/produk yg tak up to date, akan ketinggalan.

      Begitu juga dengan niche untuk IM. Akan tetap ada permintaan selari dgn perubahan masa, kehendak, keadaan dan ‘teknologi’. Sesuatu topik atau bidang itu akan selalu berubah dan berkembang. Ilmu adalah sesuatu yg dinamik, tidak statik. Jadi, ia boleh diolah dan dimanifestasikan kepada mcm2 bentuk yg lain.

      *Setahu saya, ramai yg bercanggah pendapat tentang ‘long tail’ ni terutama untuk ‘blogging for making money’. Ada yg kata profitable, ada yg kata tak. Namun kesimpulannya, ia bergantung kepada ‘tujuan’, keadaan dan bbrp aspek yg lain lagi. Masing2 punya pendapat.. 😀

      1. Ya. saya bersetuju dengan pendapat Zul.

        Pasaran IM ni memang boleh ditembusi. Mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk menakluk pasaran tersebut.

        Dunia ini cepat berubah. kejap ini, kejap itu.

        Ini mewujudkan gap dalam pasaran dan sesiapa yang dapat memenuhi gap ini akan mendapat habuannya.

        Dulu orang gila-gilakan MySpace. Sekarang ni Facebook pula. Sekiranya seseorang tu dapat menjadi perintis dalam benda-benda baru ini, dia bakal mendominasikan pasaran tersebut.

    2. saya tertarikla dengan pandangan saudara…
      boleh saudara terangkan dengan lebih detail tak?
      especially long tail niche…
      menarik… 😀

      1. Long tail niche merupakan sub niche yang lebih fokus bagi pasaran tertentu.

        Misalnya:

        Pasaran: Dating

        Niche: Dating tips, dating gift, dating story, dating jokes

        (Ambil niche dating tips sebagai contoh)

        long tail niche: dating tips for men, dating tips for women, dating tips for teenagers, dating tips for 20-30 years old men in Atlanta dll.

        Harap ia membantu. 🙂

  2. Salam,

    saya juga pernah menjual ebook untuk pasaran niche ini dan pada mulanya saya takutkan tidak menjadi..ye ler..ramai ke yg minat benda ni…tapi alhamdulillah sebenarnya kajian saya tepat terhadap yang yg tertumpu ini…

  3. slmt pagi zul,
    dalam perniagaan internet ni, niche sangat penting…
    tapi mcm raymond kata, niche skrg ni semakin tepu…
    tapi niche masih boleh digunakan…

    han

    1. Ya. Kalau nak pilih niche ini. Janganlah pilih yang terlalu umum seperti blogging, cooking, dessert, fishing, mathematics

      Sebaliknya pilihnya niche yang lebih tertumpu seperti “how to set up a wordpress blog”, “asian vegetarian cooking recipe”, “tasty dessert in Penang”, “deep salt water sea fishing”, “algebra for grade 7 students”

      *Disclaimer: NIche yang disebutkan di atas cuma contoh dan belum melalui kajian pasaran yang mendalam. 😀

  4. Usaha yang dilakukan untuk mencari niche yang lumayan akan dibalas dengan pulangan yang lumayan.. 😛

    Jika tiada usaha (malas) untuk mencari niche yang lumayan, tentunya hasil yang diterima kurang memuaskan..

    Biasalah tu, usaha lebih dapat lah lebih, usaha kurang dapat pun kurang..

  5. Saya msih lagi seorang pelajar di dalam kos business management.Lecturer saya memberi tugasan utk menerangkan maksud pasaran nicher.Dan sekarang saya sudah yakin utk presentation saya.Terima kasih En.Zul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *