Anda Perlu Ke Seminar atau Bengkel. Noktah!

Sebelum itu, sila baca Post saya kali ini dengan nada yang biasa-biasa dan jangan menganggap tulisan ini dalam penuh beremosi. Tidak sesekali ok. Lagipun hari ni hari Isnin, hari yang amat-amat patut kita mulakannya dengan penuh keceriaan dan penuh bermotivasi. πŸ˜€

Saya Minat Nak Buat Ebiz!

Saya tidak tahulah berapa kali sudah menerima emel-emel yang menyatakan minat, mahu dan keinginan individu-individu terhadap perniagaan Internet. Tidak cukup dengan emel, ada yang hantar SMS kepada saya.

Terkadang, saya amat kasihankan mereka. Jika boleh, mahu sahaja membantu mereka dari A hingga Z. Tapi apakan daya, saya tidak mempunyai kelapangan masa yang begitu banyak sebab saya perlu menguruskan perniagaan saya. Di sudut yang lain, saya juga adalah manusia biasa yang mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Bagi anda yang masih kekosongan dan tidak faham mengenai perniagaan internet ini, ubat terbaik bagi anda ialah menyertai seminar atau bengkel. Noktah. Tiada lagi cara lain. Jika mahu lebih berkesan, dapatkan ‘personal training’ daripada mereka yang terbukti sudah mendapat hasil melalui perniagaan internet ini.

Ya, ia memerlukan kos. Tapi jika anda benar-benar serius, modal anda untuk ke seminar atau bengkel dan untuk pembelian buku/ebook akan diperolehi kembali kelak selepas anda berjaya menjual produk anda. Itupun jika anda benar-benar berusaha dan bukan hanya minat semata-mata.

Awas Wahai Pemikir Yang ‘Jumud’

Sebelum itu, saya mintaa maaf jika penulisan saya kali ini mungkin membuatkan pihak-pihak tertentu terasa hati atau tidak bersetuju. Jumud yang saya maksudkan di sini adalah satu pemikiran yang tidak cuba melihat keseluruhan aspek sebelum mengatakan sesuatu. Akhirnya, kata-kata itu akan menjadi satu pendapat yang ‘jumud’ sebab tidak memberikan manfaat secara menyeluruh.

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar, ada mereka yang mengatakan tidak perlu ke bengkel atau seminar, itu semua membazir duit sahaja. Hmm, saya mengucap panjang apabila mendengar kata-kata mereka ini. Jika ikhlas nasihat itu, baguslah. Tapi jika ada motif di sebaliknya, jangan mudah mempengaruhi orang lain.

Alasan mereka mudah. Orang-orang yang berjaya dalam perniagaan internet hanya membaca di Internet, Ebook atau buku dan kemudian mereka mengajar kembali kepada orang lain. Jadi bagi mereka, semua orang juga hanya perlu membaca dan mengkaji sendiri, tak perlu belajar daripada orang lain. Ya, saya tidak nafikan. Hatta saya sendiri banyak membaca bahan-bahan seperti buku, ebook, artikel dan sebagainya. Namun persoalan di sini ialah:

“Perlukah orang lain turut sama perlu mengikut jejak langkah kita?”

“Perlukah orang lain turut sama perlu melakukan cara yang kita lakukan?”

“Perlukah orang lain perlu menghabiskan banyak masa semata-mata ingin menjimatkan wang tanpa perlu beli buku, ebook atau ke seminar/bengkel? Padahal mereka banyak atau ada duit yang boleh dikeluarkan.”

“Adakah orang lain sama tahap kefahaman seperti kita yang mudah faham terutama perkara-perkara yang teknikal?”

“Adakah orang lain banyak masa untuk menghadap internet bagi mencari bahan, ‘trial & error’ dan mencuba sendiri?”

“Adakah semua orang perlu melakukannya sendiri tanpa perlu ada bimbingan terus daripada mereka yang benar-benar faham?” – belajar tanpa guru.

Saya ingin menyatakan di sini, terkadang saya amat kecewa dengan pandangan sesetengah pihak yang hanya menggunakan sebelah akal sahaja di dalam berkata-kata. “tak perlu beli buku”, “tak perlu ke seminar”, “tak perlu mentor”. Tapi kemudian promote diri sendiri, “belilah buku kami”, “rujuklah kami” dan “kamilah yang terbaik”. Apa ini semua? Janganlah terlalu hipokrit dan menidakkan orang lain. Bisnes bisnes juga, tapi jangan sampai kata-kata kita merosakkan pemikiran dan kehidupan orang lain.

Ketahuilah, tak semua orang sama seperti kita. Dan tak semua orang sama belaka. Lain orang, lain keperluan, lain keadaan. Hatta walaupun ada seminar berharga mencecah ribuan, kalau seseorang tu mampu dan mahu ke seminar itu, kita peduli apa? Dah orang tu mahu pergi dan dia mampu, biarkan sajalah. Kita nak sibuk kenapa?

Di sini, saya bukanlah nak memenangkan mana-mana pihak. Tetapi saya berada di tengah-tengah. Pengalaman saya setelah beberapa kali memberikan ceramah di seminar dan juga bengkel memberikan saya beberapa input yang amat berguna bagi saya. Para peserta seminar/bengkel benar-benar mahu mengubah nasib mereka dan sama-sama mengecap kejayaan melalui perniagaan internet.

Jadi kepada yang mengadakan seminar atau bengkel, teruskan usaha anda dan lakukan dengan terbaik. Didiklah anak bangsa kita baik-baik. Kepada anda yang hanya tahu berkata-kata, ketahuilah, tugas mendidik orang ni bukan satu perkara yang mudah. Tidak semudah menaip dan berkata-kata. Sebab itulah saya mahu berehat seketika daripada memberi apa-apa ceramah/bengkel dan apa-apa sahajalah sebab ia satu tanggungjawab ‘berat’.

Kepada yang menentang orang yang buat seminar dan berkata ini tidak boleh dan itu tidak perlu, janganlah begitu mudah mempengaruhi orang lain dengan pemikiran kita. Ingatlah, kita amat berbeza dengan mereka yang tidak tahu apa-apa. Mereka ‘blank’, kosong, tak faham, tak nampak hujung pangkal dan keliru. Kalau kita mudah faham perkara teknikal contohnya, ketahuilah, ramai sangat orang lain tak mudah nak faham macam kita.

Janganlah… Janganlah merosakkan hidup orang lain dengan pemikiran yang pendek. Berkatalah sesuatu dengan bijaksana. Ingat, kata-kata kita walaupun ia salah atau benar, ia tetap boleh mempengaruhi pemikiran dan hidup orang lain. Berhati-hati dalam berkata dan menulis. Benarlah kata pesan Rasulullah, Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata yang baik atau diam. (H.R. Bukhari-Muslim).

Ini pesanan ikhlas daripada saya untuk semua blogger terutamanya, jaga-jaga dengan penulisan anda. Jangan sampai ia memusnahkan hidup, fikiran dan perasaan para pembaca anda dan orang lain. Jangan hanya tahu menulis ikut sedap hati sahaja.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan juga kepada semua, berkatalah yang baik-baik sahaja dengan cara yang sehabis baik yang kita mampu. Setiap apa yang kita katakan, kita perlu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan.

Belajar Tanpa Guru/Mentor

Adakah satu perkara yang bijak jika kita menyuruh mereka yang teramat ‘blank’ ini mengkaji sendiri dan mencuba sendiri (tanpa guru)? Oh, bagi saya ia bukan jalan orang-orang yang bijak walaupun ia bukan perkara yang tak salah. Penawar yang dicari, sakit yang diberi.

Mengapa? Di internet ini begitu banyak maklumat dan bila-bila masa yang tidak tahu itu akan bertambah tidak tahu disebabkan limpahan maklumat yang terlampau banyak.

Jadi, kepada anda yang memang sangat-sangat ‘blank’, tak nampak jalan, tak tahu sangat-sangat, amat keliru, pergilah ke seminar. Yang murah-murah pun jadilah sebab di sana anda berpeluang untuk bertanya apa sahaja yang anda tak faham. Bertanya? Ermm. Ini pula satu hal.

Pengalaman sayalah dalam memberikan ceramah, para peserta amat berat mulut (malu?) untuk bertanya apa yang menyelubungi fikiran mereka. Jangan hanya membiarkan pemberi ceramah yang menguasi keadaan. Anda boleh tanya apa sahaja (yang berkaitan) sebab anda bayar. Rugilah kalau pergi dengan tak faham dan balik bertambah keliru.

Berbalik kepada mereka yang tidak suka dengan usaha seminar/bengkel ni, janganlah kita terlalu jahil dan jumud dalam perkara ini. Seminar walaupun teori, ia amat bermakna bagi orang lain walaupun bukan untuk kita. Ketahuilah, lain orang, lain keperluan. Apa yang kita fikir, tak semestinya orang lain perlu fikir apa yang kita fikir. Jangan sebab ‘kejumudan’ itu, ia menyusahkan orang lain yang tak sama keperluan macam kita.

Maafkan saya jika ada yang tersinggung. Tapi saya rasa, sudah tiba masanya untuk kita saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun ada berbeza pendapat. Jangan ada dengki dan dendam. Cuma pesan saya, jangan sampai orang lain susah dek kerana kata-kata kita yang terlalu ‘jumud’. Beringatlah, “diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang tak bermanfaat” dan berfikirlah dengan akal yang panjang.

Wassalam.

ps. Bengkel yang dimaksudkan oleh saya di atas bukan hanya bengkel Ebiz. Tapi bengkel website, bengkel penggunaan komputer dan sebagainya. Macam mana nak buat ebiz kalau nak pasang software dan nak guna emel pun tak tahu. πŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Anda Perlu Ke Seminar atau Bengkel. Noktah!

  1. 😐 Salamz pendapat saya pula dengan meyertai seminar juga kita akan dapati bukan kita sahaja yang mempunyai keinginan dan kemahuan yang sama rupanya ramai juga yang mempunyai masalah seperti kita ada yang baru dan ada yang lama dan kat sini kita berpeluang untuk mengetahui apa yang kita tidak tahu dan boleh berbincang dalam nada yang sama.

    Apabila pergi ke seminar berlapang dada jangan assume yang bukan bukan ketepikan semua yang anda didalam kepala so senang apa yang hendak diberitahu masuk kedalam kepala “ingat air dialam jug yang penuh kalo di isi akan tumpah berbanding jug yang kosong” πŸ˜‰

  2. Malah tambah best lagi, bila kita pergi seminar ni dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Bolehlah buat JV dengan mana-mana peserta seminar.

    Satu lagi, kita dapat bertukar-tukar pendapat dengan “Guru” dan rakan yang lain serta boleh berbincang mengenai satu-satu idea yang boleh dilakukan bersama.

    p/s : belajar melalui buku, ebook, report dan seumpanya adalah ilmu tambahan kepada apa yang kita sudah pelajari di dalam seminar.. πŸ˜‰

  3. Kalau mereka ini pengamal program2 hype seperti terjunlongkang.com yaa! mereka ini memang tak perlukan seminar. Mereka cuma di ajar macamana nak buat email spam jerr….

    Ps – Geram! Banyak sangat email spam sekarang ni ajak masuk terjunlongkang.com laa… PerigaButa.com la… ntah apa2 lagi. πŸ‘Ώ πŸ‘Ώ

  4. Seminar ni adalah wajib bagi saya, sekiranya seseorg tu nak mulakan bis …sebab kita boleh tahu dari mula nak start bis, dan boleh tanya, masalah masalah yang ada..

  5. Salam Zul,

    Bak kat cikgu saya belajar dengan guru adalah lebih baik dari buku.Buku tak ajar praktikal tapi guru ada semua tu.

    Lagi satu dari seminar kita dapat ambil pengajaran dari pengalaman.Bak kata tokei capal Jago kat Penang,Ilmu boleh dicari tapi pengalaman kena dialami.

    Dari pengalaman kita memajukan ilmu tersebut.Macam tu la lebih kurangnya saya paham πŸ™‚

  6. Actually, kalau kita berguru, kita akan tahu apa yg perlu dan tak perlu. Ini adalah salah satu cara “short cut” untuk mudah membina perniagaan Internet.

    Ada seorang IM luar ni dia mengatakan, dia berjaya mendapatkan ramai rakan JV termasuk yg bertaraf “guru” sebab dia lebih banyak BERSEMUKA berbanding melalui emel sahaja. Bersemuka tu maksudnya dia banyak join seminar.

    Di dalam belajar, salah satu adab yg perlu kita pegang ialah, jauhkan riak dan ego. Kalau ke seminar, ‘tinggalkan’ ilmu sedia ada kita kat rumah. Jangan bawa sekali. Kalau tak, kita mudah ego dan riak. Kalau dalam hati dah berkata, “alahai, benda ni aku dah tahu…”. Maka akan berlangsunglah drama bongkak dan riak. Ingat, adab amat penting dalam sesi pembelajaran.

    Tidak kisah kita belajar dgn sesiapa pun, syarat pertama, kena ‘hormat’ mereka. Kedua, beradab dalam pembelajaran. Ketiga, kita adalah “murid”, mereka adalah guru. Jadi, buat tugas kita sebagai murid iaitu beradab. Walau apa imu yg mereka bagi, ia tetap ilmu. Jangan dikomen itu dan ini. Kalau buat juga, itulah salah satu sebab ilmu yg dituntut tak diberkati atau tak menjadi.

  7. Kalau berguru ilmu kita tu lebih senang dapat sebab berkat guru.Kalau tak paham boleh tanya jer terus time tu.Kan senang.kalau buku kena email pengarangnya dulu.

    Apa pun guru lebih baik.Kalau tak sampai kita ke menara gading kalau blajar dari buku jer πŸ™‚

  8. Klu nak pergi seminar tak mampu, belilah ebook yang berkualiti agar dapat ilmu tentang perniagaan internet. Perniagaan internet tidak semestinya menjual produk tapi perkhidmatan pun boleh.

  9. Berguru tu diibaratkan seperti membayar untuk menjimarkan masa dan kegagalan yang dapat dielakkan.

    Ramai yang ingat berguru tu boleh suruh guru tu buat semua kerja baginya.

    Salah tu.

    1. Betul tu Raymond. Guru membimbing & mendidik sahaja. Yg perlu buat kita sendiri lah. πŸ˜‰

      Dalam konteks ebiz ni, ramai orang berharap dgn harapan yg tinggi agar orang lain bantu mereka. Ini adalah silap. Usaha kena diri sendiri, orang lain bantu apa yg perlu dan patut sahaja.

      1. betul tu. .. guru bimbing saja.. kita masih perlu buat kerja.. walaupun terpaksa tempuh kesusahan, itulah namanya jalan kejayaan.. mana ada jln kejayaan yang tak perlu buat apa2? guru itu pun dulu masa di tmpt kita, memerah keringat… barulah bila kejayaan itu diraih, boleh kedengaran ayat seperti : worth it ! πŸ™‚

  10. Untuk belajar kita memang perlukan guru dan kebanyakan orang yg berjaya mempunyai Mentor mereka sendiri. Mungkin kita ada kepakaran kita sendiri dalam bidang lain, tetapi apabila kita membuat sesuatu yang baru, kita perlu merendahkan diri untuk belajar tak kira samada guru kita itu lebih tua atau muda dari kita. πŸ˜€

    Sama juga dalam perniagaan internet, banyak perkara perlu kita pelajari. Semua itu boleh diperolehi samada dari e-book atau seminar. Bila kita membaca e-book ia memudahkan belajar sendiri dan melalui seminar pula kita dapat berinteraksi terus dengan pakar.

    Akhir sekali seperti kata saudara zul, ia bergantung pada usaha dan kehendak diri kita juga πŸ˜›

  11. Bagi yang ada duit, kelapangan dan ingin ‘short cut’ untuk berjaya adalah dengan menyertai bengkel atau seminar.Memang saya tak nafikan kita juga boleh kenal ramai orang yang sealiran dengan kita dan secara tak langsung membina ‘networking’. Tidak ada lagi yang lebih short cut dari itu selain dari skim cepat kaya. Jangan fikir nak cepat saja..yang penting berusaha.

  12. last sekali zul kata, tak pandai pasang software dan guna email camner nak buat ebiz? ada ke org nak buat ebiz tak pandai guna webmail.,diaorang bergurau kot atau ni mesti zul yang bergurau πŸ™‚ ?…baca ebook panduan belajar cpanel oleh jebat(dah lama beli) rasanya dah boleh nak handle web bagi sesiapa yg tak reti langsung.
    pegi seminar jangan tak pergi, sibuk weiiihh, nanti free boleh pegi.

  13. assalamualaikum semua..

    Bagi saya pendapat zul tu betul..orng mcm saya ni yang masih baru nak bertaktih ni kena berguru dan pegi seminar. Saya hampir sebulan lebih dah try macam2, lama2 jadi konfius solfware mana nak guna.Seminar plak ada terlalu mahal dan ada yang sederhana tp paras hidung jugak nak bayar tu.. tak de seminar murah ke mcm rm200 kebawah. duit dah byk abih ni. Terimakasih zul kerana mberi tip2 internet ni, saya ikut pkembangan secara diam2 dulu lepas tu baru boleh “Booom” dalam internet. skrang tgh cari hosting yang mampu bayar…maklum jer la tanggungjawab byak. :mrgreen:

  14. Mencari ilmu 2 banyak carnaya..
    samada daripada pembacaan, mengkaji, pergi seminar dll…
    So, kita janganla nak menafikan hak orang lain yang nak ke seminar @ bengkel utk mrk cari ilmu..
    septtnya kita kena bagi galakan dan sokongan kepada mereka…

  15. Salam Zul,
    Mencari ilmu biarlah berguru, tak lah ia SESAT.
    Tak PANDAI carilah bengkel/seminar jadi ilmunya TELUS ,TERUS dan
    TERURUS. Saya setuju saranan semua yg di atas.

    sekian
    isman

  16. salam semua,

    Dalam islam mencari ilmu amatlah dituntut krn tanpa ilmu kita takkan kemana2 pun baik di dunia atau akhirat….

    bab cari rezeki tu kita mesti faham siapa yg “pemberi rezeki” tu..

    Kalau kita fikir sedalam dalamnya “pemberi rezeki” itu ialah Allah semata-mata..yg penting ada usaha, doa dan tawakal..amin

  17. Berguru biarlah dgn yg pakar dlm apa bidang sekalipun, baik seminar, pembacaan, penelitian dan pengalaman. Belajar biar dari bawah ke atas jgn dari atas turun ke bawah. Yg paling best sekali belajar dr pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *