Anda ada masalah blog wordpress? Boleh saya bantu?

Sebelum kita masuk bahagian ‘iklan’ di bawah, saya kongsi dua tips untuk anda pada masa proses pemasangan blog:

Tip 1: Baca readme file

Ya, tak ramai yang amalkan benda ni. Lepas tu, mulalah resah, atau kalau beli ebook saya, mulalah nak menyalahkan ebook ini (tapi xder lagi yg mengadu), hehe.. Ia contoh jer. Ok, apa sahaja produk yang anda beli, biasanya ada satu file readme. Bacalah yer, jangan gelojoh. Baca readme, baca dia suruh buat apa dulu dan kemudian, buat satu-satu.

Bagi ebook saya pun ada file readeMeFirst. Jelas, ada juga yang tak baca file tu dulu dan faham betul-betul. Tak cukup readme, saya sertakan pula Pelan Tindakan. Apa langkah pertama, kedua dan seterusnya. Saya pesan pada pembeli, kalau anda tak ikut pelan tindakan ni dan tak baca readme file, anda akan kecewa. So, jangan salahkan saya kalau banyak masalah berlaku…

Seterusnya, tip yang kedua.

Tip 2: Jangan gelisah dan putus-asa

Semasa pemasangan blog, anda mesti buat satu-satu langkah secara berturutan. Dan dalam ebook saya, saya guide langkah demi langkah. Kalau pembaca skip, baca lompat-lompat, saya juga pesan kepada mereka, anda pasti kecewa dan tak berjaya bina blog.. Jadi, buat satu-satu dan kalau tersekat pada satu langkah, relaks.. Cuba lihat di mana silapnya dan kalau tak jumpa, jangan putus-asa, tanya mereka yang boleh membantu.

Untuk pembeli ebook saya, satu ruang support disediakan untuk mereka. Jadi wahai pembeli ebook saya ni, manfaatkan ruang tersebut dan dah banyak masalah-masalah diselesaikan di sana. Masalah anda, mungkin sudah ada dibincangkan di sana. Maka, dengan cara ini, anda tak akan mudah putus-asa, sebab ada ‘talian hayat’. πŸ˜‰

Itu sahaja 2 tip penting semasa pemasangan blog wordpress terutama kepada newbie. InsyaAllah, anda akan berjaya memasang blog terutama secara manual.

Anda dah ada blog? Atau kemungkinan bila anda akan buat blog nanti, anda akan menghadapi masalah-masalah sebegini?

panduan blog wordpress

Ada lagi masalah?

panduan blog wordpress

Saya akan bantu anda jika ada masalah dan saya sudah ada knowledges base untuk masalah-masalah seperti di atas. Saya bagi full support untuk anda sedaya yang saya mampu.

Apa yang anda lihat pada imej di atas, itulah support yang saya berikan di ruang support untuk pembeli ebook. Sebenarnya, ia over-deliver sebab hal teknikal, bukan tanggungjawab saya. Kalau ikut yang sebenar, saya hanya support kalau ebook tu error ke apa ke, tapi saya tak patut bantu jika pembeli tu ada error atau masalah pada blognya. Namun, saya ingin membantu agar semua orang akan mempunyai satu blog.

Statistik:

Dikatakan blog terus membanjiri internet setiap hari. Dikatakan, puluhan ribu blog wujud setiap hari. Anda belum ada blog? Anda wajib ada satu.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Anda ada masalah blog wordpress? Boleh saya bantu?

  1. Macam biasa tengok jer topics kat jadual atas tu πŸ™‚ . Ooo ini adalah ruangan forum support kitblogger SmartZul. Saya adalah salah seorang ahli forum support tu. Bertuah membeli produk dari SmartZul nie.. Dah la bagi ebook yang lengkap, pastu disertakan sekali dengan ruangan forum support tu. Kepada yang bakal membeli produk SmartZul tu.. Jumpa di forum support tu yer πŸ˜‰

  2. Lupa nak nak bagitahu, saya juga berterima kasih kepada beberapa orang yang aktif kat forum tu yg banyak juga membantu ahli forum yang lain. Dan, sekarang telah ada 5 orang moderator di sana. πŸ™‚

  3. Syabas Zul. πŸ˜€

    Dengan usaha Zul nie telah ramai pengguna internet di Malaysia, buka mata tentang penggunaan blog dengan menggunakan WordPress.

  4. blog banyak tu bagus, tapi ada juga yang saya kesal pasal blog nih, sebab terdapat jugak orang yang nak cepat buat duit, mencuri hasil dan content orang lain sama ada secara copy paste, ataupun melalui cara automasi RSS :(.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Splog#RSS_abuse

    tapi saya percaya, smarzul and the gang tak pernah buat perkara ini, sebab saya kerap membaca artikel smartzul, dan semuanya menarik serta tidak pernah saya baca di laman web blog lain.

  5. he33 πŸ™‚ , betul kata jebat mesranet, macam ku pernah juga lihat jadual diatas tu….kepada bakal pembeli produk Zul, Jumpa anda di forum support…bukan sekadar topik masalah memasang blog, banyak lagi topik boleh dikongsi bersama situ… πŸ™‚

  6. emm.. cara termudah membina blog dengan wordpress adalah menggunakan “fantastico” πŸ˜‰ tapi, pemasangan secara manual memang lebih mencabar!

    anyway, tahniah untuk Zul atas kejayaan ebook kitblogger πŸ˜‰

    Peace..

  7. pakai fantastico memang cepat.. tapi kadang-kadang fantastico tuh tak beri versi terkini.. tuh ler masalahnya.. tapi sebnarnya kalau nak install sendiri wordpress ni tak ler susah sangat.. especially kalau baca file readme tuh bebetul..

  8. Zul, bukan satu tapi kalau boleh lebih dari satu blog yg patut semua miliki.

    Buat masa ni saya tak de blog rasmi kat internet. Saya nak fokus kat web development dan internet marketing. InsyAllah dlm sedikit masa lagi saya akan gunakan blog utk menambah kekuatan website yg sediada.

  9. Hai Zul, pada new bee macam saya ni, banyak yg perlu difahami, kalau beli e-book nanti bolih dapat full support ke? Katakan dah baca ‘readme file’ tapi masih stuck kat mana-mana.

    By the way, can anybody diruangan ini kind enough to explain me about fantastico. A few words in simple language, enough for new bee like me to understand. Thank guys.

  10. Hm, dah ada orang beli mirul.com rupanya, dekat-dekat dah dengan nama saya tu. Tapi tu bukan Amirul SistemRahsia. =P

    Memandangkan saya orang yang hampir ZERO pasal blog ni (pernah install tapi banyak sangat stuck kat tengah jalan), jadi langkah akhir kena jugak dapatkan kit blogger bro Zul ni. Dengar citer pakejnya memang over deliver, ni yang tak sabar nak ‘korek’ rahsia kerja bro Zul ni. Hehe

    Masih menunggu tarikh pelancaran semula.:)

  11. Buat mariam.. usah khuatir!! saya jamin mariam dengan mudah akan dapat menguasai blog wordpress ini πŸ™‚ . Macam saya juga zero knowledge about blog wordpress nie.. la nie dah ok!! Tak caya boleh tengok kat blog saya tu. SmartZul juga ada menyediakan support forum.. ramai member yang sudi dan menaglu-alukan newbie seperti mariam πŸ˜‰

  12. AmirulFaisyal (01:26:26) :

    ((( Memandangkan saya orang yang hampir ZERO pasal blog ni (pernah install tapi banyak sangat stuck kat tengah jalan), jadi langkah akhir kena jugak dapatkan kit blogger bro Zul ni. Dengar citer pakejnya memang over deliver, ni yang tak sabar nak Γ’β‚¬ΛœkorekÒ€ℒ rahsia kerja bro Zul ni. Hehe)))

    sebelum ini, saya pun hadapi masalah yg sama.
    mulanya, saya buat blog guna blogspot.com(free jer)
    hasil didikan rajaads(beli ebooknya).
    tapi, bila tengok semua pakar2 IM guna wordpress dan blog berbayar,
    saya nekad memiliki ebook zul.
    ternyata pelaburan saya tepat,
    kini saya sudah memiliki satu blog,
    kelak saya akan buat lagi banyak blog utk
    buat duit disamping kongsi ilmu dgn sahabat2 ebiz,
    ok?

  13. Amirul, tu la saya konpius sket dengan mirul. Dua2 buat ebiz lak tu. hehe..

    To all, insyaAllah, ebook ni akan ada satu item yg diperlukan oleh semua blogger. Kalau nak je la..

    Bagi saya, tak salah saper2 pun beli. Bagi saya, bayaran tu bukan utk ebook jer, more than that kalau kita fikir jauh… Haa, fikir, jangan tak fikir.. πŸ™‚

  14. emm.. nasib baik saya dah beli mirul.com, saya suka domain nie sebab pendek dan cute… hehehe…

    memulakan blog banyak cabarannya..

    1. setup blog
    2. create topic
    3. menulis blog setiap hari (paling mencabar!- sebab topik perlu update dan terkini)
    4. menarik pelawat
    5. mengekalkan prestasi blog

    p/s: boleh JV tak dengan Amirul systemrahsia.com.. hehehehe..

  15. yeaa itu dia pakej kit blogger yang cukup hangat diprkatakan oleh mereka yang mahu membuat blog yang tersendiri. kalo nak buat blog kena tahu asasnya terlebih dahulu…

    bila dah tahu nanti dah tentu akan terbinalah blog idaman hati kalbu…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *