Analysis Paralysis (Lumpuh Daripada Bertindak)

Salah satu punca seseorang bertangguh melakukan sesuatu adalah kerana alasan sama ada alasan itu baik ataupun tidak realistik. Contohnya:

1. Mahu belajar sampai pandai dahulu.
2. Mahu kaji sampai faham, kemudian baru bertindak.
3. Mahu cipta formula dan strategi hebat dahulu.
4. Mahu buat dan terus dapat hasil hebat.

Alasan-alasan sebegini wujud kerana beberapa punca seperti takut gagal, tidak yakin, mahu menyedapkan hati dan lain-lain lagi.

Hakikatnya, orang-orang yang berjaya melalukan sesuatu tanpa rasa takut untuk gagal. Setiap kali mereka gagal, mereka segera lakukan cara lain dan tidak akan lakukan lagi kesilapan yang sama.

Lakukan sesuatu sedikit demi sedikit. Bangunan tinggi yang mencakar langit bermula daripada bawah sehingga tertegak hebat.

Namun bertuahnya kita, kebanyakan perkara kita hanya perlu belajar daripada mentor dan mereka akan beritahu apa yang perlu dan tidak perlu buat bekal semasa kita bertindak. Ia sekurang-kurangnya dapat meminimakan risiko kegagalan. Tetapi kita perlu sedari, mahu tidak mahu sebahagian perkara kita perlu hadapi sendiri.

Jika selama ini kita telah banyak belajar, membaca dan mengkaji, sudah tiba masanya untuk kita mula bertindak.

ps. Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Analysis Paralysis (Lumpuh Daripada Bertindak)

  1. Kenapa takut cuba mencapai sesuatu?
    Bila menang kita untung, bila kalah kita tidak rugi apa-apa.
    Untung menang kerana kita dapat sesuatu, tidak rugi kalah kerana sebelum memcuba kita memang tidak ada apa pun.

  2. Kegagalan adalah perkara biasa.Jangan berhenti mencuba mengatasi kegagalan itu pasti akan membantu kita berjaya

  3. saya amat setuju saranan sedara tu, segerakan action now not later, buat ciptaan baru. ganjaran sure ada, at least dapat ilmu baru wlpun dimarahi. Idling adalah pembaziran.. minyak mahal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *