Analysis Paralysis – Lemah Bertindak

Ada satu istilah, iaitu “analysis paralysis”. Maksudnya, indIvidu yang terlibat hanya lebih suka membuat kajian, analisis, menghimpun maklumat, belajar dan terus belajar, dan sebagainya. Dengan harapan satu masa nanti mereka akan cukup ilmu dan baru akan bertindak. Walhal, hakikatnya tidak ada titik tertentu yang akan memastikan mereka bertindak.

Hal ini adalah normal. Salah satu sebab tidak bertindak adalah kerana TAKUT (fear). Kita perlu tekad dalam berusaha dan lakukan saja apa yang kita takut itu. Terkadang, apa yang kita takut belum pasti akan berlaku. Ia hanyalah persepsi semata-mata.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Analysis Paralysis – Lemah Bertindak

  1. Salam sejahtera.

    Kebetulan pula. 😎

    Saya kini sedang menghadapi situasi di dalam beberapa perkara yang ingin dilakukan.

    Ya Allah, permudahkan jalan yang akan kami tempuhi ini. Amin.

    1. Tuan,

      Dengan mengetahui perkara ini dihadapi oleh sesiapa sahaja (termasuk saya dan orang lain), maka kita akan rasa sedikit lega. Ia adalah perkara normal. Kita umpama mempunyai bateri yang perlu dicaj setiap kali ia sedang lemah. Kadang-kadang, perkara ini disebabkan oleh badan kita yang penat sama ada kuat bekerja, kurang bersenam, tidak cukup rehat ataupun mempunyai masalah tersendiri.

      Yang penting adalah terus bertahan kerana keadaan sebegini mungkin hanya sementara.

    1. Perlu kenal pasti apakah punca-puncanya dan cuba kurangkan atau hilangkan terus. Terkadang, ia terhasil daripada sikap cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa sehingga kita merasakan tidak mengapa jika bertangguh.

  2. Artikel yang menarik. Terima kasih.

    Saya pernah terperangkap dalam masalah ‘analysis by paralysis’ ini. Tidak habis-habis cuba dapatkan ilmu dan maklumat demi maklumat tanpa kesudahan. Tetapi akhirnya tiada hasil pun. Sentiasa ada perasaan tidak cukup dalam diri.

    Salah satu cara saya mengatasinya ialah dengan muhasabah diri (self-reflection). Lihat kemampuan dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tanpa memfokuskan pada perkara yang kita kurang. Tumpukan pada kejayaan yang lepas dan jangan diperbesarkan kegagalan lalu.

    Perasaan takut itu pasti ada tetapi sempadannya boleh dibesarkan dengan mengambil tindakan sedikit demi sedikit. Buku yang saya cadangkan untuk baca ialah ‘Ready, Fire, Aim: Zero to One Million in No Time Flat’ oleh Michael Masterson. Ada juga buku-buku lain tetapi buku ini sangat sesuai untuk mereka yang minat dalam perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *